Oleh |
“ORANG TENANG ADA EMAS UNTUK DIGALI” |
amylela
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5447
Posting: 54
Dari: malaysia
|
Posting pada: 31-07-08 10:47
“Kalau Nampak air tenang kita patut lebih hati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau Nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk digali” Kita selalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak akan memilih orang jahat untuk ditipu tetapi akan memilih orang baik. Orang baik pula oleh sebab terlalu baik akan selalu tertipu akibat selalu berbaik sangka. Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan berwajah baik untuk memperdayakan orang baik. Pada zaman ini terlalu kurang orang jahat yang berwajah jahat. Maka itu peratus orang yang baik terpedaya dengan orang jahat semakin ramai. Suatu hari, dia tawakal dengan untanya yang dibiarkan lepas sewaktu dia bertemu Rasulullah. S.A.W. Disangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang dikebas orang. Tetapi apabila Rasulullah S.A.W mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu barulah bertawakal. Bermakna tidak boleh terlalu bersangka baik, adakala perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun dikalangan orang-orang yang boleh dipercayai. Kadangkala apabila terlalu mempercayai disitulah kesilapan akan tiba. Tatkala berhutang atau memberi hutang, tulislah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan tidak percaya, tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa. Seseorang berkata kepada kawannya ” Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak...Bila kiamat satu apapun tak guna lagi.Lebih baik engkau belanjakan duit tu. Kiamat datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan harta tu, penat saja engkau kerja siang malam selama ini” Betu juga, fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang muflis. Kena ada rasa curiga tak tidak terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan di atas kedunguan orang lain. Mat sepatutnya berfikir sebegini ” bekerjalah engkau seoralah-oleh engkau akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah engkau seolah-oleh engkau akan mati esok” Kata orang tua2 air yang tenang usah disangka tida ada buaya. Sememangnya buaya tinggal di dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat ditepi sungai, ia seolah-olah kayu mati – cukup tenang dan cukup baik. Namun usah leka, ekornya akan melibas tiba-tiba. Didalam air, buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan pula buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati. Berbeza dengan orang tenang, ada emas untuk digali. Orang yang tenang biasanya berilmu. Pergilah berdamping dengan orang yang tenang, sesuatu yang berhagai akan diperolehi. Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang tidak bermakna tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak maka dekatilah dia....
|
Sweetcouple_07
Warga Rasmi Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34143
Posting: 16
Dari: Sandakan,Sabah...
|
Posting pada: 31-07-08 12:52
Pada 31-07-08 10:47 , amylela posting:!!! QUOTE !!! “Kalau Nampak air tenang kita patut lebih hati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau Nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk digali”
Kita selalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak akan memilih orang jahat untuk ditipu tetapi akan memilih orang baik. Orang baik pula oleh sebab terlalu baik akan selalu tertipu akibat selalu berbaik sangka.
Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan berwajah baik untuk memperdayakan orang baik. Pada zaman ini terlalu kurang orang jahat yang berwajah jahat. Maka itu peratus orang yang baik terpedaya dengan orang jahat semakin ramai.
Suatu hari, dia tawakal dengan untanya yang dibiarkan lepas sewaktu dia bertemu Rasulullah. S.A.W. Disangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang dikebas orang. Tetapi apabila Rasulullah S.A.W mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu barulah bertawakal.
Bermakna tidak boleh terlalu bersangka baik, adakala perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun dikalangan orang-orang yang boleh dipercayai. Kadangkala apabila terlalu mempercayai disitulah kesilapan akan tiba.
Tatkala berhutang atau memberi hutang, tulislah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan tidak percaya, tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.
Seseorang berkata kepada kawannya ” Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak...Bila kiamat satu apapun tak guna lagi.Lebih baik engkau belanjakan duit tu. Kiamat datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan harta tu, penat saja engkau kerja siang malam selama ini”
Betu juga, fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang muflis. Kena ada rasa curiga tak tidak terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan di atas kedunguan orang lain.
