Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam 45 saat yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bacalah hingga selesai - 2


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bacalah hingga selesai - 2

Please Mendaftar To Post


Oleh Bacalah hingga selesai - 2

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-08 20:40


-----Original Message-----
From: MUHAMMAD FAUZY BIN MUHAMMAD HIFFNY
Sent: Thursday, April 10, 2008 2:42 PM
Subject: Antara Sayyidina Umar Abdul Aziz & Lim Guan Eng


Cerita menarik yang saya perolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang ...



Baru-baru ini Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.



Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut saja agaknya..."



Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.



Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."



Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya Kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....



Balik semula kepada kisah tadi... Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....



Bagaimana kita orang Islam?....





Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."



Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."



Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai-ramai doakan supaya makbul niat & hajatnya. Ini akan memberi satu tamparan yang hebat pada Karpal Singh



http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=279_9666099_1297842_3782_6554_0_257078_26688_999992681&Idx=8&YY=28028&y5beta=yes&y5beta=yes&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-08 22:30


terharunya saya baca post ini... sangat-sangat terharu... insya Allah Guan Eng akan masuk Islam. apabila Allah m'kehendaki ia terjadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-04-08 22:36


hmm..is this for real? takut hanya cerita cerita yang mungkin boleh di manipulasi nanti oleh sesetengah pihak..jika benar, dan ianya membawa kebaikan..insyallah...alhamdulillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

biohazard
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.10.2007
Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi

Perak  


posticon Posting pada: 12-04-08 22:55


Pada 12-04-08 22:36 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

hmm..is this for real? takut hanya cerita cerita yang mungkin boleh di manipulasi nanti oleh sesetengah pihak..jika benar, dan ianya membawa kebaikan..insyallah...alhamdulillah


kalau ni kisah benar....sama-sama kita doakan.....kalau sebaliknya.....semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang buat cerita palsu ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For biohazardProfil   Hantar PM kepada biohazard   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 12-04-08 23:07


dengan izin allah,diharapkan suatu hari nanti beliau akan memeluk islam dan mencontohi sikap umar seperti yang dikatakan.
sama-sama lah kita berdoa semoga pintu hatinya terbuka untuk islam


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 12-04-08 23:37


malu sebab dia bukan islam tapi berazam nak contohi khalifah umar abd aziz,tapi pemimpin islam tak pulak teringin nak contohi...Kalau benar lah cerita ini,semoga hati pemimpin ini diberi hidayah Allah satu hari nanti dan memang akan betul-betul contohi khalifah umar ab aziz...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-04-08 23:44


naruto-san bersangka baik & beranggapan guan eng berniat ikhlas.

sebabnya...dia dulu masuk penjara bukan sebab buat jenayah...bukan bunuh orang...bukan mencuri merompak.

tapi dia dulu dihumban masuk penjara sebab dia membela nasib budak perempuan melayu yang dicabul kehormatan oleh seorang pemimpin UMNO melaka....waktu itu dia guna kapasiti dia sebagai MP membela nasib rakyat kebanyakkan yang diinaya.

melayu??....malu betul melayu-Islam yang salahguna kuasa....orang bukan Islam kenal umar abdul aziz....mereka yang Islam tak kenal.

p/s: mahathir, paklah & orang2 yang sewaktu dengannya...kenal ke tidak umar abdul aziz???


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-08 05:10


Umi sengaja paparkan di sini kerana mahu anak-anak yang prihatin terus mendoakan kerana doa itu penting dalam kehidupan seorang Islam.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 13-04-08 06:39


Doa senjate mukmin....
berpegang pada tali Allah ianye takkan putus!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-04-08 09:03


Allahu Akbar!!!! Subhanallah!!! Moga-moga berita ini benar. Moga Allah berikan hidayah kepadanya dan juga kepada pemimpin bukan Islam yang lain.

