Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 265
Ahli: 0
Jumlah: 265

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: BAHANA SENTIMEN PERKAUMAN!

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» BAHANA SENTIMEN PERKAUMAN!

Please Mendaftar To Post

Oleh BAHANA SENTIMEN PERKAUMAN!

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 14-03-08 23:09

Saya dengan penat lelah ingin membuat perincian agar netters di ukhwah tidak terus terkeliru dengan pendapat netters ukhwah yang lain yang segelintirnya akan sengaja menjawab soalan secara proaktif untuk mengeruhkan keadaan.

===============Semua org tahu================== UMNO kata DAP 'parti' perkauman-satu kaum. Habis, UMNO apa pula?

Cukuplah itu wahai ahli UMNO. Komunis dah tak ada lagi, jangan terlebih lebih dalam isu kebangsaan (walaupun ada yang betul).

Sehingga ke jam 830 mlm tadi, saya berpeluh dan semakin risau.

Sudahlah negeri saya ini pun belum berMenteri Besar lagi, sekarang orang Melayu bimbang Ketuanan Melayu (kononnya akan terhakis). Saya nampak serupa sahaja. Ya lah, saya bukan anak Dato', so effect tak ada sangat. Bukan macam tu?

Saya tidak menyangkal UMNO adalah salah sebuah pertubuhan yang sudah banyak membantu orang Melayu seawal Parti Perikatan memerintah lagi.

Cuma tahun berganti tahun, pemimpin UMNO ada yang tidak pandai MENGADAPTASI perubahan masa. Ada juga yang sudah lupa diri.

Apabila bercakap tentang UMNO, jelas sudah masyarakat Melayu mula hilang kepercayaan dengan kepimpinan mereka.

Ahli UMNO yang membuat demonstrasi hari ini dan juga semua pembaca perlulah berfikiran rasional dan rileks dengan berita berita hangat sebegini dan kehangatan diskusi HAK HAK MELAYU.

Jangan sesekali takut akan penghinaan bangsa. Lebih takut jika agama dipermainkan!!

Pada pandangan saya lagi, luahan rasa tidak perlu dibuat melalui TV. Cukup sekadar berjumpa terus dengn KM baru dan hantar memorandum.

Lihat sahaja bangsa Yahudi, dikutuk dicemuh dan dilaknat seluruh dunia tetapi 'mereka' tetap teguh di bawah kerusi yang sama untuk memonopoli dunia, untuk memusnahkan Ummat Islam dengan cara halus. Kini mereka seakan sudah berjaya. (tetapi ALLAH Maha Merancang)

Dalam suasana yang agak tegang ini (jika betullah dirasa tegang) sudah menjadi tanggungjawab kita untuk bertenang.

Kita jangan TERHASUT dengan propaganda segelintir ahli UMNO itu.

================LOGIKNYA=====================

Di bawah telah saya senaraikan beberapa persoalan yang mungkin timbul diminda anda semua.

Saya turut menyediakan jawapan balas terhadap semua soalan tadi mengikut kefahaman saya.

==============SELAMAT MEMBACA=================

1. Apakah ahli UMNO atau yang cenderung kepada UMNO-parti bangsa tidak dapat menerima takdir ILLAHI, kekalahan adalah ketentuanNYA. Redho adalah sikap seorang MUKMIN.

Maaf jika bertanya, di mana letakkan 'Aqidah sebagai seorang Muslim' dalam hati setiap seorang yang 'takut' tergugatnya kedudukan bangsa tetapi bila timbul isu IFC tidak lama dulu, ahli UMNO tiada yang masuk TV untuk menentangnya!!

1.1 Kalau betul memperjuangkan bangsa, Kenapa Bahasa Melayu pun di'mansuh'kan secara halus dalam sistem pendidikan negara.

2. Apa yang UMNO ingin sangat pada waktu rakyat tengah tidak suka pada tindakan UMNO sebelum ini?

2.1 Apakah dengan hanya seminggu pemerintah baru ingin memerintah, UMNO sudah cop mereka sebagai anti-Melayu?

2.2 UMNO sahajakah yang 'berjuang' mempertahankan hak Melayu di Pulau Pinang? Bukankah wakil PAS dan PKR pun Melayu?

2.3 Persoalannya, selama diberi kepercayaan untuk memerintah lebih 20 tahun, Kenapa tidak dibuat TINDAKAN AGGRESIF untuk kepentingan Melayu?

Ahli UMNO perlu diam dan bertenang (muhasabah diri). UMNO perlu realistik dalam tindakannya kerana sesiapa yang memerintah selama lebih 20 tahun lah yang PERLU dipersalahkan sepenuhnya dengan apa yang berlaku terhadap masyarakat Melayu yang tidak diBANTU sepenuhnya dan bukannya dengan MUDAH MUDAH menyalahkan sebuah kepimpinan campuran yang hanya berusia 1 minggu.

