Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: mengintaisyurga
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43096

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
IbnuKhaldun: 13 hari yang lalu
alongmina: 17 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu
kasih_kekasih: 27 hari yang lalu
budakbesar: 33 hari yang lalu
azemi: 37 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: kepercayaan tahyul


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» kepercayaan tahyul

Please Mendaftar To Post


Oleh kepercayaan tahyul

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-08 07:26


BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda Kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar .a. dan Umar .a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar .a dan Umar .s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi bab* hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi bab* hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti bab* hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.walaupun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti bab* hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar .a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “lah ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku. Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

dari manakah cerita ini didapati?




Abu_Umair
Panel Feqh



Joined: Jan 21, 2007
Posts: 851
Location: K.S.A
     Posted: Apr 28, 2008 - 01:43 PM    


--------------------------------------------------------------------------------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Kami nukilkan balik jawapan lepas oleh al-fadhil syeikh thtl:

Quote:
al-Jawab:

Ini adalah dua kisah yang menyebabkan Islam ditertawakan oleh musuh-musuhnya. Sudah tentu ia dicipta oleh majalah seram dan misteri yang banyak beredar dalam pasaran. Kisah2 tahyul begini hendaklah dimusnahkan dan ditegah dari pengedaran kepada orang ramai yang boleh membuatkan mereka sangsi dengan kegemilangan kaum salaf assoleh. Zaman mereka bersih dari tahyul dan khurafat kerana itulah sebaik-baik kurun. sekian


URL: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34311


http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=35732


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-08 18:28


ini kisah tahyul ke? banyak kisah2 yang kita dapat sejak dari kecil dan sudah percayanya...tapi entahlah...org kata kisah2 israiliyat...
harap dapat ditunjukkan mana kisah yang benar dan mana tidak supaya umat Islam tidak keliru lagi...
pihak berwajib harap dapat keluarkan buku mengenai perkara ini...

sekarang pun banyak org berlumba-lumba nak terbit filem dan drama seram saja kan...
menghayalkan dan mengelirukan umat Islam...

Bookmark and Share

  


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 22:43


Assalamualaikum

Ada tambahan sikit... jika benar-benar ini terbukti kisah yang tidak benar, maka memang patut ia dijelaskan kepada semua pihak...

cuma kita pun jangan terikut-ikut dengan renak musuh2 Islam...
ialah, hanya kerana kisah itu ada unsur2 tidak logik dan susah diterima akal, maka sebab tidak mahu digelak oleh musuh Islam, kita kata ia kisah tidak benar...
Tidak bolehlah begitu... kan Allah Maha Berkuasa, jika Dia hendak tunjukkan Kebesaran Nya kepada kita... maka kita harus ambil iktibar....

Apapun, semua kisah2 perlulah dibuktikan kesahihannya sebelum disiarkan....

Teringat kisah Nabi ketika menceritakan peristiwa Isra dan Mikraj yang membuatkan baginda di tertawakan oleh kaum musyrikin di Mekah sebab tak logik cerita Baginda di pandangan akal fikiran mereka.....

:berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 02-05-08 10:31


salam...

saya juga sudah acap kali mendengar riiwayat di atas.namun, antara pembohongan dan nyata,itu saya masih keliru.sama seperti fadhilat solat tarawih di bulan ramadhan yang dikatakan direka oleh ulamak syiah.

minta ummimq dapat jelaskan nyatakan nasab atau dari mana datangnya hadis2 tersebut sekiranya ia benar israiliyyat atau palsu..

Bookmark and Share

  


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 10:35


ish takutnya... susah pula nak bezakan mana "yang betul" dan "tak betul" ya..

Bookmark and Share

  


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09914 saat. Lajunya....