Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 230
Ahli: 0
Jumlah: 230




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Harga Minyak Naik Bulan Ogos


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Harga Minyak Naik Bulan Ogos

Please Mendaftar To Post


Oleh Harga Minyak Naik Bulan Ogos

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 03-06-08 22:41


Assalamualaikum

Terima Kasih Pak Lah!!!

Berita Harian

PM umum keputusan penstrukturan baru subsidi bahan api esok

KUALA LUMPUR: Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan.

Ketika membayangkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penstrukturan mekanisme baru skim subsidi bahan api itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan akan diputuskan Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi.

"Ia akan berlaku dan mungkin pada Ogos ini. Kita akan menggunakan masa dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diminta mengulas kenyataan Shahrir itu berkata, keputusan muktamad mengenai perkara berkaitan subsidi bahan api akan diumumkan esok.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kelapan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Bank Negara Malaysia petang semalam, Abdullah berkata Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi akan bermesyuarat hari ini bagi memuktamadkan pelbagai cadangan untuk pertimbangan akhir mesyuarat jemaah menteri.

"Kita mahu memastikan apa juga keputusan yang akan dibuat adalah terbaik untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mahu langkah yang akan diumumkan itu nanti berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak spekulasi.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, pengumuman itu sepatutnya dibuat Jumaat lalu, tetapi tidak dapat dilakukan berikutan beberapa menteri tidak dapat menghadiri mesyuarat Kabinet kerana menghadiri persidangan di luar negara.

Mengenai kenyataan Shahrir yang membayangkan harga petrol dan diesel akan naik mulai Ogos ini, Perdana Menteri berkata:

"Dia (Shahrir) kata ia satu kemungkinan. Apapun keputusan muktamad berkaitan subsidi dan minyak akan diumum Rabu ini (esok)," katanya.

Abdullah juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada penguatkuasaan serta-merta keputusan yang akan diumum esok akan turut membabitkan kenaikan harga minyak.

"Tak usah tanya semua itu, anda tunggulah... cuma tinggal sehari saja lagi (untuk pengumuman)," katanya.

Sebelum itu, Shahrir menjelaskan walaupun harga petrol dan diesel naik, subsidi minyak masih tetap dinikmati rakyat.

Beliau juga memberi jaminan kenaikan itu tidak akan menjejaskan rakyat kerana penstrukturan semula skim subsidi dilakukan bagi menegakkan prinsip kesaksamaan dan keadilan.

"Skim subsidi baru ini adalah berdasarkan keperluan dan bukannya penggunaan. Pada hari ini, tiada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada penggunaan. Kalau kita menggunakan 200 liter sebulan pun, kita akan mendapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli.

"Ia bermakna ia satu sistem subsidi yang tidak menjurus kepada penyelesaian masalah. Sepatutnya subsidi itu diberi kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan," katanya.

Beliau berkata, penstrukturan semula itu adalah antara pendekatan kerajaan dalam menangani peningkatan beban tanggungan subsidi berikutan kenaikan harga minyak dunia.

Harga minyak dunia meningkat secara mendadak sehingga mencecah lebih AS$130 setong ketika ini.

Shahrir berkata, subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petrol, diesel dan LPG tahun ini dijangka mencecah RM56 bilion, berbanding RM37.4 bilion pada 2000 hingga tahun lalu.

Mengenai larangan penjualan petrol dan diesel kepada kenderaan asing di stesen minyak yang beroperasi dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan, beliau berkata ia hanya langkah sementara.

Katanya, larangan itu mungkin ditarik balik selepas sistem pengurusan subsidi bahan api yang sesuai diputuskan Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi pada Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan bertindak demikian untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang membabitkan kos tinggi dan seharusnya dinikmati rakyat negara ini, khususnya golongan berpendapatan rendah.

"Larangan penjualan itu sudah berkuat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand mulai hari ini, manakala sempadan dengan Singapura pada 9 Jun," katanya sambil menambah larangan itu tidak membabitkan motosikal.

Shahrir mengakui menerima laporan bahawa beberapa kegiatan perniagaan rakyat tempatan di sempadan terjejas berikutan larangan itu, tetapi menegaskan kerajaan tetap melaksanakannya demi kebaikan semua pihak, terutama untuk mengurangkan penyaluran subsidi kepada mereka yang tidak berkaitan.

Larangan itu membabitkan semua stesen minyak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand meliputi Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan serta Malaysia-Singapura, iaitu di beberapa daerah di Johor termasuk Kulai dan Johor Bahru.

Harga petrol di negara ini hanya RM1.92 seliter dan diesel (RM1.58), berbanding di Thailand RM4 seliter bagi petrol dan diesel RM3.50 seliter, Indonesia (RM2.57), Filipina (RM3.45), Singapura (RM5.07) dan United Kingdom (RM7.03).


p/s: alasan yang sama lagi..carilah alasan baru pulak!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 03-06-08 22:47


Petikan dari: anakbapa.blogspot. com untuk dikongsi bersama pembaca.

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1,2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi.

Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen.

Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:

1. Venezuela 12 cents

2. Iran 40 cents

3. Saudi Arabia 45 cents

4. Libya 50 cents

5. Swaziland 54 cents

6. Qatar 73 cents

7. Bahrain 81 cents

8. Egypt 89 cents

9. Kuwait 90 cents

10. Seychelles 98 cents

38. Malaysia $2.40

45. United States $3.45

Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela , Iran , Arab Saudi dan Libya . Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles punharganya amat murah.

Persoalannya Kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia.

Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.


p/s:lepas satu satu, barang2 keperluan semakin mahal..kenaikan minyak sekali lagi pasti akan mencacatkan sesetengah pihak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 22:51


Pada 03-06-08 22:41 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Harga petrol di negara ini hanya RM1.92 seliter dan diesel (RM1.58), berbanding di Thailand RM4 seliter bagi petrol dan diesel RM3.50 seliter, Indonesia (RM2.57), Filipina (RM3.45), Singapura (RM5.07) dan United Kingdom (RM7.03).


tadi Buletin uTAMAK baru saja melaporkan kemungkinan harga minyak petrol Ron 97 bakal mencecah RM3.00 pabila kenaikannya pada Ogos ini!!!

Mungkin selepas cadangan 'konstruktif' kerajaan baru-baru ini menyeru rakyat makan ubi kayu bagi menggantikan beras, boleh mengeluarkan suatu lagi "sumbang"-saran supaya rakyat kembali menaiki beca roda tiga, bagus untuk kesihatan! Adusss...


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 00:15


bukan setakat 3 ringgit..sekiranya subsidi dihapuskan..kemungkinan rm 5 ringgit seliter minyak akan dijual di malaysia...cepat-cepat lah pakatan rakyat ambil kerajaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-06-08 00:23


nama sahaja negara pengeksport minyak...tapi harga minyak dalam negara tinggi.

betul cakap hafeezzul....tak habis-habis guna alasan dan comparison yang sama saja....dari dulu sampai sekarang dah naik muak dengan asalan2 yang tak releven.

compare dengan negara bukan pengeluar minyak....memang lah mereka lebih mahal dan tinggi....cuba compare dengan negara2 pengeluar minyak yang lain.

ya....malaysia antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak dalam negara yang tinggi.....cuba check lsit yang hafeezzul siarkan.

tak semestinya org politik itu bijak...tak semestinya seorang pemimpin itu bijak...tak semestinya mereka yang ada ijazah dari tempat2 superb macam nottingham, wales, oxford itu bijak...bahkan mereka-mereka yang mempunyai ijazah ini lah selalunya suka buat dajal dan kerosakkan dalam negara....jenayah kolar putih....bunuh org guna C4, cabut keris main isu perkauman, salahguna kedudukan, naik moto tanpa lesen moto, kebas dan jual aset negara kepada singapore dan etc.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 00:28


teringat beberapa bulan dahulu pak lah kata..harga minyak tahun 2008 tidak akan mengalami kenaikan..sekarang ni..apa dah jadi....bapak penipu malaysia.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 01:22


Pada 04-06-08 00:15 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

bukan setakat 3 ringgit..sekiranya subsidi dihapuskan..kemungkinan rm 5 ringgit seliter minyak akan dijual di malaysia...cepat-cepat lah pakatan rakyat ambil kerajaan...


APA KERJA PUAK-PUAK PAKATAN RAKYAT DALAM PARLIMEN
sekarang????

HARGA MINYAK PUN TAK BOLEH HENDLE!!!!
BUKANKAH PAKATAN RAKYAT DAH MENAFIKAN 2/3 PARLIMEN
BN????

MANA TINDAKAN PUAK-PUAK PAKATAN RAKYAT???
MANA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS BUAT TINDAKAN????


