Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Nikmati anggur cara berbeza


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Nikmati anggur cara berbeza

Please Mendaftar To Post


Oleh Nikmati anggur cara berbeza

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-04-08 09:37


Nikmati anggur cara berbeza

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


PERNAHKAH terfikir untuk menikmati hidangan burger bersama semangkuk anggur?
Mungkin ada yang beranggapan ia tidak sesuai dan bukan satu padanan yang menyelerakan.
Namun, ia sebenarnya satu cetusan idea yang menarik bagi mengimbangkan kandungan vitamin dalam makanan.

Kajian menunjukkan setiap makanan yang kita makan perlulah diambil seiring
dengan makanan antioksida untuk mengelak tekanan akibat makanan tidak hadam.

Justeru, adalah baik untuk kesihatan sekiranya menu yang diambil seiring dengan
buah atau sayur yang mengandungi agen antioksida yang tinggi.

Agen antioksida seperti yang diketahui berupaya meneutralkan radikal bebas yang dirangsang
daripada tekanan terhadap tubuh, sama ada secara semula jadi mahupun dari luar seperti merokok dan pencemaran udara.

Antara buah yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi ialah anggur.
Berdasarkan kajian yang pernah dibentangkan di Simposium Kesihatan Manusia dan Kesan Terhadap Buah dan Sayuran
di Houston, Texas, Amerika Syarikat, baru-baru ini mendapati,
antara buah-buahan yang terkenal dengan khasiat spesifiknya tersendiri adalah anggur.
Penggunaannya dapat menghasilkan hampir dua kali ganda daripada amaun kapasiti antioksida
yang disyorkan untuk melawan kembali pengurangan penggunaan 1,000 kalori dalam makanan.

"Hasil kajian ini menunjukkan bahawa anggur adalah agen antioksida yang baik dan sesuai untuk tubuh manusia,"
ujar presiden Suruhanjaya Anggur California, Kathleen Nave.

Kreativiti masakan anggur Penasihat makanan dan minuman, Nicholas Pillai ingin
berkongsi resipi rekaannya sendiri menggunakan anggur.

Beliau yang juga penulis buku Healthy Eating-Recipes for the Asian Palate berkata,
pati anggur boleh dibuat dengan mudah.

Malah anggur yang sedikit tua juga boleh dibuat pati asal betul cara penyediaan dan simpanannya.

"Caranya ialah dengan menyediakan anggur yang kita suka, kemudian didihkan air dan gula,
campurkan buah-buah anggur tadi dan kacau untuk lebih kurang lima minit.

"Pastikan jangan didihkan ia, biarkan sejuk kemudian dikisar.
Simpan pati tersebut di dalam bekas khas yang bersih dan letak di dalam peti sejuk beku,"
katanya yang pernah menjadi chef eksekutif di sebuah hotel swasta di Kuala Lumpur.

Anak Malaysia pertama mendapat anugerah Culinary Trust dari International Association of Culinary Professional itu berkata,
anggur boleh dimakan dengan apa juga makanan kerana rasanya yang manis dan sedikit masam.

"Jadi ia tidak memualkan dan bagi yang tidak suka memakan anggur begitu sahaja,
boleh mencuba resipi yang saya reka khas ini," kata pemegang sarjana Gastronomi dari Universiti Adelaide, Australia.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 11-04-08 10:56


Nikmati anggur melalui hidung... Pasti anda semua akan rasai nikmat yang berbeza...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 09:55


hidung??? nak mati cepat boleh lah.. :-D

anggur memang favourite lah..
tapi..disebabkan anggur spesis buah untuk org yang banyak duit, (sebab selalunya mahal dan tak boleh beli selalu..hehehe)..maka tak salah, kalau kita gantikan dengan buah yang lain..

buah yang lebih jimat dr segi kos dan kuantitinya..
macam tembikai.. betik..

sebab buah bukan saja ajen antioksida.. tapi pelawas yang baik..
selain kena minum banyak air suam.. :)


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.209914 saat. Lajunya....