Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 7 hari yang lalu
alongmina: 11 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 21 hari yang lalu
budakbesar: 28 hari yang lalu
azemi: 32 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: hamlatul quran


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» hamlatul quran

Please Mendaftar To Post


Oleh hamlatul quran

nak_jadi_baik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.10.2007
Ahli No: 31409
Posting: 112
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-06-08 02:55


assalamualaikum wbt..
buat ukhti2 dan akhi2.. boleh share pasal hamlatul quran tak?


-----------------

berjuang demi Allah.. senyum selalu.. kerana senyuman itu adalah sedekah


Bookmark and Share

  


  Member Information For nak_jadi_baikProfil   Hantar PM kepada nak_jadi_baik   Quote dan BalasQuote

dR_Muslimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.06.2008
Ahli No: 33752
Posting: 40
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-06-08 04:16


Bisikan ketenangan menyelubungi nurani,
Kesyahduan kurasakan amat bererti,
Acapkali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi,
Tiada putus-putus mendampingi kitabMu,
Membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci,
Segolongan insan yang dihormati,
Segolongan insan yang dipandang tinggi,
Inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendokong kitab suci,
Hamlatul Quran, itulah aku!
Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna,
Yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci,
Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi:
"…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…
Malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…"
Aku merenung sejenak,
Hamlatul Quran…begitukah aku?
Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku,
Betapa Hamlatul Quran yang hakiki,
Adalah insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan,
Mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dengan keperitan
Baru kusedar…Hamlatul Quran
Kau luar biasa!
Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti org-org kebanyakan,
Sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi
Yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini…
Namun…Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini,
Menjadi salah seorang insan pilihanMu
Di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti
Ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah perngorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani.
Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri?
Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau…!
Sahabat-sahabat Al-Quran,
Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?
Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?
Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih kau damba?
Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi…
Yang implikasinya tidak sama dengan reality kehidupan Hamlatul Quran?
Sahabatku…
Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran
ukhwah mahabbah yang terjalin ini atas nama AL-Quran
Dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran
Ya Allah
Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki
Sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi
Agar kehadiranku di dunia ini bermakna
Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi
Dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati
Lantas itu
Ku pinta padaMu ya Ilahi
Agar di saat-saat akhir hayatku
Alunan kalamMu jua yang mengakhiri pemergianku

Bookmark and Share

  


  Member Information For dR_MuslimahProfil   Hantar PM kepada dR_Muslimah   Pergi ke dR_Muslimah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090546 saat. Lajunya....