Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: baca Al-Quran ketika uzur??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» baca Al-Quran ketika uzur??

Please Mendaftar To Post


Oleh baca Al-Quran ketika uzur??

nuzra_awatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14676
Posting: 99
Dari: Bumi Allah

Perak  


posticon Posting pada: 02-05-08 19:48


Assalamualaikum

saya ada sedikit kemusykilan..
perempuan yang sedang uzur sebenarnya boleh baca Al-quran ke tak?bila saya tanya seorang ustaz ni, dia cakap kalau tengah uzur, jawab azan pun tak boleh.apatah lagi nak baca quran sebab dia cakap jawapan azan tu sbhgn dr ayat quran..

tapi lagi seorang ustaz cakap, boleh baca ayat2 quran tapi yang dah dihafal sahaja..

yang mana 1 yang betul sebenarnya??boleh tak sesiapa bagi penjelasan?l :-?


-----------------
hanya DIA yang mengetahui diriku lebih dr diriku sendiri..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzra_awatifProfil   Hantar PM kepada nuzra_awatif   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 20:13


salam..
ana bknla pandai sangat bab-bab hukum ini.tapi sekadar berkongsi pengetahuan.masa sekolah dulu kan kita wajib hafaz ayat.sekolah ana semua perempuan.jadi memang banyak yang buat alsn begitu.lepas itu ustazah ana kata tak apa baca dan hafaz ayat 2 sebab berdsrkn niat kita untuk belajar.tapi masa uzur memang tak boleh pegang al-quran.jawapan azan 2 bukan ke doa?tapi slalunya kita baca doa selepas azan dalam hati atau secara perlahan.tak silap ana kalau baca tafsir al-quran boleh sebab org kafir pun boleh baca & pegang apatah lagi kita org Islam yang uzur syarie..kalau salah tolong btulkn ye.wallahuallam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 21:42


hm.. mungkin boleh jenjalan sambil baca-baca di link ini..
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/DarahWanita/Aluan.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 23:55


tidak berkenaan dengan haid secara langsung, tetapi berkenaan dengan apabila berhadas:

The Rulings regarding touching the Mushaf
http://www.masud.co.uk/ISLAM/misc/touching_the_mushhaf.php

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 03-05-08 08:49


Soalan:
Bolehkah seorang yang haid atau nifas membaca al-Quran? walaupun tidak menghafanyal, adakah boleh wanita yang uzur itu memegang al-Quran?

Jawapan:
Masalah feqh ini adalah isu yang diperselisihkan oleh para ulama. Majoriti dari kalangan mereka mengharamkan wanita yang uzur(haid atau nifas) membaca al-Quran sehinggalah ia suci. Kecuali dengan tujuan membaca zikir dan bukan bermaksud untuk tilawah al-Quran seperti: membaca bismillahirrahmanirrahim, innalillah wa inna ilaihi roji'un, rabbana aatina fi ad-dunya hasanah dan sebagainya.

Manakala sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak haram seseorang yang uzur itu membaca al-Quran, ini adalah pendapat Imam Malik(maliki), salah satu riwayat dari Imam Ahmad(hanbali) dan dipilih oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah serta ditarjihkan(dikuatkan) oleh imam Syaukani.

Menurut al-Marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz:
"Para ulama berselisih pendapat mengenai bacaan al-Quran bagi wanita yang haid dan nifas. Sebahagian daripada mereka mengharamkannya iaitu menyamakan hukum haram membaca al-Quran bagi yang berjunub. Terdapat hadith nabi saw yang sahih yang menyatakan bahawa orang yang berjunub tidak boleh membaca al-Quran kerana junub itu adalah hadas besar, begitu juga dengan haid dan nifas. Mereka juga berhujjah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Ibnu Umar .a berkata: wanita yang haid dan nifas tidak boleh membaca sedikit pun daripada al-Quran.

Sebahagian lagi berpendapat bahawa wanita yang dalam keadaan uzur dibolehkan membaca al-Quran dari hafalan mereka, kerana tempoh keuzuran itu panjang dan tidak boleh diqiyaskan(dibandingkan) dengan hukum baca al-Quran bagi yang berjunub, kerana tempoh junub itu pendek. Ini kerana orang yang berjunub boleh berusaha untuk menyucikan diri mereka dengan melaksanakan mandi junub kemudian ia boleh membaca al-Quran, sedangkan wanita yang uzur tidak mampu untuk berbuat demikian. Kelompok ulama ini menyatakan bahawa hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar itu adalah daif(lemah), iaitu hadith itu didaifkan oleh ahli hadith dengan alasan bahawa riwayat itu diambil dari Ismail bin Ayyash yang meriwayatkan dari ahli-ahli Hijaz sedangkan pengriwayatan beliau dari mereka adalah daif. Ini adalah pendapat yang tepat.