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 01:22


Pada 04-06-08 00:28 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

teringat beberapa bulan dahulu pak lah kata..harga minyak tahun 2008 tidak akan mengalami kenaikan..sekarang ni..apa dah jadi....bapak penipu malaysia.....


PUAK-PUAK PAKATAN RAKYAT BUAT APA DALAM PARLIMEN???


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 01:25


Assalamualaikum wr wbt

Huhu..bagaimana nak beli kereta begini...minyak nak naik lagi...fenin2...

**rasa nak pengsan bila tengok harga beras cap rambutan 10 kg dr rm 20++ sampai jadi rm40++..ni nak tambah pulak dengan harga minyak..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 04:25


Pada 04-06-08 01:25 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wr wbt

Huhu..bagaimana nak beli kereta begini...minyak nak naik lagi...fenin2...

**rasa nak pengsan bila tengok harga beras cap rambutan 10 kg dr rm 20++ sampai jadi rm40++..ni nak tambah pulak dengan harga minyak..huhu..


AKU BERCAKAP PASAL APA TINDAKAN PAKATAN RAKYAT DALAM
PARLIMEN BAGI MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA MINYAK....

YANG HANGGG BERCERITA PASAL NAK BELI KERETA NI kenapa?????
MABUK KAAAA????

KALAU NAK SEMBANG PASAL HARGA BERAS NAIK...
buka TOPIK LAIN.... FAHAM!!!

INI TOPIK PASAL HARGA MINYAK NAIK...
PUAK-PUAK PEMIMPIN UMNO TERMASUK PEMIMPIN PAS,KEADILAN,
DAN SEMUA YB PARLIMEN MAKAN GAJI BUTA!!!!


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 08:17


MANA PUAK-PUAK PEJUANG DEMOKRASI???
KAN PAS, KEADILAN, DAP BERJAYA MENAFIKAN MOJORITI 2/3
BARISAN NASIONAL......

Kenapa MINYAK BOLEH NAIK LAGI??? CAKAP!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 08:30


teman terpikio sesuatu dan tertanye2, kenapa negara pengeluor minyak ni nak naikkan harge minyak, teman setuju nak naikkan harge minyak untuk pasaran dunia, sebab kita ni pengeluor, kita ni untung sebnornye sebab harge minyak naik, kita juai kat negara luor dengan harge yang mahal. kita dapat untung, dan dengan keuntungan itu kita boleh menjadikan subsidi untuk rakyat malaysia pula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 08:43


Pada 04-06-08 08:30 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

teman terpikio sesuatu dan tertanye2, Kenapa negara pengeluor minyak ni nak naikkan harge minyak, teman setuju nak naikkan harge minyak untuk pasaran dunia, sebab kita ni pengeluor, kita ni untung sebnornye sebab harge minyak naik, kita juai kat negara luor dengan harge yang mahal. kita dapat untung, dan dengan keuntungan itu kita boleh menjadikan subsidi untuk rakyat malaysia pula.


BUKAN HANGGG SAJA YANG TERTANYA-TANYA...
AKU PUN TERTANYA-TANYA JUGAKKKKK....

APA YANG PAKATAN RAKYAT BUAT DALAM PARLIMEN???
MANA AHLI-AHLI PARLIMEN PAS???
tidur KA??? MAKAN GAJI BUTA KA????


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 08:46


Ni teman petik kenyataan dalam e-mail yang teman dapat.

NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?

Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan.. ..

Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan daripada Petronas adalah RM39.924billion. Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion. Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pergi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaa dan NGV sebagai bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi untuk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira-kira RM70000.

Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kepada pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j untuk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)

Najib kata berjimatlah. Dia duduk baiki rumah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.

Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara... RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK.... .



-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 04-06-08 08:48


apa nak hairan hapus subsidi minyak, duit tu boleh lah kerajaan anjurkan program2 dan sambutan besar-besaran macam sambutan mederka yang ke 50thn dulu.... mereka lagi suka bazir duit ke arah yang tak ada kepentingan rakyat dari dok bagi kat rakyat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 08:55


Teman amat tertarik dengan Cadangan dari Dr. Mahathir dulu, supaya negare2 Islam dan Dunia ketiga ni mewujudkan mata wang Dinar Emas untuk urusan perniagaan Inter negara ini. kita mampu mencipte peluang bagi kita dan mengawalnye. kalau menggunekan USD secara tak langsung kita terpaksa bergantung dengan USD juga, jadi USD kawal kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 08:55


Pada 04-06-08 08:48 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

apa nak hairan hapus subsidi minyak, duit tu boleh lah kerajaan anjurkan program2 dan sambutan besar-besaran macam sambutan mederka yang ke 50thn dulu.... mereka lagi suka bazir duit ke arah yang tak ada kepentingan rakyat dari dok bagi kat rakyat....


CAKAP PANDAI!!!!!!!!
SAPA SURUH HANGGGG SOKONG SISTEM DEMOKRASI-KUFUR????


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 09:04


Pada 04-06-08 08:55 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Teman amat tertarik dengan Cadangan dari Dr. Mahathir dulu, supaya negare2 Islam dan Dunia ketiga ni mewujudkan mata wang Dinar Emas untuk urusan perniagaan Inter negara ini. kita mampu mencipte peluang bagi kita dan mengawalnye. kalau menggunekan USD secara tak langsung kita terpaksa bergantung dengan USD juga, jadi USD kawal kita.


KITA NAK GUNA DINAR EMAS BUKAN CADANGAN DR. MAHATHIR!!!!!!!
TETAPI PENGUNAAN DINAR EMAS ADALAH TIMBUL DARIPADA
AKIDAH ISLAMIAH.... RASULULLAH DAH LAMA GUNA DINAR EMAS!!!!
MAHATHIR BARU CADANGKAN PADA TAHUN 1990-AN saja!!!!

SILA BACA ARTIKEL DARIPADA HIZBUT-TAHRIR MALAYSIA
BERKENAAN DENGAN DINAR EMAS:
LINK: http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Nahdah&pa=showpage&pid=53

!!! QUOTE !!!



EMAS DAN PERAK - Antara Manfaat dan Tuntutan Syara'
SN Keluaran 2006

Dinar emas dan dirham perak sudah tidak menjadi satu isu yang asing lagi bagi warga Malaysia. Akhir-akhir ini, isu matawang ini kembali mendapat perhatian apabila Negeri Kelantan di bawah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah membuat pengumuman untuk melaksanakan penggunaan kedua-dua matawang ini di negeri yang pernah bergelar ‘Serambi Mekah’ itu.

Pada 21 Mei, 2006 yang lalu, media-media massa di negara ini telah melaporkan bahawa Negeri Kelantan akan mula melaksanakan penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam 3 bulan yang akan datang bermula dengan penerimaannya di cawangan kedai pajak gadai ar-Rahnu di seluruh negeri. Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan berkata bahawa kerajaan Negeri juga bercadang untuk menggunakan dinar dan dirham bagi pembayaran gaji penjawat awam negeri.

Berita ini telah mendapat perhatian kerajaan pusat dan tanpa berlengah, terus ditolak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan. Perdana Menteri yang pada ketika itu berada di Sharm El-Sheikh bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia berkenaan Asia Barat telah menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak akan membenarkan kerajaan Kelantan mengeluarkan matawang sendiri. Menjawab reaksi Perdana Menteri itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa kerajaan Negeri akan menghantar Datuk Husam Musa ke Putrajaya bagi menerang dan membincangkan pelan tersebut dengan lebih lanjut agar perlaksanaannya dapat dilangsungkan. Tambahnya lagi, cadangan perlaksanaan dinar dan dirham bukanlah sesuatu yang baru tetapi perkara ini telahpun diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penggunaan emas dan perak sebagai matawang bukanlah sesuatu yang baru bagi umat Islam, bahkan dunia sekalipun. Emas memang telah lama digunakan sebagai piawai matawang di seluruh dunia sehinggalah pada 15 Ogos 1971 apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Richard Nixon, mengumumkan bahawa AS membatalkan Perjanjian Bretton Woods yang dibuat pada 1 Julai 1944. Sejak dari itu, emas tidak lagi menjadi piawai matawang dunia dan dunia mula mengamalkan wang ‘fiat’.

Dalam kita ghairah ingin melaksanakan sistem matawang berasaskan emas dan perak ini, beberapa persoalan perlu diberi perhatian. Yang pertama dan utama, apakah sebab sebenar kita memilih untuk kembali menjadikan emas sebagai piawai kepada matawang? Adakah kita mahu melaksanakan sistem kewangan emas dan perak ini kerana manfaatnya atau sebab-sebab lain?. Inilah yang akan dikupas oleh Sautun Nahdhah pada kali ini di dalam ruang yang serba terbatas ini.