3. Agak agak, macam mana sebuah pemerintahan yang berusia satu minggu boleh dibuktikan sebagai baik atau buruk? Macam tak masuk AKAL pun untuk seseorang menilainya?!

3. Tanah di Pulau Pinang tetap terjual dan semakin kurang sewaktu UMNO memiliki kerusi sebagai ADUN. Bukan sewaktu DAP dan PKR yang memerintah sekarang isu itu mula berlaku. Berlaku dan sudah lama berlaku.

Jika dulu tanah itu dan kampung itu penuh dengan bangsa Melayu, sekarang? Boleh kira dengan jari (tak perlu calculator) berapa kerat kaum Melayu yang memiliki kemewahan di Pulau Mutiara pun boleh nampak melalui kiraan kereta mewah di jalan raya.

4. Bagi saya, Melayu jangan cepat MELATAH. Ahli UMNO jangan sering MELATAH kerana KAUM lain pun watching TV malah mereka sekarang sedang memerhati sikap Melayu-UMNO yang ekstrim bercakap tentang Melayu dan kata katanya TIDAK pula BERLAPIK.

Saya takut, suasana ini terus dikeruhkan oleh pihak lain semata untuk kepentingan tertentu.

Baliklah kepada manifesto parti iaitu Selamat Aman dan Makmur.

Rakyat menunggu hasil perlaksanaannya.

================Yang PASTI=====================

Anda masih berkuasa di Parlimen, anda adalah kuasa majoriti. Biarkan BA cakap apa pun. Ada masih berkuasa. Kuku besi pun anda boleh, demokrasi pun juga ditangan anda.

Tolonglah, demi semua kaum, demi perpaduan dan keharmonian negara.....janganlah ada sesiapa pun menyemarakkan API kebencian bangsa.

Jika ini berlaku, padahnya bukan hanya kepada ahli UMNO tersebut tetapi turut melibatkan kita semua.

Saya mengharap, kepimpinan UMNO tertinggi perlu mengambil tindakan keras terhadap ahli UMNO yang keluar di kaca TV malam tadi. Sebaiknya gugurkan mereka dapd jawatan tertinggi di negeri tersebut-jika ada. Tolonglah.

Jika perkara negatif ini berterusan dan tidak dibendung, saya YAKIN seluruh rakyat Malaysia akan berdo'a agar ALLAHU RABBI membuka hati seluruh rakyat Malaysia untuk MENOLAK UMNO sepenuhnya tanpa memberi satu undi pun pada PRU13 nanti. insya-ALLAH.

Insaflah.....

insya-ALLAH, Maha Kuasa hanya ALLAH sahaja.

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-03-08 23:15

memang itu lah yang ku fikir...

siapa sebenarnya yang bubuh bahang perkauman ini...

UMNO lah...

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 14-03-08 23:18

Pada 14-03-08 23:15 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

memang itu lah yang ku fikir...

siapa sebenarnya yang bubuh bahang perkauman ini...

UMNO lah...

Setuju. Moga Ahli UMNO insaf dan membentuk pakatan yang baik dengan semua. Kita semua rakyat negara yang sama......Kenapa harus berpuak puak. Yang pasti, ikut Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) pasti kita semua selamat!!

ALLAH MAHA AGUNG!!

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar

posticon Posting pada: 14-03-08 23:35

kebanyakkan telah hampir menyamai apa yang telah ditelah

Posted On: 09-03-08 13:37 By: shinfay_de
In Forum: Lintas Langsung Topik: PILIHANRAYA 2008
esok isnin. mungkin akan ada directives baru akan keluo agaknya.....

mungkinkah penang akan menjadi singapura kedua?
mungkinkah sejarah 1963,1965,1969, 1987 dan 1999 berulang?
mungkinkah akan ada perubahan perjalanan pentadbiran kerajaan-kerajaan tempatan?
mungkinkah akan ada pergerakan besar-besaran(?) di bahagian perjawatan awam?
mungkinkah akan berlaku pembatalan projek-projek tertentu?
mungkinkah akan berlaku kesukaran perlaksnaan dasar?
akan berlakukah pengurangan indeks jenayah secara meluas dengan drastik?

paling pentig esok nak tengok pergerakkan arah aliran modal di pasaran....

Bookmark and Share

  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 14-03-08 23:41

bagus artikel di atas untuk difikirkan bersama.. Kepada orang UMNO cerminkan diri juga apa yang selama ini kamu telah buat ke atas bangsa Melayu.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 14-03-08 23:42

Pada 14-03-08 23:41 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

bagus artikel di atas untuk difikirkan bersama.. Kepada orang UMNO cerminkan diri juga apa yang selama ini kamu telah buat ke atas bangsa Melayu.

betul tu.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 14-03-08 23:56

bak kata pak darmala NS(seorang sasterawan NS yang pernah bertanding atas tiket DAP di Jelebu satu masa dulu - Abd Muluk Daud)

"UMNO menanamkan dalam pemikiran orang Melayu bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu..."

jadi tak heranlah Kenapa wujud sentimen perkauman yang berbahaya ni...

