Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 172
Ahli: 0
Jumlah: 172




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?

Please Mendaftar To Post


Oleh Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-04-08 11:46


Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.

Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.

Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..â€, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat macam mana?â€. Dan sang guru tergumam.

Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…

Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

http://jarumemas.blogspot.com/2008/04/jika-guru-mendidik-di-sekolah-ibu-bapa.html


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-04-08 14:50


tak tau nak kata apa.. zaman sekarang ni, mak bapak lebih percaya kan anak2 dan prejudis pada guru2...


semalam, dalam berita bapak budak datang tampar cikgu... hemm.. dunia.. dunia...

#dr seorang guru..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-04-08 16:04


Pada 06-04-08 14:50 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

tak tau nak kata apa.. zaman sekarang ni, mak bapak lebih percaya kan anak2 dan prejudis pada guru2...


semalam, dalam berita bapak budak datang tampar cikgu... hemm.. dunia.. dunia...

#dr seorang guru..



Kalau lah saya yang jadi cikgu yang kena tampar tu, saya akan kata pada bapak student yang tampar tu saya tak halalkan semua ilmu yang anak dia terima dari saya walau sekecil noktah pun dari dunia sampai akhirat..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-04-08 16:24


Anak nakal dituduh guru tak reti mengajar, anak tak pandai dikata guru tak pandai mengajar.

Apakah ibu dan ayah hanya tahu 'menghasilkan' anak sahaja? Tetapi tugas mendidik diserah pada guru semata-mata?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-04-08 19:46


Pada 06-04-08 16:04 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-04-08 14:50 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

tak tau nak kata apa.. zaman sekarang ni, mak bapak lebih percaya kan anak2 dan prejudis pada guru2...


semalam, dalam berita bapak budak datang tampar cikgu... hemm.. dunia.. dunia...

#dr seorang guru..



Kalau lah saya yang jadi cikgu yang kena tampar tu, saya akan kata pada bapak student yang tampar tu saya tak halalkan semua ilmu yang anak dia terima dari saya walau sekecil noktah pun dari dunia sampai akhirat..



tapi cikgu tu bagus... walaupun dah kena tampar dengan bapak budak tu, dia tak balas, sebaliknya ajak pergi duduk bincang...

sekarang ni.. nak marah mak bapak marah balik... nak rotan kang kena rotan balik.. so bebudak bertambah2 lah kurang ajar... datang salah kan cikgu lagi pula tu, tanya apa yang cikgu ajar kat sekolah... :jangan: :jangan: :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-04-08 19:51


Pada 06-04-08 16:24 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Anak nakal dituduh guru tak reti mengajar, anak tak pandai dikata guru tak pandai mengajar.

Apakah ibu dan ayah hanya tahu 'menghasilkan' anak sahaja? Tetapi tugas mendidik diserah pada guru semata-mata?


kita lah generasi yang akan jadi ibubapa yang akan didik anak2 kembali hormat pada guru, seperti yang ibu bapa kita ajar...

huhuhu, sekali teringat... dulu..kalau kena rotan, balik senyap2 saja, tak bagitahu ayah, nanti kena rotan lagi.. :cry: :cry:

cikgu golongan yang sangat dihormati.. tapi sekarang ni mak bapak jadikan guru macam lombong untuk jadi kaya.. ye lah... anak kena rotan sikit saja, heboh nak saman juta2...

padan muka ada parent yang nak saman fitnah kata gru pukul anak dia, last2 NUTP fight, dia yang kena saman....
:-|



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-04-08 20:43


apa respon guru lain yang ada di forum ini? atau yang sudah menjadi ibu dan ayah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 07-04-08 07:04


kasihan cikgu-cikgu.
pemerintah menerapkan sistem pendidikan sekular yang hanya mengutamakan pencapaian akdemik. subjek agama hanya mengisi ruang yang sikit dalam p&p. tetapi apabila pelajar rosak akhlak, bermasalah guru-guru yang dipersalahkan. walhal pemerintah kapitalisme hari inilah yang paling bersalah.

wahai pemerintah,
laksanakanlah hukum islam secara kaffah termasuk polisi pendidikan, allahuakbar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

ellina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 11:16


dunia hari ni...hanya yang bergelar guru akan memahami tugas seorang guru..
teringat suatu masa tahun 2007 mendenda anak yang tidak ada adab ketika solat..denda berdiri saja..tapi di salah ertikan sehingga nak tukarkan anaknya sekolah..namun niat untuk mendidik kita berjanji tidak akan mendenda anaknya lagi..sudah terbalik dunia hari ini..

