Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 31-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 22 hari yang lalu
izdham: 31 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 41 hari yang lalu


Hebahan Aktiviti
Topik: Muktamar Pemuda PAS-Ipoh


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Hebahan Aktiviti
    »» Muktamar Pemuda PAS-Ipoh

Please Mendaftar To Post


Oleh Muktamar Pemuda PAS-Ipoh

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-08-08 19:22


ukhwah itu indah bila kita merasa pahit perjuangan bersama. Kemenangan PAS bukan bermakna Islam telah menang. Selagi ISLAM tak menang,selagi itulah kita perlu terus berjuang....

Jumpa di muktamar pemuda.. :)


-----------------
Mantapkan Tarbiyah,Pelbagaikan Uslub Dakwah,Ke Arah Generasi Berthaqafah


Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 06-08-08 00:06


salam ya msaidin..?
kalam anta saja ni..
mana jdual segala tentatif...

nak posting hebahan..bagi details..
senang sahabat nak imarahkan majlis..

so.. posting lah info nanti ye..
syukran.. wsslm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

LebahPemburu
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2008
Ahli No: 33743
Posting: 7
Dari: Bumi Bertuah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-08 10:06


Selamat Bermuktamar!!!!


/

Blog Muktamar ke 54 : http://muktamarpas54.blogspot.com

Muktamar PAS ke-54 : 15 - 17 Ogos 2008
Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat : 13 - 14 Ogos 2008

Venue:
/

Pelan Lokasi:
/

Forom Perdana Nostalgia:
/

Bookmark and Share

    


  Member Information For LebahPemburuProfil   Hantar PM kepada LebahPemburu   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-08 17:04


muslimat pun sekali ek?
kkat stadium indera mulia 15 ogos..
untuk muslimat 14.08 ek?
konfius..

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 10-08-08 17:45


dekat dengan rumah smile_roses agaknya..apa lagi boleh pergi lah...ehehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-08 17:53


memang nak pergi tu yang excited ni..
tapi kena bagi confirmation dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-08 18:15


err.. bila tengok topik baik mutamar "pemuda" pas..
pemudi tak ada ye?
err.. adess... confius betul..
pagi blog ada muslimat 14ogos..
bantulah sesiapa yang boleh terangkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 21:48


moga di pertemukan di muktamar akan datang, sedihnya, dah register jadi pewakilan, ada exam pulak.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 22:07


Muktamar Pemuda PAS 'membuka tirai' malam ini
Azamin Amin | Foto Firdaus H
Wed | Aug 13, 08 | 11:30:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-54 di Ipoh akan dimulakan terlebih dahulu dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada jam 9 malam ini bertempat di Stadium Indera Mulia. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dijangka akan menyempurnakan majlis perasmiannya manakala perasmian muktamar Dewan Ulama di Dewan Bandaraya Ipoh dan Dewan Muslimat di Hotel Hillcity akan berlangsung keesokan pagi, 14 Ogos.

Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada Jumaat 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indera Mulia yang akan menyaksikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Ucapan Dasarnya di pada hari tersebut.

Menurut wartawan Harakah English Section Muhammad Hamzah persiapan muktamar adalah di tahap yang terakhir dan berjalan lancar.

/

Kawasan sekitar stadium sibuk dengan para petugas memastikan koordinasi lori-lori yang mengangkut barang dan gerai-gerai yang baru dibuka malah Unit Amal sudah pun memulakan tugas mengawal selia keselamatan orang ramai yang akan hadir ke muktamar tersebut.

Semalam, telah berlangsung upacara raptai penuh Muktamar yang disaksikan sendiri oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, kata Hamzah.

Sementara itu Setiausaha Politik Mneteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir menjelaskan sedang bersiap sedia menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara.

"Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah dalam laman web PAS.

/

Di samping itu laman web tersebut melaporkan terdapat program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos bermula jam 9.30 malam yang dijangka akan menarik minat golongan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.

Konsert tersebut bakal membariskan persembahan Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One di samping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Susulan keesokan 15 Ogos malam, Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dato' Dr Haron Din, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin.

