Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-11-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shirapaul034
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43098

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 10 jam, 7 minit yang lalu
muslimin23: 2 hari yang lalu
kasih_kekasih: 6 hari yang lalu
syahidatul: 9 hari yang lalu
raudhahasanah: 10 hari yang lalu
drzul-f: 15 hari yang lalu
hafiz_along_83: 16 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bercinta sebelum vs selepas kahwin


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bercinta sebelum vs selepas kahwin

Please Mendaftar To Post


Oleh Bercinta sebelum vs selepas kahwin

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-07-08 17:56


Bismillahirrahmanirrahim.


Ini adalah topik ilmiah di mana saya cuba 'compile' daripada pandangan user-user ukhwah dan daripada sumber rujukan juga termasuk posting ukhwah sebelum ini.

Insya-ALLAH, saya akan cuba meng'compile' dan mengilmiahkan topik ini dari semasa ke semasa.. jika ada kelapangan dari tuntutan kerja.

Pendapat peribadi saya skeptikal.. tak sama dengan pendapat kebanyakan warga ukhwah, 'kononnya percintaan sebelum kahwin kurang berjaya.. berbanding selepas kahwin'.

Insya-ALLAH, pada warga ukhwah yang berminat menyumbangkan idea, sila sertakan hujah dan sumber rujukan sekali..

Insya-ALLAH, saya cuba kumpulkan fakta sebelum buat kesimpulan akhir.


Salam Ukhwah,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 20-07-08 21:05


inilah adalah rahsia hati. di mana hati kita dipegang oleh pencipta.
nanti ada masa ana ulas lebih panjang lebar

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-07-08 21:59


Sebaik-baik suri teladan...adalah Rasulullah.
manakala contoh perjalanan hidup yang mulia, terdapat juga pada sahabat2 baginda.
Maaf...saya tak terjumpa satu kisah menggambarkan percintaan sebelum kawin dalam kehidupan mereka, melain sekadar 'satu proses' untuk berkawin tanpa hadirnya situasi ' masa mengenali hati budi dan bercinta '.

Cinta sebelum kahwin bukanlah tidak berjaya...malah ramai yang mengakhiri perrcintaan dengan perkahwinan....

cuma saya lebih cenderung memilih bercinta selepas perkahwinan kerana ia lebih menjaga kemuliaan iman dan kesucian perasaan... bagi yang ingin menjaga waraknya, mereka mengelak dari melayan rasa cinta sebelum diijabkabulkan...sebab itu once sudah berkenan baik dipihak lelaki maupun wanita, seeloknya segerakan 'proses' ke arah berkahwin...lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini, dengan teknologi yang bermacam ragam.... pasangan cinta itu lebih mudah dihubungi dan peratus untuk hanyut dalam perasaan itu lebih tinggi.....wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-07-08 23:46


salamun alaykum..untuk capai redha Allah..cinta lepas kawin..insya allah my aim..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-07-08 01:10


salam
yang sebelum kahwin tu macam mana?..
bercouple2 ke? adalah lebih baik dijauhkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-07-08 04:30


k0rang ini.. punah keroje den... :-|

minta tolong janganlah.. meng'add' dalam posting, kalau sekadar sekadar nak taip eg. 'macam mana..??'.. bla..bla..

Terima kasih kepada myhoney atas komen berisi..
Terima kasih pada admin kerana tak lock / delete topik ini..


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 23-07-08 06:57


ana tak berapa reti lah nak mengulas. cuma ana ada copy paste 'kisah cinta' seorang sahabat ana di mesir.. lebih kurang macam ni lah hasil pengulasan ana..

"Bagaimanakah permulaan kisah percintaan ana? Soalan yang memang akan sentiasa berlegar disekeliling mereka yang mengenali diri ana. Dah lama kenal ke? bagaimana boleh jumpa? Dan sebagainya. Namun sebuah hakikat yang indah adalah kalaulah ana melihat tunang ana 6 bulan yang lepas pasti kami takkan mengenali diantara satu sama lain, dari segi nama apatah lagi peribadi dan akhlak.

