Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 191
Ahli: 0
Jumlah: 191




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 8 Mac 2008.. selamat mengundi


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 8 Mac 2008.. selamat mengundi

Please Mendaftar To Post


Oleh 8 Mac 2008.. selamat mengundi

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 13:14


assalamualaikum
8 mac PRU ke 12.. jadi selamat mengundi kepada siapa2 yang layak.. pilihla pemimpin yang melaksanakn Islam sepenuhnya.. bukan islam hadhari.. hehe..


-----------------
~GELITA KERANA CINTA, BERDERANG KERANA KASIH~


Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 16:02


sama-sama kita keluar mengundi...... :-) :-) :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 16:08


Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bank Islam : 16018010009961 (DANA PILIHANRAYA PAS PUTRAJAYA)
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
suhaizi : 019-3101483 @ irliady : 0132537238


Lawati Laman Rasmi PAS Wilayah Persekutuan Putrajaya http://dppputrajaya.wordpress.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 14-02-08 16:09


rasanya topik ni boleh bincang d sini agaknya.. parlimen baru d bubarkan (huhu..sekadar pandangan :bunga: )



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 16:10


alamak,saya dah terlepas.kena tunggu masa lain :-( tapi saya ada lagi ke masa tu?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

nur_azzaharah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.06.2007
Ahli No: 30361
Posting: 26
Dari: Wilayah Persekutuan

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 16:18


selamat mengundi kepada yang layak mengundi..
UNDI DENGAN BIJAK... 8-)


-----------------
sayangi diri..sayangi sahabat....


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_azzaharahProfil   Hantar PM kepada nur_azzaharah   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-02-08 16:46


jom mengundi..ist time neh..macam manalah gamaknya ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

NAZLY
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15547
Posting: 52
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 16:53


Salam

tips nak memangkah semasa mengundi!!!!!!!!!!!!!

sebelum pangkah BN (dacing) kena timbang-timbangkan keputusan kita

tapi kalau nak pangkah Pas (bulan) tak perlu fikir bulat-bulat, terus saja pangkah.

Takbir!!!!

Selamat Mengundi

Bookmark and Share

    


  Member Information For NAZLYProfil   Hantar PM kepada NAZLY   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-02-08 16:58


kalau tak payah fikir bulat-bulat mana boleh..kena jugak timbang2..hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 18:03


time cuti sekolah.... nasib tak kena masa 1 Mac... sebab ada hari sukan sekolah...hehehe!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 18:43


undi lah kepada yang layak bukan kepada yang sekadar cakap kosong masa kempen,cakap perjuangan itu ini,sedangkan hakikatnya sekadar gimik dan kepntingan politik smata.... see u d PRU !

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 19:13


Pilihanraya dan kemusykilan minda muda-ABU SAIF @ www.saifulislam. com

Angin Pilihanraya Umum ke-12 semakin kuat bertiup. Mungkin sesi fotografi selepas selesai mesyuarat kabinet baru-baru ini menjadi satu lagi petanda semakin hampirnya PRU12.

Apakah ini suatu spekulasi? Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi kerana pilihanraya adalah milik kita semua dalam sebuah negara yang mentadbir dirinya dengan peraturan demokrasi. Hairan juga saya dengan saranan sesengah pihak yang menyuruh rakyat berhenti membuat spekulasi tentang tarikh PRU12. Mengapa pula begitu? Semua pihak perlu tahu tentang tarikh penting itu atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk difahami.

Parti politik yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihanraya mereka.

Rakyat juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan mereka boleh mengundi. Out station, bertugas di luar negara, melakukan pembedahan elektif, menyusun rotation kerja bagi kakitangan perubatan dan 1001 sebab lagi. Semuanya terpaksa berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh pilihanraya dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa.

Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan ini. Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi buat pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya dan proses demokrasi di negara kita.

KEMUSYKILAN 1. Aku TIDAK PEDULISMA


Kemusykilan terbesar yang menjadi ancaman ideologi paling kuno tetapi pesat berkembang iaitu pemikiran AKU TIDAK PEDULISMA yang melanda masyarakat kita, khususnya dari kalangan generasi muda.

Tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah… namakan apa sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.

