Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 255
Ahli: 0
Jumlah: 255




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: AKU DAN NARATIF


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» AKU DAN NARATIF

Please Mendaftar To Post


Oleh AKU DAN NARATIF

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-08-08 23:19


segala yang ku tulis lahir dari lubuk hati... hidup sendiri mengajarku berkongsi rasa melalui naratif...

kepada yang membaca. Aku tidak perlukan sebarang pandangan... naratif ini dari kejujuran hati sendiri... aku tidak hipokrit dalam naratif ini

bahasanya tidak indah kerana aku sememangnya tidak pandai bermadah... aku hanya nyatakan sejjurnya... hanya aku dan naratif ... AKU DAN NARATIF

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-08-08 23:23


NARATIF I

Aku tidak pasti bilakah ia bermula. Tiada bingkai waktu yang jelas. Namun kembaraku bermula sebelum usiaku 18 tahun. Disini. Di bumi ini aku memulakan sebuah kehidupan. Saat mula kaki ini melangkah di atas buminya aku sudah punya keyakinan. Keyakinan yang tak pernah goyah bahwa bumi ini kan mengajarku sejuta erti dan sejuta rasa.

Keyakinan itu benar. Kini ia menjadi satu realiti. Aku di sini dengan sejuta rasa yang diajarkan oleh bumi ini selepas 8 tahun aku menghidup udaranya. Ah, ia telah sebati benar dengan diriku. Segalanya.. udaranya, airnya, tanahnya, malah ragam manusia yang menghuninya. Benar, segalanya telah sebati dengan nafasku sendiri. Hingga aku mempunyai keyakinan yang baru bahwa aku akan merindui bumi ini andai aku ditakdir pergi dari sini.

Banyak sekali coretan peristiwa yang telah ku lalui di sini. Pelbagai pengalaman yang tak aku fikirkan dahulu. Kembara ini bukannya mudah. Perjalanan ini payah. Namun kepayahan itu mengajarku menjadi lebih bermakna.

Biarlah aku terus melalui semua kepayahan ini. Kerna ku yakin, tiap cabaran dan ujian yang dihadapi, hadir bersamanya pengajaran Tuhan. Bila Tuhan menguji, Dia ingin mengajarkan kita sesuatu. Bukalah hati, bersedialah untuk diajar oleh Tuhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-08-08 23:24


NARATIF 2

Selalu aku tidak pasti tentang perasaan ini. Amat sering pula aku merasa keliru dengan rasa sendiri. Tapi hari ini aku ingin titipkan di sini.. tentang rasa hati yang ku lalui. Moga-moga suatu waktu andai aku tidak pasti dan keliru. Aku bisa menjengah kembali catatan ini.

Yang ingin aku coretkan di sini ialah tentang cinta. Ya.. cinta itu indah. Dengan cinta hati terasa segar, nafas terasa nyaman dan diri rasa sempurna. Hidup jadi amat bersemangat dan jiwa pun terasa hidup. Begitu bertuahnya mereka yang menemui cinta dan mendapatkan cinta dalam hidup yang singkat ini.

Aku pula bagaimana. Rasanya cinta hanya mimpi indah dalam hidupku. Yang aku dapatkan dalam khayal siangku dan mimpi malamku. Ia tidak lebih sekadar kemayaan yang tak pernah jadi realiti. Lalu aku merasa bahagia dan bersemangat selama aku masih bermimpi, tetapi lemah dan longlai bila tersedar aku dalam realiti. Yang nyatanya. Aku tidak pernah memiliki cinta. Aku hanya mampu menyayangi. Bahkan menyayangi dengan sepenuh hati pun pernah hadir dalam hidupku... dan saat aku menyedari bahawa cinta itu bukan milikku. Aku karam dalam kesedihan yang panjang.

Tetapi, biar sakit kerana tenggelamnya aku dalam kecewa dan kesedihan yang panjang itu amat pedih dan kesembuhannya belum sempurna. Aku tidak serik untuk menyayangi lagi. Biarpun bukan untuk sepenuh hati, biarpun aku rasa tidak begitu ikhlas dengan cinta ini, biarpun aku tidak lagi mengharapkan untuk memiliki cinta ini. Hidup jadi lebih bersemangat biarpun aku tidak lagi serius dan hanya untuk suka-suka sahaja. Nakal bukan?

