Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kelakar
Topik: Makan Haji?!


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» Makan Haji?!

Please Mendaftar To Post


Oleh Makan Haji?!

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-02-08 11:24


Assalamualaikum

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh...

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.


Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu...


Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat..
"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...
"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat...
Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi....
" Eh anda ni Samat...kuat betul makan lah....agak-agaklaa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...)... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum ada seru... katanya lah...


Nota: Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

~ Setiap detik, kita semakin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jualah, kita semakin dekat menghampiri akhirat ~

:malu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 18-02-08 12:54


hehe berhikmah betul pendekatan tu... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 18-02-08 13:16


Salam Alaik

nice story... ada iktibar... :bunga:



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

mayang_sari
Warga Rasmi
Menyertai: 04.10.2008
Ahli No: 35234
Posting: 1
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-10-08 21:50


ini cerita ada baguss :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mayang_sariProfil   Hantar PM kepada mayang_sari   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 05-10-08 08:55


Assalamualaikum
huhu...best...berhikmah sungguh.... :lol: jangan mereka terleka terus dengan dam aji tu udah lah... :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 05-10-08 09:07


Dah pernah dengar cerita ni... 8-)


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 05-10-08 11:12


Pada 05-10-08 09:07 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Dah pernah dengar cerita ni... 8-)



so..apalagi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

jumjumatonne
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2008
Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim

Johor  


posticon Posting pada: 05-10-08 15:09


selamat hari raya pada semua...
kelakar dan bermotivasi lawak ini...
cara yang cukup berhemah untuk menegur orang lebih dewasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumjumatonneProfil   Hantar PM kepada jumjumatonne   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 13:28


yezza..
i like this story..
boleh lah sent kat kawan-kawan yang lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

atirazah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2008
Ahli No: 34224
Posting: 80

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 14:24


ingat kan apalah yang makan haji???
huhu kata orang ada di sebalik mee...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atirazahProfil   Hantar PM kepada atirazah   Quote dan BalasQuote

atirazah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2008
Ahli No: 34224
Posting: 80

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 14:33


ingat kan apalah yang makan haji???
huhu kata orang, ada udang di sebalik mee kari...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atirazahProfil   Hantar PM kepada atirazah   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 16:09


assalammualaikum

sungguh berhemah untuk menegur sesama manusia. nak terus terang taku terkecil hati... kalau macam ini... bagus lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 16:33


iye.pendekatan yang baik dan penuh hikmah.bagus..biarpun sedikit kelakar,namun bagi yang melhat dari segi kebaikan,pasti boleh namapak mesej yang nak disampaikan dalam lawak tersebut.

p/s : setiap perkara itu pasti ada msgnyer yang tersendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 16:45


betul tu..
berhemah sungguh cara nak menegur dalam keluarga ye..:lol::lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110386 saat. Lajunya....