Manakala malam kemuncak 16 Ogos di mana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak akan menyaksikan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestin dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menyampaikan ucapan mereka.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 22:10


Bandar raya Ipoh meriah sempena Muktamar PAS
Abdul Shukur Harun
Wed | Aug 13, 08 | 3:11:48 pm MYT

Orang ramai yang memasuki atau melintasi negeri Perak Darul Ridzwan melalui jalan Timur, Barat, Utara dan Selatan, akan disambut dengan bendera dan sepanduk 'Selamat Datang Ke Muktamar PAS Ke-54' sepanjang jalan. Ini adalah isyarat kemeriahan Muktamar PAS Ke-54 di Ipoh yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Ogos ini.

Segala-galanya telah siap diatur oleh Panitia dan petugas Muktamar yang melibatkan petugas beruniform seramai 200 orang dan 500 orang lagi petugas tidak beruniform. Mereka dari Perak dan Pejabat Agung PAS. Ini suatu tenaga persiapan yang cukup besar untuk menjayakan Muktamar yang bersejarah ini.

Mereka yang diundang termasuk tetamu dari luar negeri - khususnya pimpinan dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, pimpinan dari rakan-rakan Pakatan Rakyat, ahli Kelab Penyokong PAS, para tokoh NGO dan masyarakat, veteran PAS dan lain-lain.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang, muktamar ini sungguh bersejarah kerana ia pertama kali diadakan di Perak sejak penubuhan PAS lebih setengah abad yang lalu dan juga menempa sejarah bahawa Perak menjadi negeri pertama dipilih oleh PAS untuk menjadi tuan rumah Muktamar setelah Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Perak dan empat negeri yang lain.

Menurut beliau, Muktamar PAS Ke-54 ini, sebenarnya adalah pengiktirafan semua pihak akan peranan dan perjuangan PAS selama ini.

Lebih dari itu, muktamar ini juga, katanya, memberi kesempatan PAS memperbaharui komitmennya untuk mempereratkan lagi kerajaan baru Pakatan Rakyat dan seterusnya berusaha memperkukuh Pakatan Rakyat, di samping memperkukuh PAS itu sendiri.

Perak penting dalam sejarah PAS, kata Utaz Ahmad Awang, kerana tokoh PAS Perak, Tuan Guru Ahmad Tuan Hussein, menjadi wakil rakyat pertama setelah memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan di Kawasan Krian dalam pilihan raya umum pertama pada 1955.

Dengan perasaan terharu, Ustaz Haji Ahmad Awang berkata, tema Muktamar kali ini , 'PAS Untuk Semua' - seperti hadiah dari seluruh warga PAS, umat Islam dan rakyat seluruhnya kepada Perak atas kejayaan PAS dan rakannya dalam Pakatan.

Perasmian Muktamar PAS Ke-54 ini akan berlansung di Stadium Indera Mulia, pada jam 8.30 pagi Jumaat, 15 Ogos oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, sementara perasmian Muktamar Dewan Pemuda di stadium yang sama pada malam 13 Ogos, diikuti dengan Muktamar penuhnya sepanjang hari 14 Ogos di stadium yang sama juga.

Pada tarikh yang sama (14 Ogos) Muktamar Dewan Ulama akan berlansung di Dewan Bandaraya, Ipoh, mulai 8.30 pagi. Sementara pada waktu dan tarikh yang sama Muktamar Dewan Muslimat, di Hotel Hillcity, Ipoh. Sementara pada malam 14 Ogos - Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam di Stadium Indera Mulia.

Pada 15 Ogos (malam) Forum Perdana dan pada malam 16 Ogos pula Ceramah Perdana oleh pemimpin gerakan Islam dalam dan luar negeri.

Ustaz Ahmad Awang memberitahu lagi bahawa bandar raya Ipoh, yang merupakan sebuah bandar raya kosmopolitan, sudah dihias indah, terutamanya dengan simbol PAS sempena muktamar tersebut dan ini, katanya, adalah isyarat bahawa PAS sudah hadir di tengah-tengah rakyat pelbagai kaum dan agama dan ia sedang bertapak kukuh serta mengambil peranan penting di persada politik tanah air.

