Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 111
Ahli: 0
Jumlah: 111




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Hobi
Topik: Jom belajar KHAt.kaligrafi


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Hobi
    »» Jom belajar KHAt.kaligrafi

Please Mendaftar To Post


Oleh Jom belajar KHAt.kaligrafi

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 20:22


Siapa yang tahu ada berapa jenis khat..
Ana tak ingat ada berapa jenis..
Pernah ke pameran di muzium kesenian islam
yang dekat masjid negara tu..
suka tengok kaligrafi khat ni..
cuma, tangan ni bukan seni sangat..

masa dulu, sek agama rakyat.. belajar sikit-sikit tulis khat..hihi
Tapi.. lah ni dah besaq tidak diamalkan lah..
Sure ada sahabat ukhwah.com yang biasa join pertandingan khat..

Jom kita kongsi ilmu kaligrafi ni..
Dari jenis tulisan.alatan dan sebagainya..
Boleh juga lampirkan gambar-gambar tulisan khat…









Syukran wa ilalliqa’ next posting.. ;)
Wallahu’alam..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 00:01


salam.. :)
tumpang tanya...kat mana boleh saya dapatkan kayu resam .. mm.. peralatan khat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 00:53


pergi saja ke mana kedai yang jual alat tulis..tapi pastikan lah kedai tu jual banyak stationary dan banyak lah barang..nak terang pun tak tahu..t tanya saja...ada tak jual pen khat...tak pun tanya..caligraph pen ado tak?
atau pun...yang batang macam kayu tu.memang dah susah nak dapat now...
kat tempat ana memang tidak ada


khat ada kufi....thuluth..nasakh,,farisi..dan yang selalu kita jumpa khat dewani...

p/s:buat khat sesuka hati saja..hahahha...upa2nya..bila tengok budk klab khat buat..ada seninya..kihkihkih..bukan main taram dan sesendap ase saja nak buat...tapi samapai lah ni..aku tak reti buat..hehehe..tau nama saja..sebab kawan yang klab khat tu suka bebel dan buatkan khat lam kelas untuk hiasan....hehehhehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 01:17


pen khat ada ke saiz besar...1.0 ke 2.0..
yang nak dicarik kayu resam tu lah... saya ternampak dalam akhbar... gambar iklan tok guru tulis khat guna kayu itulah.. belek2 dalam paper tu tak ada pun cerita pasal kayu tu... sekironyo ado info pasal kayu ni harap dptla maklumkan pado sayo
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 16:13


saiz 1.0 sampai 4.0 pun ada...yang ladi besar pun ada..carila..Kalau enta.enti duduk n9.,..kawasan pula tampin..boleh lah cari kat wee chin store...tapi Kalau kat tempat lain..ana tak tahu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-07-08 17:18


OoOoo ada juga yang saiz besar...saiz kecik banyakla yang saya jumpa...ok..syukran... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 09-07-08 17:46








erm...apa ye nama jenis khat ni..
ana tak ketahuan.. :-? :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-08 20:30


salam , kalau tak silap saya yang tengah tu thuluth...yang bawah kotak2 tu kufi.. yang ateh tu thuluth juga agaknya..wallauhua'lam.. kalau saya salah betulkan ye :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-07-08 22:16




Yang ini namanya Thuluth..






Yang ini pun namanya Thuluth







Yang ini namanya Khufi Murabba'


:-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 15:49


wah..syukran ya sahabti..hehe..
bila ana explore lagi.. ana jumpa website ni..
jom.. tengok.. belajar khat..

khat

jamiiilah..
ni khat diwani.. erm..


/


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 15:53


Bagaimanakah cara untuk mempelajari Khat dengan berkesan?
Cara yang berkesan:


• Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul, cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang dikehendaki.


• Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.


• Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.


• Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan penulisan.


Apakah kepentingan mempelajari Seni Khat?


Kepentingan mempelajari khat terbahagi kepada dua.

Pertama kepentingan kepada individu dan yang kedua kepentingan kepada masyarakat.


Kepentingan kepada individu:


• Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna bagi jalan penulisan dan khat itu sendiri tiang kepada penulisan.


• Khat juga merupakan wasilah dalam menghasilkan harta benda dinisbahkan kepada seni khat yang halus dan tinggi dengan sebab kepakaran penulisnya.


• Bagi khat kepentingan yang khusus adalah menyintainya bagi orang yang merasai dengan perasaan kejiwaan yang halus.


Kepentingan pada masyarakat:


• Khat itu ditulis dengannya pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar dan majalah dan merupakan wasilah iklan seperti televisyen dan sebagainya.


• Khat itu diwujudkan pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.


• Khat itu wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan dan terbukti kitab-kitab itu dengan dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulis yang direka pelbagai jenis semenjak dahulu yang menyimpan di dalamnya manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.