senyumlah...walau kita disakiti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ellinaProfil   Hantar PM kepada ellina   Pergi ke ellina's Website   Quote dan BalasQuote

ellina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 11:21


ku berfikir..dapatkah kita menjadi ibu ayah yang memahi tugas guru dalam mendidik anak didiknya...dapatkah kita menjadi seperti ibu dan ayah kita suatu masa dulu yang sangat menghormati guru..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ellinaProfil   Hantar PM kepada ellina   Pergi ke ellina's Website   Quote dan BalasQuote

Cik_Liyana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.03.2008
Ahli No: 32802
Posting: 239
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 11:26


kak anis, NUTP tu apa ye?
boleh paste kan link berita tu tak?
saya tak tahu pula pasal kes saman fitnah tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Cik_LiyanaProfil   Hantar PM kepada Cik_Liyana   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-08 11:38


NUTP, Persatuan Guru...
T stand for Teacher. Ketua nya Cikgu dari umat Cina yang stay in Negara ini... Ok saja dia ...nama apa...tak ingat saya, Asif...selalu wajahnya terbit dalam TV3 bila ada isu perguruan.

Guru better join NUTP, ada kebaikan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan Guru di negara ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-04-08 13:14


Berpengalaman mengajar anak2 org asli selama 5 bulan..tak dapat dinafikan tugas guru dizaman ini tidak lah semudah yang disangkakan..tidak sedikit bebanan yang dipikul..bukan setakat mengajar,malah yang paling susah itu adalah mendidik,memberi semangat dan contoh..sapa yang kata kerja cikgu tu senang..cubalah jadi cikgu sebulan..confirm terasa..tapi bagi mereka yang minat dan rela mendidik anak bangsa pasti tak terasa kesusahannya... :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 16:53


Assalamualaikum...

Haha, jadi cikgu ni besar tanggungjawabnya. Perlukan kesabaran dalam mendidik...macam saya sekarang pun dah terasa bahang menjadi guru. Banyak aspek yang perlu kita lihat. Dalam masa yang sama, menjadi guru bukan sahaja terhad kepada masyarakat, malah kepada ibu bapa juga perlu diberi tunjuk ajar. Zaman ibu bapa yang educated sekarang memerlukan guru juga bertindak menggunakan akal fikiran yang lebih wajar menggunakan kebijaksanaan dalam menghadapi masalh2 pelajar..

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dan tidak meletakkan semua di bahu guru.. ketahui lah guru juga manusia yang ada keluarga, ada perasaan sama seperti insan2 biasa yang lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-04-08 20:49


salam alaik..tugas guru memang amat mencabar..pengalaman SBE hari tu kat putrajaya menyebabkan hati ni berfikir banyak kali juga bagaimana nak melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin..hari tu SBE kat sekolah putrajaya..huhu..cikgu2 kat situ kata murid2 tak boleh disentuh sikit, marah sangat pun tak boleh juga..kalau tak nak buat homework pun tak boleh pksa2..so, apa saja lah yang murid2 ni dapat? macmne nak jlnkan amanah didik mereka ni? ibu bapa org besar-besar..buat apa-apa sikit kat anak2 mereka kang kena su pulak..cmane ni masa praktikum nanti..rasanya nak pilih sekolah lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 21:11


Assalamualaikum...

Sekarang tugas guru makin mencabar.. murid2 sekarang tak macam murid2 dulu.. pantang ditegur cepat tangan dia daripada guru..
rasanya guru dah guna banyak ilmu yang dipelajari di U macam falsafah, sosiologi, psikologi, pedagogi... bimbingan dan penasihatan.. tugas guru memang mencabar.. tugas guru adalah amanah.. bukan sekadar untuk epistimologi.. tetapi juga untuk aksiologi, metafizik dan rasional untuk melahirkan insan-insan kamil.. bukan melahirkan insan camel kata pensyarah ana..

buat ibu bapa, sayang anak tangan2kan... bukan untuk menyakiti tetapi untuk mendidik.. :-).

:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-04-08 21:52


dalam teori behaviorism pun ada pendekatan ganjaran dan dendaan untuk memodifikasi tingkah laku..tapi nmpaknya immposibble nak apply dendaan tu dalam situasi sekarang..huu..hncus my proposal kalau buat tajuk dendaan..huh

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 23:29


Sepatutnya ayah kepada budak yang kena tampar tu mengucapkan terima kasih kepada guru kerana cuba memperbetulkan anaknya. Ini tidak guru tu pula ditampar.