Teringat kata-kata Tuan Guru Nik Aziz suatu ketika dahulu yang mengatakan suatu hari nanti Pas mungkin bakal mempunyai pemimpin dalam kalangan orang Cina. :-)


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 13-04-08 09:13


pengISLAMan Guan Eng merupakan kejayaan kepada umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang poilitik.....moga-moga dimakbulkan...
tapi,khuatir kalau Guan Eng cuma berkata demikian untuk menarik sokongan lebih ramai org Melayu...
Semoga telahan saya tidak tepat

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 13-04-08 10:06


moga-moga impian dia untuk masuk islam dan menjadi pemimpin yang berjaya di makbulkan..

amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 13-04-08 10:33


alhamdulillah..kalau ini lah katanya...insyaallah islam akan kembali tertehak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-08 20:04


Tentu anak-anak perasan betapa Allahyarham Ustaz Fadzil Noor begitu prihatin dengan memberikan kitab-kitab kepada Lim Guan Eng ketika beliau dalam tahanan. Jadi kita sekiranya ingin mencari saham akhirat berdakwahlah dengan cara apa sekalipun tidak kira bangsa dan agama ya. Kerana petunjuk hidayah itu dari Allah jua dan kerja menyampaikan pula terletak di atas bahu kita.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 13-05-08 22:37


Subhanaullah... Hebat dan etc

Pejabat tinggi tak punya rumah sendiri dikolong langit Allah yang maha kaya.
Mirip Jalan Hidup Abdullah Bin Baz Rahmatullah alaihi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 13-05-08 22:47


believe it or not.....mashaALLAH...amin, semoga ALLAH bagi hidayah pada dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-08 17:18


Sepertimana kes Siti Fatimah Tan. kasihan kat dia sebab tanpa dididik terlebih dulu dilepaskan lalu mahkamah untuk kembali murtad.

Bacalah di bawah ini :-

Salam,

Sebenarnya ini bukanlah ke pertama pengistiharan/penentuan status agama oleh masa,dah beratus kes diputuskan,cuma yang ini diberi perhatian oleh media.Di bawah disertakan penghakiman YA hakim tersebut.Kes ini telah dirayu oleh peguam MUIPP.


DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
NEGERI PULAU PINANG

KES MAL NO: 07100-043-0191-2006

SITI FATIMAH TAN buat ABDULLAH ... PLAINTIF
Diwakili Peguam Ahmad Jailani
Daripada Tetuan Arizal, Jailani & Co.

MAJLIS AGAMA ISLAM P PINANG ... DEFENDEN diwakili Encik Munawir
Daripada Tetuan Lim kirim Siew

Di hadapan yang.A Hj Othman bin Ibrahim
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang


ALASAN PENGHAKIMAN

Fakta ringkas kes

Plaintif Siti Fatimah Tan buat Abdullah yang nama asalnya Tan Ean Hung, K/P: 690828-07-5020 pada asalnya ianya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran Buddha.

Beliau pada asalnya menyembah tokong dan buddha. Pada 25/7/1998 telah memeluk Islam dan didaftarkan dengan nama Siti Fatimah Tan buat Abdullah. Pada 4/8/1999 beliau telah berkahwin dengan Ferdoun Aslanian No. Paspot 3369885, seorang warganegara Iran, selepas 4 bulan berkahwin, suami telah menghilangkan diri.

Mengikut keterangan plaintif sendiri di mahkamah, beliau tidak mengamalkan ajaran Islam dan tidak pernah diajar atau di bawa mempelajari Agama Islam oleh suami. Pada masa yang sama beliau beramal dengan ajaran Buddha dan menyembah berhala Tokong Tok Pek Kong, Kuang Yim Neo dan Ti kong, pada setiap hari walaupun semasa menjadi suami isteri bagi pasangan tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak faham Islam dan tidak yakin tentang ajaran Islam itu bahkan tujuannya hanya untuk berkahwin semasa memeluk Islam.

