Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam 8 saat yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Ma Makna Qiraat.tarannum


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Ma Makna Qiraat.tarannum

Please Mendaftar To Post


Oleh Ma Makna Qiraat.tarannum

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 21:22


Ma Makna Qiraat.tarannum



Salam Akademi AL Quran..
Erm. Jom kita kongsi ilmu tentang AQ ni.

Ma makna Qiraat….

Ma makna Taranum..


Walau bagaimanapun, Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:
1-Bayati
2-Sobah
3-Sikah
4-Rast
5-Nahawand
6-Jiharkah
7-Hijaz

Memandangkan pada zaman kegemilangan Islam yang lampau, pengaruh kesenian wilayah-wilayah yang diduduki Islam telah menyerap antara satu sama lain. Antaranya ialah Iraq (Baghdad), Parsi, Turki dan Mesir. Kesemua nama-nama negara ini mempengaruhi tamadun kesenian Islam dalam jangka masa yang berbeza.


tarannum

jom.. kongsi lagi... :berfikir: :berfikir:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 22:11


Pada 10-06-08 21:22 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!


jom.. kongsi lagi... :berfikir: :berfikir:


syukran laki ya ustazah! :malu:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 13:14


tak reti sangat bertarannum..
ngaji tak habis time sekolah dedulu.. :)

tapi..memang kagum lah siapa yang hebat bertarannum..
suka dengar agaknya CD saja..
takpun..agaknya tv9, jam 6.30 petang..setiap hari!
-mari bertarannum-yaaaa rabbbb :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-06-08 12:05


salam..
erm.. apa beza antara satu sama lain..
agak-agak mana yang mudah dibawa...
agak sukar di bawa...??

nampaknya.. topik gini kurang dapat perhatian lagi prihatin..
nak kena panggil lagi team skuad SEMUT ke...

hello.. anybody homess..?? (^-^)

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

alhawa
Warga Rasmi
Menyertai: 01.07.2008
Ahli No: 33876
Posting: 3
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 23:14


banyak bezanya... tengoklah nak kaji dari sudut apa... emosi? asal usul? ketinggian suara? semuanya berbeza2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhawaProfil   Hantar PM kepada alhawa   Pergi ke alhawa's Website   Quote dan BalasQuote

alhawa
Warga Rasmi
Menyertai: 01.07.2008
Ahli No: 33876
Posting: 3
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 23:16


nak tahu lebih lanjut boleh ke blog saya...khusus tentang tarannum.... wwwDOTattarannumDOTwordpressDOTcom.. insyaAllah ada manfaat di sana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhawaProfil   Hantar PM kepada alhawa   Pergi ke alhawa's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 23:18


Tarannum quran tatau. Tapi masa zaman sekolah dulu pernah join bArzanji. Bayati, Rast , Sikah. Tu saja lagu yang dipakai untuk aku berzanji dulu dulu

ps:- sekarang dah tak bArzanji dah....


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 23:49


salam :)
qiraat ni untuk mudahnyer adalah bentuk2 bacaan yang terdapat dalam al-Quran
kat Malaysia dan kebanyakan seluruh dunia guna qiraat hafs an asim.

:) wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 00:23


salam..erm bukan tak minat..tapi kurang tahu..
tapi setakat yang dipelajari...mungkin budak DQ o mana-mana budak tahfiz lagi faqeh dalam hal ni...

QIRAAT...cara bacaan...
contoh2 qiraat..ada qiraat sab'ah..ada qiraat a
'asyarah..(7 dan ada yang qiraat sepuluh)

antara imam qiraat..
imam 'asim..
imam kisaie
imam abu amru

dan Kalau tengok tv 9 dia akan sebut..
baca mengikut..
riwayat warsy..(ni setakat yang tahu..dia tak baca hamzah ke gane entah lam bacaan dia..Kalau baca --------allazinayu'minu....dia akan baca allazinayuminu..dan banyak lagi lah..ni salah satu contoh..)
riwayat hafs (ni yang macam kita biasa baca)
riwayat qanbul..(yang ni pula..bacaan mim silah..Kalau tak silap..if silap..betulkan..Kalau kita baca 'alaikum..depa 'alaikumu..dan banyak lagi lah..)

tapi most diff dengan kita punya bacaan ..,ialah qiraat warsh...qiraat lain hampir sama saja..Kalau nak belajar lebih lanjut..ana cadangkan..blhlah tgk2 quran qiraat..ada dijual..nak tahu sebutan..kenela berguru pulak..jangan main terjah saja lah...qiraat ni Kalau tak silap..ustaz kata..ada kaitan dengan rasmul quran..budak DQ maybe arif agaknya subjek ni..ana bawu saja dengar di hari itu..tapi apa yang pasti..memang berkait....