UMNO tak boleh terima orang Melayu undi PAS,PKR apatah lagi DAP....

:berfikir: :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 14-03-08 23:59

Pada 14-03-08 23:56 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

bak kata pak darmala NS(seorang sasterawan NS yang pernah bertanding atas tiket DAP di Jelebu satu masa dulu - Abd Muluk Daud)

"UMNO menanamkan dalam pemikiran orang Melayu bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu..."

jadi tak heranlah Kenapa wujud sentimen perkauman yang berbahaya ni...

UMNO tak boleh terima orang Melayu undi PAS,PKR apatah lagi DAP....

:berfikir: :berfikir: :berfikir:

oh begitu rupanya.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 00:02

Pada 14-03-08 23:56 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

bak kata pak darmala NS(seorang sasterawan NS yang pernah bertanding atas tiket DAP di Jelebu satu masa dulu - Abd Muluk Daud)

"UMNO menanamkan dalam pemikiran orang Melayu bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu..."

jadi tak heranlah Kenapa wujud sentimen perkauman yang berbahaya ni...

UMNO tak boleh terima orang Melayu undi PAS,PKR apatah lagi DAP....

:berfikir: :berfikir: :berfikir:

Selaku pengundi dan selaku ahli Umno ke apa ke, open minded perlu ada. Itu sebabnya saya forwardkan penulisan tersebut agar semua orang bertenang. Saya yakin tiada apa apa akan berlaku jika ahli UMNO yang keluar di kaca TV tidak mengulangi kesilapam yang sama esok atau minggu minggu akan datang.

ALLAH MAHA AGUNG, ALLAH tunjukkan apa yang kita pernah kutuk orang dulu. Saya kasihan pada semangat UMNO tetapi saya MEMANG tidak dapat menerima 'DEMONSTRASI' terbuka seperti itu.

Jika dibuat lagi, rakyat pasti akan mengundi protes lagi pada masa hadapan. Memang harapan saya, semua ahli mahupun penyokong perlu muhasabah diri.

insya-ALLAH, moga ALLAHU RABBI selamatkan negeri di bawah BA daripada pemerintahan yang DIBENCI ALLAH.

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 07:24

Selisih hubungan antara kaum kat Malaysia ni tak pernah padam sejak dulu lagi, sebab interaksi antara kaum yang baiklah yang menjadikan Malaysia aman.
Bagi bangse melayu, mereka tak kisah duduk dengan bangse lain. Tapi jangan diusik hak2 ketuanan melayu. kalau ni terusik, ibarat api disimbah minyak.
cuba tengok apa-apa kejadian perlisihan kaum kat malaysia yang melibatkan melayu ni, mesti ada sesuatu yang buat melayu marah

p/s

tapi teman keliru, Kenapa sekarang baru nak buat macam ni kat Pulo Pinang. kalau dari dulu kan bagus. adalah urang melayu bernafas kat Pulo Pinang tu...
Sekarang ni melayu yang ramei pun kat kawasan Balik Pulo...
ke... ada apa-apa agenda?

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 07:50

/

ni salah satu kenangan kita masa lalu yang menunjukkan kenangan pahit kita semua...
dan pengajaran pada kita bahawe toleransi antare kaum amatlah penting di negara ini.
dan juga pengajaran pada bangse lain, supaya menghormati bangse melayu.

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 09:05

Pada 15-03-08 07:50 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

/

ni salah satu kenangan kita masa lalu yang menunjukkan kenangan pahit kita semua...
dan pengajaran pada kita bahawe toleransi antare kaum amatlah penting di negara ini.
dan juga pengajaran pada bangse lain, supaya menghormati bangse melayu.

wah, sejarah itu... mana daengdapat ini :welcome: :welcome:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 10:13

Pada 15-03-08 07:24 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Selisih hubungan antara kaum kat Malaysia ni tak pernah padam sejak dulu lagi, sebab interaksi antara kaum yang baiklah yang menjadikan Malaysia aman.
Bagi bangse melayu, mereka tak kisah duduk dengan bangse lain. Tapi jangan diusik hak2 ketuanan melayu. kalau ni terusik, ibarat api disimbah minyak.
cuba tengok apa-apa kejadian perlisihan kaum kat malaysia yang melibatkan melayu ni, mesti ada sesuatu yang buat melayu marah

p/s

tapi teman keliru, Kenapa sekarang baru nak buat macam ni kat Pulo Pinang. kalau dari dulu kan bagus. adalah urang melayu bernafas kat Pulo Pinang tu...
Sekarang ni melayu yang ramei pun kat kawasan Balik Pulo...
ke... ada apa-apa agenda?

Samele, awok(maksud saya) pun keliru juga.

Memandangkan parti 'awok' macam gila kuasa saja sebab makin hari makin gelabah. Ishh malu lah awok macam ini.