Beliau menyembah berhala itu pada setiap hari dan pada masa yang sama suami ada ikut serta semasa pergi ke Tok Kong Kuang Yim Neo. Ini disahkan lagi dengan keterangan baiyinah adik saudara kandung plaintif sendiri semasa memberi keterangan di mahkamah. Beliau tinggal bersama dengan kakaknya dan melihat kakaknya menjalankan upacara ajaran Buddha dengan menyembah tokong itu setiap hari

Apa yang dihujahkan oleh peguam plaintif iaitu amalan-amalan seharian yang berkaitan dengan agama itu menjadi tanggungjawab dan persoalan yang mahkamah kena selesaikan.

Mahkamah harus melihat dari sudut undang-undang yang ada supaya jelas untuk mahkamah membuat keputusan bagi tuntutan kes ini.

Di dalam Sek. 61(3)(b) .. dalam bidangkuasa malnya mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan (tak) pengistiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam;

Berdasarkan Seksyen 61(3)(b) – (tak) di atas jelas memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk membicara dan memutuskan kes yang dibawa ke hadapannya dan tidak dipertikaikan lagi oleh pihak-pihak yang terbabit.

Dalam pada itu Defenden iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak mengambil apa-apa tindakan yang wajar setelah saman diterima. Afidavit yang difailkan oleh peguam menunjukkan bahawa saman telah disempurnakan. Kegagalan defenden hadir tidak menyebabkan kes ini ditangguhkan dan mahkamah boleh membuat keputusan kes itu.

Apa yang amat dikesalkan ialah Defenden tidak prihatin dalam menjalankan amanah yang diberikan iaitu bagi menjaga masalah orang Islam yang diletakkan ke atas Majlis iaitu badan yang diberi amanah tersebut.

Di dalam Seksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 menyatakan – “maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Pulau Pinang selaras dengan Hukum Syarak.”

Undang-undang di atas jelas memberikan kuasa Majlis mengatur segala peraturan bagi menjamin masalah orang Islam terjamin dan sesuai dengan kaedah Fiqh iaitu –
تصرف الامام علئ رعيته منوط بالمصلحة
- “Tindakan perintah terhadap rakyat berpandukan maslahah”

Hal-hal sedemikian amat jelas supaya Majlis berperanan seperti yang termaktub di dalam undang-undang supaya sesuai dengan kehendak hukum syarak.

Mahkamah merujuk kes Majlis Agama Islam Negeri Sembilan didalam kes Han Mun Meng Mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa di dalam memutuskan kes tersebut sesuai dengan Pandangan Hakim Mahkamah Agung Mohamad Yusuf Muhamad menyatakan –
“ Adalah jelas daripada kenyataan penghakiman yang dibuat oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman bahawa keputusan mengenai persoalan-persoalan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau telah keluar daripada agama Islam sebelum mati, ialah persoalan yang melibatkan Hukum Syarak memerlukan penelitian serius dalam pentakrifan yang betul mengenai Hukum Syarak itu. Tanpa nas yang sah untuk menyokong hujah-hujah itu adalah tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa sama ada terdapat prasyarat sebelum seseorang itu menjadi Islam atau sekiranya si mati telah dibuktikan telah bersembahyang di kuil Sikh, maka ia sudah semestinyalah seorang murtad.

Persoalan dalam kes ini, pada pandangan saya, tidak boleh ditentukan melalui penggunaan fakta secara mudah sebagaimana yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman semata-mata atas alasan kesahihan dan keberkaitan bukti mengikut Undang-Undang Sivil. Isu yang begitu serius, pada pandangan saya, berkehendakkan perhatian oleh pakar juri yang berilmu dan berkelayakan di dalam Hukum Syarak.

Melihat kepada keadaan ini, maka dalah mustahak supaya keputusan persoalan yang menjadi isu dalam kes ini berkehendakkan perhatian yang mendalam mengenai Hukum Syarak oleh pakar-pakar yang terlatih dan berkelayakan berbuat demikian. Forum yang layak untuk berbuat demikian ialah Mahkamah Syariah.