Apakah persediaan yang perlu ada bagi setiap pelajar yang ingin mempelajari Seni Khat?

Persediaan yang perlu ada bagi mereka yang ingin mempelajari seni ini boleh kita ketegorikan kepada dua.


1) Persediaan fizikal

2) Persediaan mental.


Persediaan fizikal.


Tubuh badan yang sihat dan anggota yang sempurna. Namun anugerah yang di kurniakan Tuhan tidak sebagaimana orang lain atau sempurna ianya tidak menjadi halangan bagi mereka yang bersungguh-sungguh berminat untuk mnguasai bidang ini.


Sebuah kisah penulis wanita, “Bintu Khaddan Wardi”. Sebagaimana yang telah dinaskan oleh Ishak dalam kitabnya tentang cerita pada zaman raja alKamil pada bulan Syawal 624h telah datang dari Iskandariah seorang perempuan yang tidak menpunyai kedua belah tangan hingga ke siku. Beliau melakukan segala kerja sebagaimana perempuan-perenpuan lain dengan menggunakan kaki. Seorang menteri telah menemuinya dan membawa perempuan tersebut dakwat kalam dan pisau. Dakwat itu diambil oleh perempuan tersebut kaki kirinya, kemudian diambil kalam dan pisau diraut, diasah, dibelah dan dipotong melintang kalam tersebut. Seterusnya diambil kertas dan memegangnya dengan kaki kiri dan menulis dengan kaki kanan dengan lebih baik dan cantik dari apa yang ditulis oleh penulis dengan tangan kanan mereka. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Semoga cerita ini menjadi pendorong dan semangat kepada mereka yang betul-betul berminat untuk berkenalan secara lebih luas dan seterusnya mendalami bidang Seni Khat ini.


Persediaan mental.


• Minat yang mendalam (bukan hangat-hangat tahi ayam)


• Emosi yang tenang


• Ketekunan yang jitu


• Kesungguhan yang mantap


• Daya imaginasi yang tinggi


• Daya cipta dan tiru yang halus


• Melatih diri untuk menjadi seorang yang mempunyai jiwa yang tinggi, halus perasaan yang tajam bertenang dan bekerja dalam situasi yang jauh dari jiwa yang gelisah dan gopoh serta bersikap 'rileks', ini juga dapat faktor membantu kepada penulisan yang baik, cermat dan halus. Selain faktor bimbingan guru yang berpengalaman dan mahir.



Apakah halatuju mempelajari Seni Khat ini?


Melihat kepada qadiah di Malaysia dan masyarakat umat Islam itu sendiri khususnya dan masyarakat dunia amnya:


• Memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran


• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam


• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang hidup roh Islam dan mengenal tulisan jawi.


• Menghidupkan tulisan jawi di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi sebagai satu mata pelajaran atau anda kurikulum yang bergerak aktif dan sistematik


• Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan penulis-penulis yang berwibawa melalui seminar-seminar seperti yang telah dijalankan sebelum ini, kegiatan di bengkel dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Muzium Kesenian Islam dan Yayasan Restu sendiri mempunyai bengkel yang khusus dalam melahirkan penulis khat yang mempunyai daya imaginasi dan kreatif yang tinggi


• Mengadakan dan menganjurkan pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagaimana negara Turki yang menganjurkan pertandingan khat kebangsaan disana setiap 3 kali setahun. Bertujuan untuk melahirkan penulis bertaraf antarabangsa dan berpengalaman.


Apakah pandangan anda tentang masa depan Seni Khat?


Cerah, berdasarkan faktor positif yang memberitahu perkembangan seni khat di tanahair seperti:


• Penubuhan Persatuan Seni Khat kebanggaan yang menjadi tulang belakang penggerak yang memperkenalkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti kegiatan seni khat di Malaysia, Pertandingan khat kebangsaan yang merupakan salah satu wasilah memperkenalkan seni khat itu sendiri dan melahirkan lebih ramai penulis tanahair dan mencungkil bakat penulis-penulis muda.


• Wujudnya mata pelajaran khat di peringkat sekolah-sekolah menengah agama, menengah arab dan kegiatan-kegiatan persatuan seni khat di institut pengajian tinggi secara serius atau tidak secara langsung antara lain negeri Johor sendiri banyak menganjurkan pertandingan-pertandingan khat sebagai galakan kepada penulis-penulis di tanahair disamping tawaran hadiah lumayan bagi menarik lagi minat para peserata. Kelantan juga mempunyai potensi yang tinggi untuk memajukan bidang ini memandangkan ramai tenaga yang berkebolehan dan berpengalaman dalam bidang ini.