Sekilas Fakta

Sejarah dunia menjadi saksi bahawa sistem emas dan perak telah digunakan sejak sekian lama sehinggalah ia ditinggalkan pada 1914 apabila negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama telah sewenang-wenangnya mencetak wang kertas bagi perbelanjaan sewaktu perang. Pada 1933, Amerika Syarikat kerana ‘Great Depression’nya telah membatalkan piawaian emas untuk mengatasi masalah ekonomi ketika itu. Pada Julai 1944, emas kembali diambil menjadi piawai untuk menstabilkan kadar tukaran antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua. Akhir sekali penggunaannya telah dikuburkan pada 1971 dengan pembatalan sistem Bretton Woods.

Jika diteliti, AS memainkan peranan yang paling penting di dalam menghidup dan mematikan sistem emas ini. AS yang telah lahir menjadi gergasi ekonomi dunia setelah Perang Dunia Kedua telah diterima dunia sebagai ‘hakim’ dalam segala hal, termasuk dalam menentukan piawai matawang dunia. ‘Hakim’ ini dengan begitu licik telah berjaya menukar dan menjadikan matawangnya sebagai standard ukuran yang baru. Setelah pertukaran piawai inilah dunia tak habis-habis dilanda krisis matawang. Pemansuhan nilai tara Dolar AS kepada emas dan penggunaan wang ‘fiat’ inilah yang sebenarnya menjadi punca kepada krisis-krisis ekonomi dunia, yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan matawang.

Krisis demi krisis yang berlaku ke atas ekonomi dan matawang telah menyebabkan negara-negara di dunia mencari penyelesaian alternatif. Negara-negara Eropah adalah antara yang sudah tidak tahan dengan ‘karenah’ AS. Mereka mula sedar bahawa AS berjaya menguasai perekonomian dunia kerana kekuatan yang dimilikinya. Menyedari punca kekuatan AS tersebut, negara-negara Eropah ini pun telah mengorak langkah yang sama, mencari kekuatan lain. Mereka sedar bahawa jika mereka bertindak sendirian, AS akan dengan mudah ‘membaham’ mereka. Oleh yang demikian, mereka bersepakat untuk bersatu dan mula berunding untuk mengadakan perjanjian kesepakatan. Setelah melalui beberapa proses yang panjang, maka lahirlah Kesatuan Eropah (EU). Semua bangsa telah mengiktiraf bahawa EU merupakan satu kekuatan baru dunia, bukan setakat di bidang ekonomi sebagaimana matlamat asal penubuhannya, malah telah berkembang kepada lain-lain kekuatan. Mahu tidak mahu, AS juga ‘terpaksa akur’ dengan saingan barunya ini. Dengan gabungan baru ini (sekarang 25 buah negara kesatuan), mereka telah berjaya menundukkan kekuatan AS. Ternyata, gabungan negara-negara Eropah yang didirikan atas dasar manfaat bersama ini, telah membuahkan hasil.

Kekuatan hanya dapat diperolehi sekiranya sesuatu itu dijalankan secara bersama. Belajar dan sedar akan kejayaan yang telah dicapai oleh EU, bekas Perdana Menteri pun mencadangkan perkara yang sama dilakukan oleh negara-negara lain yang bernaung di bawah mana-mana kesepakatan antarabangsa, antaranya ASEAN dan OIC. Semasa menutup ‘Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 23/10/2002, beliau menegaskan bahawa ‘penggunaan dinar emas akan membentuk sistem pembayaran dan perdagangan mata wang tersendiri yang melindungi negara Islam daripada rejim kewangan antarabangsa yang hanya memberi faedah kepada negara kaya dan berkuasa.’ . Hari ini kita melihat kerajaan Kelantan mula mengambil pendirian yang lebih kurang sama dengan Dr. Mahathir di dalam hal ini.

Persoalannya – adakah emas dan perak hanya perlu digunakan sebagai alternatif kepada sistem matawang sekarang? Atau ternyata kerana kestabilan nilai yang dimiliki oleh kedua-dua bahan logam tersebut, berbanding Dolar AS? Atau ianya adalah kerana ingin mengelak dari ditindas oleh negara-negara Kapitalis yang zalim? Atau kerana terbukti emas dan perak secara fizikal boleh mendatangkan manfaat bila digunakan berbanding wang kertas?

Seputar Sejarah Dinar Dan Dirham

Menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum di dalam kitabnya, Al-Amwal Fi Daulatil Khilafah (1983), dinar dan dirham telah dikenali oleh orang Arab sebelum datangnya Islam, kerana aktiviti perdagangan yang mereka lakukan dengan negara-negara sekitarnya. Ketika pulang dari Syam, mereka membawa dinar emas Romawi (Byzantium) dan dari Iraq mereka membawa dirham perak Parsi (Sassanid). Kadang-kadang mereka membawa pula sedikit dirham Himyar dari Yaman. Jadi saat itu banyak matawang asing masuk ke Hijaz; bagaimanapun yang paling banyak adalah berupa dinar emas Romawi dan dirham perak Parsi.

Namun begitu, orang Arab saat itu tidak menggunakan dinar dan dirham tersebut menurut nilai nominalnya melainkan menurut beratnya. Ini adalah kerana matawang yang ada hanya dianggap sebagai kepingan emas atau perak. Mereka tidak menganggapnya sebagai matawang yang dicetak, mengingat bentuk dan timbangannya yang tidak sama dan kerana kemungkinan terjadinya penyusutan berat akibat peredarannya. Kerana itu, untuk mencegah terjadinya penipuan, mereka lebih suka menggunakan piawaian timbangan khusus yang telah mereka miliki iaitu auqiah, nasy, nuwah, mitsqal, dirham, daniq, qirath dan habbah.

Setelah Islam datang, Rasululllah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengakui (main-taqrir) berbagai muamalat yang menggunakan dinar Romawi dan dirham Parsi. Taqrir (pengakuan) dari Rasulullah inilah yang telah memperjelaskan kepada kita bahawa inilah sistem matawang Islam dan sekaligus menjadi hukum syara’ tentang kewajiban penerapannya. Sehubungan dengan dinar dan dirham ini, Rasulullah juga telah mengakui standard timbangan yang wujud pada waktu itu hendaklah diukur dengan menimbang berat dinar dan dirham. Tentang ini Rasulullah bersabda, “Takaran adalah takaran penduduk Madinah dan timbangan adalah timbangan penduduk Makkah”

Kaum muslimin terus menggunakan dinar Romawi dan dirham Parsi ini di dalam bentuk, cop dan gambar aslinya sepanjang hidup Rasulullah dan dilanjutkan semasa kekhilafahan Abu Bakar As-Siddiq dan awal kekhilafahan Umar Al-Khattab. Pada tahun ke 20 Hijriyyah (tahun ke 8 pemerintahan Umar), Khalifah Umar telah mencetak wang dirham baru berdasarkan bentuk dirham Parsi. Berat, gambar mahupun tulisan Bahlawinya (huruf Parsi) masih tetap ada, hanya ditambah dengan lafaz yang ditulis dengan huruf Arab gaya Kufi, seperti lafaz ‘Bismillah’ dan ‘Bismillahi Rabbi’ yang terletak pada lingkaran tepi. Hal ini diteruskan oleh kaum muslimin berabad-abad kemudian.

Pada tahun 75 Hijriyyah (695M), Khalifah Abdul Malik Bin Marwan mencetak dirham khusus yang bercorak Islam, dengan lafaz-lafaz Islam yang ditulis dengan huruf Arab gaya Kufi. Bentuk dirham Parsi tidak dipakai lagi. Dua tahun kemudian, Khalifah Abdul Malik mencetak dinar khusus yang bercorak Islam setelah meninggalkan dinar Romawi. Selain itu, beliau mengarahkan pula untuk menghapuskan gambar-gambar manusia dan haiwan pada dinar dan dirham dan diganti dengan lafaz-lafaz Islam. Lafaz-lafaz Islam yan tercetak itu misalnya kalimat ‘Allahu Ahad’ dan ‘Allahu Baqa’’. Ada dinar dan dirham yang ditulis ‘lah ilaha illallah’, sedang pada sisi sebaliknya terdapat tarikh cetak serta nama Khalifah atau Wali (Gubenur) yang memerintah pada masa percetakan matawang tersebut. Sejak saat inilah kaum muslimin mempunyai dinar dan dirham yang tersendiri yang digunakan sebagai matawang rasmi negara. Fakta ini terus berlanjutan sepanjang sejarah sehinggalah menjelang Perang Dunia Pertama ketika dunia menghentikan penggunaan emas dan perak sebagai matawang.

Menerapkan Emas Dan Perak Dalam Sistem Kapitalis?

