Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kenapa Pelajar Lelaki Semakin Pupus Di Universiti


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kenapa Pelajar Lelaki Semakin Pupus Di Universiti

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa Pelajar Lelaki Semakin Pupus Di Universiti

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 12:21


Kenapa Pelajar Lelaki Semakin Pupus Di Universiti


Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi.

Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

Fenomena ini meresahkan banyak pihak termasuk pakar dalam dasar kepimpinan Prof Madya Dr Azahari Ismail yang ditemubual Bernama di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dr Azahari berkata fenomena kekurangan pelajar lelaki di universiti adalah isu kompleks yang berpunca daripada faktor berkait, secara langung dan tidak langsung, yang perlu diteliti secara mendalam kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat.

Beliau berkata fenomena kepupusan itu akan memberi implikasi besar kepada agama, sosio-ekonomi dan psikologi masyarakat, khususnya institusi keluarga, kerana lazimnya lelaki adalah ketua keluarga.

"Terima atau tidak, kejayaan seseorang itu bergantung kepada pendidikan, jadi kalau bakal-bakal bapa ini tiada pendidikan bermakna institusi keluarga akan hancur.

"Ini akan menyumbang kepada masalah lain seperti fenomena "bapa kelam" iaitu bapa yang tidak berperanan. Sudahlah isteri pandai daripada dia, nak cakap banyak tak boleh dan dalam sesetengah kes itu, gaji bini lebih banyak. Bapa ini 'powerless and meaningless' (tak ada kuasa, tak berperanan)," katanya.

Dalam mengupas isu itu, Dr Azahari mengaitkan kurikulum sistem pendidikan negara yang secara tidak langsung menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.

Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

Bermula daripada itu, sistem pendidikan telah diubah secara menyeluruh daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan penilaian supaya lebih kondusif untuk membantu pelajar perempuan.

"Pada 1974, saya telah bercakap dengan Edna Saffy (President National Women Organisation Chapter South East America) yang memberitahu saya bahawa beliau menjalankan kempen untuk menggalakkan professor (di Amerika) terutama di fakulti pendidikan untuk mengubah kurikulum ke arah itu.

"Ini penting kerana pemikiran pada waktu itu ialah pasca hippie dan anti perang yang secara tidak langsung mengubah haluan pendidikan," katanya.

Beliau berkata kurikulum itu telah berjaya memudahkan pelajar wanita berjaya dalam pengajian.

Dr Azahari, yang juga pengarah yang merangka program siswazah menganggur di negara ini pada 1986 berkata, pada ketika itu, keseimbangan antara pencapaian lelaki dan perempuan di Amerika tidak parah kerana nilai "judaeo-christian, frontier mentality dan individualism" masih kuat sekaligus mendesak lelaki untuk berusaha.

Berlainan dengan Malaysia, beliau berkata negara ini telah mengubah sistem pendidikan tanpa sedar (kerana kebanyakan ahli akademik sekitar 30-40 tahun lepas belajar di Amerika) sedangkan nilai tradisi tempatan tidak mantap menyebabkan ramai pelajar lelaki hilang jati diri.

"Ramai lelaki yang melalui proses ini hilang jati diri dan tidak bersungguh-sungguh. Sebab itu saya kata fenomena kepupusan itu parah dan Amerika sendiri mula merasa kesannya selepas 40 tahun," katanya.

Dr Azahari berkata kajian yang beliau lakukan pada 1978/1979 menunjukkan kecenderungan budak lelaki untuk menjadi 'pondan' berasal daripada pengaruh guru dan majoriti guru di sekolah dan tadika adalah guru perempuan.

Kenyataan Dr Azhari itu disokong pensyarah komunikasi Ishak Abdul Hamid yang berkata budaya komunikasi guru perempuan yang lebih menggunakan kemahiran lisan juga mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki di peringkat sekolah.

"Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.

"Secara langsung, pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek," katanya.

Dalam konteks itu, Dr Azahari menegaskan kurikulum yang lebih secocok dengan stail dan keperluan psikologi wanita serta sistem penilaian yang bersifat penilaian akademik (baru akhir-akhir ini diubah dengan memasukkan elemen kokurikulum) secara tidak langsung menyebabkan longgokan pelajar wanita.

"Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gelaja tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu," katanya.

