Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 243
Ahli: 0
Jumlah: 243




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sampaikan
Topik: Raja Nazrin dikurniakan seorang putera


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» Raja Nazrin dikurniakan seorang putera

Please Mendaftar To Post


Oleh Raja Nazrin dikurniakan seorang putera

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 15:14


KUALA LUMPUR 14 Mac _ Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.

Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol. Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah.

Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat, kata beliau kepada Bernama. - Bernama


:-) :bunga: :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

fansurina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27352
Posting: 205
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 15:17


sekejap saja masa berlalu..rasa macam baru saja mereka berkahwin...rezekila katakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fansurinaProfil   Hantar PM kepada fansurina   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 15:19


alhamdulillah..

insyaAllah moga jadi anak soleh, amin :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 19:56


alhamdulillah.. tahniah!

semoga menjadi anak yang soleh dan berjihad di jlan Allah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 20:22


Merafak sembah tahniah buat YM Raja Dr Nazrin Shah dan YM Tuanku Zara Salim.. bakal pewaris Kesultanan Perak dah lahir.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 22:49


tahniah . . . . . :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 16-03-08 23:46


Assalamualaikum...Tahniah..tak sabar nak tengok gambar anak Raja Dr. Nazrin...mesti comel...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 10:26


Tahniah.. Perak bukan sahaja dapat MB baru malah dapat putera baru.

Tahniah untuk Raja Nazrin dah rakyat Perak


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 10:32


Pada 17-03-08 10:26 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Tahniah.. Perak bukan sahaja dapat MB baru malah dapat putera baru.



Petanda kehadiran bermulanya generasi pemimpin berjiwa rakyat dan cahaya kemakmuran di Negeri Perak Darul Ridzuan tercinta.

sama-sama kita doakan ia akan berkekalan.........

Ameen.......................

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:48


Alhamdulillah,

Kami sekalian rakyat jelate amat gembira dengan kehadiran Putera waris Tuanku raja Nazrin. Tersambung erat hubungan Diraja Perak dan Kedah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:54


Disini teman ingin ceritekan sedikit adat istiadat Diraja Perak bermula dari bersiram hamil hingga ke Istiadat Perkahwinan Diraja.

Lazimnya, kebanyakan daripada adat resam mengenai Istiadat Keputeraan tidak dilakukan secara besar-besaran, dan ianya cuma dirai dan disaksikan oleh kerabat-kerabat yang rapat sahaja.

Istiadat Bersiram Hamil

Puteri yang hamil akan dimandikan mengikut Istiadat Bersiram Hamil, dan air persiraman diambil dari arus di tengah-tengah tujuh kuala Sungai Perak yang diketuai oleh Raja Cik Muda dengan penuh adat istiadat. Adat dan cara mengambil air adalah sama dengan Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal (yang telah dibincangkan di bahagian Istiadat Pertabalan).

Pada zaman silam, Istiadat Bersiram Hamil dilakukan di atas Panca Persada, tetapi sekarang ianya disempurnakan di atas pentas tiga tingkat yang dibina pada bernada di hadapan puri peraduan puteri yang hamil itu. Pentas hendaklah dibaluti dengan kain putih, kuning dan hitam. Sebelum dipersiramkan, Raja Cik Muda mengetuai merenjis tepung tawar ke atas puteri itu dengan dibantu bentara-bentara perempuan. Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negeri. Istiadat bersiram hamil puteri dan suaminya dimulakan oleh Raja Perempuan dengan paluan nobat. Selepasnya, puteri dan suami berangkat masuk ke puri peraduan untuk menyalin pakaian dan meneruskan Istiadat Bersanding Hamil. Istiadat bersanding hamil ini biasanya dilaksanakan di dalam sebuah kamar khas atau di Balai Seri. Pelamin akan dibina dan bentara-bentara perempuan mengambil tempat di kiri-kanan. Nobat dipalu ketika Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat masuk dan bersemayam di kaus yang disediakan. Puteri dan suami akan dipandu masuk dan dipersemayamkan di pelamin. Paduka Seri Sultan akan mendahului kerabat-kerabat diraja yang berdekatan merenjis tepung tawar. Nobat dimainkan sepanjang istiadat ini. Setelah selesai Istiadat Merenjis Tepung Tawar, bacaan doa selamat dimurnikan oleh Mufti Kerajaan Negeri.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 15:58


