Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 261
Ahli: 0
Jumlah: 261




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Peralatan
Topik: Nokia 8800 Sapphire Arte; Mewah dan eksklusif


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Nokia 8800 Sapphire Arte; Mewah dan eksklusif

Please Mendaftar To Post


Oleh Nokia 8800 Sapphire Arte; Mewah dan eksklusif

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-04-08 23:14


/
Kemasan eksklusif ini memberi kebanggaan kepada pemiliknya.

NOKIA sekali lagi dengan bangganya mengumumkan telefon bimbit mewah model 8800 Sapphire Arte, yang membawa ciri rekaan semula jadi serta disudahkan dengan mutu seni pertukangan berkualiti.Dibina daripada material berkualiti tinggi, ia memaparkan pengunaan material berteraskan kulit dan batu nilam.

Lebih menarik butang pilihan model telefon tersebut memperlihatkan pengunaan batu nilam sebagai material binaan.

Bahagian panel telefon tersebut pula diperbuat daripada kulit premium yang hanya boleh didapati dari bahagian timur India.

Dalam pada itu, model tersebut turut disaluti dengan beberapa lapisan nipis yang bertindak melindungi permukaan telefon daripada kesan calar.

Dari segi warna pula, ia hadir dengan gabungan warna coklat kemewahan yang dipadankan dengan tona warna kopi sekali gus melambangkan keyakinan serta pilihan sofistikated dalam rangkaian produk bergaya mewah.

Namun, bagi Model 8800 Arte pula ia hadir dengan warna hitam bergaya.

'Arte' yang membawa maksud seni itu diperlihatkan pada rekaan tersebut menerusi kehadiran kerlipan cahaya pada skrin paparan.

Hanya dengan dua sentuhan perlahan pada skrin paparan, waktu atau masa akan tertera menerangi skrin sementara diserikan lagi dengan hiasan unik wallpapernya.

RekaanDari segi kesan bunyi, model Nokia 8800 Sapphire Arte dilengkapi dengan runut bunyi eksklusif yang diselaraskan oleh penerbit terkemuka Kruder & Dorfmeister selain hadir dengan rekaan visual grafik terkenal oleh Fritz Fitzke.

Dari sudut prestasi, ia hadir dengan kemudahan 3G dan kamera auto fokus bersaiz 3.2 mega piksel.

Selain itu, model tersebut melihatkan kehadiran memori bersaiz 1GB yang dibina khas untuk menyimpan segala data pengguna.

Bagi kemudahan sambungan pula, telefon ini turut dilengkapi teknologi EDGE, kemudahan wayarles Bluetooth serta sambungan mikro USB.

Kini telefon bimbit tersebut sudah boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga runcit RM5,990.

Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan melayari laman web www.nokia.com/press/Nokia8800Arte.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Cik_Liyana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.03.2008
Ahli No: 32802
Posting: 239
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-08 23:17


bawah tu macam pelikla..
macam susah nak sms saja..
kalau slide bukan cepat loose ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Cik_LiyanaProfil   Hantar PM kepada Cik_Liyana   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 04:45


spec :welcome:..
tapi..mahalnye rege dia.... :-o :-o
rm5990.... adess....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083425 saat. Lajunya....