Dalam konteks itu, Dr Azahari mencadangkan satu jawatankuasa kerja khas kebangsaan di peringkat kementerian dan universiti ditubuhkan untuk mengkaji dan mencari penyelasaian kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki itu.

"Ini bukan perdebatan dalam usaha untuk membangunkan golongan wanita tapi apa yang penting usaha untuk memastikan pelajar lelaki tidak terus terpinggir dan memberikan implikasi negatif kepada negara," katanya.

Selain faktor kurikulum pendidikan yang lebih kondusif kepada pelajar perempuan, Dr Azahari berkata faktor lain yang turut memainkan peranan ialah perubahan institusi keluarga kepada "keluarga nuklear" (keluarga yang hanya terdiri daripada bapa, ibu dan anak).

"Sebelum ini, ada datuk dalam keluarga yang memberikan pendidikan secara tak langsung melalui cerita-cerita teladan kepada cucunya ketika ibu atau bapa tiada di rumah kerana bekerja. Dengan sendiri jati diri anak lelaki itu kuat dan mereka tidak keliru," katanya.

Beliau berkata faktor lain yang turut menyumbang kepada fenomena kepupusan itu ialah desakan ekonomi dan harapan masayrakat kepada anak lelaki yang bertanggungjawab memimpin keluarga (dengan bekerja dan mengorbankan pelajaran) sekiranya si bapa tiada atau meninggal dunia.

"Lebih parah kalau pelajar lelaki itu berasal daripada keluarga miskin. Daripada dia belajar dalam sistem yang memberikan kelebihan kepada wanita lebih baik dia bekerja untuk membantu keluarga keluarga," katanya.

Hujah Dr Azahari itu disokong pelajar dari Iran, Katrin Shamshiri, yang berkata fenomena yang sama berlaku di negaranya ekoran tiada jaminan pekerjaan selepas belajar kepada golongan lelaki.

"Wanita kami belajar kerana mahu mendapatkan pengormatan dan prestij. Ini akan membolehkan kami memilih sendiri bakal suami," kata Katrin yang sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di UPM.

Dr Azahari berkata persekitaran masayarakat bandar terutama yang tinggal di apartmen atau rumah kos rendah yang sempit memberikan suasana pendidikan yang tidak kondusif kepada anak-anak lelaki yang mempunyai "tenaga lebih" menyebabkan mereka keluar rumah dan lepak bersama kawan-kawan.

"Ketiadaan ruang belajar khusus dan rumah yang hanya mempunyai tiga bilik menyebabkan kebanyakan pelajar lelaki hilang minat untuk belajar kerana secara biologinya lelaki lebih aktif dan bertenaga daripada perempuan (perlu lebih ruang)," katanya sambil mencadangkan rumah kos rendah perlu mempunyai empat bilik -- bilik ibu bapa, anak lelaki, anak perempuan dan tetamu (datuk atau nenek).

Beliau berkata mentaliti ibu bapa sekarang juga berubah kerana pendidikan tinggi belum tentu menjamin anak mereka dapat bekerja dan ini dibuktikan dengan bilangan graduan menganggur yang tinggi setiap tahun.

Dr Azahari mencadangkan semua guru dan pensyarah mendalami ilmu sosiologi dan psikologi.

"Nilai-nilai Islam harus dijadikan tunjang falsafah pendidikan. Pemikiran di universiti juga perlu diubah bahawa pendidikan bukan sekadar untuk mendapat kerja.

"Islam tidak pernah mendefinisi kepentingan belajar untuk mendapat kerja tetapi Islam mengajar menuntut ilmu itu adalah wajib. Kita sebenarnya telah mengecilkan konsep pendidikan bahawa belajar itu untuk mendapat kerja dan menjadi kaya," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=341461


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 12:53


Assalamualaikum..
hari tu dengar MHI..panel ada menyatakan, pelajar llaki ni ramai yang cenderung ke arah bidang teknikal or more to 'hands on' instead of theory...contohnya boleh tengok kat IKM, or dperingkat pekerja mahir dan sebagainya..Allahua'lam..