Saya melihat, UMNO sengaja berbuat demikian. Saya bersetuju sangat dengan daengjati. Kenapa baru sekarang UMNO memukul gendang HAK KETUANAN Melayu? Tak cukup ke puluhan tahun yang diberi untuk meneraju kaum Minoriti Melayu Pulau (tak termasuk Seberang Perai dan sebagainya).

Muhasabh diri....tolonglah. Jika kamu sayangkan bangsa kamu. Kami semua ok dan terima kekalahan UMNO kepada BA. BA pun rakyat Malaysia dan ramai profesional Melayu yang mampu memerintah Negeri negeri tersebut dengan baik. insya-ALLAH.

Wallahu'alam bissowab

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 10:27

betul tu, setuju sangat... mereka ni seperti taksub dengan kemenangan dan tidak boleh menerima kekalahan...

cubalah balik refleks silap sendiri.... uhrm... memalukan....

Bookmark and Share

  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 10:47

Pada 15-03-08 07:50 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

/

ni salah satu kenangan kita masa lalu yang menunjukkan kenangan pahit kita semua...
dan pengajaran pada kita bahawe toleransi antare kaum amatlah penting di negara ini.
dan juga pengajaran pada bangse lain, supaya menghormati bangse melayu.

wow.. mana Daeng_Jati dapat? artifek muzium ke? :-)

Bookmark and Share

  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 10:49

Pada 14-03-08 23:41 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

bagus artikel di atas untuk difikirkan bersama.. Kepada orang UMNO cerminkan diri juga apa yang selama ini kamu telah buat ke atas bangsa Melayu.

setuju..

Bookmark and Share

  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 15-03-08 10:58

Pada awalnya BAGUS dengan niat berjuang untuk ORANG MELAYU dan ISLAM, tapi lama kelamaan hanya memperjuangkan PERUT SENDIRI dan SUKU SAKAT serta ANAK PINAK SENDIRI saja......

-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 11:06

Pada 15-03-08 10:58 , dmz posting:

!!! QUOTE !!!

Pada awalnya BAGUS dengan niat berjuang untuk ORANG MELAYU dan ISLAM, tapi lama kelamaan hanya memperjuangkan PERUT SENDIRI dan SUKU SAKAT serta ANAK PINAK SENDIRI saja......

Gila Kuasa adalah lumrah dalam politik tuan. Saya YAKIN SANGAT SANGAT politikus yang menggunakan ISLAM dalam kehidupannya sahaja yang mampu memperbetulkan keadaan.

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 12:21

Pada 15-03-08 10:58 , dmz posting:

!!! QUOTE !!!

Pada awalnya BAGUS dengan niat berjuang untuk ORANG MELAYU dan ISLAM, tapi lama kelamaan hanya memperjuangkan PERUT SENDIRI dan SUKU SAKAT serta ANAK PINAK SENDIRI saja......

betul tu.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 15-03-08 19:09

Pada 15-03-08 07:24 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

p/s

tapi teman keliru, Kenapa sekarang baru nak buat macam ni kat Pulo Pinang. kalau dari dulu kan bagus. adalah urang melayu bernafas kat Pulo Pinang tu...
Sekarang ni melayu yang ramei pun kat kawasan Balik Pulo...
ke... ada apa-apa agenda?

Agenda ini dah lama, kat balik pulau hanya berapa kerat saja melayu yang tinggal...bila DAP dapat PP semua bising kata DAP perkauman lah apa lah nak rampas hak org melayu lah...yang pelik masa MCA dan GERAKAN dekat PP dulu, mereka lah yang halau org melayu kat pulau tu...kerjasama BN juga membolehkan MCA dan GERAKAN bersatu menghalau org melayu dari pulau tu dengan cara membeli semua tanah2 di pulau tu dengan harga yang tinggi..kalau BN PP sayangkan org melayu..mereka tak bagi MCA dan GERAKAN beli tanah kat PP dan akhirnya menghalau org melayu dari pulau itu...yang tinggal sekarang hanya minoriti di balik pulau sahaja diduduki oleh org melayu...pupusnya org melayu di pulau itu adalah dr agenda MCA,GERAKAN dan BN..jika benar DAP nak halau org melayu terus dr pulau ini adalah kesinambungan projek MCA-GERAKAN untuk mengusir melayu keluar dr pulau itu dengan cara yang terperinci.

Oleh itu janganlah baru sekarang nak kelam kabut seolah-olah DAP itu teruk sangat..hakikatnya MCA-GERAKAN-DAP mereka bersatu saja sebenarnya...tapi org melayu?UMNO vs PAS & PKR..apa nak jadi??...fikir-fikirkan lah...

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  

posticon Posting pada: 15-03-08 19:19

memang sah dah..umno ni berjuang kerana kuasa dan bukan kerana rakyat.dengan kuasa mereka boleh buat apa saja.Kalau dah kalah tu kat negeri2 yang ditawan pembangkang, better dok diam-diam...