Di dalam kes terbaru, kes Lina Joy (Rayuan Sivil 01-2-2006(w). Mahkamah Persekutuan Malaysia telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa bagi memutuskan tindakan berkaitan pihak yang Islam dan yang menganuti Agama Islam.

Dalam kes ini juga Tuan Fairuz KHW menyatakan dengan bersetuju dengan pandangan ABIM dan pandangan Persatuan Peguam Syarie serta Persatuan Peguam Muslim dengan menyatakan – Di dalam rayuan di hadapan mahkamah sekarang, tiada ketentuan muktamad bahawa perayu tidak lagi menganuti agama Islam. Maka, kenyataan bahawa perayu tidak boleh lagi berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah hanya ada bidangkuasa terhadap seseorang yang menganuti agama Islam (profees) tidak boleh/wajar ditekankan. Cara seseorang keluar dari sesuatu agama adalah semestinya mengikut kaedah atau undang-undang atau amalan (practice) yang ditentukan atau ditetapkan oleh agama itu sendiri.

Mahkamah ini berpendapat 2 kes yang diputuskan di Mahkamah Sivil dan kes terbaru di Mahkamah Persekutuan itu jelas memberikan bidangkuasa kepada mahkamah syariah bagi membuat perintah yang dipohon. Tindakan pemohon untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada wajar diterima dan tatacara yang telah tertulis wajar diambil perhatian di dalam menyelesaikan kes ini.
Di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2004 Seksyen 121(1)(b) menyatakan – jika apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran:

(b) defenden tidak hadir, Mahkamah boleh tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya.

Mahkamah telah menggunakan budibicara di dalam hal ini untuk meneruskan kes itu atas kepentingan pihak plaintif.

Adalah amat dikesalkan pihak Majlis Agama Islam yang diamanahkan untuk menjaga masalah orang Islam tidak bertindak dengan cepat bagi menyelamatkan akidah orang Islam. Kelewatan memfailkan hujahan dipenghujung kes hanya sia-sia sahaja dan mahkamah tidak terikat dengan pembelaan itu, bahkan mahkamah telah memutuskan untuk membuat keputusan terhadap kes tersebut, apa yang patut dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam ialah mengujudkan tatacara yang mengawal dan menyelia mereka yang menganut Islam untuk keluar Islam. Inilah yang patut dijelaskan dan diambil tindakan dan juga menyediakan tempat yang sesuai untuk mempelajari Islam bagi mereka yang baru memelok Islam sesuai dengan keadaan dan suasana mereka yang masih baru serta berjinak-jinak dengan agama Islam serta menjamin bahawa Islam dianuti itu difahami dan dilaksanakan oleh individu yang ingin melihat Islam itu diamalkan. Jika tiada tindakan atau kaedah yang patut bagi mengawal selia mereka tidak mustahil hal yang sama akan berulang dan mungkin lebih ramai yang akan datang ke mahkamah Syariah untuk menuntut hak mereka bagi mendapat perintah pengistiharan mereka bukan lagi Islam kesan dari keputusan kes Lina Joy di atas. Begitu juga kes Majlis Agama Islam Negeri Sembilan lwn Nyonya Tahir. Hakim Bicara memutuskan bahawa Nyonya Tahir semasa kematiannya bukannya seorang Islam.

Kes di atas amat sesuai kerana ianya mempunyai relevan dengan kes di hadapan mahkamah ini cuma yang berbeza hanya Nyonya Tahir mati dan mayatnya dipertikaikan.

Di dalam perbicaraan yang dijalankan di hadapan mahkamah baiyinah yang ada ialah adik lelaki beliau sendiri menjelaskan hal sebenar kepada mahkamah berkaitan amalan agama Fatimah Tan buat Abdullah dan sepanjang hidup bersama di rumah itu setiap hari melihat kakaknya menyembah tokong seperti nama-nama yang disebutkan di atas dan amalan itu berterusan sehingga sekarang.