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 24-06-08 13:27


hari tu juga ana ada terbaca paper, mengatakan kajian ini hanya berat sebelah seperti kajian ini hanya dilakukan di IPTA, tak termasuk IPTS. wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

eagle
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2008
Ahli No: 32411
Posting: 21

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-06-08 13:27


a'ah, macam agree dengan rijaludDeen ..apa kata kalau kat buat cross-checking, berapa ramai org laki di bidang kerja (cepat dapat duit) atau at least institut teknikal ..allahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For eagleProfil   Hantar PM kepada eagle   Quote dan BalasQuote

eagle
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2008
Ahli No: 32411
Posting: 21

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-06-08 13:31


setuju dengan amrinhakeem, definitely kajian tu agak bayes. ia kurang komprehnsif kerana tidak melibatkan total institusi pendidikan. memang dalam bidang seperti akauntan, business, etc, ia didominasi oleh student perempuan, tapi bidang seperti mechanical engineering etc, saya tengok student lelaki lebih ramai ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For eagleProfil   Hantar PM kepada eagle   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 13:39


Nabi dah jawab persoalan ini 1500 tahun yang lalu...Apa kata Nabi SAW?

Wanita lebih ramai dari lelaki.. Akan datang Nisbah 80:1...

Tak perlu persoalkan lagi.... Tak baca peringatan Nabi ke ni?

Sekarang di Malaysia mengikut satu kajian dari Prof UM, nisbahwanita dengan lelaki sekarang 6:1 Jadi kalau di Univsiti ada 20,000 maknanya lelaki lebih kurang ada 4000 lah.. jadi kira ok lah... yang perlu dipersoalkan ialah, jika bil leleki dimsiasam jumlahnya atau 50:50 di Malaysia ni barulah pelik jika wanitalebih ramai di Universiti... Faham tak? kalau tak faham juga tak tahulah anda ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-06-08 13:50


lelaki sekarang banyak yang jadi penagih dadah,mat rempit,perompak,penyamun,perogol dan lain-lain...tapi,takla semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 14:03


Menarik artikel ni..pandangan Dr.Azahari pun sangat menarik..kerajaan patut timbangkan cadangan tu..rumah kos rendah dengan 4 bilik..kerajaan baru Selangor baru saja tetapkan polisi rumah flat hanya 5 tingkat (Kalau tidak silap) untuk elak kesesakan dan suasana yang tak kondusif..

Berbalik kepada ke mana pelajar lelaki..saya bersetuju bahawa pelajar lelaki lebih cenderung bidang hands-on daripada bidang ilmu knowledge yang guna mental..sebab Kalau tengok dr kecil pun budak laki kebiasaannya dah merosakkan barang2 mainan..buka itu ini, tanggal situ sini..hehehe..

tapi ada betul juga kata solsjaer, rata-rata kes gejala sosial dilakukan oleh remaja lelaki..itu juga punca Kenapa pelajar lelaki tidak cemerlang dalam pelajaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

alam_barzakh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 14:06


Pada 24-06-08 13:31 , eagle posting:

!!! QUOTE !!!

setuju dengan amrinhakeem, definitely kajian tu agak bayes. ia kurang komprehnsif kerana tidak melibatkan total institusi pendidikan. memang dalam bidang seperti akauntan, business, etc, ia didominasi oleh student perempuan, tapi bidang seperti mechanical engineering etc, saya tengok student lelaki lebih ramai ..


mungkin lebih tepat jika kajian dibuat disemua ipt, bukan sahaja ipta sahaja, namun termasuk ipts sekali....


-----------------
"Permata Idaman, Mutiara Syurga........"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_barzakhProfil   Hantar PM kepada alam_barzakh   Pergi ke alam_barzakh's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-06-08 19:10


Pada 24-06-08 13:27 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

hari tu juga ana ada terbaca paper, mengatakan kajian ini hanya berat sebelah seperti kajian ini hanya dilakukan di IPTA, tak termasuk IPTS. wallahua'lam..
apa pula kurang adil , betullah tu kan cuba baca apa yang ditulis paper tu. pelajar lelaki kurang di IPTA.... tapi lelaki ni banyak yang minat bidang teknikal macam kat giat mara dan ikm dan juga abm

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-06-08 19:10


Pada 24-06-08 13:27 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

hari tu juga ana ada terbaca paper, mengatakan kajian ini hanya berat sebelah seperti kajian ini hanya dilakukan di IPTA, tak termasuk IPTS. wallahua'lam..
apa pula kurang adil , betullah tu kan cuba baca apa yang ditulis paper tu. pelajar lelaki kurang di IPTA.... tapi lelaki ni banyak yang minat bidang teknikal macam kat giat mara dan ikm dan juga abm

