Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Hebahan Aktiviti
Topik: Kem Anak Soleh 4


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Hebahan Aktiviti
    »» Kem Anak Soleh 4

Please Mendaftar To Post


Oleh Kem Anak Soleh 4

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-08 14:16


Assalamualaikum

Sahabat2 yang ingin mengambil peluang memanafaatkan cuti sekolah adik2 antum yang bakal muncul tak lama lagi.

Ana dengan rendah hati menjemput saudara/i sekalian mendaftarkan adik2 antum pada program yang bertempat di sekitar Shah Alam ini.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama 4 tahun berturut-turut. Misi dan visi program ini hanyalah ingin mengembangkan ilmu2 Islam dalam mendidik jiwa anak-anak.

Tenaga pengajarnya terdiri daripada anak-anak didik Institut Pendidikan Islam Hira', Jeram sendiri. InsyaAllah segala amal hanya diniatkan kepadaNya jua.



Segala maklumat lanjut boleh didapati di Blog Kem Anak Soleh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-05-08 14:32


salam alaik..
cute nya poster ni..
syukran atas hebahan program ni..

jom.. pada sahabat yang ada adik-adik..
rajin-rajin.. ajak adik ke program yang bagus macam ni..
time cuti ni lah.. nak join program...

boleh contact pada person in charge...
sebarkan... =D

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-08 15:16


Terima kasih di atas sokongan .. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

cynognathus
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 907
Posting: 143
Dari: ~baNdarTeriNdah + BandaRtErmusNah~

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 16:30


Assalamualaikum.

yerp. pada yang punya adik, anak, saudara mara, atau rakan-rakan, sila lah hantar mereka ke program ini :)



PENDAHULUAN
Kem Anak Soleh IV merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan secara tahunan oleh ALIPH. Program ini adalah kesinambungan kepada program Kem Anak Soleh (2005), Kem Anak Soleh II (2006), Kem Anak Soleh Cemerlang(2006) dan Kem Anak Soleh III (2007). Program ini mula dilaksanakan atas kesedaran dan niat untuk berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat, dimulai dengan projek pilot di sekitar Shah Alam, di mana kebanyakan ahli alumni menetap. Idea ini tercetus seiring dengan usia ALIPH yang ketika itu mencapai dekad yang pertama, yang menandakan bermulanya fasa di mana ALIPH sudah cukup matang untuk menyumbang kepada masyarakat.

Bagi Kem Anak Soleh IV, ALIPH telah mengumpul dan memperkukuhkan barisan penggerak serta menginovasi modul program ini seterusnya bersedia untuk menambah bilangan pusat program kepada 6 lokasi yakni dua surau di Seksyen 7 dan sebuah surau di setiap kawasan berikut; Seksyen 4, 9, 11, dan 19.

NAMA PROGRAM
“Kem Anak Soleh IV”

TEMA PROGRAM
“Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah”

TARIKH
Kumpulan 1 : 26 Mei 2008 hingga 30 Jun 2008
Kumpulan 2 : 2 Jun 2008 hingga 6 Jun 2008



MASA
8.30 pagi- 12.00 tengahari (setiap hari)

TEMPAT
Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4
Surau Taqwa, Seksyen 7
Surau Mawaddah, Seksyen 7
Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9
Surau Madrasah Hidayah, Seksyen 11
Masjid Al-Huda, Seksyen 19
SHAH ALAM.

MODUL
-diskusi iman
-halaqah tilawah
-slot ibadah
-jom berakhlaq!
-sains dan al-Quran

YURAN
RM40/peserta/minggu

HUBUNGI UNIT PENDAFTARAN
Saudara Ahmad (016 - 667 3931)
Saudari Hidayah (013 - 278 2356)
Saudari Ashila (017 - 622 4149)

PENUTUP BICARA
Semoga segala usaha ALIPH dalam menyumbangkan jasa dan bakti kepada masyarakat setempat mendapat redha, rahmat dan hidayah Allah S.W.T. Segala kerjasama terutamanya daripada kariah surau, ahli-ahli ALIPH, dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini merupakan budi yang cukup berharga dan semoga ia menjadi antara usaha yang dipandang tinggi di sisi ALlah.


-----------------
::cakap-untuk akue-untuk kamu-untuk kita::


Bookmark and Share

    


  Member Information For cynognathusProfil   Hantar PM kepada cynognathus   Pergi ke cynognathus's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 23:13


salam..
ana lihat had umur tu.. till 12 tahun saja..
adik ana form 4 yang bongsu...

anak sedara..kecik sangat.. berbulan baru..hehee..
insyallah.. ana sebarkan pada sahabat..

apa lagi.. sahabat ukhwah.. jom...
pakat hantar adik-adik p kem ni..
baguih... tak rugi... infak ukhrawi ni..
( tolong promote...hihi =D)

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 18-05-08 23:47


ni mesti Iera ni. he he

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087977 saat. Lajunya....