Bookmark and Share

  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  

posticon Posting pada: 15-03-08 22:16

umno sedang 'cucuh' api perkauman...umno kena ingat masa Hishamuddin duduk hunus keris sebagai simbolik semas aperhimpunan agung umno..tak serik lagi ke nak bagi kaum lain marah?

Macam mat rempit kalah lumbe motor saja otak pemimpin umno ni...ops..perumpamaan sahaja..

Bookmark and Share

  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-03-08 22:48

Pada 15-03-08 22:16 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

umno sedang 'cucuh' api perkauman...umno kena ingat masa Hishamuddin duduk hunus keris sebagai simbolik semas aperhimpunan agung umno..tak serik lagi ke nak bagi kaum lain marah?

Macam mat rempit kalah lumbe motor saja otak pemimpin umno ni...ops..perumpamaan sahaja..

Sungguh benarlah kini.....netters di Ukhwah ini ALHAMDULILLAH telah berada dalam KALANGAN orang yang BIJAK dan BAIK BAIK pemikirannya. ADIL dan mahu kepada kebaikan. Tahniah.

Kerana kita adalah antara ramai pelayar internet di luar sana yang SUDAH perasan dan memahami isu atau benda sensitif dan yang mana satu pula isu yang tidak sensitif dan boleh terus dibincangkan.

Moral of the story: Api kaum jangan disemarakkan. Bawalah berbincang terlebih dahulu sebelum bertindak. Memorandum kan ada. Ini juga jalan menyatakan tidak puas hati. Jauh lebih baik daripada terus demonstrasi. Berbanding dengan pembangkang, setelah berpuluh kali meMEMORANDUMkan isu....masih tidak mendapat peduli, barulah DEMONSTRASI. Bijak bukan?

Yang pentingm sama sama tanam semangat muhibah.

Tetapi terus terang saya katakan saya sangat sedih apabila ada orang yang masih tak perasan atau buat buat tak tahu untuk kepentingan siapa-hanya ALLAH yang tahu.

Mereka juga antara yang tahu cakap untuk buat itu buat ini.

Dah lah cakap kuat kuat sampai bangsa lain pun dengar!!

Tetapi satu pun tak berjalan.....ada lah yang berjalan, tetapi slow and tak tumpu! Melayu sama macam dulu juga. Yang ada kereta bukan sebagai kayu ukur Melayu sudah dibantu!

Kini, saya tetap mendo'a kan agar UMNO masih ada. Tetapi denga harapan agar ada sedikit perubahan dalam objektif asal penubuhan.

Saya menyeru agar mereka bertindak secara HIKMAH dalam menghadapi isu perkauman. Macam mana nak cakap lagi ni.....Tolonglah jangan sentuh isu kaum secara 'kuat kuat'. Slow slow tak apa lagi. Sebab dengan slow slow kita masih boleh berbincang dan duduk semeja dengan bukan Melayu. Cantik bukan?

Bagi pihak kita pula, betulkan balik 'kanser' perpaduan ini dengan menyatakan sokongan kepada semua bangsa dan juga kepada BA.
(Biar ISLAM akhirnya menjadi peneraju negara. insya-ALLAH)

Semua pihak, tak perlu mengulang isu kaum itu salah dan kaum ini salah.

Saya berminat untuk kutip tulisan Rashidin dan Daeng yang antara lain bermaksud kita semua inginkan kemanan dan keharmonian seperti mana yang kita telah capai lebih 10 tahun lalu.

PRU 12 sudah ada keputusannya, apa kata mari kita semua tumpukan kepada pembentukan masyarakat yang baru.

Kita inginkan masayarakat yang insya-ALLAH tinggal dalam keadaan aman, selamat dan terus membangun.

Cuma, membangun membangun juga, tetapi ISLAM mesti ikut serta pada kali ini. PAS perlu menjadi pengkritik dan pembuat dasar yang hebat dalam menentukan ISLAM berada di hadapan pembangunan.

Tak mahu lah hanya hidangan HIBURAN semata mata kepada kita semua seperti tahun tahun lalu yang tak kira petang atau malam.

Budak budak Melayu tahu menyanyi dan menari. Macam mana lah nak ganti pemimpin Melayu yang ada sekarang? Fikirkanlah.

Saya bermaksud untuk tidak menolak UMNO tetapi reformasi untuk memperbetulkan UMNO adalah diharap harapkan sangat. Mungkin PM boleh lakukan.

Akhir kalam, Katakan TAK MAHU (boikot) ARTIS yang mengancam dan MENODAI jiwa 'suci' anak perempuan dan anak lelaki saya dan anda semua di masa akan datang. Pakai baju, tetapi seperti telanjang. Ikutlah ISLAM kalau nak jadi artis pun!