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

eagle
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2008
Ahli No: 32411
Posting: 21

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-06-08 21:20


addey wrote : Nabi dah jawab persoalan ini 1500 tahun yang lalu...Apa kata Nabi SAW? Wanita lebih ramai dari lelaki.. Akan datang Nisbah 80:1...Tak perlu persoalkan lagi.... Tak baca peringatan Nabi ke ni?

addey ..

typing error rasanya. saya nak perbetulkan sikit, nabi kata nisbah 50 : 1, bukan 80 : 1. please change

kedua, apabila nabi kata nisbah 50 : 1, apa yang baginda maksudkan ialah kurangnya bilangan lelaki yang menjadi pelindung ataupun dalam bahasa arabnya seperti dalam matan (teks) hadith itu disebut kalimah “qawwamun”.

nisbah lelaki yang berfungsi sebagai pelindung kepada wanita akan makin berkurang, itulah maksud nabi. actually jumlah orang laki yang ada masih ramai. jika dibuat statistik, nisbah jantina tak lari jauh banyak sangat. taburan penduduk di Malaysia masih seimbang antara lelaki dengan perempuan.

yang jadi masalahnya ialah macam yang solskjaer sebut, lelaki banyak yang rosak. itulah isunya. maknanya di sini lelaki dah tak dapat jadi pelindung kepada wanita. search dalam google, ustaz maszlee malik ada komentar cara memahami hadith itu. allahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For eagleProfil   Hantar PM kepada eagle   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-06-08 21:29


semua orang tahu....antara sebab kaum lelaki hancur & end up kat pusat serenti, kat dalam penjara.....salah satu puncanya adalah rokok & dadah.....faktor lain ialah rakan sebaya yang sama-sama ajak hisap rokok & dadah.

Kenapa dadah & rokok perlu wujud di malaysia???....adakah rokok & dadah makanan ruji org malaysia???

:berfikir: :berfikir:


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 21:40


Pada 24-06-08 12:53 , RijaludDeen posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..
hari tu dengar MHI..panel ada menyatakan, pelajar llaki ni ramai yang cenderung ke arah bidang teknikal or more to 'hands on' instead of theory...contohnya boleh tengok kat IKM, or dperingkat pekerja mahir dan sebagainya..Allahua'lam..



salamun alaik..
ana setuju..macam cos medic,nursing,farmasi,akauntan,guru memang banyak didominasi kaum hawa.ana rasa mungkin ada kaitan dengan cara pembelajaran cos tersebut..contohnya,ana ambil cos farmasi.nisbah dalam batch ana 1:5 iaitu 1 perempuan 5 lelaki.mungkin sebab cos ana banyak membabitkn hafalan kut..hehe..tapi kalau kat kampus ana untuk cos seperti elektrikal,mekanikal engineering memang nisbahnya terbalik..dalam 1 batch perempuan tak sampai 10 org..
ana rasa pelajar lelaki tak pupus tapi kalau pelajar lelaki Melayu memang pupus kalau di universiti selain UiTM..tersgtla kurang jumlahnya..kemane agknya pelajar lelaki Muslim p ye.. :berfikir:


-----------------
masih ku di dalam pencarian abadi..yang belum pasti kutemui jika mendamba cinta selain Illahi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

arip
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15436
Posting: 35
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-06-08 22:03


Pada 24-06-08 21:40 , nurzatul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-06-08 12:53 , RijaludDeen posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..
hari tu dengar MHI..panel ada menyatakan, pelajar llaki ni ramai yang cenderung ke arah bidang teknikal or more to 'hands on' instead of theory...contohnya boleh tengok kat IKM, or dperingkat pekerja mahir dan sebagainya..Allahua'lam..



salamun alaik..
ana setuju..macam cos medic,nursing,farmasi,akauntan,guru memang banyak didominasi kaum hawa.ana rasa mungkin ada kaitan dengan cara pembelajaran cos tersebut..contohnya,ana ambil cos farmasi.nisbah dalam batch ana 1:5 iaitu 1 perempuan 5 lelaki.mungkin sebab cos ana banyak membabitkn hafalan kut..hehe..tapi kalau kat kampus ana untuk cos seperti elektrikal,mekanikal engineering memang nisbahnya terbalik..dalam 1 batch perempuan tak sampai 10 org..
ana rasa pelajar lelaki tak pupus tapi kalau pelajar lelaki Melayu memang pupus kalau di universiti selain UiTM..tersgtla kurang jumlahnya..kemane agknya pelajar lelaki Muslim p ye.. :berfikir:




utm.auto.sekos 45orang 3 saja perempuan...lagi power

dan then hanya kurang dr 5 orang bangsa lain.


