Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Perjalanan Nabi Musa ketika kembali ke Mesir


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Perjalanan Nabi Musa ketika kembali ke Mesir

Please Mendaftar To Post


Oleh Perjalanan Nabi Musa ketika kembali ke Mesir

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 08:16


KISAH AL-QURAN - SIRI 78
MAKA tatkala Musa menyelesaikan waktu yang ditentukan dan dia berangkat dengan keluarganya, dilihatnya api di lereng gunung. Ia berkata kepada keluarganya: “Tunggulah (di sini) sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa suatu berita kepadamu dari (tempat) api itu atau (membawa) sesuluh api, agar kamu dapat menghangatkan badan”. (al-Qashash: 29)

Dari Madyan, Nabi Musa membawa isterinya menuju ke Mesir iaitu negeri kelahirannya. Nabi Musa meninggalkan mertuanya yang sudah tua. Walaupun beliau bahagia bersama isterinya isterinya di Madyan, tetapi Nabi Musa mahu kembali ke tanah airnya.

Nabi Musa bersama isterinya berangkat menuju ke utara meninggalkan Madyan. Setelah berjalan menempuh padang pasir yang luas, akhirnya Nabi Musa bersama isterinya tiba di Thur Sina (Gunung Sinai). Nabi Musa bersama isterinya sesat dan berasa ragu untuk meneruskan perjalanan.

Malam telah tiba, membawa bersama ketenangan dan kedamaian dengan bintang-bintang yang gemerlapan di langit. Bertambah ragu dan bimbang Nabi Musa dengan perjalanan mereka. Tiba-tiba dari jauh Nabi Musa melihat api-api yang berkelip-kelip.

“Saya mahu ke sana. Mahu melihat api yang berkelip-kelip itu. Tinggallah kamu di sini sekejap. Saya akan segera ke sini membawa berita,” kata Nabi Musa kepada isterinya.

Nabi Musa pun berjalan menuju ke tempat itu. Nabi Musa tiba di bawah pokok zaitun yang rendang berhampiran api itu. Tiba-tiba dia terdengar satu suara.

“Wahai Musa. Aku adalah Allah Tuhanmu. Maka tanggalkanlah kedua-dua kasut di kakimu, kerana sesungguhnya engkau berada di lembah suci Thuwa. Aku memilih engkau menjadi utusan-Ku Dengan itu dengarlah baik-baik apa yang akan diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya Aku adalah Tuhan. Tidak ada Tuhan selain Aku. Dengan itu sembahlah Aku. Dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku. Sesungguhnya kiamat pasti tiba. Manusia akan menerima balasan atas segala perbuatannya. Janganlah engkau menurut kata orang yang tidak mempercayai Aku dan janganlah engkau membawa celaka kepada dirimu sendiri.”

Ular

Wahyu pertama telah sampai kepada Nabi Musa. Nabi Musa telah diangkat menjadi rasul dan sebagai utusan Allah s.w.t.

“Wahai Nabi Musa apakah di tangan kamu itu,” bunyi suara itu selanjutnya.

“Ini adalah tongkatku. Tempat untuk aku bertekan dan menggunakannya untuk menghalau kambing gembalaan,” jawab Nabi Musa.

Allah memerintahkan Nabi Musa melemparkan tongkat yang berada di tangannya itu. Tiba-tiba tongkatnya itu bertukar menjadi ular. Pada mulanya ular itu kecil tetapi lama-kelamaan ular itu menjadi besar.

Nabi Musa menjadi takut sehingga baginda lari dengan sekuat-kuatnya.

“Jangan takut wahai Musa. Sesungguhnya orang yang telah diutus tidak boleh takut. Kamu peganglah semula pasti ia akan menjadi tongkatmu”.

Nabi Musa menjadi tenang dan insaf mendengar firman Allah s.w.t. itu. Baginda bersyukur atas pemberian Allah kepadanya. Musa telah menjadi nabi dan rasul Allah s.w.t.

“Kepitlah tanganmu ke dalam ketiakmu. Nescaya tanganmu akan menjadi putih bersih yang berkilat-kilat. Apabila kamu di dalam ketakutan, pangkulah tanganmu itu. Sekarang kamu boleh berangkat bagi menghadapi Firaun dan pengikut-pengikutnya”.

Inilah kedua-dua mukjizat yang diberikan Allah s.w.t. kepada Nabi Musa. Nabi Musa berjalan pergi ke tempat isterinya lalu meneruskan perjalanan ke Mesir.


PENGAJARAN

* Seseorang itu hendaklah bersyukur dengan kelebihan yang Allah berikan kepadanya.

PERBENDAHARAAN KATA

kembali: balik, pulang

menempuh: melalui

ragu: syak atau was-was

rendang: rendah dan banyak daun serta cabangnya

INFORMASI

Di Gunung Thur Sina, di lembah Thuwa yang suci, Nabi Musa diseru supaya membuka kasutnya dan menerima wahyu Allah s.w.t. serta mukjizat daripada-Nya. Itulah wahyu pertama diterima oleh Nabi Musa sebagai tanda kenabiannya.

- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: . com.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 09:16


Pada 14-03-08 08:16 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!



“Wahai Musa. Aku adalah Allah Tuhanmu. Maka tanggalkanlah kedua-dua kasut di kakimu, kerana sesungguhnya engkau berada di lembah suci Thuwa. Aku memilih engkau menjadi utusan-Ku Dengan itu dengarlah baik-baik apa yang akan diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya Aku adalah Tuhan. Tidak ada Tuhan selain Aku. Dengan itu sembahlah Aku. Dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku. Sesungguhnya kiamat pasti tiba. Manusia akan menerima balasan atas segala perbuatannya. Janganlah engkau menurut kata orang yang tidak mempercayai Aku dan janganlah engkau membawa celaka kepada dirimu sendiri.â€




pasal disuruh menanggalkan kasut..

pernah ikut ceramah menceritakan kemuliaan nabi muhammad SAW dulu.. nabi musa disuruh menanggalkan kasut tapi masa nabi memasuki ... apa ya lupa.. baginda nak tanggalkan kasut tapi Allah larang.. itu menunjukkan kemuliaan nabi muhammad SAW

erm masuk apa..ya.. lupalah.. oh masa ikraj mikraj :berfikir:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.203714 saat. Lajunya....