Hari ini masalah pendidikan bermula di rumah mestilah diberi keutamaan agar anak-anak yang beres dididik oleh ibu bapa tidak akan menimbulkan masalah di sekolah pula.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 06:38


dengar banyak kes2 tentang salah laku guru ni rasa berdebar pula meneruskan karier seorang guru.bukan salah guru pun , guru juga yang kena.ibu bapa sekarang ni tak dapat menerima hakikat anak mereka bersalah dan tidak mahu dilabel mereka ni tak reti nak jaga anak. tu yang respon negatif kat guru.apa-apa saja guru lakukan ,tegur budak,denda budak...datanglah segala ancaman kepada guru ..polislah,belasahlah ,rosakkan barang guru lah.ibu bapa sekarang ni tak fikir ke mereka belajar kat sekolah dulu macam mana?.siapa salah dan sapa yang betul? saya tau mereka tau sangat hal-hal macam ni tapi dek kerana pentingkn diri dan sombong..mereka menghentam guru.tidakkah mereka bersyukur sekarang ni mereka da dapat kerja elok,study tinggi? xke itu bermula dr didikan dr guru? golongan macam ni lah yang tak kenang budi...berpada-padalah nak ancam guru...tanpa guru, ilmu takkan datang sndrinya.... wahai guru, selagi ada murid yang inginkan khidmatmu...teruskan perjuanganmu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 07:11


Pergi memburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Pergi berguru ke palang ajar
Ibarat bunge kembang tak jadi...

Guru kencing bediri, murid kencing berlari

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 07:12


itulah,pelik betul tengok zaman sekarang ini.... geram pula kadang-kadang... bukan pada murid2.. tapi pada mak ayah yang 'over reaction'.... aduh!!! susah betul..... mereka ingat, zaman berubah, maka segalanya berubah?? banyak yang perlu merujuk semula ke belakang zaman.... dalam sistem pendidikan ni apatah lagi... akhlak anak2 murid ni perlu dibentuk... dan bila salah, didenda bukan bermakne dera... tapi nak tolong....

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 07:16


Ayah sekarang adalah didikan generasi dulu...
Anak sekarang adalah didikan ayah sekarang...
Ayah akan datang adalah didikan ayah dulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 07:33


betul ke ayat tu Daeng_Jati? rasanya ayat terakhir tu patut

'Ayah akan datang adalah didikan ayah sekarang' kan? Jangan marah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 07:45


ye, ayat meke tu betul, ayat teman yang salah heheheh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 08:00


pengalaman sebagai guru ganti dulu menyebabkan saya rasa tak boleh memilih bidang perguruan sebagai career, sebagai part time saja.. hehehe.. kalau ngaja kat bandar besar memang akan berhadapan dengan risiko mak ayah yang berpangkat besar dan sombong, dia meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada guru semata-mata, anak yang mak ayahnya bekerja sebagai orang besar, 'terlupa' nak tengok apa yang anak mereka belajar, apa yang anak dia buat, sampai darjah 5 pun masih tak boleh membaca, baru bertatih mengeja macam budak tadika..

bagi mereka yang ikhlas dalam mendidik, mereka akan rasa ini sebagai penghalang untuk mendidik anak bangsa, tapi ramai juga guru yang memilih guru sebagai pilihan terakhir, mengajar sekadar habiskan silibus, apa nak jadi dengan budak tu lantak lah.. bukan anak dia.. tak ada kaitan dengan dia.. yang dia tau silibus habis dan hujung bulan dapat gaji. kes macani pernah menyebabkan seorang pelajar kat tempat saya ngaja dulu hampir dimurtadkan sebab tak ada orang nak ambil tau pasal dia, seorang pelajar yang bermasalah, hingga memberi ruang kepada seoang guru cina mendekati dan mengaja dia apa itu kristian...

dalam hal ni, rasanya kita tak boleh nak salahkan mak ayah dan student semata-mata sebab banyak juga guru yang tak ikhlas dalam mendidik, bila tak ikhlas, ilmu akan menjadi seperti bola getah yang akan melantun semula bila 'dilontar' ke dalam kepala student.. maaf kalau ada yang tersinggung, ini hanya pendapat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127493 saat. Lajunya....