Kalau imam hafs tu dia bawah qiraat 'asyarah..if tak silap...dia ni sama bacaan qiraat dengan imam 'asim



tu setakat yang ingat..hehehehe


ok...stop qiraat..now tarannum..

tarannum pula kaedah melenggok atau melagukan bacaan atau menyedapkan bacaan...gitulah lebih kurang yang ana ingat ustaz trgkan...

dalam tarannum ada beberapa tabaqat dia..

:bayati
:sobah
:hijaz
:rast
:nahwan
:jiharkah
:sikah
:jawabuljawab
bayati akhir

begitu kut..forget already..hehehhehe

cara melagukan.....
1:bayati..sobah..nahwan..jiharkah..jawabuljawab..bayati akhir
2:bayati..hijaz..nahwan dan till end lah..

dan ada dua tiga lagi cara melagukan...tapi tak wapa pasti susunan dia...

yang penting..lam tarannum ni..gabungan beberapa buah lagu dalam satu bacaan...mostly memang org akan mula dengan bayati awal..dan akhir dengan bayati akhir..ni yang kawan ana terang lah..huhu Kalau salah..betulkan..


ana ulang sekali lagi..tarannum ialah cara melagukan ayat2 quran lam satu bacaan..tu yang TV9 duduk buat..sila baca surah al imran..ayat 14..dengan riwayat warsh dan menggunakan tarannum bayati..nahwan da jiharkah..

sebab dia memang boleh merge..dan kesan dia kepada pendengar..tarannum ni bukan sesaja..Kalau tak silap..sobah ke hijaz entah..yang lagu dia melankolik sikit..macam sdey2 sikit..Kalau ayat ancaman..ada tarannumnya..gitula..ia akan memberi kesan kepada bacaan dan pendengar...huhu

paling tak dilupakan..Kalau guna jawabul jawab..mesti ada perintah allah atau larangan allah yang berjawapan..gitula lebih kurang..nak tunjuk coontoh..macam susah pula..hehehe ..tu saja..if salah..sila lah betulkan..ana juga insan yang dhoif..banyak buat kesilapan. ..sekadar berkongsi....


tu saja..wallahu'alam..


p/s:kenangan kat maahad..masa tu ada seorang akhi dari Dq datang lawat sekolah..lepas itu dia dengan perlahannya pergi bagitahu..assalamualaikum..hari ini..saya akan bawakan qiraat warsh dalam bacaan solat..dia maklumkan sebelum mula solat isya' ....ana dengar..tapi ramai junior ana tak mengerti..huhu..ana pula..ingat depa tahu...dan senior2 yang lain pun begitu juga..ingta depa dengar dan tahu..masa rakaat last..tengok-tengok...ramai yang berhenti solat..ana dan senior2 lain tanyalah bebiudak ni...Kenapa berhenti solat...
depa dengan confidentnya kata..imam baca fatihah pun tak betul..baca surah al baqarah pun banyak salah..kikiki..terpaksa lah kami trgkan masa tu..

abang tu bukan salah baca...tapi tu bacaan qiraat lain..yang kita duduk hadam hari-hari ni qiraat hafs ibnu asim......
sebabnya..hanya dua riwayat saja yang baca maalikiyaumiddin..(salah satunya riwayat hafs ni..satu lagi..ana terlupa..hehehe)
riwayat lain baca..malikiyaumiddin..tak panjang kat maliki tu....
Kalau masuk surah al baqoroh..tak payah kata lah..lagi banyak beza..tu yang buat junior2 ana berhenti solat..huhu...mungkin ana macam depa juga agaknya Kalau tak tahu....huhuhu..tapi windu kenangan di maahad...huhu
k lah..wassalam