Itu yang saya rasakan. Wallahu'alam bissowab

ALLAH MAHA AGUNG, selamatkan anak anak dan keluarga kami daripada api NERAKA-Mu Ya ALLAH..... insya-ALLAH

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

kirin84
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.04.2007
Ahli No: 29764
Posting: 37
Dari: Setapak, Kuala Lumpur

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 16-03-08 10:56

Hmm..walaupun saya sendiri adalah org melayu..dan antare yang tak bersetuju dengan pemansuhan DEB baru-baru ini di Pulau Pinang..tapi sebagai org melayu yang beragame Islam yang masih waras..sudah tiba masenye UMNO perlu muhasabah diri sendiri...dimane slpnye?what went wrong?

Anggap kekalahan di penang dan negeri2 lain sebagai satu pengajaran yang berguna bagi kamu..setelah lama duduk di atas..sekarang sudah tiba masanye kamu duduk di bawah spy kamu sedar apa salah dan slp kamu selama ini..adakah kamu selama ini membela nasib org melayu di tempat kamu?adakah kamu menunaikan tenggungjawab kamu sesama saudara seagame dan sebangse kamu?pernah kamu ambil tahu hal mereka?masalah mereka?rintihan mereka?bak kata Tun Dr Mahathir..Kalau sesat jalan..kembalilah ke pangkal jalan..kembalilah kepade perjuangan berteraskan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW yang kita pegang bersama..membakar api perkauman bukanlah care yang baik..sebaiknye UMNO sendiri perlu berubah demi masa depan anak2 melayu yang baru nak mula hidup seperti kami..:-)

saya sayang bangse saya,agame saya dan negara saya..Ya Allah..bagilah orang-orang didalam UMNO ini sedar apa yang telah mereka lakukan dan berubah kembali motif perjuangan mereka yang asal..membela agame dan bangse kami Ya allah..amin ya rabbal Alamin
:cry: :cry: :cry:

Bookmark and Share

  Member Information For kirin84Profil   Hantar PM kepada kirin84   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 16-03-08 13:38

Pada 16-03-08 10:56 , kirin84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya sayang bangse saya,agame saya dan negara saya..Ya Allah..bagilah orang-orang didalam UMNO ini sedar apa yang telah mereka lakukan dan berubah kembali motif perjuangan mereka yang asal..membela agame dan bangse kami Ya allah..amin ya rabbal Alamin
:cry: :cry: :cry:

Aiseh, nangis nya awak ya. Saya pun sedih. Cuma, ALLAHU RABBI penentu segalanya. Antara baik buruk seseorang ALLAHU RABBI tahu di masa akan datang.

Ya ALLAH, selamatkan diri penulis, pembaca dan keluarag kita semua daripada API NERAKA MU yan ALLAH. insya-ALLAH

Amien.

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 16-03-08 14:02

tak ada masalah perkauman pun..media saja besar2kan cerita.

21 NGO Islam berpuas hati penjelasan Lim Guan Eng

Oleh Bernama
Jumaat, 14 Mac 2008
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta rakyat Pulau Pinang tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan semangat muhibah antara kaum di negeri ini.
Beliau berkata tindakan golongan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan pelbagai khabar angin itu boleh menjejaskan usaha kerajaan baru mewujudkan keharmonian di negeri ini.

"Kerajaan baru ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama. Kami memang hendak mewakili semua rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri I dan II iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof Dr P.Ramasamy.

Pada pertemuan itu, Lim sekali lagi mengulangi jaminannya bahawa kerajaan gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu dan penganut agama Islam.

"Kedudukan Islam tidak dipertikaikan dan semua khabar angin tentang azan tidak boleh dilaungkan adalah tidak benar, ini pertama kali saya dengar cerita seperti ini.
"Kita mahu dengar suara rakyat jadi jika suara rakyat nak didengar maka suara azan juga nak didengar," katanya.

Pada pertemuan itu, Lim juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Mohammad Fairus mengenai kedudukan orang Melayu di Tanjung Tokong.
"Tanjong Tokong adalah kawasan penempatan Melayu pertama yang saya lawati sebelum mengangkat sumpah jawatan dan saya beritahu penduduk di sana bahawa mereka ada kawan di pejabat Ketua Menteri," katanya.

Sementara itu penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang Dr Danial Zainal Abidin yang mengetuai 21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Lim berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan penganut agama Islam di negeri ini.

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 16-03-08 18:04

Pada 16-03-08 14:02 , hafeezzul posting:

Betul apa yang awak kata, cuma orang KAMPUNG dah 'macam' hangat saja sekarang.

Apa kata, kita semua dipertanggungjawab untuk menjadi DUTA Percuma bagi menyampaikan risalah ISLAM dan juga info info 'baik' dalam politik Malaysia.

Kita al maklumlah, semua yang tinggal di kampung tak ada internet macam kita semua. Malah mereka FANATIK sangat dengan surat khabar perdana. So, kita WAJIB bagi mereka info yang HAk bukan BATIL seperti sebelum2 ini. Ok?