Model perlaksanaan dinar emas yang cuba diketengahkan pada ketika ini masih lagi meletakkan emas dan perak hanya sebagai bentuk fizikal dan bukannya sebagai piawai nilai matawang itu sendiri. Ini bermakna, dinar emas dan dirham perak yang cuba dilaksanakan masih lagi dinilai berdasarkan matawang sedia ada. Sebagai contoh, jika kita ingin membayar gaji RM1,000 kepada seorang pekerja di dalam bentuk emas, maka di dalam mengira gaji ini, jumlah emas akan dikira dan diukur agar bersamaan dengan jumlah RM1,000 tersebut. Setelah itu, wang emas akan dibayar kepada pekerja tadi yang mana nilainya sama dengan RM1,000. Isunya di sini ialah, apakah yang telah dijadikan sebagai sandaran, emas atau RM? Jelas sekali bahawa yang dijadikan sandaran (untuk nilai tukar) di sini ialah Ringgit Malaysia (RM1,000 tadi), bukannya emas. Dengan kata lain, jumlah emas akan ditukar agar berjumlah RM1,000. Walhal, di dalam Islam, yang sepatutnya dijadikan sandaran adalah emas, bukannya Ringgit Malaysia. Inilah yang dimaksudkan dan dikehendaki oleh Islam - menjadikan emas dan perak sebagai sandaran, bukan sebaliknya. Ini hanyalah secebis dari contoh betapa rosaknya perlaksanaan Islam apabila ingin diterapkan di dalam Sistem Kapitalis. ‘Sistem’ Islam akan tetap berada di bawah ketiak Kapitalis. Inilah hakikat yang perlu disedari oleh kaum muslimin.

Jika dulu Dr. Mahathir menyarankan supaya emas diperdagangkan di peringkat antarabangsa sahaja, bukan domestik, kerajaan Kelantan sebaliknya ingin melaksanakan sistem emas dan perak ini di peringkat negeri sahaja. Dari perspektif siyasah ekonomi, perlaksanaan yang bersifat setempat semata-mata akan menyebabkan keterbatasan (jika tidak kemustahilan) untuk kita mengawal nilai emas dan perak di dalam pasaran. Kedua-dua faktor ini akan menyebabkan dinar emas dan dirham perak tetap tidak bebas daripada pengaruh nilai matawang seperti Dolar AS, Ringgit Malaysia mahupun matawang-matawang lainya. Ia tetap akan dapat dimanipulasi dengan begitu mudah oleh Sang Kapitalis. Saudaraku! Sistem yang Allah ciptakan ini adalah untuk diterapkan dibumiNya secara menyeluruh. Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak pernah memerintahkan kita untuk menegakkan DeenNya ditempat-tempat tertentu sahaja. Islam bukan agama yang bersifat ‘local’. Islam adalah Deen yang ‘universal’. Allah tidak memberikan hak ke atas manusia untuk memilih tempat penerapannya sesuka hati manusia. Deen Allah ini wajib diperjuangkan dan ditegakkan di mana sahaja penjuru bumi yang kaki kita berpijak di atasnya. Apabila Islam diterapkan sebagaimana yang Allah perintahkan, maka ia akan membawa rahmat, bukan sahaja ke Kelantan malah ke seluruh alam.

Jika Dr. Mahathir disekat oleh undang-undang dan persetujuan Antarabangsa dari menerapkan dinar emas, maka kerajaan PAS Kelantan, sudah terang lagi bersuluh, akan disekat oleh Perlembagaan dan dasar Kerajaan Pusat dari menerapkan perkara yang sama. Wahai kaum muslimin! Mereka yang tidak menjadikan Islam sebagai asas pemikirannya tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan bermati-matian menyekat dan menghalang Sistem Islam dari dilaksanakan. Inilah hakikatnya. Sangat aneh sekiranya kalian masih merasakan bahawa terdapat peluang untuk menerapkan Islam di dalam Sistem Kapitalisme yang zalim ini. Pertentangan di antara Ideologi Kapitalis dengan Ideologi Islam saat ini begitu jelas dan ketara sekali. Sistem Sekular yang lahir dari Ideologi Kapitalis inilah yang telah menjerut dunia amnya dan umat Islam khasnya. Sekularisme telah mengajar manusia bahawa hak untuk membuat undang-undang adalah di tangan manusia. Inilah sistem yang telah merosakkan umat Islam. Kita wajib berjuang untuk menukar sistem ini dengan Sistem Islam yang menyatakan bahawa hak untuk membuat undang-undang adalah di tangan Allah. Wahai saudaraku! Sistem Islam tidak akan dapat diharmonikan dengan Sistem Kufur. Yang hak tidak akan dapat bersatu dengan yang batil di mana pun dan sampai bila pun. Kebenaran tidak akan bersatu di dalam kebatilan. Apabila telah datang yang hak, maka lenyaplah segala yang batil!

Sistem Islam adalah sebuah sistem yang sempurna dan berdiri sendiri. Ia adalah sistem ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tidak ada sedikit pun cacat cela atau kekurangan di dalamnya. Ideologi Islam tidak perlu malah tidak boleh (haram) untuk dicampur adukkan bersama dengan Ideologi Kapitalis. Sistem Ekonomi Islam telah terbukti berjaya membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia dan sebaliknya Sistem Ekonomi Kapitalis telah terbukti ‘berjaya’ menghancur-luluh dan memporak-purandakan umat manusia. Apakah dengan petunjuk yang jelas dari Rabb kita akan kewajipan dan kesempurnaan Sistem Islam masih membuatkan kita memilih untuk bersama bermuafakat dengan Sistem Kapitalis yang kufur di dalam menerapkan Islam?

Dinar Dan Dirham – Manfaat Atau Tuntutan?

Wahai kaum muslimin! Kami ingin memberi peringatan kepada kalian semua bahawa tuntutan agar menjadikan emas dan perak sebagai asas kepada nilai matawang adalah satu tuntutan syara’. Ia tidak boleh sama sekali ditukar ganti dengan sistem yang lain atau diterapkan berdasarkan manfaat atau maslahat yang ada padanya. Kita bukan ingin menerapkannya kerana ia sejajar dengan apa yang telah dipersetujui dan ingin dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri atau lain-lain sebab. Menjadikan emas dan perak sebagai standard matawang adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Kewajiban penggunaan sistem matawang dinar dan dirham adalah berdasarkan syariat Islam semata-mata, bukan atas dasar kestabilan nilai, manfaat dan sebagainya. Benar, emas dan perak mempunyai nilai yang stabil dan banyak manfaatnya, tetapi ingatlah wahai kaum muslimin, bahawa sistem ini datangnya dari aqidah yang kita anuti ini. Zat Yang Maha Agung telah memerintahkan kita untuk menerapkannya. Inilah satu-satunya alasan dan sebenar-benar sebab Kenapa kita perlu kembali kepada dinar dan dirham.

Di dalam menerapkan sistem matawang dinar dan dirham ini, perlu diperhatikan bahawa Rasulullah tidak mewajibkan emas atau perak sebagai satu-satunya alat tukar dan alat pengukur manfaat di antara manusia. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga membiarkan manusia bebas untuk melakukan tukar-menukar barang (sistem barter). Hanya saja, dalam menukar barang-barang ini kepada satu nilai matawang, Islam menyandarkannya hanya kepada nilai emas dan perak. Peri pentingnya emas dijadikan standard ukuran di dalam Islam dapat diperhatikan berdasarkan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam, antara lain adalah seperti berikut:

1. Pada ketika Islam mengharamkan penimbunan harta, Islam secara jelas menetapkan penimbunan tersebut dalam bentuk emas dan perak biarpun secara amnya harta yang boleh dimiliki manusia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti rumah, kenderaan, makanan, wang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keharaman penimbunan itu hanya terkait dengan penimbunan wang dan bukannya kepada barang atau perkhidmatan. Larangan ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.”


2. Islam telah mengaitkan emas dan perak kepada hukum-hukum yang lain. Sebagai contoh, diyat telah ditetapkan nilainya di dalam takaran emas. Juga di dalam penentuan had memotong tangan bagi pencuri, Islam telah meletakkan nilai minimum yang dicuri berdasarkan emas. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tangan dipotong bagi kecurian suku (satu apa empat) dinar atau lebih.”