Keterangan Bayinah ini menyokong dakwaan plaintif dan menjadi amalan mahkamah Syariah menggunakan baiyinah ini sebagai satu pembuktian yang hendak diambil kira bagi membuat keputusan kes, jika mahkamah tidak menggunakan kaedah ini mahkamah tidak dapat menjalankan fungsi mahkamah iaitu memberi keadilan kepada semua pihak.

Qarinah yang ditunjukkan lampiran “D” P4 – Iaitu “gambar plaintif bersama Toh Pek Kong di dalam rumah P5 – plaintif bersama Tin Kong di kawasan luar rumah itu Kuang Yim Neo iaitu Tok Kong Buddha yang disembah setiap hari oleh plaintif.

Semasa menjawab soalan mahkamah saksi Tan Jim Khim menyatakan beliau tidak pernah melihat suami bersembahyang secara Islam bahkan suami ikut sama kakak sembahyang secara buddha di Tok Kong Kuang Yim Neo.

Antara keterangan yang lain selalu makan bab* dan menjadi amalan sejak dari kecil walau pun ketika memeluk Islam pun makan bab* juga.

Semua perkara yang dijelaskan di atas adalah gambaran yang menunjukkan plaintif tidak tahu tentang Islam dan tidak mengamalkan Islam sejak berkahwin sampai sekarang ini. Adakah wajar beliau dibiarkan begitu tanpa apa-apa tindakan yang patut diambil bagi menjelaskan Islam dan bukan Islam. Undang-undang yang digubal itu adalah jelas supaya Agama Islam itu dijelaskan supaya dapat menjamin Agama Islam itu benar dan tidak ada apa yang patut dipertikaikan.



Di dalam kitab al Fiqh al Islami wa Adillatuh - Dr Wahbah az Zuhaili juzuk 8 m.s. 6127/6128 Hukum berdasarkan qarinah itu boleh diguna pakai di dalam memutuskan kes


القضاء بالقر ائن أصل من أصول الشرع وذلك سواء فى حال وجود البينة أوالاقرار أم فى حال فقد أى دليل من دلائل الا ثبات

Bermaksud –
‘Penghakiman berdasarkan qarinah merupakan sumber Hukum Syarak sama ada ketika itu ada keterangan atau pengakuan atau dalam hal keadaan tidak ada apa-apa bukti lain.”

Di dalam perkara qarinah itu perlu ada 2 perkara –
1. Perlu ada sesuatu yang zahir yang boleh dikenali serta sesuai untuk menjadikan asa untuk berpegang di atasnya.
2. Mesti ada hubungan yang ditunjukkan di atas perkara yang zahir dan perkara yang tersembunyi.

Mahkamah harus membuat keputusan terhadap permohonan ini supaya kekeliruan dapat dielakkan. Mahkamah akan menghuraikan berkaitan murtad yang dimaksud di dalam Islam supaya dapat diambil tindakan wajar di masa hadapan supaya hal-hal berkaitan akidah ini tidak menjadi serius.

Makna riddah (murtad) pada bahasa ialah “kembali daripada sesuatu kepada yang lain.” Ia adalah sekeji-keji kekufuran dan mendapat seberat-berat hukuman.

Pada pengertian Syarak, riddah ialah “kembali daripada agama Islam kepada Kekufuran, sama ada dengan niat atau perbuatan yang menunjukkan kepada kekufuran atau dengan perkataan yang mempersendakan, kedegilan atau pun i’tiqad.”

Dengan yang demikian, orang murtad ialah orang yang kembali daripada agama Islam kepada kekufuran. Umpamanya orang yang mengingkari kewujudan tuhan Yang Maha Pencipta, menafikan para Rasul, membohongi seseorang Rasul, menghalalkan perkara yang haram secara ijma” seperti zina, liwat, minum arak dan melakukan kezaliman, atau mengharamkan perkara yang halal secara ijma’ seperti jualbeli dan nikah kahwin, atau menafikan perkara yang wajib yang telah disepakati ijma’ ulama ke atasnya, seperti ia menafikan satu rakaat daripada solat fardu lima waktu; atau mengiktikadkan wajib perkara yang tidak wajib secara ijma’, seperti tambah satu rakaat daripada solat fardu yang lima; atau wajib berpuasa sebahagian daripada bulan Syawal, atau berazam untuk menjadi kafir pada esok hari, atau berbolak balik untuk menjadi kafir.