Ah.. biar apa pun yang ku rasa, ikhlas menyayngi atau sekadar suka-suka. Aku tak lagi peduli. Hidup ini aku lalui sepertimana takdirNya. Aku tidak mengharapkan yang lebih dari itu. Ia kerana yang aku rasakan bahawa cinta takkan jadi milikku selamanya. Selamanya.

Tidaklah aku maksudkan dengan tulisanku ini bahawa aku patah semangat dan putus asa. Sungguh, keyakinan ku terhadap kuasaNya tak pernah goyah. Aku yakin, mengerti dan dengan penuh faham bahawa apa yang telah berlaku dan akan berlaku adalah ketentuanNya jua.



Rejab 1429
6/7/08
ahad, JB

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-08-08 23:28


NARATIF 3

Aku sebenarnya punya banyak kerja yang belum aku selesaikan. Tetapi aku membuat keputusan untuk berenti sebentar dan menulis catatan ini.

Teringat aku pada petang rabu yang lalu. Ketika aku sedang duduk-duduk bersama teman di sebuah kerusi kampus menunggu kelas yang akan bermula. Kampus ini telah lama ku tinggalkan dan kini aku kembali... kembali untuk mengutip mutiara ilmu di buminya. Tiba-tiba ingatan ini laju berputar. Sepintas wajah seorang lelaki menghuni fikiranku. Saat itu aku katakan dalam hati kecilku.. bagaimana jika dia tiba-tiba muncul? Apakah dia kan memandang wajah ku? Lalu teringat pada ku yang namanya hanya di ujung tumitnya.. yang entah dia kenal ataukah tidak?

Dan sepintas itu jua, sekilas wajah yang ku kenal muncul di depan mataku. Benar! Dialah itu! Dialah lelaki yang wajahnya tak mampu ku bayang dalam kotak fikirku.. kerna terlalu lama tidak bertemu. Pelik bukan. Aku tak mampu melukis wajahnya di minda, tapi namanya tak pernah padam dari ngatanku... kasih padanya tak pernah hilang dari hatiku. Yang aku dapatkan saban hari adalah rekaan dan tekaan cerita masa depan tentang dia dan tentang aku dan dia. Tersenyum aku.

Aku pasti dia tidak menoleh pun ke arahku. Tapi ku lihat senyum di bibirnya. Senyuman yang telah lama ku rindui. Hari ini aku puas. Puas melihat senyumnya biar aku tahu senyum itu bukan untukku. Tapi ia cukup memberi keyakinan padaku bahwa dia amat bahagia sekarang. Baguslah jika dia bahagia. Dulu aku dan dia selalu berhubung. Biarpun hanya dengan perantaraan teknologi.. tapi mungkin dia tak sedar bahawa aku selalu melihatnya.. selalu mencari khabar tentang dirinya. Hingga suatu waktu setelah enam tahun usia perkenalan itu, khabar perkahwinannya ku terima.

Lama air mata ini mengalir.. memikirkan cinta yang tak pernah berbalas itu. Hingga akhirnya aku pasrah. Aku memilih cinta dan bukannya benci. Aku memilih mendoakan kebahagiaan dirinya. Aku memilih untuk redha dengan ketentuan Tuhan. Saat ini, sudah lebih dua tahun sejak dia berkahwin. Dia sudah pun punya seorang cahaya mata perempuan yang comel. (Ah.. aku selalu punya waktu mencari cerita dan foto tentangnya). Kadang-kadang aku sendiri rasa bodoh. Tetapi aku pernah membaca ungkapan ini...

’...cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia..’

...lalu aku mula memahami Kenapa aku bertindak begitu.


Syaaban 1429 H
2/8/08

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-09-08 22:51


NARATIF 4

Ramadhan datang lagi.. datang bersama seribu rahmat. Aku besyukur masih punya kesempatan bertemu mu ramadhan.. tetapi entah mengapa aku rasa kekosongan.