Ketidak pedulian itu mungkin kerana sudah muak dengan politik negara yang tidak ke mana. Yang memerintah semakin parah, yang mahu menjadi alternatif, belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti. Anak muda bukan ada masa untuk mendengar celoteh ahli politik, baik di pentas mana sekali pun, jika celoteh itu hanya cakap kosong, retorik dan jauh dari pembaris idealisma orang-orang muda. Lantas, sama ada pemerintah atau pembangkang, gagal menjadi mesra orang muda, dan menyumbang kepada kebosanan yang tinggi di kalangan mereka ini terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan politik.

Namun, ketidak pedulian itu juga mungkin sekadar tip of the iceberg. Isunya lebih dari itu. Lebih besar dari sekadar malas untuk peduli kepada pilihanraya. Ketidak pedulian manusia terhadap persekitarannya sering berkait rapat dengan persoalan world view… cara seseorang itu memandang dan menilai kehidupannya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya. Hingga tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin (atau tidak berkahwin tetapi hidup macam orang kahwin).



Mereka ini dibahasakan oleh al-Quran sebagai “seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat adanya”. Ada telinga enggan mendengar, ada mata enggan melihat, ada akal enggan berfikir… lantas dibahasakan oleh al-Quran sebagai binatang ternak.

Jika harimau, ada jugalah megahnya dia di rimba sebagai raja. Tetapi binatang ternak… seburuk-buruk tamsilan untuk manusia yang diberi akal tetapi masih hidup dengan falsafah binatang.

Apa falsafah binatang ternak?

Anda pernah melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam? Pastinya tidak! Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini, dan itu sahaja. Malang sekali, tidak sedikit manusia hidup dengan falsafah yang sama. Malah kerana dia manusia, bukan hanya berfikir hari ini mahu makan apa, bahkan hari ini mahu makan siapa!

Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat sembelihan, bagaimana kelakuannya? Jika anda mengasah pisau, apakah lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya sibuk merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya? Pasti sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.

Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya tentang perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi, ketidak adilan dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal rumput, makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya semata-mata.

Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Apakah sikap tidak peduli, lumpuh reaksi dan hambar terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara, merupakan simptom besar kepada melatanya generasi yang hilang arah dan tujuan hidup?

Semua pihak perlu serius memikirkan hal ini. Mereka yang bertanding, yang berkempen, yang berdakwah, yang bersiasah… isu ini isu semua. Pilihanraya, demokrasi, baik pulih pemerintahan… adalah isu yang tidak punya sebarang makna bagi manusia yang hanya berfikir tentang perutnya.

KEMUSYKILAN 2

Disebabkan oleh luasnya capaian internet, pelbagai idea dengan begitu mudah bertebaran dan tersebar tanpa sempadan. Kita menyediakan masyarakat yang bebas dalam bermaklumat tetapi pendidikan dan keseluruhan struktur rakyat kita tidak menyediakan masyarakat yang bijak mengendalikan maklumat.

Idea bahawa demokrasi itu Barat, tidak Islamik, Haram, justeru penyertaan sesiapa ke dalam pilihanraya dan sistem demokrasi dianggap sebagai bertentangan dengan Islam… menjadi sebahagian daripada wacana anak muda hari ini!

Ini bukan isu baru. Ia sudah lama diperkatakan, malah sudah pun dijawab dengan hujah dan penjelasan yang bertimbun-timbun. Tetapi ia baru popular di Malaysia.

Lantas golongan Islamist (izinkan saya menggunakan istilah ini) bercakaran sesama sendiri. Ketika golongan yang sedar dan celik politik itu kecil jumlahnya berbanding penganut AKU TIDAK PEDULISMA, golongan sedar ini pula tenggelam dalam diskusi yang entah di mana hujung pangkalnya. Apatah lagi wacana tentang hal ini dibahaskan dengan penuh emosi, dan meminjam teladan sejarah secara membuta tuli lagi tepu dengan elemen romanticism yang tidak rasional, lantas semua orang menjadi self proclaimed scholars mencampuri diskusi ini bahawa demi Islam, jangan terlibat dalam demokrasi dan pilihanraya, apatah lagi untuk mengundi calon Islamist.