-----------------
www.arip05.cjb.net


Bookmark and Share

    


  Member Information For aripProfil   Hantar PM kepada arip   Pergi ke arip's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 22:10


hiss...orang lelaki ni macam dinasour pulak boleh pupus-pupus....lama kelamaan boleh jadi lagenda atau pun mitos....

Dah lama rasanya orang bercakap tentang wanita lebih ramai dr lelaki kat IPT...sepatutnya ini satu cabaran bagi lelaki bagaimana nak menyaingi ramainya bilangan wanita di pusat-pusat pengajian tinggi....sedangkan dari segi kajian biologi manusia, lelaki mepunyai saiz otak 10% lebih besar dari wanita...dengan itu mereka mempunyai keupayaan berfikir dan memahami perkara yang sukar yang lebih berbanding wanita....so apa jadi dengan kaum lelaki ni ??tak rasa tercabar ke ??

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

eagle
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2008
Ahli No: 32411
Posting: 21

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-06-08 00:16


depend on U & depend on course. sebagai contoh, rakan saya dalam bidang pendidikan, di sana lebih kurang 80% student perempuan. kami di engineering, lebih 70% student lelaki. batch kami, kejuruteraan mekatronik, tak ada seorang pun perempuan. terpulang lah pada situasi dan ability masing-masing. hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For eagleProfil   Hantar PM kepada eagle   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 25-06-08 00:28


Pada 24-06-08 21:20 , eagle posting:

!!! QUOTE !!!

apabila nabi kata nisbah 50 : 1, apa yang baginda maksudkan ialah kurangnya bilangan lelaki yang menjadi pelindung ataupun dalam bahasa arabnya seperti dalam matan (teks) hadith itu disebut kalimah “qawwamun”.

nisbah lelaki yang berfungsi sebagai pelindung kepada wanita akan makin berkurang, itulah maksud nabi. actually jumlah orang laki yang ada masih ramai. jika dibuat statistik, nisbah jantina tak lari jauh banyak sangat. taburan penduduk di Malaysia masih seimbang antara lelaki dengan perempuan.

yang jadi masalahnya ialah macam yang solskjaer sebut, lelaki banyak yang rosak. itulah isunya. maknanya di sini lelaki dah tak dapat jadi pelindung kepada wanita. search dalam google, ustaz maszlee malik ada komentar cara memahami hadith itu. allahualam

betul.. ini lah yang ana nak cakap.. tapi tak tau hujah.. huhu

Pada 24-06-08 21:29 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

semua orang tahu....antara sebab kaum lelaki hancur & end up kat pusat serenti, kat dalam penjara.....salah satu puncanya adalah rokok & dadah.....faktor lain ialah rakan sebaya yang sama-sama ajak hisap rokok & dadah.

Kenapa dadah & rokok perlu wujud di malaysia???....adakah rokok & dadah makanan ruji org malaysia???

:berfikir: :berfikir:



apa yang best ye pada rokok? huu :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 08:02


erm..saya tak nak komen banyak..
sebab isu lelaki kurang..pupus.. acapkali dibincangakan..
tapi..tak mengapa..

jom kita koreksi Kenapa dan Kenapa..

baca topik yang sewaktu dengannya k.. :)

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=32815&start=100
Lelaki yang baik semakin pupus dan susah untuk dijumpai...

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=36287&forum=75
LELAKI PELINDUNG WANITA MAKIN KURANG ..