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

IlyaFarhan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.10.2004
Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 04:57


salam
Qiraat ini bermaksud cara dan gaya bacaan al-quran.Qiraat ini bermula apabila Nabi membaca Al-quran dengan qiraat dan para sahabat bertalaqqi dengan Nabi SAW.kemudian tersebarlah cara-cara bacaan ke seluruh negeri.Qiraat yang masyhur ada 7.iaitu :
1)imam Nafi' -riwayat Qalun
                     -riwayat warsh

2)imam ibn kathir - riwayat Bazzi
                             - riwayat Qunbul

3)imam Abu Amru - riwayat Duri
                                -riwayat susi

4)imam ibnu Amir -riwayat Hisyam
                             -riwayat Ibnu Zakuan

5)imam a'sim - riwayat Syu'bah
                        - riwayat Hafs

6)imam Hamzah-riwayat Kholaf
                         -riwayat Khallad

7)imam Kisaie -riwayat Abu alharith
                         -riwayat Duri

dan qiraat yang mutawattir ada 10 dan ditambah 3 imam lagi:

1)imam Abu Jaafar-riwayat ibnu wardan
                                -riwayat ibnu jammaz

2)imam Yaakub al-Hadhrami-riwayat ruwais
                                                -riwayat rauh

3)imam Kholaf al-bazzar-riwayat ishak
                                        -riwayat idris

kalau ada tersilap harap-harap tegur ye...sama-sama belajar

Bookmark and Share

    


  Member Information For IlyaFarhanProfil   Hantar PM kepada IlyaFarhan   Pergi ke IlyaFarhan's Website   Quote dan BalasQuote

alhawa
Warga Rasmi
Menyertai: 01.07.2008
Ahli No: 33876
Posting: 3
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 09:49


al-Quran...

Tafsir-huraian makna.
Tajwid-cara menyebut huruf dan perkataan dengan betul.
Qiraat-bacaan Al-Quran.

Tarannum-bacaan berlagu. Asal perkataan Tarannum susah nak dipastikan. Adakah dari sumber Hadis? Atau perkataan Urdu? sebab yang guna perkataan "Tarannum Al-Quran" hanya di nusantara. kat tempat lain disebut Maqam..

Tabaqat-Tingkatan suara (rendah, tinggi, sederhana)

Maqam-Tarannum= Bacaan berlagu/jenis bacaan berlagu.. macam Rast, baiyati dll..

Maqam-Not= setiap ada not-not suara yang berbeza...



banyak lagi istilah al-quran yang perlu diketahui.. mungkin buku panduan istilah ilmu-ilmu Al-Quran harus ditulis...

layarilah blog saya... (bukan nak promosi sangat pun.. nak membantu. Nak tulis panjang2 kat sini sukar jugak agaknya..)

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhawaProfil   Hantar PM kepada alhawa   Pergi ke alhawa's Website   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 14:33


hm...berminat pasal riwayat2 qirat ini...tapi ilmu quran xmntap lagi untuk belajar pasal qiraat neh...hi2....

p/s: imaad...anti mumtaz...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-07-08 15:40


yang taranum ni senang kita panggil mengaji berlagu...macam orang dok bertanding macam Akademi al quran...banyak tekan dari sudut taranum...tapi dari sudut qiraat tak sangat..rasanya jawapan kat atas dah cukup kalau nak tahu makna qiraat dengan taranum saja...kalau taranum pula advantage bagi org yang memang suara sedap.burdah asli ada..tak semua orang boleh buat taranum dengan baik..pasal dia juga bergantung pada kekuatan vokal..macam penyanyi juga..ada tingkat suara semua..dan lagu ni di pilih mengikut makna atau keadaan ayat yang dibaca..contohnya kalau ayat yang sedih akan menggunakan lagu sedih..soba rasanya..kalau tak salah lah...macam-macam lah ada lagu gembira dan sebagainya...jangan pulak lagukan ayat sedih seperti surah at-taubah..surah yang cerita pasal kesedihan tak masuklah dengan makna dia..

