Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-06-2018  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: penjejak87
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43055

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Yang Masuk Ke Sini
hafiz_along_83: 5 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 14 hari yang lalu
penjejak87: 16 hari yang lalu
Kakngah: 24 hari yang lalu
ezaty: 28 hari yang lalu
Sabila: 33 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Kudung kaki tidak halang Mohd. Uzair ke kolej


Carian Forum

Moderator: Admin, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Kudung kaki tidak halang Mohd. Uzair ke kolej

Please Mendaftar To Post


Oleh Kudung kaki tidak halang Mohd. Uzair ke kolej

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-04-08 15:32


/

TAIPING 25 April – Walaupun kudung kedua-dua belah kaki kerana kecacatan sejak dari kecil lagi, ia tidak menghalang seorang pelajar pintar, Mohd. Uzair Jaafar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Mohd. Uzair, 17, berkata, beliau yang pernah dipotong tiga kali di bahagian kakinya kerana mengalami masalah ketumbuhan, tidak pernah patah semangat untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) di Kolej Matrikulasi Johor dalam bidang sains.

Kini dia hanya mampu bergerak secara mengesot ketika di rumah dan terpaksa menggunakan kerusi roda ketika bersekolah bagi meneruskan penghidupan hariannya.

‘‘Saya tidak pernah mengikuti kelas tuisyen untuk berjaya dalam pelajaran kerana saya tidak berupaya untuk berulang-alik dari rumah ke pusat tuisyen berkenaan kerana ia begitu membebankan mereka yang membantu saya. Oleh itu, saya hanya mampu belajar bersendirian di rumah.

‘‘Tawaran yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran untuk membolehkan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains ke Kolej Matrikulasi Johor adalah sesuatu yang begitu bermakna dalam hidup saya sebagai seorang yang tidak cukup anggota ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menerima sumbangan dan penghargaan daripada Yayasan Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohd. Zahir Datuk Mohd. Khalid di rumahnya di Kampung Pinang Seberang, Kamunting di sini hari ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah King Edward Taiping yang begitu berminat dalam aktiviti pelancaran roket, ditawarkan belajar di Kolej Matrikulasi Johor berikutan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu dan bercita-cita untuk menjadi seorang ahli farmasi.

Menurutnya, walaupun hidupnya perlu dibantu untuk bersekolah. Ia tidak menghalang beliau untuk aktif dalam kokurikulum serta kegiatan ilmiah yang lain termasuk dalam bidang penulisan ekonomi.

‘‘Saya berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang setiap hari terpaksa mengambil dan menghantar ke sekolah supaya saya mendapat pelajaran yang sewajarnya,” katanya.

Bapanya, Jaafar seorang bekas anggota polis berkata, beliau menghantar dan mengambil Mohd. Uzair ke sekolah setiap hari sejak dari darjah satu lagi untuk membolehkannya mendapat pelajaran yang secukupnya.

Kata beliau, setibanya di sekolah Mohd. Uzair terpaksa didukung untuk diletakkan di kelas-kelas pembelajaran supaya ia tidak tercicir dalam mengikuti sesi pembelajarannya setiap hari.

‘‘Kadang-kadang apabila saya tidak berkesempatan kerana sibuk bekerja, emaknya akan menghantarnya ke sekolah.

‘‘Saya rasa penat saya selama ini menghantarnya ke sekolah sudah terbalas setelah mendapat tahu anak saya diterima mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Johor,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau bimbang dengan keselamatan anaknya semasa menuntut di kolej itu nanti, Jaafar berkata, beliau tidak bimbang dengan keadaan keselamatan anaknya nanti kerana kolej berkenaan sudah menyediakan kelengkapan khusus untuk pelajar kurang upaya.

Sementara itu, ADUN Kamunting, Mohd. Zahir menyifatkan Mohd. Uzair sebagai individu yang unggul kerana kecacatan yang dialaminya tidak mematahkan semangat untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

‘‘Saya meminta pelajar-pelajar lain mengambil iktibar daripada kegigihan Mohd. Uzair menimba ilmu pengetahuan kerana dengan pelajaran sahaja ia mampu membawa individu ke tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya.


:-)


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 28-04-08 13:23


Pada 26-04-08 15:32 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!