Mat sepatutnya berfikir sebegini ” bekerjalah engkau seoralah-oleh engkau akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah engkau seolah-oleh engkau akan mati esok”
Kata orang tua2 air yang tenang usah disangka tida ada buaya. Sememangnya buaya tinggal di dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat ditepi sungai, ia seolah-olah kayu mati – cukup tenang dan cukup baik. Namun usah leka, ekornya akan melibas tiba-tiba. Didalam air, buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan pula buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.
Berbeza dengan orang tenang, ada emas untuk digali. Orang yang tenang biasanya berilmu. Pergilah berdamping dengan orang yang tenang, sesuatu yang berhagai akan diperolehi. Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang tidak bermakna tenang.
Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak maka dekatilah dia.... begitu padat maksud ayat ini... kita haruslah m'gambil iktibar daripada maksud ayat ini... kerana manusia ini begitu leka tentang perkara yang da kat s'keliling kita... hayati maksud ayat ini & ambil iktibar daripada maksud ayat ini..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 13-08-08 13:18
hmmm... kalau dikaitkan dengan alam realiti... memang benar apa yang diperkatakan... tapi, orang yang tenang, jangan disangka sentiasa bertenang... adesss...
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 13-08-08 15:26
Kalau sentiasa tenang pun susah juga.....macam tak ada perasaan . Risau dibuatnya. Memang sifat tenang tu amat baik..... Orang yang tenang akan sentiasa bersabar dan bertindak dengan akal yang waras. Yang baik jadikan tauladan..yang buruk jadikan sempadan.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 13-08-08 15:30
wah...saya cair dengan artikel ni..best..best...nak copy lah.. pendekatan artikel yang sangat baik, mengambil kira kemaslahatan semua pihak..win-win situation..lovely sight.. (jarang saya bagi bunga.. )
|
amylela
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5447
Posting: 54
Dari: malaysia
|
Posting pada: 15-08-08 01:12
opss lupa nak bagitahu artikel tu hasil karya Dr HM Tuah kalau tak silap
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 15-08-08 10:49
saya... sejak kawan baik dengan kak simple_shida yang sentiasa cool.. maka saya pun terikut-ikut jadi cool dan relaks.. tak cepat gelabah kalau ada kekalutan yang timbul... huhu... kak shida memang cool dan tenang...
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 15-01-09 09:05
... hhmm... memang payah nak jadi seorang yang cool dan tenang dalam saat kelam kabut ini... Ramai juga sahabat yang ana pernah jumpa, mempunyai criteria seperti ini
|
Nurizmi
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...
|
Posting pada: 15-01-09 09:23
Bismillah... hmm..sebenarnya besar manfaatnya buat org yang sentiasa tenang hadapi setiap situasi... ana selalu praktik kan dalam diri sendiri...think positif..fikir dan sematkan dalam hati..'takkan ada yang boleh memudharatkan diri selain dari Allah'... bagi ana..ketenangan ni ada kaitannya dengan soal keimanan..kalau kita meletak pengharapan sepenuhnya pada Allah...insyAllah..kita takkan gusarkan dengan yang lain... tapi xbermakna kita terus diam..tenang tanpa usaha...
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 15-01-09 09:32
wah...bestnya jadi orang yang cool ni kan... apa-apa ujian yang datang, senyum saja. seorang mukmin itu pasti akan diuji. dan ujian itu datang dalam pelbagai bentuk...so,pandai2 lah nak settlekan
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 15-01-09 11:47
BERINGAT2 sebelum kena? SEDIAKAN PAYUNG SBELUM HUJAN?? ..
|
shezrin
Warga Rasmi Menyertai: 14.01.2009 Ahli No: 36753
Posting: 9
Dari: klumpur
|
Posting pada: 15-01-09 13:51
minum air ais selalu biar SEJUK badan
|