Yang glamer qiraat 7 imam seperti yang diberuitahu di atas..dan kebanyakkan bacaan mengikut kawasan..(lebih kurang macam longat lah semua guna bahasa melayu tapi kelantan bunyi lain kedah lain terangganu lain..) itu untuk qiraat lah.pemahaman yang lebih mudah..nak tahu gaya bacaan nya boleh lah join kelas qiraat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 09-07-08 16:44


salam alaik
syukran jiddan ila immad ..ilyafarhan dll...
erm, jejak ukhwah ana dengan ustz masa form 4-5
ana explore untuk dapatkan info qiraat..tarannum ni.
then.. jumpa blog ustz zainul arifin..ehehe..

insyallah..kalau ada sahabat yang minat nak bertarannum..
qiraaat..belajar serba sikit ilmu ni.
ana boleh jemput ustz zainul..

http://www.zainul.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

gurutajwid
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2009
Ahli No: 38285
Posting: 12
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 08:26


Assalamualaikum semua,

Disebabkan dah ada buka tentang topik qiraat dan tarannum, saya nak berkongsi sedikit tentang Qiraat Imam ‘Asim dan sejarahnya. Dan saya ada selit-selitkan sedikit info tentang tajwid.

Ilmu Tajwid dari segi bahasa ialah mengelokkan sesuatu atau mendatangkan sesuatu yang baik. Sementara dari segi Istilah pula ialah sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul.

Sesetengah ulamak mentakrifkan tajwid sebagai memberi huruf akan haknya daripada sifat-sifat yang lazim baginya, serta keperluan dari segi hukum yang terbit dari sifat-sifat tersebut. (Sa’udi, 1990. masa:121). Ini bermaksud menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya (ciri-cirinya) , dengungnya, panjangnya (mad), tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan lain-lain hal yang bersabit dengan ilmu tajwid. Ada yang mentakrifkan sebagail ilmu yang menerangkan hukum-hukum serta kaedah-kaedah yang mesti diamalkan semasa membaca al-Quran dengan menepati apa yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.

Al-Quran yang kita warisi dari Rasulullah s.a.w tidak dibaca dengan satu cara sahaja, tetapi ia harus dibaca dengan beberapa cara mengikut riwayat Qiraat yang diambil dari Rasulullah s.a.w . Ini kerana Rasulullah s.a.w membenarkan para sahabat membaca al-Quran mengikut Lahjah ( loghat /dialek) mereka sendiri, yang mana mereka semua adalah berbahasa arab sama seperti bahasa al-Quran yang diturunkan. Maka wujudlah di kalangan para sahabat , pembacaan al-Quran yang berbeza tetapi kesemuanya diakui sah oleh Rasulullah s.a.w melalui hadith baginda yang bermaksud :

“ Jibril a.s membaca kepada aku al-Quran dengan satu cara sahaja, maka aku berulang-ulang meminta supaya ditambah bacaan lain, dan jibril pun menambahya sehinggalah lengkap 7 perbezaan bacaan” (Hadis ke 4607 Sahih al- Bukhari)

Di Malaysia, pembacaan al-Quran pada masa sekarang adalah mengikut Rasm Uthmani, yang telah ditulis dan dibukukan semasa pemerintahan Saidina Othman bin Affan .a. Sementara bacaannya adalah mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman melalui Toriq Asy-Syatibiyyah dan ianya diambil dari Qiraat Imam ‘Asim. Imam ‘Asim adalah seorang pelopor mazhab Qiraat yang tujuh daripada sepuluh. Nama beliau ialah ‘Asim bin Abi an-Najud al-Asadi al-Kufi, Syeikh Qurra’di Kufah selepas Abu ‘Abd Rahman as-Sulami. Beliau adalah seorang Tabi’en yang hampir dengan para sahabat dan berkesempatan bertemu dengan ramai di kalangan mereka ( sahabat) semasa hayatnya. Beliau seorang yang fasih serta mahir dalam bacaan al-Quran, memiliki suara yang lunak , sedap dan disegani, apabila beliau membaca al-Quran hingga dikatakan beliau “manusia yang paling baik suaranya dalam bacaan al-Quran”.