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=36983&forum=75&
confiusla lelaki ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 08:08


wanite dah ramai kat dunia ni, jadi ke mana-mana pergi wanita yang ramai. kat dalam bas, dalam supermaket, kat tempat awam dan lelain....
jadi kesimpulan keseluruhan, kat universiti pun ramai wanite....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-06-08 08:37


Mungkin sebab akhir-akhir ini ramai wanita yang berstatus ibu bekerja, jadi tumpuan kepada anak lelaki berkurangan. Anak2 lelaki memerlukan lebih perhatian kerana fokus mereka lebih cenderung kepada berkawan,bermain2 dan sebagainya. Dan jika perkara tersebut tidak dibantu/ditegur/diberi perhatian oleh ibu bapa, ramai lelaki kecundang dalam pelajaran.

Tambah-tambah lagi dengan masalah bahasa yang memerlukan lebih masa untuk mengusainya terutama kepada pelajar pedalaman. Dan ini secara tidak lansung memberikan advantage kepada pelajar perempuan kerana mereka lebih tekun dan fokus dan juga mampu terperap di rumah untuk belajar dengan lebih lama.


Pelajar lelaki yang tercicir sejak sekolah rendah, secara tidak lansung sebahagiannya akan terus ketinggalan untuk peringkat yang seterusnya.

Apapun motivasi amat penting kepada pelajar lelaki supaya fokus mereka lebih kepada pelajaran terutama peringkat sekolah rendah, menegah. Mungkin boleh bagi motivasi yang berbentuk future seorang lelaki, tanggunggjawab bila dewasa dan etc...


wallahu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 09:26


UIKKSS?? Topic yang comel untuk dibincangkan. HEHHHEE...
Even my faculty yang selalunya ramai lelaki, pun dah semakin
ramai wanita... Dan bertambah-tambah wanita apatah lagi dalam
course seperti medic, pharmacy, dentistry, biotech, virology,
accountancy, malah actuarial science, computering math,
physics dan engineering turut makin bertambah populasi bilangan
wanita.

Seperti kata Mr naruto-san, ramai lelaki yang
end-up di Pusat Serenti dan penjara, makin bertambah lelaki
yang ingin menjadi penjenayah dan penagih dadah. Sure I agree
with you Mr naruto-san... Sedangkan sepatutnya masa muda
ini dihabiskan dengan menimba ilmu, gather the knowledge, much
more knowledge, lagi, lagi dan belajar lagi. (Walaupun saya
menentang keputusan bapa saya, hampir bertekak kerana saya
tidak mahu menyambung Master, taannaakkk!!!! Saya nak kerja!!
Work, work and work!!!).

Sepatutnya lelaki lebih bertanggungjawab,
di mana ibu bapa Owl sendiri ajarkan,"Adalah sesuatu yang
mengaibkan apabila seorang lelaki itu tidak menjaga ibu bapanya
apabila sudah dewasa (include bagi makan anak binilaahh... niiee
sendiri kena pahaamm...!!!). For me, pesanan ibu bapa ini sudah
cukup to drive any man, to keep study, work, work and work and
after that take care of your parents and family, the whoooollee
family. Di mana saya sendiri turut menyokong kenyataan
Mr naruto-san:

!!! QUOTE !!!

Kenapa dadah & rokok perlu wujud di malaysia???....adakah
rokok & dadah makanan ruji org malaysia???


p/s: Knowledge is power. Pesanan Saidina Ali:"Sekiranya kamu
memiliki harta, maka kamu terpaksa menjaga harta itu. Tetapi
sekiranya kamu memiliki ilmu, ilmu itu yang menjaga kamu."
Firman Allah:"Allah mengangkat orang-orang yang beriman di
kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat". (al-Mujadilah:11)
Firman-Nya lagi:"Adakah sama di antara orang yang mengetahui
dengan orang yang tidak mengetahui?" (az-Zumar:9)
The God ask us to learn and gather the knowledge. So, just do it.

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

hasdim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 31696
Posting: 53

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 12:09


Kenapa Pelajar Lelaki Semakin Pupus Di Universiti

....Sebab kebanyakan lelaki masuk Universiti Pusat SERENTI....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hasdimProfil   Hantar PM kepada hasdim   Quote dan BalasQuote

ukhti_sarah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19992
Posting: 22
Dari: kelate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 13:12


salam ......
kawan saya kata orang perempuan ni dengki kat orang lelaki sebab itulah orang lelaki kurang di University, kawan saya seorang lagi kata orang lelaki ni pemalas dan juga low profile.....jadi kesimpulannya no komen=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhti_sarahProfil   Hantar PM kepada ukhti_sarah   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 25-06-08 14:39


Mana ada pupus...? Kenyataan tu salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-06-08 17:59


Salam...
Tersenyum pelik juga mendengar senario ini.
Ini kerana masa saya study dulu, dari lebih kurang 50 orang student, cuma 4 saja perempuan. Itu pun seorang saja Melayu, 3 lagi Cina, kasihan muslimah tu terkontang kanting sesorang.Di fakulti saya dulu nak nampak perempuan pun susah, alhamdulillah kurang sikit dosa mata agaknya.

