Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Lebih 60 pelajar kolej swasta dakwa ditipu


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Lebih 60 pelajar kolej swasta dakwa ditipu

Please Mendaftar To Post


Oleh Lebih 60 pelajar kolej swasta dakwa ditipu

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 21:18


SEREMBAN 12 Feb. - Kira-kira 60 pelajar membuat laporan polis terhadap pengurusan kolej swasta yang menutup operasi secara mendadak, mengakibatkan pengajian mereka terbantut.

Lebih mendukacitakan kebanyakan pelajar itu telah pun membayar yuran sebanyak RM4,000 seorang kepada kolej berkenaan, manakala baki bayaran untuk jurusan yang diambil antara RM10,000 hingga RM16,800 pula dijelaskan melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN).

Seorang pelajar, Devi Iswaran, 20, berkata, pihak pengurusan kolej berkenaan mengeluarkan notis am penutupan itu minggu lalu tetapi tidak memberikan surat pemberitahuan secara peribadi kepadanya.

''Kami cuma dimaklumkan yang kolej ini akan ditutup dan akan ditempatkan ke kolej lain sebagai ganti.

''Malangnya, apabila kami ke kolej ganti itu, pihak pengurusan di kolej baru itu memaklumkan yang kami perlu bermula dari asal dengan membayar kesemua yuran secara bayaran penuh, sedangkan yuran tersebut telah kami bayar pada kolej lama di mana tempat kami belajar ketika ini," katanya di sini hari ini.

Difahamkan kolej berkenaan terpaksa ditutup selepas pihak pengurusan tidak mampu mentadbir uruskan pelajar termasuk berhadapan masalah kewangan.

Devi berkata, ia adalah sesuatu yang tidak adil bagi pelajar sepertinya kerana telah melabur begitu banyak untuk mendapatkan ilmu.

''Bukan kami sahaja yang belajar di sini tetapi terdapat tiga lagi pelajar luar negara yang turut belajar di kolej ini," katanya.

Seorang lagi pelajar, Kalai Selvam, 22, berkata, rakan-rakannya yang teraniaya telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2 petang ini dan mahu perkara itu disiasat.

''Saya sudah menghabiskan kira-kira RM11,000 sejak memasuki kolej ini pada tahun 2006 tentu sekali saya rasa hampa kerana tidak dapat menghabiskan pengajian.

''Ini membantutkan hasrat saya untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 23:10


Kolej swata ni tak boleh nak percaya... melainkan dia ada link dengan IPTA baru boleh nak percaya... kadang-kadang cakap saja ada LAN...tapi teruk juga


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111369 saat. Lajunya....