Bersambung sanad (salasilah) bacaan al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w hanya diselangi oleh dua orang perantaraan sahaja sepertimana gambarajah di bawah :

/

Beliau wafat setelah meninggalkan warisan yang tidak ternilai bagi seluruh umat islam pada penghujung tahun 127 hijrah dan dikebumikan di Kufah. Diriwayatkan dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal: “ Aku pernah bertanya bapaku : Qiraat manakah yang lebih kamu sukai ? Jawab Imam Ahmad (w: 241H): Qiraat penduduk Madinah. Jika tiada, maka Qiraat Imam ‘Asim. Beliau mempunyai anak murid yang terlalu ramai tetapi yang paling mashyur hanya dua orang sahaja iaitu :

a)Abu Bakar Syu’bah bin Abbas
b)Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi yang menjadi periwayatan pembacaan al-Quran penduduk islam di Malaysia.

Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadi al- Kufi, terkenal dengan gelaran Abu Umar, merupakan anak murid dan juga anak tiri kepada Imam ‘Asim. Beliau telah mengambil bacaan al-Quran terus dari gurunya ‘Asim secara talaqqi dan Musyafahah. Belaiu amat terkenal dengan ketelitian dan ketepatan bacaan dan hafalan al-Qurannya. Beliau belajar sehingga menjadi seorang yang sangat mahir melebihi rakannya yang bernama syu’bah. Ramai di kalangan ulamak mengakui ketokohan beliau dalam bacaan al-Quran. Oleh sebab itu beliau lebih mashyur dan terkenal di segenap pelusuk negara menjadikan ramai manusia datang belajar dengannya.

Bersambung sanad ( salasilah ) bacaan al-Quran kepada Rasululllah melalui gurunya Imam “Asim seperti berikut :

Hafs => ‘Asim => As- Sulami => Ali => Rasulullah s.a.w

Gambarajah : Kedudukan bersambung sanad dari gurunya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.



Oleh kerana Hafs telah melahirkan ramai anak-anak murid, maka bacaan riwayat Hafs ini telah tersebar luas ke seluruh Negara islam, pada waktu itu hingga ke hari ini terutama sekali negara-negara sebelah Asia. Beliau wafat pada tahun 180 Hijrah. Selepas kewafatan Imam Hafs wujud pula Toriq (aliran bacaan) yang berbagai-bagai seperti aliran Asy-Syatibiah dan aliran Al-Jazariah. Kita di Malaysia membaca al-Quran mengikut Rasm Uthamani dan kaedah bacaan mengikut riwayat Hafs melalui Toriq Asy-Syatibiah.

Imam Asy-Syatibiah, nama sebenarnya ialah Al-Qasim bin Fiyyurah bin Khalf bin Ahmad Asy- Syatibi Ar-Ru’aini Al-Andalusi. Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syatibah di Andalus. Beliau adalah imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat yang tujuh melalui kitabnya yang terkenal iaitu Hizrul Amani wa Wajhut Tahani atau lebih dikenali dengan Matan Asy-Asyatibiah. Beliau mempelajari al-Quran dan Qiraat dari gurunya di Syatibah iaitu Abi Abdullah Muhammad bin Abil “As Al-Nafari. Imam As-Syatibi adalah seorang yang mendalam pengetahuannya dalam bidang-bidang ilmu islam dan Bahasa Arab. Selain daripada ingatan beliau yang kuat dan akal yang tajam, beliau juga mempunyai akhlak yang tinggi dan mulia, tidak memandang dunia, takut kepada hukum Allah. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam semua Qiraat, namun apa yang beliau riwayatkan daripada bacaan Imam ‘Asim adalah lebih mashyur dan diterima oleh semua berbanding dengan yang lain. Bacaan oleh beliau daripada riwayat Hafs dari Qiraat ‘Asim dari aliran Asy-Syatibiah telah menjadi bacaan yang utama yang diamalkan oleh sebahagian besar umat islam sehingga ke hari ini termasuklah negara kita Malaysia.

Dari keterangan di atas, jelas terbukti bahawa sesuatu bacaan itu mempunyai bacaan yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat perbezaan bacaan, tetapi apa yang lebih penting ialah perbezaan itu mestilah mempunyai sandaran yang kuat dan sah dalam pengambilannya.


-----------------
Rahsia Menguasai Ilmu Tajwid!!!
http://abdullahidris.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gurutajwidProfil   Hantar PM kepada gurutajwid   Pergi ke gurutajwid's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098778 saat. Lajunya....