Bekas pelajar Sekolah Menengah King Edward Taiping yang begitu berminat dalam aktiviti pelancaran roket, ditawarkan belajar di Kolej Matrikulasi Johor berikutan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu dan bercita-cita untuk menjadi seorang ahli farmasi.



..dia berminat dengan aktiviti pelancaran roket(?)

saya ter'konpius' mengenai perkara ini.. adakah aktiviti pelancaran roket(buatan sendiri) mempunyai kebenaran dari pihak berkuasa?

adakah aktiviti seperti ini sah di sisi undang-undang malaysia?

hendak tahu juga pelancaran roket yang macam mana?

* kalau undang-undang membenarkan.. (hehe) saya akan menyiapkan satu artikel mengenai aktiviti seperti ini, dari pembuatan roket(design), penyedian bahan pelancaran(fuel/propellent), suis pelepasan (ignition/ignitor), tapak pelancaran.

(belum nak buat lagi, bimbang jika ianya menyalahi undang-undang- haru ooo)

bagi saya ianya boleh dijadikan sebagai hobi baru.. untuk rakyat malaysia.

Bookmark and Share

  


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 28-04-08 13:47


Pada 28-04-08 13:23 , ainunhub posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-04-08 15:32 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!



Bekas pelajar Sekolah Menengah King Edward Taiping yang begitu berminat dalam aktiviti pelancaran roket, ditawarkan belajar di Kolej Matrikulasi Johor berikutan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu dan bercita-cita untuk menjadi seorang ahli farmasi.



..dia berminat dengan aktiviti pelancaran roket(?)

saya ter'konpius' mengenai perkara ini.. adakah aktiviti pelancaran roket(buatan sendiri) mempunyai kebenaran dari pihak berkuasa?

adakah aktiviti seperti ini sah di sisi undang-undang malaysia?

hendak tahu juga pelancaran roket yang macam mana?

* kalau undang-undang membenarkan.. (hehe) saya akan menyiapkan satu artikel mengenai aktiviti seperti ini, dari pembuatan roket(design), penyedian bahan pelancaran(fuel/propellent), suis pelepasan (ignition/ignitor), tapak pelancaran.

(belum nak buat lagi, bimbang jika ianya menyalahi undang-undang- haru ooo)

bagi saya ianya boleh dijadikan sebagai hobi baru.. untuk rakyat malaysia.


Assalamualaikum...

masa ana sekolah dulu, memang ada rakan sekolah ana masuk pertandingan pelancaran roket.. selalunya pelajar fizik yang minat reka cipta ambil bahagian. ana tak pasti macam mana pertandingan ini diadili yang pastinya pertandingan ini memang ada dipertandingankan antara sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Roket tu model kecil saja. tak membahayakan dan tidak jugak meletup. Cuma naik ke udara kemudian jatuh semula. :-).

:bunga:


-----------------
Adoro Allah, yo adoro Rasul, yo adoro mi familia, yo adoro Islam...


Bookmark and Share

  


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

Huzaimi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29691
Posting: 55
Dari: Bandar Baru Bangi, Skudai

Selangor  


posticon Posting pada: 05-11-08 17:45


stephen hawking(saintis yang menemui lubang hitam) adalah bukti bahawa org cacat pun boleh berjaya dan menjadi genius
salah seorang daripada 3 org prof. matematik lucascian selain daripada sir isaac newton dan sir isaac barrow

Bookmark and Share

  


  Member Information For HuzaimiProfil   Hantar PM kepada Huzaimi   Quote dan BalasQuote

Semerah
Warga Rasmi
Menyertai: 05.11.2008
Ahli No: 35755
Posting: 9

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 18:47


Pada 05-11-08 17:45 , Huzaimi posting:

!!! QUOTE !!!

stephen hawking(saintis yang menemui lubang hitam) adalah bukti bahawa org cacat pun boleh berjaya dan menjadi genius
salah seorang daripada 3 org prof. matematik lucascian selain daripada sir isaac newton dan sir isaac barrow

saya tertarik dengan penemuan Lubang Hitam, tapi saya ingin bertanya kepada saudara Huzaimi, apakah perbezaan Lubang Hitam dan Jasad Hitam? dan adakah teori ini cetusan asalnya dari Stephen Hawking ataupun saintis lain?

Bookmark and Share

  


  Member Information For SemerahProfil   Hantar PM kepada Semerah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098448 saat. Lajunya....