• Ramai di kalangan pelajar Malaysia di Mesir mula menaruh minat dalam bidang ini dan mengambil perhatian yang serius dan inisiatif dengan mengikut pengajiaan di Peringkat Diploma selama 4 tahun & pelajar lulusan Diploma boleh menyambung lagi pengajian mereka hingga peringkat Diploma Lanjutan (takhasus) selama 2 tahun lagi di Institut Seni Khat Arab di Mesir. Selain itu, Yayasan Restu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor (bersebelahan Masjid Shah Alam) juga menawarkan pengajian Seni Khat


Tujuan


• Memelihara al-Quran dengan tulisan.


• Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.


• Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan kaum muslimin sejagat.


• Mengukuhkan perpaduan umat Islam dan negara Islam.


http://www.callidesign.blogspot.com/


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 16:01


Jenis-Jenis Khat

1. Nasakh
2. Nasakh Hadith
3. Thuluth
4. Thuluth Jali
5. Req’ah
6. Farisi @ Nasta’liq
7. Dewani
8. Dewani Jali
9. Ijazah
10. Hurr


Sumber:


Seni Khat, Keindahan Dalam Kepelbagaian “Sejarah, Tokoh dan Karya”

oleh Jainal Sakiban

ISBN 983-066-202-0

Synergymate Sdn Bhd




Buku Khat Jawad Sabti

Buku-buku rujukan Khat (koleksi rujukan persendirian)


al-Haqir ila Allahi Bari,


Mohammad Firdaus bin Mahadi

http://www.callidesign.blogspot.com

http://firdausmahadi.fotopages.com

** subhanallah.. masyaAllah.. banyak sungguh jenis khat ni..
dalam 80lebih.. erm nanti ana titipkan lagi jeniis khat
au ada sahabat yang nak bantu ana..

nanti copy paste dalam blog ustz firdaus ni..
syukran..
:-D


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 16:29


/

http://callidesign.blogspot.com/2007/04/tutorial-1-khat-nasakh.html

ok deh.. pegang pensel...
satu..dua.. mula....e-toturial..


huruf ain..
/


huruf dal..


/

ya Allah... beesstnye..kalau tangan seni ni..
tapi.. ana kurang sikit seni halus ni..
seni cipta puisi kekadang boleh lah.. tapi, kena ikut ada mood..
:-?


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 16:43


Pada 02-07-08 01:17 , Far-Zie posting:

!!! QUOTE !!!

pen khat ada ke saiz besar...1.0 ke 2.0..
yang nak dicarik kayu resam tu lah... saya ternampak dalam akhbar... gambar iklan tok guru tulis khat guna kayu itulah.. belek2 dalam paper tu tak ada pun cerita pasal kayu tu... sekironyo ado info pasal kayu ni harap dptla maklumkan pado sayo
:)


kalau nak mudah kayu resam ni ada dijual di Taman Seni Islam Selangor, di sebelah Masjid Shah Alam, tempat tu ada juga yang panggil Yayasan Restu, kat situ ada jual kayu resam, cuma kena asah sendiri saja lah, tak ada jual yang dah siap di asah, saya pun ada resam juga, banyak ambil dari hutan belakang sekolah dulu :) tulis guna resam ni lagi seronok dari gunakan pen....


-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 16:50


kalau ada yang nak tahu tentang pengenalan satu persatu jenis khat beserta contoh, ada artikel dalam Majalah Al-Islam bermula keluaran Mac 2008...bolehlah dapatkan...ada contoh sekali :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 17:14


wahh, nanti nak kena berguru dengan cik SS ini... :-o

p/s: terfikir... Kenapa dalam forum "Al-Quran dan Hadis" ye.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 17:46


kena pindahkan dalam forum lain, berkaitan kesenian ke...ada tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 17:50


Sempena musim perayaan nak hampir ni, adalah saya tulis 1 untuk tempahan...jenis khat, Khat Thuluth...

/
©copyright callidesign2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 18:03


Saya mulakan dengan pengenlaan jenis Khat Thuluth dahulu...


!!! QUOTE !!!

/

لاَ إيْمَانَ لِمَنْ أَمَانَةَ لَهُ، وَلاَ دِيْنَ لاَ عهْدَ لَهُ
Maksud Hadith:

Daripada Anas bin Malik .a., sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya :
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqi


PENGENALAN KHAT THULUTH

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.

Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya.

Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar.