Contoh perbuatan yang boleh menyebabkan kekafiran ialah meletakkan al Quran atau buku hadis Nabawi ke atas perkara-perkara yang kotor atau keji, sujud / menyembah kepada berhala ataupun matahari.

Para ulama’ telah menetapkan unsur-unsur penting mengenai kesalahan ini. Antaranya ialah dengan keluarnya seseorang itu daripada Islam, iaitu dengan tidak lagi berpegang atau mempercayai kebenaran yang dibawa oleh Islam. Seseorang itu boleh terkeluar daripada Islam atau menjadi murtad dengan salah satu daripada tiga cara, iaitu melalui perbuatan, pertuturan atau iktikad (kepercayaan di dalam hati)

Sebagai tambahan untuk memperjelaskan lagi keadaan ini, seseorang itu boleh menjadi murtad secara perbuatan apabila ia melakukan penyembahan kepada selain daripada Allah 1 seperti menyembah berhala ( patung ), matahari, bulan bintang dan sebagainya. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu melakukan perkara yang diharamkan oleh Islam dengan sengaja dan menganggapnya sebagai halal dengan tujuan merendah-rendahkan dan menghina segala peraturan yang dibuat oleh Islam.

Demikian juga jika ia meninggalkan perintah-perintah yang diwajibkan, di samping mengatakan perintah-perintah itu tidak diwajibkan ke atas mereka. Contohnya sebagaimana yang telah berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar as Siddiq, sebahagian daripada umat Islam ketika itu enggan membayar zakat dengan anggapan bahawa zakat tidak lagi wajib selepas wafatnya Rasulullah s.a.w.

Murtad boleh berlaku dengan penuturan perkataan yang menunjukkan kekufuran seperti mengengkari kewujudan Allah, menafikan rukun-rukun iman yang lain serta menidakkan kewajipan-kewajipan yang dikenakan ke atas seluruh umat Islam. Ini seperti mengatakan bahawa dia tidak diwajibkan solat atau mengatakan hukum-hukum Islam hanya sesuai untuk zaman dahulu, tetapi tidak lagi sesuai untuk zaman moden ini dan lain-lain kenyataan yang menunjukkan kepada merendahkan kedudukan agama Islam itu sendiri.

Melalui iktikad juga seseorang itu boleh murtad jika dia mempercayai sesuatu itu yang bertentangan dengan akidah Islam, seperti mengiktikadkan bahawa al Quran bukan wahyu, Nabi Muhammad s.a.w. bukan pesuruh Allah atau dengan mempercayai bahawa undang-undang ciptaan manusia adalah lebih baik daripada syariat Islam.

Secara ringkas, ulama’ bersepakat bahawa dua syarat bagi kesahihan murtad ini adalah berakal waras dan pilihan sendiri (sukarela).

Hukuman Bagi Orang Murtad

Ulama’ telah sepakat tentang wajibnya hukuman bunuh ke atas orang murtad berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. –

من بد ل دينه فاقتلوه

Bermaksud : “Sesiapa yang menukar ke Islamannya, bunuhlah dia”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi –yang diriwayatkan oleh Saidina Aisyah .h

أن امرأة ارتد ت يو م أحد فا مر رسول الله (ص;) أن تستتا ب فان تابت والاقتلت.

Bermaksud: seseorang perempuan telah bertindak murtad pada waktu perang Badar, Rasullah S.A.W telah menyuruh agar perempuan tersebut diminta bertaubat.Maka jika dia bertaubat dia kembali kepada Agama Islam dan jika tidak dia dibunuh.