Apakah cara golongan ini bernegara? Ceritanya panjang, namun pastinya kegagalan generasi muda menyelesaikan isu ini akan sedikit sebanyak melengahkan mereka daripada bertindak betul dan terus melayan siang serta malam dengan teori atas angin yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

KEMUSYKILAN 3

Selain persoalan demokrasi dan pilihanraya, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan pembangkang sebagai khawarij, mengkritik dan mempertikaikan pemerintah secara terbuka adalah suatu dosa, dan hadith-hadith yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris lalu menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal oleh anak muda yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah.

Hadith larangan menentang pemerintah selagi mana solat ditegakkan dan yang seumpama dengannya ditabur bagai butir beras kepada ayam-ayam kais ilmu pagi dan petang hingga gagal dikonsepkan dengan betul. Hadith yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.

Semuanya jadi sebegitu mudah, dan proses pembelajaran berstruktur lagi berintegrasi di antara pelbagai disiplin keilmuan Islam, tidak lagi dianggap perlu. Hanya dengan membaca artikel, berforum, mendengar rakaman kuliah, golongan muda ini sudah menganggap diri mereka bersedia untuk mencabut skru tanpa sedar akan upaya diri untuk memasangnya semula dengan betul.

Apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu.

Besar manakah pendukung fahaman seperti ini?

Mungkin penonton Anugerah Juara Lagu lebih ramai, tetapi kuasa internet menjadikan pemikiran seorang pun, boleh menggoncang ribuan yang membacanya, lalu memberi bekas kepada proses demokrasi dan pilihanraya, khususnya kepada golongan muda.

Ia adalah contoh kesan structured knowledge yang dibentangkan sebagai bilah-bilah dialog artikel tanpa asas, atau forum yang sering terbabas.

Mungkin idea pembangkang Islamist dilabel Khawarij itu boleh dimanipulasi untuk melemahkan pembangkang dan menguntungkan pihak yang ingin menang, tetapi saya melihatnya lebih kepada gangguan sistem yang merugikan semua pihak tanpa ada sesiapa yang untung di perjalanan jangka masa panjang.

KEMUSYKILAN 4

Beberapa insiden, kesilapan dan kesalahan yang berlaku di pihak pembangkang, sama ada di dalam urusan parti mahu pun ketika mentadbir negeri, mungkin menimbulkan rasa kecewa sesetengah kita. Kekecewaan itu bukan semuanya tidak berasas atau sekadar mainan perasaan. Bagi mereka yang membaca kritikan setajam kritikan Olivier Roy di dalam bukunya The Failure of Political Islam, ia mungkin menimbulkan rasa sesak dada kerana golongan seperti ini tersepit di antara kepincangan pemerintah yang ada, dengan pembangkang yang gagal.

Kekecewaan itu juga mungkin datang dari kesempitan definisi mereka terhadap kemenangan. Mereka mengukur kemenangan dan kekalahan hanya kepada soal mendapat kerusi dan bilangan undi. Lantas mereka menghitung belasan kekalahan pembangkang dan golongan Islamist di dalam sejarah pilihanraya negara kita.

Sedangkan mereka lupa kepada perubahan yang telah berlaku kepada masyarakat. Jika perlaksanaan Syariah masih belum berlaku dan ia dianggap kegagalan, bagaimana pula dengan tahap kefahaman masyarakat kita tentang Islam sebagai suatu cara hidup 20 tahun yang lalu, berbanding hari ini? Jika 20 tahun yang lalu, sebutan tentang hukum hudud diwacanakan secara jahil, hina dan biadab oleh masyarakat kita, apakah masih kedengaran intonasi yang sama pada tahun 2008?

Bagi ahli politik dan muslim yang berminda faqih, hakim dan qadhi… seorang yang dahulunya minum 10 gelas arak tetapi kini berkurang kepada 7, tetap dianggap sebagai peminum arak. Namun jika kita melihat pengurangan 10 kepada 7 dari perspektif seorang daie, seorang pendidik dan aktivis masyarakat, ia adalah suatu pencapaian, suatu perkembangan yang positif.