Maka wanita yang dalam keadaan haid atau nifas boleh(tidak haram) membaca al-Quran berdasarkan hafalannya, kerana tempoh keuzuran itu adalah panjang dan menqiyaskannya dengan keadaan junub adalah tidak betul. Dengan ini tidak menjadi kesalahan bagi pelajar wanita boleh membaca al-Quran, begitu juga di sekolah, ketika menduduki peperiksaan atau tidak, tetapi berdasarkan hafalan bukan melalui mushaf al-Quran. Manakala ada di antara wanita yang uzur memerlukan mushaf untuk membaca al-Quran, maka ia dibolehkan dengan syarat perlu ada lapik seperti sarung tangan dan seumpamanya, Wallahu A'lam"

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528616578


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-05-08 09:36


susah pula :berfikir:
boleh tak boleh
khilaf khilaf
begitu begini

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 12-05-08 19:08


Pada 03-05-08 09:36 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

susah pula :berfikir:
boleh tak boleh
khilaf khilaf
begitu begini

Terserah untuk menjustifikasi isu sebegini, adalah lebih baik mengambil yang paling kuat hujjahnya di samping menghormati pendapat lain serta tidak fanatik. Sememang tidak boleh dielakkan bahawa banyak isu feqh yang tergolong di dalam perselisihan di antara ulama. Ia di bawah ketentuan Sunnatullah pada aplikasi pemikiran manusia.


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 12-05-08 21:05


Pada 03-05-08 09:36 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

susah pula :berfikir:
boleh tak boleh
khilaf khilaf
begitu begini


"khilaf adalah rahmat"... Selagi mana ia tidak termasuk dalam
pendapat yang ganjil.

Maka ambillah kemudahan yang ada hasil perbezaan pendapat ini. Rasulullah s.a.w sendiri memilih yang termudah selagi mana tidak berdosa.
saya lebih cenderung wanita uzur membaca al-Quran kerana faedah yang besar kepada para "hafizah". bayangkan mereka mengalami pendarahan yang agak lama, boleh jadi akan mengganggu penghafalan mereka. Tetapi dalam perkara ini mereka mestilah menjaga kebersihan. Ini juga adalah pendapat imam bukhari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-05-08 21:54


oh terima kasih atas respon posting saya..
tahu mudah tapi kadang-kadang rasa begitu..

saya pula ikutkan hati lebih yakin tak membaca quran masa uzur

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 13-05-08 21:39


salam alaik..
jika keuzuran.. boleh lagi untuk membaca... menghafal..
nawaitu.. untuk zikir..

antunna boleh baca tafsir untuk pengisian rohani... ;)
ISlam itu Mudah lagi memudahkan..just fOllow the rules..
bila dah langgar jadi SUsah.. ("_)

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 27-05-08 12:24


salam..
ISLAM tu INDAH...
org mengatakan
'yang xsuci tak boleh pegang or baca al qu'ran" sebab ayat yang ditulis disisi al qur'an tu kan..???tiada bisa disentuh kecuali oleh orang2 yang disucikan.."(wallahu'alam)

prof HAMKA dalam tafsirny berhujah dalam menanggapi ayat tersebut bahwa yang tidak bisa disentuh itu ialah al qur'an yang di lauhil mahfuz..kecuali oleh orang2 yang allah sucikan..
ana pernah mempelajari tentang ni, ustaz tu memberikan penjelasan yang serupa...dan ditambah.."allah memberi petunjuk kepada orang yang allah kehendaki"..hidayah or petunjuk yang ada dalam alqur'an tu hanya akan menjadi petunjuk bagi siapa yang allah sucikan hatinya...

dengan kata lain...hati yang tidak suci tidak akan mampu untuk menyentuh alqur'an...dalam kenyataannya, alqur'an(kitab/buku) bisa disentuh oleh siapa pun..,tapi petunjuknya/hidayah yang ada dalam ayat2 alqur'an hanya akan masuk k dalam hati-hati yang SUCI...

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 27-05-08 13:19


Pada 27-05-08 12:24 , Mulya posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
ISLAM tu INDAH...
org mengatakan
'yang xsuci tak boleh pegang or baca al qu'ran" sebab ayat yang ditulis disisi al qur'an tu kan..???tiada bisa disentuh kecuali oleh orang2 yang disucikan.."(wallahu'alam)

prof HAMKA dalam tafsirny berhujah dalam menanggapi ayat tersebut bahwa yang tidak bisa disentuh itu ialah al qur'an yang di lauhil mahfuz..kecuali oleh orang2 yang allah sucikan..
ana pernah mempelajari tentang ni, ustaz tu memberikan penjelasan yang serupa...dan ditambah.."allah memberi petunjuk kepada orang yang allah kehendaki"..hidayah or petunjuk yang ada dalam alqur'an tu hanya akan menjadi petunjuk bagi siapa yang allah sucikan hatinya...

dengan kata lain...hati yang tidak suci tidak akan mampu untuk menyentuh alqur'an...dalam kenyataannya, alqur'an(kitab/buku) bisa disentuh oleh siapa pun..,tapi petunjuknya/hidayah yang ada dalam ayat2 alqur'an hanya akan masuk k dalam hati-hati yang SUCI...

wallahu'alam..


Agreed !

Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid

jawapan :

Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.

Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya. A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.

Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.

Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.

1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu'

Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.
Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz.
Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas ra.

2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu'

Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'. Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)

3. Wanita haidh baca al-Qur'an

Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an.

Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.

Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.

dipetik dari HafizFirdaus.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 09:50


salam...

Kalau kita tengah solat berjemaah dalam surau dengan akhawat kan tiba-tiba ikhwah datang dan solat berjemaah...apakah hukumn ya ada dua jemaah dalam satu surau?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.170819 saat. Lajunya....