Khatimah

Wahai kaum muslimin! Kita sememangnya merindukan Sistem Islam. Sesungguhnya sistem inilah yang telah menyelamatkan bukan sahaja umat Islam malah umat manusia secara keseluruhannya. Sistem ini jugalah yang telah menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman sistem ciptaan manusia. Sistem inilah yang menjadi satu-satunya harapan umat Islam dalam memastikan seluruh kehidupan ini dipenuhi dengan berkah dan rahmah. Sedarlah wahai saudaraku, agenda terpenting umat Islam pada ketika ini bukanlah sekadar untuk mengembalikan sistem dinar dan dirham semata-mata tetapi lebih daripada itu adalah untuk mengembalikan keseluruhan hukum Islam ke dalam kehidupan dan mempersatukan wilayah-wilayah Islam di bawah satu entiti. Jika Eropah telah sedar dan bersatu di bawah EU untuk membentuk kekuatan, kita wahai saudaraku, perlu bangkit dan bersatu di bawah satu Daulah Khilafah, gabungan yang merupakan penyatuan hakiki umat Islam, dengan kekuatan penyatuan yang dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wahai kaum muslimin! Kekuatan kita adalah dengan penyatuan kita dan penyatuan kita adalah dengan penyatuan di bawah Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah.





BERBAHAGIALAH MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN TERTEGAKNNYA
SISTEM KHILAFAH....
ISLAM MENGATUR SELURUH SISTEM KEHIDUPAN MANUSIA...

RUGILAH MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN SISTEM
DEMOKRASI-SEKULAR!!!!!!


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 09:06


Lagi satu, kita sekarang sudah boleh dan harus membudayakan cara gunaan bahan Api NGV untuk kegunaan bagi menjimatkan lagi sumber bahan api dan kos. Isian penuh NGV dengan RM30 dapat menjalankan kereta dari JB ke Kuala Lumpur dan RM30 lagi untuk menjalankan kereta hingga ke Teluk Intan. (Kenyataan dari kawan teman yang menggunakan NGV....)

Stesen minyak yang menyediakan perkhimatan NGV ni sangat terhad pada masa ini, dan kebanyakkan nya di kawasan Lembah Kelang sahaja. Dan pada pendapat teman, kita harus memperbanyakkan lagi stesen2 untuk NGV ni.

Satu sistem lengkap NGV yang dipasang kepade kereta adalah lebih kurang RM4,000 sahaja. Dan sistem NGV ni kurang pengaruh negatif kepade alam sekitar berbanding Petrol.

p/s

Ayuh berkempen gunakan NGV untuk berjimat dan untuk memelihara Alam Sekitar

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 09:08


oh, ye ke pemburupokok.... teman baru tahu. Terimekasih sebab paparkan artikel berkenaan. Bertambah ilmu kita ni. Syukran Jazillan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 04-06-08 09:40


yeayyy..minyak naik lagi..
lepas ini kita sama-sama pakai air nak gerak kan kereta/moto kita..
yeayy suka nya...tak ada pencemaran alam..


gila apa minyak naik..
@#$&$* betul lah kerajaan ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 10:14


hidup dengan subsidi...
= dengki mendengki, iri hati

hidup tanpa subsidi..
= sakit hati ------> mati

**allo boss! itu minyak lutut u kasi isi FULL TANK

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 04-06-08 10:35


Pada 04-06-08 09:06 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Lagi satu, kita sekarang sudah boleh dan harus membudayakan cara gunaan bahan Api NGV untuk kegunaan bagi menjimatkan lagi sumber bahan api dan kos. Isian penuh NGV dengan RM30 dapat menjalankan kereta dari JB ke Kuala Lumpur dan RM30 lagi untuk menjalankan kereta hingga ke Teluk Intan. (Kenyataan dari kawan teman yang menggunakan NGV....)

Stesen minyak yang menyediakan perkhimatan NGV ni sangat terhad pada masa ini, dan kebanyakkan nya di kawasan Lembah Kelang sahaja. Dan pada pendapat teman, kita harus memperbanyakkan lagi stesen2 untuk NGV ni.

Satu sistem lengkap NGV yang dipasang kepade kereta adalah lebih kurang RM4,000 sahaja. Dan sistem NGV ni kurang pengaruh negatif kepade alam sekitar berbanding Petrol.

p/s

Ayuh berkempen gunakan NGV untuk berjimat dan untuk memelihara Alam Sekitar



alternatif petrol adalah NGV....
kalau tak silap tengok tong NGV t pasang kat bonet kereta macam penuh satu bonet...
dah tak boleh simpan barang pula...

~~memang macam tu ke pemasangan NGV...?
~~berapa rate gas perkilometer bagi penggunaan NGV ni ye?
     nak tau jugak sejauh mana jimat guna NGV ni..nak pasang pun dah 4k



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 10:39


Pada 04-06-08 09:06 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Lagi satu, kita sekarang sudah boleh dan harus membudayakan cara gunaan bahan Api NGV untuk kegunaan bagi menjimatkan lagi sumber bahan api dan kos. Isian penuh NGV dengan RM30 dapat menjalankan kereta dari JB ke Kuala Lumpur dan RM30 lagi untuk menjalankan kereta hingga ke Teluk Intan. (Kenyataan dari kawan teman yang menggunakan NGV....)

Stesen minyak yang menyediakan perkhimatan NGV ni sangat terhad pada masa ini, dan kebanyakkan nya di kawasan Lembah Kelang sahaja. Dan pada pendapat teman, kita harus memperbanyakkan lagi stesen2 untuk NGV ni.

Satu sistem lengkap NGV yang dipasang kepade kereta adalah lebih kurang RM4,000 sahaja. Dan sistem NGV ni kurang pengaruh negatif kepade alam sekitar berbanding Petrol.

p/s

Ayuh berkempen gunakan NGV untuk berjimat dan untuk memelihara Alam Sekitar



jom pasang ngv


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 11:00


Some FAQ from Malaysia NGV Sdn Bhd:

Q1: How can I use CNG for my car?

A1: The first step in using CNG for your vehicle is to install a NGV kit to your car. The NGV kit will comprise of the kit as well as a storage tank which will be fitted into the booth of your car.

Q2: Where can I convert my car?

A2: Not all workshops will have the expertise to deal with NGV cars. You may convert your car at any NGV licensed workshops. Please see our list of designated workshops.

Q3: How long does the conversion take?

A3: The conversion of your vehicle should take between 2 – 5 days depending on your vehicle type. Carburetor systems (for non-injection cars) will be faster compared to fuel injection vehicles.

Q4: Is it dangerous to use CNG?

A4: Contrary to popular beliefs, CNG is a very safe source of energy due to its characteristics. It is very difficult to ignite CNG because of its higher ignition temperature and should there be an impact or fire, CNG will simply just evaporate into the air.

Q5: Isn’t it troublesome to find a Gas Station?

A5: Currently there are over 42 gas stations available on peninsular Malaysia. Over 33 stations are located in the Klang Valley which makes it an ideal location for you to start using CNG. We have plans to have more than 200 stations nationwide by the year 2008.

Q6: Can I still use petrol?

A6: When you convert your car, you will have a choice to run it with CNG or simply run in on petrol. This feature is especially useful when you go outstation where there are limited Gas Stations available.

Q7: I heard that my road tax can be reduced by 25% if I use CNG. Is that true?

A7: Definitely! Start saving next year!


Q8: How many cars are using CNG in Malaysia?

A8: There are currently close to 15 thousand vehicles on the road using CNG. Almost 80% of these vehicles are made up by taxis.


Q9: Do I have to service my car more often after I do the conversion?

A9: The best thing about using CNG is that gas is very much cleaner than petrol or diesel. Because of its minimal sulphur contents, your engine parts will last a lot longer than its petrol and diesel counterparts! Service your car as usual (every 5000km) but observe the color of your black oil, it is like it has never been used!


p/s

CNG - Compressed Natural Gas


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 11:05


teman tak ariff sangat pasai sistem NGV ni, mungkin ramai cerdik pandai yang boleh berkongsi bersama, dan mungkin ada yang berpengalaman juga. Silakan....

kita ada orang PETRONAS: swordofdeen....
kita ada Hafezzul, pejuangterakhir, IsaVr4 dan ramai lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 11:14


tong ngv ni kena survey ikut kesesuaian kerta... ada system part dia yang hanya fit dengan satu-satu jenih kereta sahaja.. ie: ngv system untuk persona tak boleh fit dengan ngv sys untuk new belum...lepas itu ada dua jenih tong setakat ni.. yang berat & yang ringan.. dan harganya pun agak berbeza

there' rumor about the proton car will be installed with ngv.. when.. nobody can mention bout it. tapi persona thailand dah pun ada yang siap pasang cgv ni...

comparison harga betwen minyak dengan gas ni.. memang amat2la ketara... tapi try lah bandingkan pula long uses antara harga tong yang bermula harga 4k - 9k dengan arga minyak yang kita beli... Kalau nak ikutkan gas semata ... memang murah

lepas itu ada juga pendapat kata kereta will lost 10% performance while using ngv.. + + warranty engine akan void... jadi kalau nak pasang ada yang nasihat biarlah alright after habis warranty. seba kita pun kena sedia faham, beli kereta ni bukan murah2.. dibuatnya ada system fail..warranty juga tak laku... naya juga.

insya allah tak ada aral kereta baru keluar nanti akan siap dengan ngv tank... tengok lah kalau boleh fikir panjang lagi pasal warranty period tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-06-08 14:09


Utusan Malaysia
4 Jun 2008

Petrol harga pasaran? - Pengguna bagaimanapun akan terus nikmati subsidi

Oleh SUWARNI MOKHTAR
dan ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan berharap dapat menghapuskan kawalan harga petrol dan diesel pada masa depan bagi membolehkan bahan bakar itu dijual di stesen-stesen minyak di negara ini mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun, dalam melaksanakannya, kerajaan akan tetap memastikan para pengguna terus menerima subsidi tetapi bukan menggunakan mekanisme yang diamalkan sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menegaskan, di bawah mekanisme baru subsidi itu akan berlaku kenaikan harga minyak di negara ini selaras dengan harga di pasaran dunia sekarang.