Golongan Islamist mungkin boleh terus menangis atas kekalahan demi kekalahan pada bilangan kerusi dan jatuh naik hitungan undi. Tetapi di sana ada 100 kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai di sepanjang jalan dan pengalaman yang ada. Mata politik mungkin selalu kecewa, tetapi mata pendidikan sering menyinarkan harapan.

Maka golongan yang kecewa dengan pencapaian Islamist dan pembangkang secara umumnya, janganlah menterjemahkan kekecewaan itu sebagai bonggol-bonggol jalanan yang menyulitkan perjalanan masyarakat. Sebaliknya gunakan kekecewaan itu sebagai suluhan untuk mengenal pasti kelemahan yang ada lantas seterusnya mengemukakan penyelesaian secara bijaksana. Jiwa mengemukakan penyelesaian harus sebesar jiwa menimbulkan persoalan.

MUHASABAH

Sesungguhnya kemusykilan di atas adalah sebahagian daripada apa yang sempat saya fikirkan buat masa ini. Ia mendesak saya untuk semakin percaya bahawa proses demokrasi di sesebuah negara hanya mampu berkembang sihat jika semangat berpolitik seiring dengan semangat mendidik dan memahamkan masyarakat tentang tanggungjawab dan hak mereka. Bukannya memanipulasikan sifat naive masyarakat yang undinya diubah-ubah dengan baja tahi kelawar, kain pelekat dan surah yasin dengan bookmark RM50.

Jangan gadai negara dengan jual beli undi anda… sekurang-kurangnya itu pesan Tun M, mantan Perdana Menteri Malaysia selepas beliau turun dari pesada.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com
56000 Kuala Lumpur

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 19:19


buatlah pilihan yang tepat...
nilailah dengan sebaik-baiknya...
sesungguhnya apa yang kita tentukan hari ini akan dipertanggungjawabkan di 'sana ' nanti...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

nur_azzaharah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.06.2007
Ahli No: 30361
Posting: 26
Dari: Wilayah Persekutuan

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 07:18


Pada 14-02-08 19:19 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

buatlah pilihan yang tepat...
nilailah dengan sebaik-baiknya...
sesungguhnya apa yang kita tentukan hari ini akan dipertanggungjawabkan di 'sana ' nanti...:-)


betul tu..sepatutnya ana layak mengundi tahun ni untuk pertama kali tapi kalau nak undi, kena balik kampung..kampung pula terlalu jauh..tak sempat nak tukar pusat mengundi..nak undi pos, tak yakin..takut pangkah lain, sampai kat sana jadi lain..apapun, semoga parti yang bertanding di kawasan ana akan menang.INSYAALLAH..

Takbir!!!!!!!!!.


-----------------
sayangi diri..sayangi sahabat....


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_azzaharahProfil   Hantar PM kepada nur_azzaharah   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 08:33


assalammualaikum.

sahabat perasan tak kalau dalam perundangan untuk pilihan raya, parlimen perlu dibubarkan selama tiga bulan sebelum tarikh pengundian tapi sejarah hanya tinggal sejarah...

ana tak sabar nak mengundi. tak smepat pula tahun ni

selamat mengundi dan pilihlah yang terbaik. jangan tersalah pilih sehingga pilihan kita menjerumuskan kita juga ke lembah hina kerana mengundi untuk parti yang memalsukan islam.

Allahuakhbar

waallahua'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 09:32


Laman Web
============
http://wtv8. tv/v3/ --- Saluran Alternatif (Video dll)
http://tranungkite. wordpress. com/ --- Berita tko.tv
http://www.pru12. pas.org.my/ --- Laman Rasmi p/Raya
http://negara- kebajikan. blogspot. com/ --- Manifesto Negara Berkebajikan
http://isu-kebajika dan.blogspot. com/ --- Isu Negara Kebajikan
http://agenda- kebajikan. blogspot. com/ --- Agenda Negara Kebajikan
http://agendapemuda .wordpress. com/ --- Agenda Pemuda
http://pilihanraya2 008.wordpress. com/ --- DPPWP
http://n17gombakset ia.wordpress. com/ --- N17 Gombak
http://bettermalays ia.com/ --- Better Malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-02-08 14:40


assalamualaikum, apakah hukum Mengundi. ana ajukan soalan tersebut kepada sahabat lulusan Morroco bidang Bahasa Arab, kira Ustaz...
dia kata "Hukum mengundi adalah fardhu kifayah..."
apa pendapat akhi semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 15:12


alhamdulillah...datang pun akhirnya masa yang ditunggu..so jalankan lah amanah dan tugas kita sebagai pengundi..dan undilah dengan bijak..satu undi ammpu merubah segala2 nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-02-08 15:13


assalamualaikum
pilih pemimpin Muttaqiin saja...

