Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 164
Ahli: 0
Jumlah: 164




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 31 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Cuti-Cuti Luar Malaysia
Topik: Jelajah Bumi Anbia' bersama Rabbani


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cuti-Cuti Luar Malaysia
    »» Jelajah Bumi Anbia' bersama Rabbani

Please Mendaftar To Post


Oleh Jelajah Bumi Anbia' bersama Rabbani

Cik_Liyana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.03.2008
Ahli No: 32802
Posting: 239
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 09:49


Salam..

Pakcik (adik ipar mak) saya ada buka syarikal travel & tours..
Ofis nya di Klang.. Tapi dia selalu oustation bagi ceramah pasal umrah..
Saya tak berkesempatan lagi menggunakan khidmat beliau..
Tapi insyaAllah service nya ok..
Sebab pakcik saya selalu bekerjasama dengan Kumpulan Rabbani..
Baru-baru ni dia ada datang rumah saya..
Dia ada bagi pemplet mengenai Jelajah Bumi Anbia' bersama Rabbani.. (24/5/2008 - 5/6/2008)
Kalau tak silap, ada iklannya di majalah Asuh..

Jadual perjalanan:

Hari 01 : KUALA LUMPUR - BAHRAIN
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Jemaah akan menaiki kapal terbang menuju ke Bahrain untuk transit (bermalam 1 malam)

HARI 02 : BAHRAIN - DAMASCUS (DAMSYIK) ZABADANI - QOSIYUN - BAB ASSAHIR
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa DAMASCUS. Jemaah akan disambut oleh petugas di sana. Jemaah akan di bawa ke hotel. Selepas makan tengahari jemaah akan dibawa melawat ke sekitar bandar Damsyik. Tempat yang menarik seperti Muzium Kebangsaan, menziarahi makam-makam isteri & para sahabat Rasulullah SAW. Selepas itu jemaah dibawa ke hotel untuk berehat.

HARI 03 : DAMASCUS - AMMAN (JORDAN)
Selepas bersarapan bertolak ke amman mulakan lawatan ke Gua Ashrabul Kahfi, Ke Laut Mati, makam Nabi Shuib & makan tengahari. Acara bebas sebelah malam. (Program bersama Rabbani)

HARI 04 : NAWA - BOSRA - DAMASCUS - JEDDAH - MADINAH
Selepas sarapan pagi, rombongan akan berangkat ke makam Habil (anak Nabi Adam as merupakan pembunuhan pertama di dunia) di pergunungan Qosiyum, Nawa menziarahi makam imam An-Nawawi, Nabi Ayob AS, kemudian ke Kota Bosra. Melawat tinggalan sejarah kota kuno termasuklah Roman Amphiltheatre, Masjid Al-Umari & solat. Melawat Buheira Cathedral & meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Amman untuk ke berlepas ke Jeddah.

HARI 05 : JEDDAH MADINAH
Sampai di Jeddah jemaah akan dibawa ke Madinah selepas selesai segala urusan imigresen, check in hotel di Madinah.

HARI 06 : MADINAH
Selepas solat subuh, jemaah akan dibawa ziarah Masjidil Nabawi sekitar Raudhah, maqam Rasulullah secara berasingan dengan jemaah lelaki dan wanita, jemaah akan dibawa ziarah diluar iaitu melawat Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud & Maqam Syuhada, Masjid Tujuh & akhir sekali ke Pasar Kurma. Jika dibenarkan melawat kilang mencetak Al-Quran.

HARI 07 : MADINAH - MAKKAH
Selepas solat zohor, jemaah dinasihatkan mengerjakan ziarah wida' di Makam Rasulullah. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Makkah dengan menaiki bas,jemaah dikehendaki berpakaian ihram untuk berniat umrah di Bir Ali. Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel. Kemudian jemaah akan mengerjakan Tawaf & Saei dengan dipimpin oleh Mutawwif.

HARI 08 : MAKKAH
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.

HARI 09: MAKKAH
Jemaah akan dibawa ziarah luar iaitu melawat Jabal Thur, Padang Arafah & Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina (3 Jamrah) & akhir sekali ke Masjid Jaaranah. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah, boleh berniat umrah di Masjid Jaaranah. (siap sedia berpakaian ihram)

HARI 10 : MAKKAH
Jemaah akan dibawa melawat ke rumah kelahiran Rasulullah SAW, lawatan sekitar Masjidil Haram, Masjid Kuching, Masjid Jin, Masjid Sajarah (pokok) & Makam Perkuburan Ma'lah (makam Siti Khadijah).

HARI 11 : MAKKAH
Jemaah dibawa meminum susu unta dalam perjalanan ke Hudaibiyah. Jemaah akan dibawa melawat Muzium Makkah & kilang membuat kelambu kaabah (jika dizinkan).

HARI 12 : MAKKAH - JEDDAH - BAHRAIN
Jemaah melakukan tawaf wida'. Kemudian bersiap untuk berangkat ke lapangan terbang Jeddah. Jemaah akan dibawa melawat di sekitar Bandar Jeddah seperti Maqam Hawa, Masjid Terapung, Tempat Penyulingan Air, Laut Merah. Kemudian jemaah akan dibawa ke Lapangan terbang Jeddah untuk ke Bahrain.

HARI 13 : BAHRAIN - KUALA LUMPUR
Sampai di BAHRAIN, Jemaah akan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Kemudian Jemaah akan menaiki pesawat menuju ke Kuala Lumpur.

Dewasa : RM 5890
Kanak-Kanak : RM 5390

Harga Pakej Termasuk
~ tiket flight kelas ekonomi
~ cukai & insuran lapangan terbang
~ makan & minum 3x sehari (sepanjang aturcara)
~ Lawatan seperti aturcara
~ Perkhidmatan Mutawwif
~ 10 liter air zam-zam
~ 1 bag & luggage tag
~ Penginapan 3-4 org sebilik


Itu saja info yang dapat saya sumbangkan..
Maklumat lanjut boleh terus hubungi beliau..
AL-MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hj. Mokhdzar Abdullah (019-2110300)

Kalau dia tya mana dapat info, cakap ke dari Liyana jual kambing..ramai sangat liyana takut dia konpius..

sekian..Selamat Menunaikan Umrah..
thank you (^_^)^_^)


-----------------
.:: http://cemerlangtani.blogspot.com ::.
.:: Menternak/ Membekalkan kambing untuk ibadah Qurban, Aqiqah & Sembelihan


Bookmark and Share

    


  Member Information For Cik_LiyanaProfil   Hantar PM kepada Cik_Liyana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081051 saat. Lajunya....