Ya !! Kami memulakan kisah kami agak gharib (pelik) untuk zaman yang mana kita sangat mudah mengenali seseorang wanita yang begitu asing dari kita hanya dengan memetik bebreapa kalimah di telefon bimbit ataupun hanya dengan menekan search sekian-sekian di friendster ataupun ym kita boleh mengenal secara zahir siapakah seseorang wanita itu, tapi hakikatnya dapatkah kita mengenali dirinya yang sebenar?. Dan keadaan ini (kami tidak berhubung ) kekal sehinggalah ke hari ini. Tidak pernah sms, ataupun ym walaupun sudah lebih sebulan bertunang. Tak takut tak serasi ke?? Sebuah persoalan yang telah ditanya kepada ana apabila ana menceritakan perihal hubungan kami.

Baiklah, pertama sekali kami tidaklah langsung tidak berhubung,kerana islam sendiri menegaskan supaya bakal suami mengenali bakal isteri terlebih dahulu sebelum ingin berkahwin (boleh rujuk artikel Ustaz Fauzi megenai batas pertunangan) dan ana sendiri mengenali bakal zaujah ana melalui cara yang sangat syari’e dan bagi ana jauh lebih adil dan shahih dari cara lain kerana ianya selari dengan kehendak Alah. Melalui perantara dan keluarga pihak perempuan ana sudah mengenali secara zahir dan adil siapakah dia. Mengapa ana mengatakan dengan cara ini lebih zahir dan adil, kerana ia jauh lebih realistik daripada ana berhubung direct kepada bakal pengantin kerana secara jelas seorang bakal pengantin dengan mudah terpengaruh kepada emosinya dan harapannya terhadap sesuatu perkahwinan dan akan membentuk suatu peribadi kurang realistik yang akan menyembunyikan sifat sebenar mereka. Baiklah kalau dia tunjuk sifat sebenar dia pun akan berlaku suasana yang mana dia mempertaruhkan perkahwinan yang akan dilaluinya, kerana jelas nobody is perfect jadi persoalan perilaku asal kita tak perlu ditonjolkan oleh kita kerana ia akan memberikan gambaran awal yang jauh berbeza berbanding jika sifat tersebut diketahui dengan mendengar perkara tersebut daripada orang lain. Apabila dia dalam keadaan mendengar maka posisinya akan berada didalam posisi berbincang dan mendengar pandangan maka dalam posisi ini ruang untuk menerima dan keterbukaan terhadap kelemahan pasangan akan sudah mula terbentuk sebelum perkahwinan lagi. Dan sifat ini akan menjamin kebahagian didalam rumah tangga(ikut pengalaman orang yang dah kahwin dan ikut buku yang ana baca, ye lah ana tak kahwin lagi he he)

Sekarang hidup ana penuh dengan thrill !!! kerana setiap saat ana mula mengenali diri pasangan ana sedikit demi sedikit dengan penuh keberkatan,kebahagian dan berlandaskan syariat. Pergh macam terlalu ideal pulak. Tapi hakikatnya begitulah cinta, sentiasa perlu disandarkan kepada Allah, jika tidak pasti akan berlaku sesuatu yang akan menajdikan kita menyesal, tidak pada hari ini di akhirat kelak. Mana mungkin seorang yang mengaku dia cintakan seseorang kerana Allah tetapi cara mereka bercinta tidak mengikut cara yang Allah cintai. Baiklah cuba renung kembali kenapakah kita mencintai seseorang? Jika direnung tujuan semua percinataan pengakhirannya sama!!! akan membawa kepada 3 martabat cinta sahaja, berdasarkan ayat Quran :

“قل ان كان ءاباؤكم وأبناؤكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجىرة تخشون كسدها ومساكن ترضوها أحب اليكم من الله ورسوله…………”

Katakanlah, jika bapak-bapakmu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, istri-istrimu, keluargamu harta kekayaanmu yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, Rasulnya dan berjuang dijalannya……attaubah24

1.Martabat tertinggi

Cinta Allah,Rasul dan berjuang dijalannya.

2.Martabat pertengahan

Cintakan Keluarga

3.Martabat ketiga

Cintakan harta dan keduniaaan

Maka tidakkah hidup ini hanya untuk merealisasikan cinta tertinggi?