Kepimpinan

Pemimpin atau pembesar yang menipu

Sahih Muslim jilid 4 no:1797

Dari al Hasan RadhiaLlahu anhu katanya :”Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma’qil bin yasar Al Muzani ketika dia sakit hamper meninggal. Kata Ma’qil kepada Ubaidullah “Aku hendak menyampaikan kepadamu sebuah hadis yang kudengar sendiri dari Rasulullah Sallallahu alaihi waSallam, yang kalau aku yakin bahawa usia ku akan panjang, hadis ini belum akan kusampaikan kepadamu. Aku mendengar Rasulullah Sallahu alaihi wa Sallam bersabda “Tidak ada seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian dia mati sedangkan pada hari kematiannya dia masih menipu rakyatnya, niscaya Allah mengharamkan jannah baginya”


Ayat 28 Surah Ali Imran

Janganlah orang mu’min mengambil orang kafir menjadi wali*** dengan meninggalkan insan mu’min. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana siasah memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya) Dan hanya kepada Allah kembali(mu).


***Wali ditafsirkan sebagai pemimpin, penolong.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 15:50


eei..makin banyak tengok tv dan baca paper nasional (terutama utusan), makin sakit hati saja.. sedap betul mereka condemn islam..tkpe2.. Allah sentiasa bersama org yang sabar.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 18:43


selamat mengundi.... pastikan anda semua pangkah PAS... jika anda semua sayang Islam...insyaAllah.. Allah bersama pada pihak kebenaran....

membangun bersama islam....
takbir!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

khairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 920
Posting: 147
Dari: ::selatan semenanjung::

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 21:12


hakikat yang jelas, telah banyak penyelewangan dilakukan oleh para pemimpin BN, tapi masih ramai yang butakan mata....
bersama2lah kita buka mata, buka hati dan buka minda....lihat adakah pembangunan duniawi semata yang kita kejar???apakah slogan MALAYSIA NEGARA ISLAM akan terus menjadi slogan semata-mata??gunakanlah peluang yang kita ada untuk memberi pembaharuan...sesungguhanya tiada perubahan yang boleh dilihat sebagai buruk selagi belum dilaksanakan. adakah kita mahu terus dijajah minda dengan pemikiran kolot yang mahukan mereka terus berkuasa???sejarah & dunia telah menunjukkan pertukaran parti pemerintah tidak pernah menjadikan sesebuah negara itu kucar kacir seperti didakwa oleh media kawalan BN... maka mari kita menjadi sebahagian dari yang melakukan perubahan dan PRU kali ini menjadi medan untuk kita melaksanakannya...


-----------------
when successes turn a person's head, he is actually facing the failure.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairiProfil   Hantar PM kepada khairi   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-08 09:02


Assalamualaikum,

Diminta semua pendakwah atau sesiapa sahaja mesti kempen solat istikharah sebelum mengundi. Badan2 dakwah seperti JIM, ABIM dan persatuan2 islam sepatutnya menggalakkan semua rakyat untuk beristikharah kepada Allah sebelum mengundi.

Jangan jadikan nafsu atau pembangunan kebendaan sebagai perkara utama. Kalau nafsu diutamakan dalam pemilihan sudah tentu dosa yang ditagih!!!. Oleh itu yang paling utama ialah mengatas namakan agama!!! Siapa yang kita anggap layak untuk menjalankan Islam di atas muka bumi Malaysia atau tempat2 tertentu.