“Tetapi semua pemilik kenderaan persendirian di negara ini masih lagi boleh menikmati subsidi,” kata Shahrir pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembinaan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau menambah: “Hanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan tidak layak mendapat subsidi minyak.”

Bentuk pemberian subsidi itu, ujar beliau, mungkin berbeza mengikut individu.

“Sebagai contoh, mereka yang menggunakan kenderaan yang mahal mungkin akan mendapat subsidi yang lebih rendah berbanding yang menggunakan kereta kecil.

“Inilah yang kita cuba tentukan dalam mekanisme subsidi minyak yang akan diumumkan nanti,’’ kata beliau.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Sambil membayangkan kenaikan harga petrol dan diesel bagi mencerminkan realiti harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, Shahrir menjelaskan, mekanisme pemberian subsidi bahan api yang akan dilaksanakan Ogos ini mungkin akan diberikan sama ada dalam bentuk kuota atau secara tunai.


Beliau memberitahu, pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok mengenai subsidi minyak merupakan langkah pertama ke arah penstrukturan skim subsidi bahan bakar itu.

Bagaimanapun, Shahrir berkata, kenaikan harga minyak tidak akan berkuat kuasa serta-merta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sementara itu, penetapan had bulanan tertentu penggunaan petrol dan diesel subsidi berdasarkan pendapatan dan jenis kenderaan pengguna adalah antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom, antara syor yang dipertimbangkan ialah memberikan subsidi minyak kepada pengguna hanya dalam jumlah tertentu.

Katanya, selepas melepasi had penggunaan minyak bersubsidi yang ditetapkan, jika seseorang ingin membeli minyak lagi, mereka perlu membayar petrol atau diesel yang dibeli pada harga pasaran iaitu harga tanpa subsidi.

“Sebagai contoh, jika seorang pengguna yang dibenarkan membeli 100 liter minyak bersubsidi setiap bulan telah melepasi had itu, dia perlu membayar harga normal bagi setiap liter tambahan petrol dan diesel yang dibelinya,” kata Mohd. Zain kepada Utusan Malaysia.

Beliau memberitahu, setakat ini syor itu masih di peringkat pertimbangan. “Jumlah minyak bersubsidi yang dirancang untuk diberikan kepada pengguna masih belum muktamad dan kadarnya tidak semestinya dinikmati oleh semua pihak,” katanya.

Mohd. Zain berkata, setiap pengguna berkemungkinan akan dibekalkan dengan sekeping kad khas yang menetapkan jumlah minyak bersubsidi yang layak dinikmatinya setiap bulan.

Kad itu boleh digunakan untuk membeli bahan api di stesen-stesen minyak tetapi harga minyak yang dijual dirancang ditetapkan mengikut harga pasaran peringkat global.

“Contohnya, jika harga petrol pada masa itu bernilai RM3 seliter, pemilik kenderaan dari luar Malaysia akan membelinya pada harga itu, tetapi rakyat tempatan yang layak boleh membeli jumlah tertentu petrol pada harga subsidi.

“Sekiranya mereka telah melebihi had penggunaan subsidi yang dibenarkan, mereka perlu membayar petrol dan diesel mengikut harga pasaran,” katanya.


Cadangan lain yang sedang diberikan pertimbangan oleh kerajaan adalah untuk menarik balik diesel bersubsidi kepada nelayan dan digantikan dengan baucer atau wang tunai untuk membeli minyak.

“Langkah ini difikirkan sesuai dilaksanakan memandangkan kerajaan menerima terlalu banyak aduan berkaitan penyalahgunaan diesel bersubsidi,” kata Mohd. Zain.

Mengikut perbincangan awal, terpulang kepada nelayan untuk menggunakan wang tunai subsidi diesel yang akan diberikan itu.

“Kalau nelayan tidak mahu menggunakan wang itu untuk membeli minyak, itu terpulanglah pada diri masing-masing, namun ini semua masih dalam peringkat perancangan,” ujar beliau.

p/s: siapa tak ada kereta tak boleh beli minyak..uhuhu..siapa pakai kereta besar subsidi kecil...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-06-08 14:11


Daeng NGV punya cerita panjang lah...teman pun tengah berkira2 nak convert NGV ini...tak tahan lah macam ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-06-08 14:52


assalamualaikum
dukacita bila baca price minyak akan naik...ini akan membebankan rakyat...
baru ni baru saja rais yatim the jahil buat acara joget lambak di dataran merdeka atas laws dunia dibrand sambutan budaya...

budaya apa kalau joget lambak di Dataran Merdeka...saya hanya membaca al Qur'an di rumah waktu lail dengan doa mudah-mudahan mujahidiin akan cemerlang fil Ardhi mengalahkan luak jahiliah laws dunia...
Ya Allah engkau binasakan puak jahat di dalam negara ini...rakyat sudah tertekan dengan kenaikan price...
jika lihat di Indonesia...rakyat bangun membantah dengan berhimpun sambil tangan memegang sepanduk menuntut harga barang keperluan di turunkan...


mana DUIT rakyat pergi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-06-08 15:02


ORANG JAHIL YANG KATA SUBSIDI TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH SEBAB MEREKA SUDAH SAPU DUIT RAKYAT MELALUI laws dunia yang mereka ciptakan bagi mengabui mata rakyat...
Subsidi minyak ini boleh kita sebut sedekah kerajaan yang dipilih untuk rakyat...sepatutnya ditambahkan sedekah kepada rakyat....
Sedekah
Pahala sedekah untuk ibu bapa
Hadis no 957 jilid 2 Sahih Muslim

Dari Aisyah .a katanya “Seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, Ibuku meninggal dengan tiba-tiba dan beliau tidak sempat berwasiat. Menurut dugaanku seandainya dia sempat berbicara, mungkin dia akan bersedekah. Dapatkah beliau akan pahalanya jika aku bersedekah atas nama beliau?” Jawab Rasulullah saw. “Ya, Dapat”


Banyak cara Untuk Bersedekah
Hadis no 959 jilid 2 Sahih Muslim
Dari Abu Dzar .a katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. Pernah berkata kepada baginda, “Kaum hartawan dapat memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan lebihan harta mereka, “ Jawab Nabi saw, “ Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah; Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar ma’ruf dan nahyi munkar (mengajak kepada kenajikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun ada terdapat pula unsure sedekah” Tanya mereka, “Kalau begitu, dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat kami” Jawab Rasulullah saw. “Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa, Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala”

Hadis Riwayat Ahmad:17784:
Rasulullah sallahu alaihi wasalam bersabda:
Sesiapa yang erkeupayaan di antara kamu untuk menyelamatkan dirinya dari api Neraka, maka hendaklah dia bersedekah, meskipun hanya dengan separuh buah Tamar. Jika tidak memilikinya, maka hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang BAIK dan SOPAN.

Hadis Riwayat Ahmad:13861, Abu daud:3957 dan AnNasa’i:4653:

Rasulullah sallahu alaihi waSalam bersabda:

Jika seorang di antara kamu adalah Insan fakir, maka Utamakanlah dirinya sendiri. Jika ada kelebihan, maka Utamakanlah isterinya dan anaknya. Jika ada kelebihan, maka Utamakanlah ahli keluarganya. Jika masih ada kelebihan, maka dia boleh menderma dan bersedekah ke sana-sini ( nothing hahuna wa hahuna).

Al Insan:8

Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.



Pendapat melarang kenduri tahlil


Kenduri Selamatan dirumah Ahli Musibah

Telah menjadi kebiasaan umat islam di negeri ini, bahwa saat ditimpa musibah berupa kematian (meninggalnya seseorang) maka orang yang ditinggalkan melakukan kenduri selamatan (agar si mayit selamat dari adzab qubur) dengan membuat makanan-makanan yang dibagi-bagikan kepada jamaah yang hadir dirumah ahli musibah.

