Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 240
Ahli: 0
Jumlah: 240




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Dapur
Topik: awas asid borik dalam mi kuning... boleh test tengok kalau tak percaya


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» awas asid borik dalam mi kuning... boleh test tengok kalau tak percaya

Please Mendaftar To Post


Oleh awas asid borik dalam mi kuning... boleh test tengok kalau tak percaya

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-02-08 13:40


/

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya asid borik.

Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar ‘mi darah’.

Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar menjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.

Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan asid benzoik walaupun mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.

Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kanser dan menjadi antara punca lelaki mandul.


uhuuuu..saya baca muka depan harian metro. Geli tengok mi kuning yang bertukar jadi warna darah. rasa dah serik nak makan mi kuning. Walaupun hal ni memang banyak kali dah dibangkitkan, ada sesetengah pengilang mi masih degil menggunakan asid-asid ini yang memang ternyata boleh menyebabkan KANSER.

Petang tadi abah decide untuk masak mi hailam. Mi hailam? Memang perlu guna mi kuning. Tadi baru terbaca pasal mi kuning..Tanpa buang masa, mak terus jalankan eksperimen. Bancuh air kunyit dan rendam mi kuning ke dalamnya. Tunggu 5 minit dan..taddddaaaaaa....di bawah ini adalah hasilnya ! ewwww!


/

/

Ajaib ..memang ajaib. Terus rasa mual tekak...Abah tengok, geleng kepala dan..minta adik lelaki saya beli 3 bungkus mi kuning yang lain..Sekali lagi eksperiman dijalankan..dan hasilnya sama! Nak tak nak, abah masak juga mi asid borik tu..dan jadilah ianya mi hailam. Saya tak tahu siapa yang makan, tapi..saya sudah tentu tak lalu!

Lepas ni kalau terasa nak makan mi goreng atau mi rebus atau apa-apa jenis masakan mi, saya perlu pastikan mi tersebut adalah daripada jenis mi lidi (yang keras), mi siput (yang bergulung macam siput), mi maggie ( 5 minit saja rendam) atau..spaghetti(ala-ala barat pula)...tak pun makan saja bihun :)

Kejam betul mereka ni..tak tau berapa banyak asid-asid merbahaya ni saya dah telan :( Lagi-lagi saya memang penggemar mi goreng telur mata! Adussss............



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-02-08 13:42


thank you atas info tu yerkk anis_zulaikha..
mujur lah mas tak suka makan mee kuning...
kalau makan nanti takut sakit nak buang air kecil..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 29-02-08 13:52


tukar lah pula guna spageti.. mee kunin ni banyak sangat kesnyer..
ni asid lah pula..ada setengah tu tak suka sebab kapur pula.
boleh jugak agaknya guna nak buat mee goreng.. ;)


-----------------




    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-02-08 17:00


Pada 29-02-08 13:52 , Martyr posting:

!!! QUOTE !!!

tukar lah pula guna spageti.. mee kunin ni banyak sangat kesnyer..
ni asid lah pula..ada setengah tu tak suka sebab kapur pula.
boleh jugak agaknya guna nak buat mee goreng.. ;)



ahh... anis suka kalau buat mi basah pakai mi kering macam lidi tu.... lagi sedap... :kelip: :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-02-08 21:31


baru tadi dengan kawan makan mi kuning..
kak anis Kenapa rendam dengan air kunyit baru jadi merah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-02-08 22:52


Pada 29-02-08 21:31 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

baru tadi dengan kawan makan mi kuning..
kak anis Kenapa rendam dengan air kunyit baru jadi merah?


hemm tu kena tanya org sains ni...kak anis pun musykil :berfikir: :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

nauz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2006
Ahli No: 27003
Posting: 61

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 09:23


nasib baik ana tak berapa gemar makan mee kuning ni...
alhamdulillah.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nauzProfil   Hantar PM kepada nauz   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 01-03-08 13:52


Assalamualaikum
ehem...kak anis...saya rasa semua mi pun ada kandungan yang bebukan....macam mi maggi tu kan ada wax.....sama saja bahayanya....mi lain² tu saya tak tahu lah..yang pasti...saya yakin, semuanya ada kandungan asid yang 'mengagumkan'...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 16:06


erkk.. kalau bihun...??
tak ada kan asid borik ni... :berfikir:

p/s: malu bertanya sesat jalan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116854 saat. Lajunya....