Memeriahkan lagi Muktamar ini ialah ratusan gerai dengan pelbagai jualan didirikan di sekitar stadium tersebut.

Lebih-lebih lagi di tempat yang sama, diadakan Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam, Forum dan Ceramah Perdana yang dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung, sementara ribuan pula yang menjadi perwakilan dan pemerhati muktamar.

Bagaimanapun, Ustaz Ahmad Awang lebih dulu memohon maaf kepada orang ramai, terutama saf pimpinan, para tetamu, perwakilan dan pemerhati, jika terdapat sebarang kekurangan, kelemahan dan sebagainya dalam usaha membuat persiapan muktamar.

Perbahasan Ucapan Dasar dan usul dijangka rancak memandangkan banyak isu terkini, dalam dan luar negara, yang akan mengundang perwakilan untuk mengemukakan pandangan.

Namun yang diharapkan oleh Ustaz Ahmad Awang ialah perbahasan itu, bagaimanapun panasnya, ia mestilah berada dalam batasan akhlak Islam.

Dijangkakan puluhan wartawan dalam dan luar negeri akan membuat liputan muktamar ini.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 22:19


Raja Nazrin perkenan Nik Aziz, Hadi sampaikan khutbah Jumaat ini
Azamin Amin
Wed | Aug 13, 08 | 11:14:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Selain kesudian menerima mengadap pimpinan PAS di Istana Iskandariah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sekali lagi memperkenankan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini. Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi sebagai satu penghormatan kepada kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani di samping pengiktirafan kepada Muktamar PAS ke-54 yang berlangsung pada hari yang sama. Perkara itu telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hashim ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya Tuan Guru Nik Aziz akan menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Negeri Ipoh manakala Presiden PAS akan berkhutbah di Masjid Sultan Azlan Shah di Intim Ipoh. Kedua-duanya berkhutbah pada hari yang sama.

"Saya akan memaklumkan kepada media dari semasa ke semasa, hebahan umum berkaitan kedua-dua pemimpin PAS yang akan menyampaikan khutbah Jumaat ini di dua masjid berbeza," kata Anuar dan yakin akan menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk Perak untuk hadir ke masjid terbabit untuk mendengar khutbah kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsungnya muktamar.

Perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Ustaz Hadi sendiri.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

alongmina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24619
Posting: 116
Dari: Bukit Mertajam/Kulim

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-08-08 00:30


ana xsempat pergi lah..tapi ana akan usahakan untuk ke sana

Bookmark and Share

    


  Member Information For alongminaProfil   Hantar PM kepada alongmina   Pergi ke alongmina's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 00:45


pergi kejap mlm tadi
err.. muktamar buat siang-siang..
so pergi memalam.. tapi tadi konsert saja..
adess..
pergi tgk2 :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

amna_liana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 01:05


tgk2 saja...hehe
pergi dengan smile roses...
thank u bawa akak tgk2 konsert dan tgk2 baju....hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For amna_lianaProfil   Hantar PM kepada amna_liana   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 01:11


Ya Allah teringin nya nak pergi ...tapi ada program sekolah pula...gerak gempur untuk bebudak nak peperiksaan...frust betul lah...kena tengok kut web tv pas saja lah nampaknya...

SELAMAT BERMUKTAMAR .... seronok baca tulisan Ustaz Idris dalam harakah..." muktamar besar ertinya kepada perjuangan PAS' ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 10:47


Salam buat semua:-


         Maaf kerana mencelah, ada sesiapa yang tengok sekarang ini WebTV PAS secara langsung ucapan dasar Tuan Presiden. Nak tanya sikit, ada media alternatif lain tak nak tengok siaran langsung ni secara clear?.Asyik jam ya..Kenapa IT PAS tak ada respons sebab tak clear ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 11:45


hihi.. kak yana posting jugak akhirnya :D
alhamdulillah semalam pergi muktamar tengah hari..
jumpa dik lina.. alhamdulillah..
rancang nak balik pergi muktamar tapi dah accident pl..
then petang skek pergi penang..
urusan seterusnya :)
seronok2 pergi muktamar..
aduhai..kumerindui suasana islamik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 23:06


Penjelasan Presiden PAS rungkaikan kegusaran perwakilan .


IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tepat jam 3 petang Muktamar PAS kali ke-54 yang mencatat sejarah diadakan di Stadium Indera Mulia melabuh tirainya. Iklan
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berharap perwakilan dapat merungkaikan segala masalah yang terbuku sebelum ini dengan isu muqabalah (muzakarah).
"Ucapan penangguhan presiden diharap dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada seluruh perwakilan dan pemerhati bagi memastikan mereka tidak keliru lagi," katanya selepas muktamar berakhir.
Menurutnya penjelasan itu dapat merungkaikan segala permasalahan yang ditimbulkan perwakilan sebelum ini.
Ucapan penangguhan ringkas dan penuh bermakna itu dirungkai Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk dibawa balik perwakilan dan pemerhati.
Beliau berkata, laporan media sama ada cetak atau elektronik yang membesarkan isu tersebut sebelum ini seolah-olah menggambarkan sesuatu yang besar berlaku pada muktamar kali ini.
"Muktamar ini dikatakan tak boleh dikawal dan berlaku perpecahan hebat seperti mana digambarkan media massa.
"Sedangkan kita ada rahsia, di mana Islam mengajar kita untuk berparti atau berjemaah untuk wala' kepada pemimpin.
"Muktamar sebenarnya tempat kita berkhilaf pendapat, berbahas dan bertukar pandangan. Adab inilah kita amalkan dalam muktamar ini. Ia hedaklah dihafal dan diamal oleh ahli bagi memperkasakan parti," katanya.
Beliau berkata, ahli parti hendaklah berilmu, beriman dan berakhlak melalui program tarbiyah.
Beliau juga berkata, agenda kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah dilaksana dengan melahirkan Majlis Menteri Besar melibatkan semua pemimpin peringkat kerajaan.
Menurutnya juga Kelab Penyokong PAS akan diperkasakan di mana sebelum ini ada cadangan mahu melantik mereka sebagai senator.
Namun katanya belum lagi ada persediaan untuk mereka sebagai senator memandangkan ia melibatkan banyak prosedur.
Selain itu ada juga cadangan melantik senator dari kalangan ahli PAS di Sabah dan Sarawak di negeri-negeri yang diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS Perak kerana berjaya menjadi tuan rumah muktamar kali ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 23:20


Hmm... aku pergi muktamar ni. Hari sabtu dengan hari ahad. Malam nya pergi dengor ceramah nik aziz kat stadium. ada juga masa-masa aku tidor masa muktamar. Tapi kalau masa perwakilan cakap best. Aku tak tidor.

ps:- paling menarik perhatian aku adalah masa ucapan kelab penyokong PAS.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 19-08-08 12:26


salam alaik..
ooh..sirat pergi juga ye..

mybe lah terserempak mlm tu..ehehe..
ana balik kg.. yeahh..
petang sbtu..mak..abah ajak p..
apa lagi..jom.. mlm ni ada crmh..etc..

so.. by8++ sampai..bersantap dulu di gerai sinun..
then..9++ masuk stadium..
11.50++ dah exit stdm..

masyaALLAh.. ramai juga..best :-)

tergiang kalam tuan guru...
tentang ISLAm.. juga tentang PRojek kerajaan..
yang ni bukan projek kerajaan.. tentang HARI Kiamat..
ehhee.. :sopan:

wallahu'alam...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-08-08 14:34


Pada 18-08-08 23:20 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Hmm... aku pergi muktamar ni. Hari sabtu dengan hari ahad. Malam nya pergi dengor ceramah nik aziz kat stadium. ada juga masa-masa aku tidor masa muktamar. Tapi kalau masa perwakilan cakap best. Aku tak tidor.

ps:- paling menarik perhatian aku adalah masa ucapan kelab penyokong PAS.

jangan terkejut kalau selepas ini sirat tukar color kopiah kepada hijau-putih :sopan:

sorry, just a joke, lain kali Kalau nok jjale ajok kawe jugok deh :kelip:

p/s: muktamar tu memang bagus, banyak muhasabah dilakukan, supaya Pas tidak tersasar dari perjuangan asal, tahniah.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117298 saat. Lajunya....