Kosong... sepi... aku tercari-cari sesuatu untuk mengisi kekosongan itu... bagaimana? Sedang aku tidak benar-benar pasti dengan apa yang ku cari...

Aku bertanya pada diri... kekosongan apa ini? Kesepian apa ini? Lama aku termenung.. lalu ku dengar sayu jiwaku membisikkan... ‘wahai diri. Aku tiada jawapan untuk soalanmu... cuma aku ingin mengkhabarkan padamu... aku lapar... aku juga sepertimu... rasa kosong... kau sudah lama meninggalkan aku... sudah terlalu lama membiar aku sepi.. mengapa? Apa yang kau sibukkan hingga kau lupa padaku. Aku menangis setiap hari.. tidakkah kau dengar wahai diri. Aku rindu... rindu pada engkau yang dulu... aku selalu berharap engkau kembali tapi engkau semakin jauh meninggalkan aku.. tolong! Tolonglah kembali... bajai aku dengan siraman zikrullah, hiasi aku dengan alunan ayat-ayat suci selalu... seperti dulu.... seperti dulu aduhai diri.’

.... diam, kosong... aku mencari-cari makna bisikan jiwa...

Ramadhan 1 1429 H
01/09/08
JB Isnin

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 12:50


!!! QUOTE !!!

Kadang-kadang aku sendiri rasa bodoh.

wahai sahabat ku zahra.....Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat~Hamka
jadi tak perlu rasa bodoh.... ;-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

AinulYaqan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2007
Ahli No: 28907
Posting: 102

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 16:11


Jangan terlau di buru cinta insani kerana ia hanya akan merosakkan hati. tapi burulah cinta Ilahi kerana di situ kau akan menemui cinta insan yang mencintaimu seikhlas hati untuk redha Ilahi. ana kongsi dengan az-zahra melalui pengalaman sendiri dan alhamdulillah... :bunga:


-----------------
"dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman" (al-Imran:139)


Bookmark and Share

    


  Member Information For AinulYaqanProfil   Hantar PM kepada AinulYaqan   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 20:26


NARATIF 5

Kebahagiaan. Aku tidak tahu apa erti kebahagiaan…. Apakah sejauh yang ku rasa itu bahagia? Sebenarnya aku telah pasrah andai kebahagiaan itu bukan untuk aku…. Selamanya…



Sabtu
29 November 2008
7.50 pm
kulim


*** bahagia itu wajar atau tidak andai kepercayaan tiada?

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 20:27


NARATIF 6

Semalam. Aku mencari-cari dia… walau hakikat di mana dia itu aku ketahui… lalu hari ini aku menjadi rindu…

Rindu pada hari-hari yang telah lalu dalam hidupku. Aku merindu sungguh aku rindu…

Terasa terlalu banyak yang ku lalui dengan dia… kerana terlalu banyak sayang yang ku taburkan… terlalu banyak kasih yang terbit dalam doa-doaku… hingga aku terlupa untuk mengasihi diriku sendiri…

Di sebalik cinta yang banyak itu. Aku jadi ragu pada perasaan sendiri… sebenarnya apa yang ku rasa…sebenarnya apa rupa perasaan itu… cinta sayang rindu kasih… apa sebenarnya?

Setelah bertahun berlalu… rupa perasaan itu masih ada… biar aku kian kabur pada rasanya…

Lalu aku mencari dirimu semalam… dan saat melihat wajah mereka di sisimu…aku sedar tuhan lah yang maha berhak menentukan siapa harus berada di sisimu, dan tentunya mereka paling berhak… lalu. Aku tiba pada sebuah kewajaran:

‘biar cinta itu terus ada dalam diri…biar doa-doa kasih itu tetap terbit dari hati… tak perlu memadamnya… biar ia terus berada dalam jiwa…asal sahaja ia membuat mereka bahagia… kerana itulah cinta sebenar....’


November 29, 2008
8.05 p.m
kulim

Bookmark and Share

    


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097599 saat. Lajunya....