Oleh |
Cara pembersihan telinga dengan betul |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 02-03-08 07:37
DOKTOR, SAYA pernah terbaca dalam artikel kenyataan sebelum ini yang menyatakan âPenggunaan putik kapas untuk mengorek telinga harus dielakkan kerana tahi telinga di bahagian luar saluran telinga boleh ditolak masuk ke bahagian dalam dan boleh mengurangkan tahap pendengaran.â Adakah ini bermakna tahi telinga (wax) boleh dibiarkan sahaja dan tidak dicuci? Sejauh mana pula tindakan ini akan memberi kesan kepada pendengaran? Bahan apa pula yang sesuai digunakan untuk mencuci telinga? Adakah alat khas untuk mengorek telinga atau larutan khas untuk mencuci wax seperti yang biasa digunakan untuk mencuci telinga haiwan peliharaan? â Hani Jawapan, Penghasilan tahi telinga adalah berlainan pada individu yang berlainan. Sebagai contoh, individu A mungkin mengeluarkan lebih banyak tahi telinga daripada individu B. Malah, seseorang juga berkemungkinan mengeluarkan lebih banyak tahi telinga pada sebelah telinga sahaja. Ini ialah kerana tahap fungsi kelenjar âcerumenâ yang terletak di bahagian luaran lubang telinga yang berbeza. Tahi telinga yang lembut dan berwarna keemasan mempunyai kelebihan dari segi membenarkan gelombang bunyi merentasinya. Ia juga dapat mengelakkan serangga daripada memasuki bahagian dalam telinga, terutamanya ke bahagian gegendang telinga. Tahi telinga lembut ini selalunya dapat keluar sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan selalunya dapat diperhatikan semasa mengesat di bahagian luar lubang telinga selepas mandi. Jika seseorang itu menggunakan putik kapas dengan kerap, kebanyakan tahi telinga ini akan dialihkan (ditolak ke dalam) berdekatan gegendang, menyebabkan ia terkumpul dan menjadi kering. Tahi telinga yang keras, kering dan semakin banyak ini akan mendatangkan kesakitan dan menghalang gelombang bunyi daripada merentasinya. Justeru, pendengaran individu berkenaan akan menjadi semakin berkurangan. Cara yang baik untuk menjaga telinga ialah dengan hanya membersih bahagian luar lubang telinga menggunakan tuala bersih setiap kali mandi dan bukan menggunakan putik kapas. Terdapat ubat-ubat tertentu yang boleh mencairkan tahi telinga, tetapi hanya patut digunakan jika disyorkan oleh doktor. Kadangkala, tahi telinga akan mengembang selepas ubat-ubat ini digunakan dan memerlukan doktor pakar menyedutnya keluar mengunakan mikroskop tanpa mencederakan gegendang telinga. -----------------
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 02-03-08 08:03
nampaknya lepas ni saya dah tak perlu beli putik kapas... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 02-03-08 14:06
bagi saya gunakan putik kapas lebih mudah, biasa lepas mandi tahi telinga akan mencair dan mudah untuk dikorek. Jika dibiarkan lama2 tahi telinga akan mengeras
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 02-03-08 15:25
tapi cik misi, ismi ada soalan... yang dinyatakan, hanya untuk luar telinga (cuping dan persekitaran lubang telinga).. kalau yang bahagian dalam telinga..? adakah nak kena tunggu kering dan jumpa dokte kemudian..?? lagi satu, adakah penggunaan sepit rambut untuk mengorek telinga macam org dedolu boleh digunapakai..??
|
greeny_muslimah91
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.12.2007 Ahli No: 31950
Posting: 25
Dari: malaysia
|
Posting pada: 02-03-08 18:07
assalamualaikum...... hmm... dulu pernah kena cuci telinga sebab ada problem sikit... wassalam
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 02-03-08 18:11
hoho - guna sepit rambut itu kena berhati-hati silap haribulan pecah gegendang. Jumpa doktor satu hal, duit lagi tu.. kalau orang macam den ini, hanya kerana nak bersihkan telinga kena jumpa doktor. entah berapa banyak duit pulak habis.. Sekali servis berapa puluh daa..
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 02-03-08 20:25
Pada 02-03-08 15:25 , ismi_atikah posting: !!! QUOTE !!! yang dinyatakan, hanya untuk luar telinga (cuping dan persekitaran lubang telinga).. kalau yang bahagian dalam telinga..?
cuba selepas mandi tu terus cik ismi kesat dengan tuala good morning ke, di outer ear site mesti kelihatan warna keemasan begitu...haa .... sebab selepas mandi tahi telinga ini akan menjadi lembut dan keluar sedikit demi sedikit.....cuba baca balik keratan akhbar di atas... !!! QUOTE !!! adakah nak kena tunggu kering dan jumpa dokte kemudian..??lagi satu, adakah penggunaan sepit rambut untuk mengorek telinga macam org dedolu boleh digunapakai..??
kena lah, elakkan guna putik kapas apatah lagi sepit-sepit rambut dan sewaktu dengannya sebab ia akan menyebabkan wax tadi tertolak ke dalam dan menjadi keras.......dah tu tak ada cara lain dah melainkan pergi klinik saja... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 02-03-08 20:27
Dedulu masa kecik pernah lah pergi jumpa doktor, sekali dua, lah ni alhamduliLlah telinga dalam keadaan baik. Masih menggunakan putik kapas.
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 02-03-08 21:17
terima kasih cik misi... tapi ismi idahla mengalami masalah seperti itu lagi.. walaupun guna juga putik kapas... yang lepas bersiram, memanglah kena lap telinga tu kan... hmmm... terima kasih pada pemberi info, cik misi dan anak_pejuang...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 09-06-08 01:56
Pada 02-03-08 21:17 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! terima kasih cik misi... tapi ismi idahla mengalami masalah seperti itu lagi.. walaupun guna juga putik kapas... yang lepas bersiram, memanglah kena lap telinga tu kan... hmmm... terima kasih pada pemberi info, cik misi dan anak_pejuang... afwancik ismi.... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 20-06-08 15:32
kadang-kadang telinge rasa bengap saja..maksudnya lepas mandi macam air bertakung saja..entah bagaimana boleh masuk konfuz juga..tapi lepas jolok rlinge dengan putik kapas baru lah benganpnye hilang..tapi kan..hari2 cuci yang dalam masih ada juga warna emas kat towel..yang luar smalam cuci esok bersih lagi...hmmm..
|