Alhamdulillah....ALHAMDULILLAH semuanya syukur SELAMAT!!

ALLAH MAHA BESAR; ALLAHU AKHBAR

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 16-03-08 19:25

kita imbas kembali sejarah kita...

http://pesanan-pesanan.blogspot.com/

pandai lah umno nak buat mitos konon untuk kesatuan umat melayu lah,agama Islam lah....padahal mereka sendiri yang secara terangan mencaci secara berlebihan.orang melayu memang pantang kalau Islam tercabar....itu pun bagi yang masih mempunyai secebis iman..

/

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 19-03-08 21:42

Saya ada bersembang dengan orang Cina tentang ISLAM. Mereka memahami ISLAM agama yang baik tetapi mereka tidak faham dengan konsep hudud dan murtad.

Maka sudah menjadi lumrah alam.....untuk para penggiat dakwah menjalankan kerja untuk pemahaman ISLAM.

insya-ALLAH, saya YAKIN ISLAM akan dipercayai sepenuhnya dalam beberapa tahun akan datang (Ketentuan ALLAHU RABBI juga, manatahu dalam sebulan dua pun Non Muslim percaya ISLAM kan)

Wallahu'alam bissowab

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar

posticon Posting pada: 20-03-08 15:12

Bendung esktremis wajar bermula dengan Umno
ACR | Dec 28, 07 8:30pm

Ada pepatah yang berbunyi 'siapa yang makan cili, dia akan merasa pedasnya.' Pepatah ini tepat menggambarkan reaksi Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein, terhadap pandangan Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy bahawa Umno memainkan sentimen kaum Melayu.

Seperti yang umum maklum,media tempatan merupakan 'alat suara' untuk menyebarkan pendapat tertentu kerajaan dan Umno. Maka tidak menghairankan apabila Utusan Malaysia menerbitkan pandangan seorang penulis yang, antara lain, memperingatkan Paranjothy supaya tidak bermain dengan api sebab Umno sudah cukup sabar dan bertolak ansur sekian lama.

Dia juga meneruskan karutnya dengan memberi pujian kepada Umno untuk kemewahan dan kekayaan yang dinikmati kaum bukan Melayu yang, menurutnya, lebih daripada orang Melayu dan bumiputera.

Penulis itu mengakhiri celotehnya dengan ungkapan terkemuka orang Umno, iaitu orang Melayu yang seharusnya merasa terpinggir di tanahair sendiri dan Paranjothy dan sesiapa yang sependapat denganya, bolehlah berhijrah ke negara lain.

Sebenarnya, kenyataan Paranjothy sengaja dikeluarkan dari konteksnya oleh suratkhabar dengan menyentuh hanya satu isu yang beliau kemukakan iaitu mengenai Hindraf dan kedudukan warga Malaysia berketurunan India.

Berdasarkan laporan Malaysiakini, kenyataan penuh Paranjothy menekankan cara berpolitik Umno yang sengaja memainkan sentimen orang Melayu untuk meraih sokongan politik. Tiada siapa di kalangan ahli Umno - Hishammuddin, Khairy Jamaluddin mahu pun Pak Lah - yang boleh menafikan fakta tu. Buktinya jelas terpapar di kaca televisyen rakyat jelata semasa persidangan Umno tahun 2006.

Baru-baru ini juga, Khairy menyindir bahawa pengedaran surat khabar di negara ini dikuasai kaum India dan kerana itu ucapan dasar presiden Umno tidak dapat dibaca rakyat sebab penjual surat khabar tidak berkerja pada cuti am Deepavali.

Persoalannya ialah Kenapa Umno, sebagai tulang belakang BN yang diterajui pemimpin untuk semua warga Malaysia, mengadakan persidangan tahunannya pada hari Deepavali?

Apakah hanya minggu itu sahaja diperolehi untuk persidangan tersebut? Mengapa Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengalami kesukaran memilih tarikh persidangan yang sesuai selama 22 tahun beliau menyandang jawatan Presiden Umno? Adakah Umno tidak akan tersinggung jikalau komponen parti BN yang lain mengadakan persidangan masing-masing semasa Hari Raya?

Khairy dijemput menerokai peluang menjadikan ahli Umno pengedar suratkhabar. Sekurang-kurangnya mereka akan memahami kesulitan membaling surat khabar pukul 5 pagi sambil menaiki motosikal.

Jelas sekali bahawa Umno dan BN merupakan organisasi perkauman terunggul di dunia. Amat ketara pula keadaan mengembiri parti-parti komponen BN yang nyata gagal mewakili kepentingan kaum bukan Melayu padahal BN berasaskan konsep perkauman.

Bayangkan, kelakuan naib ketua pemuda Umno menggertak Ketua Menteri Pulau Pinang? Atau perwakilan Umno meminta agar presiden MIC dipecat kerana membatalkan rumah terbuka Deepavali? Bolehkah pemuda komponen parti BN berkelakuan sedemikian kepada pemimpin Umno?