Isitiadat Bertaruh Sirih

Sehari kemudian, Istiadat Bertaruh Sirih disempurnakan dengan dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Pertaruhan sirih untuk dua orang pawang dan tujuh orang bidan diketuai oleh Bidan Raja. Sembilan buah tepak sirih lengkap dengan sirih pinang disedia dan diletakkan di atas sembilan buah talam perak teratur di hadapan puteri yang hamil itu. Lalu puteri itu bertitah agar sirih yang dipertaruhkannya kepada bidan ketujuh dapat memperoleh keberkatan. Sesudah ini, dilakukan pula Istiadat Melenggang Perut. Katil tempat beradu puteri yang hamil dilintangi dengan sembilan lapis kain emas dan lapis selendang benang emas serta selapis kain warna hitam, kain warna kuning dan kain warna putih. Disediakan juga sebiji nyior berkupas licin, seekor ayam betina dan sebiji kundur diletakkan dalam sebuah talam beralas dengan kain keemasan. Puteri yang berkenaan dibantu berbaring melintang di atas kain sembilan lapis itu. Bidan Raja mengetuai istiadat ini dengan membela, melenggangkan tubuh puteri ke kanan ke kiri. Lepas itu, Bidan Raja menggolekkan nyior yang berkupas licin di atas perut puteri hingga ke hujung kaki dan biarkan bergolek sampai jatuh ke tanah dan belah dua. Mengikut kepercayaan lama, sekiranya bahagian atas nyior yang pecah itu lebih besar daripada bahagian bawah alamatnya anak dalam kandungan itu seorang putera dan jika sebaliknya maka anak itu seorang puteri. Ayam betina yang digunakan dalam istiadat ini dilenggangkan di atas perut pula dan dilepaskan terbang.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-08 15:59


Bismillahhirrahmanirrahim

erm..amboi..dapat baby boy..syoknyer.. :-)

ana : teringin anak sulung lelaki,insyaAllah..amin.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 16:00


Hari Keputeraan waris baru

Apabila tibanya masa untuk berputera, pawang-pawang hendaklah mengikat setangkai mengkuang di pintu istana dan puri peraduan puteri dengan kepercayaan menghalau hantu dan syaitan keluar daripada kawasan tempat berputera. Istiadat Berputera dikerjakan oleh Bidan Raja dengan bantuan bidan ketujuh dan bentara perempuan sahaja.

Pada zaman ini telah menjadi kebiasaan bahawa puteri berputera di hospital kerana di sana cukup lengkap dengan segala kemudahan serta dengan doktor-doktor pakar bersalin. Beberapa jam selepas bersalin, bayi dibaringkan oleh bidan ketujuh untuk mengikuti Istiadat Membelah Mulut. Dalam istiadat ini, bidan ketujuh akan menyapukan sebentuk cincin emas batu delima ke mulut bayi dari kanan ke kiri. Ini diikuti dengan manisan lebah, santan nyior, garam dan sebiji buah kurma yang telah dicicah ke dalam air zam-zam.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 16:03


Berpantang

Puteri yang baru berputera kena bergenggang dan berpantang terutamanya mengenai santapan dan gerak-geri selama empat puluh empat hari. Menurut adat, puteri dalam pantang tidak boleh berangkat meninggalkan katilnya selama tujuh hari dari tarikh berputera, dan pada hari ketujuh, puteri dibenarkan keluar dari katil serta bergerak dengan berhati-hati. Naik-turun tangga mahupun keluar dari kawasan istana atau kediamannya masih ditegah. Dahulu, semasa dalam tempoh pantang, Bidan Raja akan menungkul serta menyenai tubuh badan puteri itu.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 16:06


Istiadat Berangkat Bersiram

Setelah genap empat puluh empat hari, lepaslah puteri berpantang, maka dilangsungkan istiadat membawa puteri itu berangkat bersiram ke Sungai Perak dan istiadat bercukur serta naik buai dan memberi nama. Setelah penyiapan dibuat untuk melangsungkan Istiadat Berangkat Bersiram Ke Sungai, bayi itu dibawa oleh Bidan Raja dengan kain jong sarat. Nobat dipalu dan perarakan bermula berjalan ke sungai. Bidan ketujuh menyiram bayi itu di atas kedua biji nyoir gading. Sekiranya bayi itu seorang putera maka jala dibawa dan dikibarkan oleh bidan ketujuh, dan jika seorang puteri maka bentara perempuan akan menangguk.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 16:08


Istiadat Membuai Putera Diraja

Setelah selesai Istiadat Berangkat Bersiram, angkatan itu berarak balik ke istana. Kemudian diadakan pula Istiadat Membuaikan Putera Diraja yang juga diketuai oleh Bidan Raja dengan bantuan bidan ketujuh. Buaian dibuat daripada tujuh lapisan kain, iaitu kain hitam, kain kuning, kain putih, kain jong sarat, kain cindai, kain campa dan kain ainul-banat beldu khalifah. Selepas direnjis tepung tawar oleh Raja Cik Muda dan Bidan Raja, ketujuh bidan akan berganti-ganti mencukur rambut bayi dengan pisau dan gunting. Rambut yang telah digunting akan ditanam di bawah sebuah pokok di pekarangan istana.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143021 saat. Lajunya....