Saya ada yang saya dengar ada pelajar wanita di universiti yang bimbang tidak calon di univeristi. Yelah, bila dah keluar bekerja mungkin nak bertemu calon yang graduan mungkin mungkin berkurang pilihannya. Itu mungkin salah satu faktor masalah couple bercambah di universiti2, nauzubillahiminzaliq.

Apa pun, Alhamdulillah saya saya bertemu jodoh dari fakulti sebelah.

------> untuk analisa kenaikan harga minyak, sila layari
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

eagle
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2008
Ahli No: 32411
Posting: 21

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-06-08 19:08


memanglah tak dinafikan di pusat serenti ramai lelaki, tetapi kita seharusnya memandang rendah kepada mereka, bahkan kita perlu menggalas tugas yang lebih besar supaya mereka berubah.
kedua, kalaulah tak ada lelaki yang bina Menara Berkembar Petronas, driver-driver bas yang sanggup berjaga malam, nelayan yang pasrah turun ke laut, askar yang berbakti kepada pertiwi ..kalaulah tiada mereka ini, siapakah kita ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For eagleProfil   Hantar PM kepada eagle   Quote dan BalasQuote

eagle
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2008
Ahli No: 32411
Posting: 21

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-06-08 19:12


Sorry typing error, pembetulan : kita TIDAK SEHARUSNYA memandang rendah dan marah-marah kepada mereka, beri mereka harapan baru ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For eagleProfil   Hantar PM kepada eagle   Quote dan BalasQuote

mahyuddin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2005
Ahli No: 18382
Posting: 126
Dari: UIAM, Gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 20:55


Pada 24-06-08 13:39 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

Nabi dah jawab persoalan ini 1500 tahun yang lalu...Apa kata Nabi SAW?

Wanita lebih ramai dari lelaki.. Akan datang Nisbah 80:1...

Tak perlu persoalkan lagi.... Tak baca peringatan Nabi ke ni?

Sekarang di Malaysia mengikut satu kajian dari Prof UM, nisbahwanita dengan lelaki sekarang 6:1 Jadi kalau di Univsiti ada 20,000 maknanya lelaki lebih kurang ada 4000 lah.. jadi kira ok lah... yang perlu dipersoalkan ialah, jika bil leleki dimsiasam jumlahnya atau 50:50 di Malaysia ni barulah pelik jika wanitalebih ramai di Universiti... Faham tak? kalau tak faham juga tak tahulah anda ni....


Assalamualaikum

ana setuju dengan Addey. memang boleh katakan nisbah lelaki di dunia ni makin berkurangan...ana tak bermaksud kurangnya lelaki di IPT di sebabkan ramai lelaki yang dah masuk ke IPS(Institiut Pengajian Serenti)...tapi kurangknya bilangan lelaki di dunia ni yang sememagnya semakin pupus...memang boleh katakan kebanyakkan lelaki sekarang kurang masuk ke IPTA kerana skop pembelajaran banyak tertumpu pada teori berbanding dengan prktikal...jadi...tak hairan lah jika ramai lelaki lebih cendurung untuk melibatkan diri di dunia business atau kemahiran....wallahu'alam...


-----------------
"Hidup dan matiku, hanya kerana redha ALLAH taala"


Bookmark and Share

    


