Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Kesederhanaan sistem perbicaraan Islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Kesederhanaan sistem perbicaraan Islam

Please Mendaftar To Post


Oleh Kesederhanaan sistem perbicaraan Islam

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 15:47


Assalamualaikum

PERBICARAAN secara sistem adversarial ataupun yang disebut sebagai ‘ijra’ mutanazza’ ialah kaedah yang diasaskan oleh negara British dan Amerika Syarikat. Ia kaedah perbicaraan dengan pihak-pihak yang akan menentukan isu-isu dalam pertikaian, dan bukti-bukti akan dibawa ke hadapan mahkamah. Hakim akan membuat keputusan terhadap pertikaian tersebut melalui undang-undang prosedur dan keterangan. Sistem ini lebih memudahkan hakim kerana tanggungjawab mengumpul dan menjelaskan keterangan terletak pada pihak-pihak yang bertikai. Kedudukan hakim juga lebih berkecuali. Bagaimanapun tradisi common law yang memberi keadaan yang mudah kepada hakim ini menyebabkan hakim tidak bersikap aktif dalam perbicaraan.

Manakala perbicaraan secara sistem inquisitorial dibentuk dalam undang-undang roman atau sivil dan digunakan oleh negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil seperti Perancis, Belanda dan Belgium. Indonesia sebagai negara yang pernah dijajah Belanda turut menerima pakai sistem ini. Dalam sistem ini pula, hakim akan bertindak jauh lebih aktif dan beliaulah yang akan membuat siasatan, saman dan menyoal saksi; dalam erti kata perbicaraan menurut sistem ini berada dalam bentuk penyiasatan oleh mahkamah.

Tidak sebagaimana sistem adversarial dengan saksi hanya dipanggil oleh pihak-pihak yang bertikai. Antara kebaikan sistem ini ialah, ia memberikan kelebihan kepada hakim kerana apabila hakim sendiri yang menyoal siasat orang yang kena tuduh, maka tentulah soalan-soalan yang dikemukakan merujuk kepada keperluan perbicaraan.

Sementara sistem yang diamalkan di Malaysia tertakluk di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan dua sistem untuk dilaksanakan, iaitu sistem Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah.

Bagi perbicaraan kes-kes jenayah sivil, undang-undang yang mengendalikannya ialah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan bagi kes-kes jenayah syariah ia akan merujuk kepada Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah. Malaysia masih mengamalkan sistem kehakiman yang ditinggalkan oleh Inggeris, maka perbicaraan yang dijalankan adalah dalam bentuk adversarial.

Sebaliknya dan amat menarik dalam kehakiman Islam, syariah tidak menetapkan mana-mana kerangka kehakiman tertentu untuk digunakan, tetapi menyerahkan budi bicara kepada pihak pemerintah untuk menentukan sebarang cara berhubung soal keadilan dan kesaksamaan.

Apa yang diutamakan dalam kehakiman syariah adalah mencari kebenaran dan memberi jaminan bahawa keadilan dilaksanakan pada setiap masa dalam erti kata bahawa keadilan yang dilaksanakan itu dapat dilihat.

Asas yang dibawa oleh agama Islam dalam sistem kehakimannya adalah sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dalam surah an-Nisaa’ ayat 58 dengan Allah s.w.t. menyuruh hukuman yang dilaksanakan antara manusia yang bertikai adalah adil.

Keadilan itu mungkin boleh ditemui dengan cara adversarial sebagaimana yang boleh dilihat melalui pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Sayidina Ali semasa beliau dilantik sebagai hakim di Yemen.

Baginda berpesan kepada Sayidina Ali supaya mendengar terlebih dahulu hujah-hujah kedua-dua belah pihak yang bertikai sebelum menjatuhkan sebarang hukuman atau keputusan.

Dalam perbicaraan kes zina Maiz, Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan cara inquisitorial dengan bertanya sendiri tertuduh untuk mendapatkan kepastian dengan pertanyaan, “Mungkin kamu hanya menciumnya sahaja? Atau mungkin kamu hanya memandangnya sahaja?"

Dalam dunia perundangan hari ini, sistem adversarial mahupun inquisitorial masing-masing melalui perubahan tersendiri. Perubahan tersebut antaranya ialah kedua-duanya saling menerima pakai prinsip yang digunakan. Pengubahsuaian yang dilakukan ini semata-mata untuk mencari kebenaran dan keadilan.

Demi kepentingan keadilan, sama ada sistem adversarial mahupun inquisitorial tidak lagi bersifat mutlak. Transformasi yang berlaku ini kelihatan menjadi lebih mirip kepada tradisi perundangan Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085353 saat. Lajunya....