Politik perkauman sempit BN dipamerkan baru-baru ini apabila MIC dan Umno mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai Anwar Ibrahim. Umno menyebarkan khabar mengatakan beliau telah menjadi Hindu manakala MIC melemparkan tuduhan bahawa beliau tidak pernah menolong dalam isu berkaitan kaum India atau orang beragama Hindu semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lima puluh tahun memadai untuk sandiwara BN. Adalah wajar rakyat menolak parti yang mengakui gagal memenuhi objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas 30 tahun. Rakyat sudah cukup sabar dengan gaya pemerintahan BN yang bersifat perkauman. Saranan Pak Lah untuk membendung esktremis wajar dimulakan dengan Umno.

http://www.malaysiakini.com/letters/76482

-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...

Bookmark and Share

  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 21-03-08 11:18

hehehe....belajar dan terus belajar kesusahan orang yang digelar Pembangkang.

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

lading21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32849
Posting: 125

blank  

posticon Posting pada: 21-03-08 12:04

da lama tak dengar lagu ini,'UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia' huhuhu...

Bookmark and Share

  Member Information For lading21Profil   Hantar PM kepada lading21   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-03-08 09:36

Pada 21-03-08 12:04 , lading21 posting:

!!! QUOTE !!!

da lama tak dengar lagu ini,'UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia' huhuhu...

Selalu dengar lah, cuba buka laman web Umno. Boleh dengar. Kenapa pula wak kata dah lama tak dengar?

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar

posticon Posting pada: 22-03-08 11:19

assalamualaikum buat sahabat ana prof yang baik hati..
juga buat kang yang sentiasa menyayangi portal ini..
juga buat adik s/u yang baik hati..

disini ana ingin buat teguran..
jika elok pandang2lah..
jika tidak abaikan saja...

pada pandangan ana elok kiranya tutup atau kunci tajuk ini daripada dibincangkan..
bukan kerana tidak berani untuk berkata benar..
tapi untuk kebaikan portal ini..
isu perkauman adalah isu yang sensitif..
sebaiknya ianya tidak brkumandang secara terang-terangan ...
elok skdar dibincangkan scara tertutup...
harap abang-abang dan adik tidak terasa hati dengan teguran ini..
harap maaf...

p/s.. sayang juga..

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 22-03-08 11:24

Pada 14-03-08 23:18 , gezerg posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-03-08 23:15 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

memang itu lah yang ku fikir...

siapa sebenarnya yang bubuh bahang perkauman ini...

UMNO lah...

Setuju. Moga Ahli UMNO insaf dan membentuk pakatan yang baik dengan semua. Kita semua rakyat negara yang sama......Kenapa harus berpuak puak. Yang pasti, ikut Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) pasti kita semua selamat!!

ALLAH MAHA AGUNG!!

betul tu.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  

posticon Posting pada: 22-03-08 12:43

Assalamualaikum
tu lah umno ni bila dah kalah selalu mengapi2kan rakyat sampai timbul bergaduhan. sepatutnya dalam keadaan sekarang ni mereka tak boleh lah salahkan sesiapa..dah kalah terima lah saja kekalahan tu..yang nak buat isu perkauman ni Kenapa...ana tengok tak ada pun masalah tentang tu semua..

Bookmark and Share

  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 22-03-08 13:09

Pada 22-03-08 12:43 , ana_lia posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
tu lah umno ni bila dah kalah selalu mengapi2kan rakyat sampai timbul bergaduhan. sepatutnya dalam keadaan sekarang ni mereka tak boleh lah salahkan sesiapa..dah kalah terima lah saja kekalahan tu..yang nak buat isu perkauman ni Kenapa...ana tengok tak ada pun masalah tentang tu semua..

betul tu.tak nak terima kenyataan.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-03-08 15:52

Pada 22-03-08 13:09 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-03-08 12:43 , ana_lia posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
tu lah umno ni bila dah kalah selalu mengapi2kan rakyat sampai timbul bergaduhan. sepatutnya dalam keadaan sekarang ni mereka tak boleh lah salahkan sesiapa..dah kalah terima lah saja kekalahan tu..yang nak buat isu perkauman ni Kenapa...ana tengok tak ada pun masalah tentang tu semua..

betul tu.tak nak terima kenyataan.

Anda berdua patut bersyukur kerana telah dikurniakan MINDA yang bijak untuk berfikir.

ALLAHU RABBI Maha Sangat Berkuasa. Maka, pengajaran kepada UMN perlu juga diikhtibarkan oleh PAS, PKR dan juga DAP.

Bahawa dalam dunia ini ALLAHU RABBI tentukan siapa yang ingin diberiNYA kuasa. Bukan sebab hati kita suka pada parti tersebut.

Wallahu'alam bissowab

ALLAHU RABBI.....ALLAHU AKHBAR!!!!!

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.140156 saat. Lajunya....