لايحل دم امرىء مسلم الا باحدى ثلاث: الثيب الزانى, والنفس بالنفس, والتارك لدينه المفارق للجماعة.

Bermaksud: “Tidak halal darah seseorang Muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara; duda (thayyib) yang berzina, qisas nyawa dengan nyawa dan orang meninggalkan agamanya yang terpisah daripada jemaah.”

Murtad dianggap sebagai satu kesalahan besar dan dosanya tidak akan diampunkan oleh Allah, Allah berfirman didalam surah Al Baqarah ayat 217;


ومن يرتد د منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأؤلئك حبطت أعملهم فئ الدنيا والأخرة وأولئك اصحب النار هم فيها خلدون

Yang bermaksud: “ Barang siapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu ia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Di dalam Kitab Kifayatuk Akhyar dinyatakan –

فصل فى الردة ومن ارتد عن الاسلام استتيب ثلاثا. فاءن تاب والاقتل ولم يغسل ولم يصل عليه ولم يدفن فى مقابر المسلمين.

Yang bermaksud: “Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat ( diterima taubatnya dan ia kembali kepada Islam) dan jika tidak, dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam”

Seterusnya disebutkan bahawa barangsiapa yang tetap dan kekal atas kemurtadannnya, ia harus ditumpahkan darahnya, disebabkan kerana ia telah melakukan perkerjaan yang paling keji dan paling berat hukumannya, iaitu kekufuran. Apabila telah dijalankan hukuman bunuh tersebut, maka mayat si murtad itu tidak boleh dimandikan, tidak boleh disolatkan dan tidak boleh dikuburkan bersama orang-orang Islam kerana dia adalah seorang kafir, yang tidak mempunyai hak untuk dihormati.

Berdasarkan kepada huraian di atas adalah jelas bahawa riddah (murtad) itu adalah suatu kesalahan besar di sisi agama Islam dan mempunyai hukuman yang sangat berat.

Berdasarkan keadaan palintif dan qarinah-qarinah yang ditunjukkan itu amat jelas bahawa beliau tidak mengamalkan ajaran Islam sejak dari mula memeluk Islam lagi, akibat dari kekurangan inilah beliau ingin kembali kepada agama asalnya iaitu buddha. Walaupun mahkamah memandang serius hal ini, tetapi mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan memutuskan iaitu permohonan plaintif ini diluluskan.

a. Bahawa Plaintif bukan lagi orang Islam mengikut Seksyen 61(3)(b)(tak) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004
b. Majlis Agama Islam hendaklah membatalkan Sijil Memeluk Islam bilangan daftar 126/98 bertarikh 11.8.1998.



Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Pulau Pinang.

_________________
http://tamarjalis66.blogspot.com/

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=35811

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 14-05-08 17:48


Minggu lepas seorang YB Batu Gajah(DAP) menggunakan contoh Saidina Abu Bakar semasa berhujah dalam Parlimen...Terkejut juga saya...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 16:22


InsyaAllah bila Islam diperlihatkan sebagai penyelesai segala masalah maka akan lebih ramai lagi bukan Islam mengambil contoh Islam.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 18:24


:-) Assalamualaikum


Hidayah tu milik ALLAH..DIA akan bagi kepada sesiapa yang dikehendakiNYA...namun hidayah juga perlu dicari....bila baca kisah ni...saya teringat seorang sahabat saya (wanita orang asli) yang memeluk ISLAM...saya tanya beliau..Kenapa berminat dengan ISLAM dan sejak bila....beliau menjawab....beliau minat ISLAM kerana akhlak yang ada pada seorang ISLAM .....orang ISLAM lebih lemah lembut,penyayang,penyabar....dan bila beliau masuk ke kolej kami...keinginan tu makin meronta2 bila melihat kebanyakan pelajar berjemaah di surau..adanya tazkirah...saling tolong menolong dna sebagainya.....