Tolong pakat kempen keluarga solat istikharah!! ! Yakinlah Allah akan beri pilihan dan panduan yang terbaik untuk diri kita!!! wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

niairza
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2008
Ahli No: 32656
Posting: 14
Dari: Kuala Kubu Bharu

malaysia  


posticon Posting pada: 20-02-08 14:13


tak serik2 lagi ke dengan BN

Bookmark and Share

    


  Member Information For niairzaProfil   Hantar PM kepada niairza   Quote dan BalasQuote

insanie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2005
Ahli No: 19223
Posting: 99
Dari: kUANTAN, PAHANG

Pahang  


posticon Posting pada: 20-02-08 14:35


Pada 14-02-08 16:46 , lobam_shibin posting:

!!! QUOTE !!!

jom mengundi..ist time neh..macam manalah gamaknya ye..


Assalamualaikum
same lah.. kita pun ist time juga.. xcited pun ada..
sama-sama lah kita keluar mngundi :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For insanieProfil   Hantar PM kepada insanie   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 09:03


Ulasan UZAR

Dalam kereta tadi sekitar jam 12 tengah hari, berita IKIM diberitakan bahawa YAB Perdana Menteri menafikan pembubaran parlimen akan dibuat hari ini dan juga menafikan mesyuarat kabinet hari ini adalah yang terakhir.

Sejam sesudah itu, dalam berita televisyen. Isteri saya menghubungi memaklumkan bahawa parlimen telah dibubarkan hari ini.

Nasihat buat semua rakan-rakan pengundi yang telah berdaftar. Jalankan tanggjung jawab mengundi dengan amanah, dan ingatkan diri bahawa Allah swt sedang melihat siapa yang kita sokong dan pandangan Allah swt lebih utama dari pandangan manusia.

Sebagai pengundi, JAUHILAH SEBARANG JENIS RASUAH POLITIK DARI MANA-MANA PARTI POLITIK JUA, JANGAN KERANA BEBERAPA RATUS RINGGIT ATAU BEBERAPA KAMPIT BERAS, BASIKAL DAN SEBAGAINYA.. MENYEBABKAN KITA TERHUMBAN DI DALAM API NERAKA BERTRILLION TAHUN DUNIA. DIAZAB DI BARZAKAH DENGAN AZAB YANG PEDIH. Maintainkan iman di musim pilihanraya ...

Sebagai ingatan semula disertakan satu artikel saya yang disiarkan beberapa tahun lepas, maaf saya tidak sempat mengeditnya.

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA
1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu" (Riwayat Muslim)
Begitu juga dengan hadith :

Mafhum : "Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, ...disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya"
Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.
Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

Mafhum : "Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum."
Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia. Aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu"

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : " Urusan aku adalah menuruti urusan kamu"
Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi'ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :
ÇáÓáÇã Úáìßã ÃìåÇ ÇáÃÌ-Ñ
Mafhum : "Asallamualaikum wahai org gaji"

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.
Sabda Nabi SAW :

Mafhum : "Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sebuah hadith lagi menyebut

Ertinya : "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka"
Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.
Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit . Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru . serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati'e.
Firman Allah SWT :

Mafhum : "Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan..." ( Al-An'am :116)
Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat' tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ' atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat'.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu sama ada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi sama ada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam sama ada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya sama ada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian- pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur:

Mafhum : "Sesungguhnya aku hanya dilantik dr kalangan kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW :

Mafhum : "Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim"
Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa'id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Ulama lain juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat.

Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah, Imam al-Qurtubi , Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) , Imam as-Syawkani (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi.
Manakala Abu Yu'lah al-Farra al-hanbali menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu'tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq.

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, "Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan mengangkat senjata bukan pilihanraya dan undi) adalah haram dengan Ijma' al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :" Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya. ?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: " Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: "yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar" (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : "As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber'syura' bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB"
Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

Mafhum : Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah' (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela.

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam. Wallahu a'lam.


sekian
www.zaharuddin. net
13 Feb 08
1.20 petang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

risya_liyana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21575
Posting: 52
Dari: utara

malaysia  


posticon Posting pada: 21-02-08 10:08


belum cukup umur lagi...bagi yang dah layak mengundi, watlah keputusan yang paling baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For risya_liyanaProfil   Hantar PM kepada risya_liyana   Quote dan BalasQuote

Administrator




posticon Posting pada: 21-02-08 10:33


Cukup. Sudah terlalu banyak topik pilihanraya. Tolong jangan buka topik baru. Teruiskan topik yang ada

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13877 saat. Lajunya....