Ada orang berkata kepada ana : “Ye lah, kena cara thiqhoh lah apa lah itula, tapi anda tak boleh nafi, nanti bila kahwin kalau tak serasi tak jadi juga, orang ada pendapat dia tapi nanti anda yang hidup koyang nak kahwin,anda tak takut menyesal ke silap pilih !!! Susah beb, nanti kalau anda tak kenal lagi lah senang nak silap pilih, paling kurang pagi lah makan sekali ke apa ke baru boleh tahu serasi ke tak, kalau tak menyesal beb menyesal !!!”

OK lah, tentang kenal tak kenal, ana dah terang diatas, Cuma persoalan yang ditimbulkan. Tak menyesal ke kalau ada apa-apa yang terjadi lepas ni? Tak serasi ke? Atau sebagainya. Soalan yang pada mulanya terkelu juga untuk dijawab, tapi selepas mengamati beberapa panduan dripada sunnah Alhamdulillah ana takkan menyesal, kerana itu janji Ar-Rasul didalam sebuah hadis :

“لا خاب من استخارى ولا ندم من استشارى”

Tidak akan rugi mereka yang beristikharah dan tidak akan menyesal mereka yang bermenyuarat

Jika disenaraikan semua perkara yang ditakuti akan berlaku didalam sebuah perkahwinan ataupun didalam sebuah percintaan antara lelaki dan perempuan , contohnya perempuan takut lelaki tak setia, lelaki takut perempuan curang, pasangan takut tak serasi dan sebagainya maka boleh disimpulkan semua perkara ini menjadi dua perkara, penyesalan dan kerugian.

Jika dilakukan perbandingan maka kita akan melihat betapa rapuhnya cinta yang tidak dimulakan dengan perkahwinan.

Seorang yang ingin bercouple adakah dia akan istikharah dan meminta dengan sepenuh hati kepada Allah supaya mengurniakan kepadanya pasangan yang serasi dan yang akan menjamin kebahagiaan dalam hidupnya? Berbanding dengan mereka yang ingin berkahwin, maka istikharah dan doa akan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan pengharapan kerana ia merupakan penentu kepada masa depan. Ana sendiri didalam doa, telah mengambil doa nabi ketika badar dan disesuaikan dengan doa untuk berkahwin, “Ya Allah jika pilihan ini merupakan pilihan yang salah maka diri ini mungkin akan meninggalkan jalan ini kerana pilihan ini, dan jika pilihan ini yang terbaik untukku maka diri ini akan lebih kuat menyerahkan diri ini padamu.” Mungkin kerana tabiat couple yang terlalu mudah bertukr pasangan membuatkan perasaan untuk berdoa dan memohon diberi pilihan yang terbaik tidak terbentuk. Maka bukankah seorang yang berdoa dengan sepenuh hati dengan mereka yang tidak berdoa jauh bezanya disisi Allah. Seorang yang berdoa tentulah sentiasa berada dalam cinta ilahi dan namanya akan diisytiharkan kepada semua penduduk langit dan bumi bahawa “Aku mencintai sifulan” oleh Allah sendiri, maka ketika itu masalah sebesar manapun insya’allah akan menjadi kecil.

Tapi bukan ke, “ye lah doa-doa jugak usaha kat mana? Tak boleh, zaman sekarang nak taknak kena couple dulu baru bahagia, doa bagaimana pun kena usaha yang zahir, usaha nak pastikan serasi, couple lah!!! apa lagi”. Hadis tersebut jelas memberikan garis panduan kepada persoalan kedua.

Jika dibandingkan seorang yang couple dengan sebuah perkahwinan, seorang yang ingin couple, berdasarkan pengalaman ana bersama rakan-rakan lain kurang 5% yang akan berbincang dengan sesiapa sebelum couple(fakta secara rawak betulkan jika salah), kalau bincang pun mesti tanya pendapat kawan dan jarang sangat bincnag dengan parent.