Apa yang saya cuba nak sampaikan...cara hidup kita yang betul-betul berlandaskan ISLAM juga adalah salah satu tarikan kepada orang bukan ISLAM untuk masuk ISLAM...sebab mereka dapat lihat keindahan ISLAM itu...namun yang dukacitanya....ramai diantara orang ISLAM sekarang tidak jadikan ad-deen sebagai cara hidup...jauh menyimpang....jadi tidak mustahil bila ada dikalangan non Muslim yang berfikir...ISLAM dengan tak ISLAm sama saja.....renung2kan....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 18:57


hmm,kan saya dah cakap dulu tapi ramai yang tak percaya dan menganggap ia sebagai jenaka politik.thank you ummi sebab postkan benda ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 20-06-08 19:02


Pada 13-04-08 20:04 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Tentu anak-anak perasan betapa Allahyarham Ustaz Fadzil Noor begitu prihatin dengan memberikan kitab-kitab kepada Lim Guan Eng ketika beliau dalam tahanan. Jadi kita sekiranya ingin mencari saham akhirat berdakwahlah dengan cara apa sekalipun tidak kira bangsa dan agama ya. Kerana petunjuk hidayah itu dari Allah jua dan kerja menyampaikan pula terletak di atas bahu kita.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

subhanallah....semoga pahala allahyarham ustaz fadhil dapat terus menerus..dan semoga lim guan eng akan tukar nama umar abdul aziz ameen..dan semoga umat islam malaysia..menjadi insan yang bertaqwa..termasuk hamba yang lemah dan hina ini..
jom mlm ni kita meriah kan stadium shah alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 20:35


Pada 20-06-08 19:02 , mohd posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-04-08 20:04 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Tentu anak-anak perasan betapa Allahyarham Ustaz Fadzil Noor begitu prihatin dengan memberikan kitab-kitab kepada Lim Guan Eng ketika beliau dalam tahanan. Jadi kita sekiranya ingin mencari saham akhirat berdakwahlah dengan cara apa sekalipun tidak kira bangsa dan agama ya. Kerana petunjuk hidayah itu dari Allah jua dan kerja menyampaikan pula terletak di atas bahu kita.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

subhanallah....semoga pahala allahyarham ustaz fadhil dapat terus menerus..dan semoga lim guan eng akan tukar nama umar abdul aziz ameen..dan semoga umat islam malaysia..menjadi insan yang bertaqwa..termasuk hamba yang lemah dan hina ini..
jom mlm ni kita meriah kan stadium shah alam



kejap lagi saya pergi shah alam


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rahimkawi
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2008
Ahli No: 33674
Posting: 17
Dari: gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 21:23


terima kasih kepada ummi diatas maklumat tersebut. hidayah itu milik Allah. Allah lah yang akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki. jika kita lihat kisah Saidina Umar pun,beliau dahulunya dikenali sebagi seorang yang bengis dan menakutkan, namun setelah Allah beri hidayah padanya, dan beliau memeluk Islam, setelah itulah Islam telah berjaya disebarkan tanpa rasa takut dan bimbang lagi dengan org kafir. ini adalah disebabkan ketakutan orang kafir terhadap saidina umar. oleh yang demikian, sama-sama lah kat berdoa agar Allah membuka hati LIm GUan Eng supaya menerima Islam.mungkin dah tak lama kalau dia sendiri yang mengtakan tunggu lah ayah dia meninggal. sebab org cina memang begitu. mereka bukan tak nak terima Islam. mereka tahu Islam itu adalah agama yang benar. mereka percaya akan kekuasaan Allah, tapi hati mereka berat untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka. salah satu sebabnya adalah faktor keluarga. apa pun kita berdoa lah, semoga Lim Guan Eng mendapt Hidayah Allah. kita harus ingat dengan janji Allah, Islam pasti akan meng juga suatu hari nanti. dan itu lah tnda2 kiamat hampir tiba...sekian..wasalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahimkawiProfil   Hantar PM kepada rahimkawi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.203679 saat. Lajunya....