Mereka menyangka bahwa hal tersebut adalah ibadah yang dianjurkan terutama dalam madzhab syafi’ie. Padahal para ulama madzhab Syafi’ie sendiri melarang bahkan membenci perbuatan tersebut dikarenakan hal juga dilarang oleh Rosululloh shallallohu ‘alaihi wasallam.

1. Di dalam kitab Fiqh I’anatut Talibin ditegaskan,

“Ya, apasaja yang dilakukan oleh orang-orang yaitu berkumpul di rumah keluarga si mayit dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ini adalah termasuk bid’ah mungkarat (bid’ah buruk, tercela). Maka bagi orang yang membanterasnya akan diberi pahala.” (I’anatut Talibin, syarah Fathul Mu’in :hanya 2, hal 145)

2. Imam Asy-Syafi’i sendiri tidak menyukai amalan berkumpul dirumah kematian seperti yang telah dikemukakan di dalam kitab al-Umm, “Aku tidak suka mat’am yaitu berkumpul (dirumah keluarga si mayit) meskipun disitu tidak ada tangisan karena hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan.” (As-Asy-Syafi’i al-Umm : hanya 1; hal 248)


3. Selanjutnya di dalam kitab I’anatut Talibin juga disebut lagi, “Dan perkara yang sudah menjadi kebiasaan yaitu keluarga si mayit menghidangkan makanan untuk para jamaah yang berkumpul, hal tersebut adalah perkara bid’ah yang tidak disukai agama. Hal ini sama seperti berkumpul dirumah keluarga kematian karena terdapat hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh Jarir radhiallohu ‘anhu yang berkata, “Kami menganggap bahwa berkumpul dirumah keluarga kematian yang menghidangkan makanan untuk jamuan para pelawat adalah sama dengan hukum niyahah (meratapi mayit) yaitu haram.” (I’anatut Talibin, hanya 2, hal 146)

4. Pengarang kitab I’anatut Talibin Syayid Bakr juga mengambil keterangan sahih dalam kitab Bazzaziyah yaitu, “Dan hal itu dibenci, yakni menyelenggarakan makanan pada hari pertama (kematian), hari ketiga, sesudah seminggu dan juga memindahkan makanan ke tanah kubur secara bermusim-musim.” (I’anatut Talibin, hanya 2, hal 146)


5. Di dalam kitab Fiqh Mughni Al Muhtaj ada menyebutkan, “Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid’ah yang tidak disukai (sangat dibenci), dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadits yang sahih dari Jarir bin Abdullah, berkata, “Kami menganggap bahwa berkumpul dirumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah (meratapi mayat) yaitu haram (hukumnya).” (Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)

6. Di dalam kitab Fiqh Hasyiyatul Qalyubi (Mahalli) menyatakan, “Syeikh ar-Ramli berkata, “Di antara bid’ah yang mungkarat, yakni apabila diamalkan sebagaimana yang telah diterangkan di dalam kitab ar-Raudhah, yaitu apa yang telah dilakukan oleh orang yang dinamakan “kifarah” dan hidangan makanan yang disediakan oleh tuan rumah kematian untuk jamuan orang yang berkumpul di rumahnya baik sebelum atau sesudah kematian, serta penyembelihan di tanah kubur.” (Hasyiyatul Qalyubi, hanya 1, hal 353)

7. Di dalam kitab Fiqh karangan imam Nawawi yaitu kitab al-Majmu’ syarah Muhazzab, Imam Nawawi menyebutkan, “Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga si mayit dan berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid’ah yang tidak disukai.” (an-Nawawi, al-Majmu’ syarah Muhazab, hanya 5, hal 286)

8. Pengarang kitab I’anatut Talibin Syayid Bakr juga turut mengambil keterangan dalam kitab al-Jamal syarah al-Minhaj sebagai berikut, “Dan di antara bid’ah mungkarat ialah suatu perkara yang biasa diamalkan oleh individu yaitu orang-orang menyampaikan rasa duka cita (kenduri arwah), berkumpul dan membuat jamuan (makan-makan) untuk kematian pada hari keempat puluh, semua itu adalah haram.” (I’anatut Talibin, hanya 2, hal 145-146)

9. Selanjutnya, pengarang kitab tersebut juga mengutip keterangan dari kitab Tuhfatul Muhtaj syarah al-Minhaj yang berbunyi, “Sesuatu yang sangat dibiasakan oleh seseorang dengan menghidangkan makanan untuk mengundang orang ramai kerumah keluarga kematian adalah merupakan bid’ah yang dibenci sebab ada hadits yang telah diriwayatkan oleh Jarir yang berkata, “Kami (para sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam) menganggap bahwa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk majlis itu adalah sama hukumnya dengan niyahah yaitu haram.” (I’anatut Talibin, hanya 2, hal 145-146)

10. Pengarang kitab tersebut mengambil juga fatwa dari mufti mazhab Asy-Syafi’i, Ahmad Zaini bin Dahlan, “Dan tidak ada keraguan sedikit pun bahwa mencegah umat daripada perkara bid’ah mungkarat ini sama seperti menghidupkan sunnah nabi Sallallahu `alaihi wasallam. Mematikan bid’ah seolah-olah membuka pintu kebaikan seluas-luasnya dan menutup pintu keburukan serapat-rapatnya karena orang lebih suka memaksa-maksa diri mereka berbuat hal-hal yang akan membawa kepada sesuatu yang haram.” (I’anatut Talibin, hanya 2, hal 145-146)

11. Dan di dalam kitab Fiqh Ala Mazahibil Arba’ah menyatakan, “Dan di antara bid’ah yang dibenci agama ialah sesuatu yang dibuat oleh seseorang yaitu menyembelih hewan-hewan di tanah kubur tempat mayit dikebumikan dan menyediakan hidangan makanan yang diperuntukkan bagi mereka yang datang bertakziah.” (Abdurrahman al-Jaza’iri, al-Fiqhu Ala Mazahibil Arba’ah, hanya 1, hal 539)


Demikianlah diantara fatwa para ulama Syafi’iyah tentang haramnya doa selamat atau kenduri arwah. Mereka telah bersepakat bahwa amalan tersebut adalah bid’ah mungkarat atau bid’ah yang sangat dibenci.
Hadis no 958 sahih muslim jilid 2
Dari Abu Syaibah .a dari Nabi saw. Sabdanya “Setiap perbuatan baik (ma’ruf) adalah sedekah

Banyak cara Untuk Bersedekah
Hadis no 959 jilid 2 Sahih Muslim
Dari Abu Dzar .a katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. Pernah berkata kepada baginda, “Kaum hartawan dapat memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan lebihan harta mereka, “ Jawab Nabi saw, “ Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah; Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar ma’ruf dan nahyi munkar (mengajak kepada kenajikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun ada terdapat pula unsur sedekah” Tanya mereka, “Kalau begitu, dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat kami” Jawab Rasulullah saw. “Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa, Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala”
Ayat 265 Surah Al Baqarah

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa (Iman) mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.


Surah al Maa’un (harta yang bermanafaat)

Tahukah kamu orang yang mendustakan AdDin,
Itulah orang yang menherdik anak yatim,
Dan tidak memberi makan fakir miskin
Maka celakakanlah bagi orang yang lalai dalam solatnya,
Orang yang riak
Dan enggan menolong dengan almaa’un yakni harta yang berguna- setengah mufassiriin menjelaskan engga mengeluarkan zakat.


hal ini sudah berlaku sejak zaman nabi Salih...
kisahnya begini...
Nabi salih telah dianugerahkan Allah mu'jizat setelah dia dipalsa oleh kaumnya untuk menunjukkan mohor kuasanya Allah...
maka dari tanah bukit tercipta seekor Unta yang amat lawa...memberikan susu yang amat berkhasiat kepada ummat nabi Salih


maka peniaga sistem kapitalis marah sebab perniagaan susu mereka yang tidak berkualiti jika dibandingkan dengan susu dari Unta Nabi Salih yang dapat membekalkan susu untuk kaumnya...
maka puak kapitalis ini berfikir bagaimana untuk bunuh Unta Nabi Salih..
mereka telah pilih remaja lalu dimabukan dengan arak...lalu remaja yang sedang mabuk tersebut telah berlaku zalim membunuh Unta Nabi Salih...maka betapa zalim kaum nabi salih
lantas Allah murka membinasakan kaum nabi Salih...

hal ini sama di zaman ini...jika ada pembesar yang Ikhlas nak sedekah subsidi minyak kepada rakyat seperti Abang Anwar janjikan masa sebelum PRU 12...
maka ada pembesar jahiliah seperti radzi fazil yang kata ...ini tak boleh...sebab radzi fazil jahil tak sama dengan pemikiran Aabang Anwar Ibrahim yang janji akan turunkan harga minyak sekirannya Pakatan Rakyat dapat kuasai dewan Rakyat...duka cita BN masih pegang ....
maka inilah akibatnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 15:08


sebelum ni dah pun merancang kewangan dalam rekod perbelanjaan.... dengan naik rege minyak ini, nampak gaye nya kena lebih merancang lagi lah!! aduuiiiii.. tang mana lah lagi yang kena cut cost supaya nak cukup duit2 belanja ni.... dah tak tahu dah... huuu :cry:

cari tempat kerja yang hanya perlu jalan kaki ar selepas ini......


