Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 206
Ahli: 0
Jumlah: 206




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Kamariah MURTAD, Kamariah Murtad... (Pengikut Ayah Pin)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Kamariah MURTAD, Kamariah Murtad... (Pengikut Ayah Pin)

Please Mendaftar To Post


Oleh Kamariah MURTAD, Kamariah Murtad... (Pengikut Ayah Pin)

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 06:46


fd

KUALA TERENGGANU 3 Mac - Bekas ustazah yang juga pengikut ajaran sesat Ayah Pin, Kamariah Ali, 57, dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan murtad.

Hakim Syarie Mohamad Abdullah mengarahkan Kamariah menjalani hukuman tersebut berkuatkuasa hari ini di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kamariah yang memakai baju labuh berwarna hijau dan bertudung putih kelihatan bersahaja ketika hakim membacakan keputusan tersebut selepas mahkamah mendapatinya bersalah pada 17 Februari lalu.

Dalam penghakiman, Mohamad berkata, beliau membuat keputusan tersebut kerana masih ragu-ragu berhubung keinsafan Kamariah walaupun selepas diberi peluang untuk membuktikan keinsafannya dalam tempoh penangguhan hukuman dari 17 Februari hingga hari ini.

''Saya menyediakan dua versi hukuman ke atas Kamariah yang bergantung kepada keinsafan yang ditunjukkan. Bagaimanapun sehingga sekarang saya masih ragu-ragu dengan keikhlasannya dalam menunjukkan bahawa tertuduh sudah insaf.

''Ini kerana Kamariah tidak menjawab salam ketika saya masuk ke kamar bicara hari ini selain keterangan yang diberikannya sepanjang perbicaraan," katanya.

Mohamad turut berkata, ia juga bukan kesalahan pertama Kamariah berhubung tuduhan melibatkan akidah kerana tertuduh pernah disabitkan kesalahan yang sama di Mahkamah Rendah Syariah di Kelantan pada 1992.

''Keputusan yang dibuat juga melibatkan kepentingan awam dan bukan kepentingan individu. Ini merupakan perkara yang perlu dipandang sensitif dan ia menjadi lebih sensitif apabila melibatkan kaum dan agama," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad menetapkan 6 Mac ini untuk mendengar permohonan menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan berkenaan dikemukakan oleh pihak pembela yang diwakili peguam syarie Saadiah Din.

Pada 17 Februari lalu, Kamariah didapati bersalah di atas tuduhan mengaku keluar Islam di bawah Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Sepanjang perbicaraan berlangsung, pihak pendakwa yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Terengganu, Mustafar Hamzah memanggil empat saksi manakala pihak pembela menggunakan dokumen keterangan.

Sumber: Utusan Malaysia 04/03/08




----------------------------------

SEBELUM AKU BAGI KOMEN.....
AKU NAK DENGAR KOMEN HANGGGPA.....
APA KOMEN saudara/I!!!

MENGAPA MENATANG KAMARIAH YANG MURTAD NI
MASIH HIDUP!!!!

PEMBURU POKOK....


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 07:48


salam..
ana rasa hukum penjara 2 tahun saja bagi kesalahan murtad sangat tidak memadai..mengapalah mahkamah syariah ni p ikut undang-undang sekular,sedih betul...nampaknya dah banyak peluang diberikan kepada kamariah ni untuk bertaubat dan insaf tapi masih berkeadaan yang sama..selepas penjara 2 tahun,bebaslah dia dengan agama barunya dan mungkin akan mendorong orang lain untuk turut sama murtad..seeloknya kita beri dia peluang sekali lagi untuk bertaubat dan jika masih tak berubah sepatutnya dijatuhi hukuman yang lebih berat untuk pengajaran kepada sesiapa yang berniat untuk murtad..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 08:22


Hehehe.. sebab tu kita tak boleh nak agungkan orang Melayu, kita patut agungkan Islam.. orang Melayu pun ramai yang murtad.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 09:07


biasa dengar ni..

melayu itu Islam,
tapi Islam bukan melayu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-08 09:23


salam...sahabat2 yang dikasihi..

cuba sahabat2 sekalian beri pandangan, hukuman apa yang sesuai jika seorang itu murtad..sila jelaskan kepada saya yang jahil ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 09:52


bukankah halal darahnya...? :berfikir:

na'uzubillahi minzalik...
ya Allah, janganlah KAU palingkan hati kami.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-08 11:25


boleh jelaskan dengan dalil dari AlQuran dan hadis tak..

boleh tolong huraikan sekali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 12:12


murtad bukan kena bunuh ke?

memang kamariah ni kena campak dalam laut saja sesuai.2 tahun kat pjara ala..ringannya..ala2 bercuti saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

An_nas
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32921
Posting: 17
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:07


semoga dia insaf ketika dalam penjara,tapi kalau lepas 2 tahun tu tak insaf jugak.bunuh saja lah.dah diberi peluang bertaubat pun degil lagi.
semoga Allah bukakan lah pintu hatinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For An_nasProfil   Hantar PM kepada An_nas   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 13:35


kalau ikut hukum islam kena bunuh kan kalau enggan bertaubat?
tapi tu lah,hukum pakai kepala sendiri bukan rujuk pada hukum ALLAH..
semoga dia betul-betul bertaubat tapi kes lina joy pun belum selesai lagi


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-03-08 13:41


ikutkan hukum rasanya kena bunuh..kalau tak silap lah..
ada sesiapa ke yang rasa2 boleh betulkan kembalik akidah hamba allah seorang ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 04:16


LAGI???

SAPA MAHU BAGI KOMEN....
AKU BIARKAN TOPIK INI BEBERAPA HARI LAGI...
UNTUK MEMBERIKAN HANGGPA KOMEN..

SILAKAN!!!


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

aleeya_maisarah123
Warga Rasmi
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24243
Posting: 4
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 09:05



    


  Member Information For aleeya_maisarah123Profil   Hantar PM kepada aleeya_maisarah123   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110617 saat. Lajunya....