Berbanding jika perkahwinan, maka perbincangan tersebut akan dilakukan oleh berpuluh pihak yang berkait. Dan majoriti adalah mereka yang sudah mempunyai pengalaman didalam alam perkahwinan melebihi 20 tahun !!! Dalam urusan ana sahaja dipihak ana seramai 22 orang kerabat yang sudah mempunyai pengalaman berkahwin secara purata 25 tahun. Dan mereka semua merupakan keluarga ana yang tidak sanggup melihat ana menitiskan walau setitispun air mata kesedihan di alam ini. Ni belum kira para asatizah yang membantu mencarikan pasangan ana mereka yang menangis melihat ana didalam kesusahan, yang mana mereka menyayangi ana seperti bahkan ada yang lebih daripada adik-beradik sendiri !! Dan belum lagi dikira pihak perempuan yang mana perbincangan dipihak sana akan lebih teliti dan hebat kerana selepas ini mereka akan menyerahkan tanggungjawab menjaga seorang puteri mereka kepada seorang putera, tentu mereka akan sedaya upaya mengenali putera tersebut sehinggalah mereka yakin bahawa putera tersebut serasi dan cukup kuat untuk menjaga puteri kesayangan mereka.

Dan dua perkara inilah yang menambahkan keyakinan pada diri ana untuk menjaga cinta dan hati seorang puteri. Kalau bukan kerana dua perkara ini pasti ana goyah dalam meyakinkan diri, suhail dah sampai masa…. Alhamdulilah Rahmat Allah membantu ana didalam menempuh hari yang mendatang, sebagai seorang muslim dan bakal suami.

Maaf jika kisah cinta yang ana ceritakan agak kering daripada perasaan, ye lah kalau kisah cinta tu kenala cerita habis apa yang berlaku antara kami berdua, tapi ni macam ceramah pula, he he. Kalau ikutkan hati nak saja ana cerita, tapi……………..

“ Kisah cinta ana bukanlah milik hati ana seorang, tetapi ia milik sebuah hati yang lain, ia merupakan rahsia percintaan kami berdua “, "

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-07-08 09:24


assalamulaikum..

bagi ana percintaan yang paling elok dalam Islam ialah..
percintaan selepas kawin..
tetapi apa yang kita lihat sekarang ramai yang bercinta sebelum kawin..
apa yang ana nak katakan di sini ialah..
ingatlah insan yang kita cintai itu belum pasti dia akan menjadi pasangan kita..
kerana itu jangan terlalu berharap kepada insan yang belum pasti..
menjadi pasangan kita..
sandarkan harapan kita kepada Allah dengan berdoa moga diberikan pasangan yang soleh solehah..

cinta itu memang indah jika ia dibaja dengan baja keIslaman...
bagi ana sendiri..
ana lebih memilih percintaan selepas kahwin..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

cutegurlz
Warga Rasmi
Menyertai: 29.08.2007
Ahli No: 30857
Posting: 11
Dari: Pasir Puteh tepi pantai...

malaysia  


posticon Posting pada: 23-07-08 09:42


Salam..

Pada pendapat ana,walaupun kita tak hendak brcinta sebelum kawin,seelok2nya kita selidik terlebih dahulu latar belakang bakal pasangan kita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cutegurlzProfil   Hantar PM kepada cutegurlz   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-07-08 10:01


Pada 23-07-08 09:24 , ika2410 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamulaikum..

bagi ana percintaan yang paling elok dalam Islam ialah..
percintaan selepas kawin..
tetapi apa yang kita lihat sekarang ramai yang bercinta sebelum kawin..
apa yang ana nak katakan di sini ialah..
ingatlah insan yang kita cintai itu belum pasti dia akan menjadi pasangan kita..
kerana itu jangan terlalu berharap kepada insan yang belum pasti..
menjadi pasangan kita..
sandarkan harapan kita kepada Allah dengan berdoa moga diberikan pasangan yang soleh solehah..

cinta itu memang indah jika ia dibaja dengan baja keIslaman...
bagi ana sendiri..
ana lebih memilih percintaan selepas kahwin..
wassalam



untuk lebih faham dan 'sedar' bacalah buku ini..
http://buku2008.wordpress.com/2008/07/23/tentang-cinta


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Administrator




posticon Posting pada: 23-07-08 10:23


Sudah ada topik ini... Kenapa melata topik sebegini?



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118191 saat. Lajunya....