  Member Information For mahyuddinProfil   Hantar PM kepada mahyuddin   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 26-06-08 04:33


betul-betul ana setuju ramai lelaki berkerjaya kat ofis berbanding wanita. tapi walau macam mana nak kemahiran pun, still kena ada teori juga. kerana dengan ilmu itulah manusia menjadi mulia. kalau terus nak pratikal nanti tak berapa nak berilmu pulak. jadi tak berkualiti lah pulak. ilmu itu sangat penting. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

mahyuddin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2005
Ahli No: 18382
Posting: 126
Dari: UIAM, Gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-06-08 07:43


memang ana pun setuju sangat...kalau nak ada kemahiran,kena lah ada teori....dan kalau nak ilmu teori tu nak lebih difahami dan lebih berguna...kena lah praktik kan....tak guna kalau ada ilmu...tapi tak beramal...sama juga kalau ada ilmu teori...tapi tak prktik kan.macam deputy dean ana bagitahu....apa yang kamu semua belajar kat univrsity ni...hanya 10% saja yang akan digunakan di luar...dan 90% base on your experience...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mahyuddinProfil   Hantar PM kepada mahyuddin   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 22:24


Alaa memang dah nyata, lelaki kat Malaysia ni banyak yang dah tak tentu arah. Pasal semuanya ego kuat, nak tunjuk tere tapi ambik tindakan bodoh.

Mula masa kat sekolah, nak tunjuk kononnya tere, org isap rokok, dia pun nak isap, padahal bukannya ada keperluan/ketagih pun time itu, tapi nak hisap juga. Last2 ketagih, dah nak kena kuwar duit beli rokok. lepas itu bila makin hari bertambah bangang, hisap dadah pulak. Pasrtu upgrade benda lain pula. yang kerja belajar rasuah, belajar merempit, belajar main betina. Dan lagi dan lagi.. seolah-olah budak lelaki otak mereka ada masalah nak beza mana baik, mana buruk. Kalau kat dalam kuliah/ kelas ke suka dok belakang, lepas itu suka kontrol macho tak betempat....Pelik ahhh

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 22:28


xpupus lah.....mana ada...saya masih lagi ini kat u...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 07-07-08 23:34


peranan lelaki tenggelam dek peranan wanita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 17:18


Pada 02-07-08 22:28 , kapten06 posting:

!!! QUOTE !!!

xpupus lah.....mana ada...saya masih lagi ini kat u...hehehe


ana pun..hi2..memang pupus pun sbenanye... :kelip: :kelip:


-----------------

"prevention is better than cure"




Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 13-07-08 20:58


lagi satu ramai jugak org lelaki meninggal awal...macam kawan saya dari 5 yang meninggal dunia..4 org dari mereka tu still study di universiti..semua meninggal sebab accident..dah takdir..( sekadar pendapat saja)

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-07-08 21:31


Apa yang dihitungkan adalah berapa ramai pelajar lelaki di dalam IPTA.. dinilaikan berdasarkan peratus kemasukan pelajar wanita dan pelajar lelaki.. maka dirumuskan bahawa pelajar perempuan ramai di IPTA.. dan ramai lah pulak yang kata pelajar lelaki banyak Univ Pusat Serenti.. hmm.. cuba diteliti semula.. berapa ribu pusat serenti di Malaysia ni.. dan berapa ribu pula kapasiti setiap pusat serenti.. dari berapa ribu kapasiti tu ditolak dengan yang sudah berumur dan wanitanya.. tinggal lah berapa kerat saja lelaki yang dalam kategori pelajar di pusat serenti tu jika dinisbahkan kepada jumlah keseluruhan pelajar lelaki di IPTA.. tak dikira lagi pelajar lelaki di luar negeri, IPTS, IKBN, IKM, dan beberapa pusat pengajian berbentuk praktikal.. kesimpulannya adalah pelajar lelaki kurang di IPTA tetapi tak bermakna lelaki tak belajar.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 10-08-08 11:04


hmm..pelajar lelaki semakin pupus kat uni?kalau ikut berita dan kajian mungkin betul pelajar lelaki semakin 'berkurang' kat sesetengah u sekarang..'pupus' tu macam dinosour pupus..semakin tak wujud langsung..takut eden membacanya.. :-D pelajar lelaki lebih banyak belajar melalui hidup.alam mengajar kita segala-galanya..contohnya ramai billionair sekarang tak mendapat pendidikan yang tinggi..tapi mereka belajar dari kesusahan hidup..subjek kesusahan hidup tak diajar kat universiti.. :-P tapi itu tak bermakna pelajar lelaki tak perlu masuk u sebab ada masa dan tempatnya lelaki menjadi rujukan perempuan..kalau lah tiba-tiba lelaki mendominasi universiti kat malaysia..mesti kena cop dunia nak kiamat neh :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13924 saat. Lajunya....