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 15:28


difahamkan lah...ana dapat infomasi dari sahabat ana di putrajaya..yang kenderaan yang ccnya hingga 1500cc hanya dapat subsidi..lebih dari itu tidak diberi subsidi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-06-08 16:51


uish iyer ke? susah lah kalau kereta waja 1.6 tak dapat subsidi, kena bayar rm3 lah seliter...ishh mahal itu...

p/s: waa semakin rancak nak tau isu harga minyak ini...kalau ada info pls share ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 17:01


mencekik darah sungguh lah, memang lah kita ni akan mengemis kat bumi sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 17:17


dah announce. RM2.70 starting after this midnight.. waaa cepat pergi isi minyak malam ni.. huuu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-06-08 17:26


Harga petrol, diesel diapung
Oleh Nazura Ngah dan Siti Shahila Ahmad

kos bahan api ikut pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi diperkenal Ogos

KUALA LUMPUR: Harga petrol dan diesel di negara ini dijangka diapungkan mengikut harga pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi bahan api dilaksanakan kerajaan Ogos ini.

Pada masa ini, harga bahan api itu dikawal kerajaan dengan memberi subsidi yang besar, tetapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad semalam berkata, kawalan harga minyak akan ditarik balik apabila mekanisme baru skim subsidi dilaksanakan dalam tempoh dua bulan lagi.



Menerusi cara itu, katanya, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global.

"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ketika ini, harga petrol di negara ini selepas subsidi hanya RM1.92 seliter dan diesel RM1.58, jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan harga bahan api itu.

Bagaimanapun, Shahrir berkata, kerajaan sedang menimbang untuk melaksanakan dua mekanisme pemberian subsidi iaitu menerusi penetapan kuota dan pendapatan tunai bagi mengurangkan beban rakyat.

"Kerajaan tidak boleh hanya menaikkan harga petrol dan diesel tanpa memberi suatu bentuk subsidi kepada rakyat, terutama golongan yang berhak menerimanya.

"Oleh itu, kerajaan sedang menimbang pelaksanaan dua mekanisme pemberian subsidi, iaitu sama ada menerusi penetapan kuota melalui penggunaan MyKad atau pendapatan tunai," katanya tanpa menjelaskan secara terperinci mekanisme itu.

Kelmarin, Shahrir berkata, penstrukturan mekanisme baru skim subsidi bahan api itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan akan diputuskan Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi.

Jawatankuasa itu mengadakan mesyuaratnya semalam bagi memuktamadkan pelbagai cadangan untuk pertimbangan akhir Kabinet, hari ini.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel serta mekanisme baru skim subsidi selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini, Shahrir berkata:

"Kita tidak boleh membuat keputusan lagi... esok (hari ini) perlu dilihat sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan atau penstrukturan semula skim subsidi.

"Kita sedang meneliti langkah bagaimana untuk menaikkan harga petrol dan diesel di pam dan pada masa yang sama kita boleh membanteras penyeludupan, penyalahgunaan dan ketirisan subsidi.

"Kita perlu menunggu esok (hari ini). Pada asasnya adalah untuk meningkatkan harga petrol dan diesel di pam tetapi pada masa yang sama juga mahukan supaya subsidi sampai kepada rakyat," katanya.

Shahrir berkata, subsidi ke atas bahan komoditi itu dijangka meningkat daripada RM55 bilion kepada RM65 bilion tahun ini jika mengambil kira purata harga minyak mentah pada paras AS$136 setong.

Katanya, kerajaan juga kehilangan hasil pendapatan daripada peruntukan subsidi untuk bekalan minyak dan gas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), sektor tenaga, sektor bukan tenaga dan sektor lain, khususnya di Semenanjung.

"Dengan jangkaan harga minyak di pasaran dunia terus meningkat, kerajaan perlu menyediakan tambahan peruntukan untuk subsidi bahan api berkenaan." katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 17:28


biar betul...waaaaa...tipu..cakap ogos baru nak naik... hampeh punya kerajaan..menipu saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 04-06-08 17:31


rm2.70??? melmapau tu. betul-betul bapa kenaikan. sejak jadi pm semuanya naik tak tkawal

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 17:40


BREAKING NEWS: Petrol will be RM2.70 a litre at midnight tonight

PUTRAJAYA, Wed:

The new price of petrol is RM2.70 apa litre beginning midnight tonight, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced just a moment ago. The 78 sen hike is still below the antiticpated RM4 price apa litre projected.


http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/20080604171620/Article/index_html


waduh.. makin berkerut kenin.. pikiaq lagu mana nak bayaq duit
minyak.tOl... barang NAIk sesaje...
Tol NAik.. :berfikir: :berfikir: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 04-06-08 18:24


stesen2 minyak berdekatan bandar permaisuri sesak tahap gaban ...sebeb org nak isi minyak ...

well hate to say this, tak syok nak kutuk tapi...kalau macam ni gayanya...
tak lama lagi tergolek takhta lah kerajaan sekrang ni...
dah rasa macam nak jual kereta pun ada... huuuuu

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-06-08 20:44


Baru saja buka topik ini, ingat betul-betul naik bulan Ogos, tapi tak sempat...adoii...termenung panjang dengan perkembangan terbaru ini...terkelu rasanya..tiada komen..terlalu banyak persoalan...

bagaimana harga elektrik yang menggunakan gas turbine dan diesel untuk manjana kapasiti elektrik? sure akan naik..

barang makan sure akan naik..berapa lah harga teh tark pas ini..ish ish ishh

jenayah?? makin menurun ke agaknya??

p/s: pesanan Pak Lah kepada semua..jangan demostrasi dan ubah gaya hidup ye !!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 21:26


TOPIK NI KITA TUTUP. JOIN TOPIK YANG NAIK 78 SEN PULA

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 04-06-08 21:28


nak rezeki murah jangan tidur lepas tidur (tapi macam dah jadi rutin harian pula tidur paz suboh)..

& solat dhuha 12 rakaat, inshaALLAH, siapa sedia azam?!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 22:00


Pada 04-06-08 21:28 , azzak posting:

!!! QUOTE !!!

nak rezeki murah jangan tidur lepas tidur
Tidor lepas tidor? Kalau mimpi dalam mimpi boleh paham lagi....

ps:- kalau bangun lepas bangun macammana pulak....


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

elfudhail
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 24.06.2003
Ahli No: 1660
Posting: 41
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 04-06-08 22:27


Assalamualaikum

Nampak gaya tak boleh diam diri ni. Kena cari site income untuk tanggung kos sara hidup yang bakal meningkat. Jadi kawan-kawan yang berminat nak buat bisness sambilan, layarilah laman web di bawah ni :

http://www.moneyflash.biz (dah habis explore web ni, mesej saya ye...)

atau pun yang ini (yang ni lebih meyakinkan ) :

http://www.duniaherba.net/abqorie

Mana boleh harap gaji saja. Kerajaan pun menyarankan penjawat awam yang makan gaji cari sumber lain untuk menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat. Kalau berlaku INFLASI atau keGAWATan ekonomi sekali lagi macam 1998 dulu, nayalah kita. Makan gaji pun belum tentu boleh hidup tau ...

Ya Allah... Bantulah hambaMU ini. Murahkanlah rezeki kami... Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For elfudhailProfil   Hantar PM kepada elfudhail   Pergi ke elfudhail's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-06-08 08:06


Elaun Keraian bagi Menteri sebulan

Perdana Menteri RM18000
Dikurangkan 10 peratus kononnya untuk rasionalkan tindakan naikkan price fuel
Mean kurangkan sebanyak RM1800 bermakna PM masih ada RM16200 elaun keraian


TPM RM15000
Kurangkan 10 % mean RM1500 bermakna TPM masih dapat sebanyak RM13500 elauan keraian

Menteri RM12000
Dikurangkan 10% mean RM RM1200 bermakna menteri masih dapat elaun keraian sebanyak RM10800

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-06-08 07:21


sebarang topik minyak sambung kat sini atau bawah sini saja..

janganlah dibuka topik baru lagi.. ok :)

http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=37976&forum=2

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.159573 saat. Lajunya....