©copyright callidesign 2008
Tulisan Khat Thuluth & artikel untuk terbitan Majalah Al-Islam bulan Mac 2008



-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 19:25


Pada 10-07-08 16:43 , Riyadhfannil posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-07-08 01:17 , Far-Zie posting:

!!! QUOTE !!!

pen khat ada ke saiz besar...1.0 ke 2.0..
yang nak dicarik kayu resam tu lah... saya ternampak dalam akhbar... gambar iklan tok guru tulis khat guna kayu itulah.. belek2 dalam paper tu tak ada pun cerita pasal kayu tu... sekironyo ado info pasal kayu ni harap dptla maklumkan pado sayo
:)


kalau nak mudah kayu resam ni ada dijual di Taman Seni Islam Selangor, di sebelah Masjid Shah Alam, tempat tu ada juga yang panggil Yayasan Restu, kat situ ada jual kayu resam, cuma kena asah sendiri saja lah, tak ada jual yang dah siap di asah, saya pun ada resam juga, banyak ambil dari hutan belakang sekolah dulu :) tulis guna resam ni lagi seronok dari gunakan pen....




OooOO.. kat yayasan restu..syukron kathiran :) ..ramai juga saya dah tanya tapi semua tak tahu.. berapa ye harganya?? kat sana ada tak jual buku2 panduan tulis khat (untuk semua jenis khat)??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 09:21


!!! QUOTE !!!

Pada 10-07-08 19:25 , Far-Zie posting:
OooOO.. kat yayasan restu..syukron kathiran :) ..ramai juga saya dah tanya tapi semua tak tahu.. berapa ye harganya?? kat sana ada tak jual buku2 panduan tulis khat (untuk semua jenis khat)??


saya tak pasti pula...tapi buku qawaid khat memang tak pernah nampak pun ada jual kat malaysia, cuma hari itu masa pesta buku kat pwtc ada lah jual, kat booth penerbitan buku² dari timur tengah, saya punya koleksi buku pun banyak kirim dari kawan yang belajar di mesir :)


-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 09:49


salam ya encik IM..
anta ngaji dengan ustz firdaus ni..riyadhfannil..
beliau lagi mantOp..

ana pegang pensil boleh lah..
nak lakar tu.. wallahu'alam..hihi

syukran ya ustz.. banyak posting ni..
jejak kasih ana dengan topik ni..
sahabat ukhwah rupenya..

mabruk wa salam perjuangan ya ustz..;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 10:11


Pada 11-07-08 09:49 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

salam ya encik IM..
anta ngaji dengan ustz firdaus ni..riyadhfannil..
beliau lagi mantOp..

ana pegang pensil boleh lah..
nak lakar tu.. wallahu'alam..hihi

syukran ya ustz.. banyak posting ni..
jejak kasih ana dengan topik ni..
sahabat ukhwah rupenya..

mabruk wa salam perjuangan ya ustz..;)


syukran, memang dah agak lama disini, cuma kurang aktif...bila dah timbulkan isu dan topik mengenai seni kht insyaAllah saya akan tutur serta, selain tu andaikata aa persoalan mengenai seni kaht bolehlah bertanya andaikata saya mampu menjawabnya :)


-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Far-Zie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-07-08 02:00


Pada 11-07-08 09:21 , Riyadhfannil posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Pada 10-07-08 19:25 , Far-Zie posting:
OooOO.. kat yayasan restu..syukron kathiran :) ..ramai juga saya dah tanya tapi semua tak tahu.. berapa ye harganya?? kat sana ada tak jual buku2 panduan tulis khat (untuk semua jenis khat)??


saya tak pasti pula...tapi buku qawaid khat memang tak pernah nampak pun ada jual kat malaysia, cuma hari itu masa pesta buku kat pwtc ada lah jual, kat booth penerbitan buku² dari timur tengah, saya punya koleksi buku pun banyak kirim dari kawan yang belajar di mesir :)



syukron ya ustaz :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Far-ZieProfil   Hantar PM kepada Far-Zie   Pergi ke Far-Zie's Website   Quote dan BalasQuote

mohdshahizal
Warga Rasmi
Menyertai: 27.07.2008
Ahli No: 34171
Posting: 2
Dari: alor star

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-07-08 00:52


salam

semalam ronda2 kat alam maya, saya jumpa web ni.
cantik juga khat dia
http://awangpurba.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdshahizalProfil   Hantar PM kepada mohdshahizal   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 01-08-08 09:09


Pada 28-07-08 00:52 , mohdshahizal posting:

!!! QUOTE !!!

salam

semalam ronda2 kat alam maya, saya jumpa web ni.
cantik juga khat dia
http://awangpurba.blogspot.com/


saya kenal dengan dia...awangpurba...dia bukan seorang penulis khat sepertimana yang dia tulis di blognya...tapi memang respect hasil kerja dia...sebab dia memintai typography...dia mengaplikasikan tulisan jawi dalam bentuk typography...memang kreatif :)


-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 08-08-08 11:04


/

PENGENALAN KHAT DIWANI JALI

Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.

Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.

©copyright callidesign 2008
Tulisan Khat Diwani Jali & artikel untuk terbitan Majalah Al-Islam bulan Ogos 2008



-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™


Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112819 saat. Lajunya....