Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 174
Ahli: 0
Jumlah: 174




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 25 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jalan-Jalan
Topik: Percutian boleh menambahkan stres?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jalan-Jalan
    »» Percutian boleh menambahkan stres?

Please Mendaftar To Post


Oleh Percutian boleh menambahkan stres?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-02-08 21:41


SEORANG daripada lima penduduk Malaysia berisiko tinggi mengalami tekanan perasaan yang mendedahkan mereka kepada masalah mental peringkat awal jika dibiarkan.

Gejala berkenaan yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup banyak melanda masyarakat di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.

Lebih memburukkan keadaan, gejala itu menyerang golongan profesional termasuk doktor dan pengamal perubatan, arkitek, jurutera serta akauntan.

Menurut data daripada kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk Malaysia terdedah kepada risiko stres.

Antara jalan keluar kepada penyelesaian ini adalah bercuti. Ini kerana percutian boleh membantu menghilangkan seketika tekanan yang selalunya diperoleh daripada pekerjaan dan kesesakan lalu lintas.

Namun begitu, adakah percutian itu benar-benar boleh menangani stres atau menambahkan bebanan tekanan yang sedia ada.

Terdapat satu kenyataan iaitu apabila merancang untuk pergi bercuti, ambillah waktu sehingga 10 hari. Jangka waktu ini akan memberi anda rasa relaks sepenuhnya.

Percutian yang pendek bukannya tidak berfaedah tetapi persekitaran yang baharu akan meningkatkan stres kerana tubuh serta minda memerlukan masa untuk menyesuaikan keadaan.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM, Rozeliza Murni Abdul Rahman berkata, reaksi tangani stres adalah unik bagi setiap individu.

Menurutnya, bagaimana menangani stres adalah bergantung kepada bagaimana individu menerima dirinya dan kekuatan untuk mengawalnya.

‘‘Sekiranya percutian merupakan jalan keluar kepada cara tangani stres, ia turut bergantung kepada individu dan keadaan pada waktu itu.

‘‘Ada individu walaupun bercuti tetap akan membuat kerja-kerja lain, mereka tidak tahu duduk diam kerana telah terbiasa dengan kerja yang dibebankan.

‘‘Malah bilangan cuti yang lama akan menyeksakan mereka kerana memikirkan kerja-kerja yang terbengkalai di pejabat,’’ katanya.

Menurutnya, tetapi keadaan mungkin benar jika seseorang itu pergi bercuti, jauh dari kediaman atau hiruk pikuk bandar, di tempat yang sunyi dan betul-betul terpencil.

‘‘Ini mungkin akan mengurangkan stres, tetapi memerlukan cuti yang agak lama kerana minda dan tubuh harus menyesuaikan dengan keadaan di sana, jika tidak akan meningkatkan tekanan kerana banyak perkara baru yang terpaksa dilalui,’’ katanya.

Tambah beliau, apa yang penting mengenai bilangan cuti yang diambil bagi menangani stres ialah kualiti percutian itu.

‘‘Untuk relaks, biarlah berkualiti dan bukannya kuantiti. Walaupun dua hari cuti tetapi dimanfaatkan dengan relaks sepenuhnya, ia sudah memadai untuk memulakan tugas di hari ketiga.

‘‘Tetapi, keadaan akan berubah apabila cuti itu dipenuhi dengan aktiviti yang meletihkan seperti perjalanan pergi balik, kesukaran menyesuaikan diri dengan tempat baru, makanan yang tidak sesuai atau berlaku perkara yang tidak diingini, ia akan menambahkan stres yang sedia ada,’’ jelasnya.

Justeru itu, ujarnya, manfaatkan percutian walaupun berapa bilangannya, sama ada kurang daripada 10 hari atau lebih dengan perkara yang berkualiti supaya stres daripada tugasan harian dapat dihilangkan seketika dan relaks sepenuhnya.

Tanda amaran stres

* Gejala fizikal

Degupan jantung yang cepat, banyak berpeluh, terasa loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki tangan, selera makan berubah, gangguan seks, sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya, lelah, sakit kepala dan timbul ruam.

* Gejala mental

Berasa hilang kawalan atau ditenggelami peristiwa yang berlaku, risau dan bimbang, gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan, rasa tidak sihat, sukar tidur, keinginan seks menurun, amat letih, minum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok, perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan.

Kesan stres terhadap kesihatan

Darah tinggi, lelah, masalah kulit yang semakin teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema, serangan jantung, sinus atau resdung, hilang fungsi seksual dan pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, migrain, gangguan kebimbangan, ulser perut, sakit kepala, kemurungan.

Menangani stres

* Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.

* Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.

* Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.

* Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.

* Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.

* Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.

* Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.

* Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.

* Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.

* Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.

* Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.

* Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.

* Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.

* Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.

* Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.

* Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.

* Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.

* Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-08 23:54


Pada 12-02-08 21:41 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!



Menurutnya, bagaimana menangani stres adalah bergantung kepada bagaimana individu menerima dirinya dan kekuatan untuk mengawalnya.
....................

‘‘Untuk relaks, biarlah berkualiti dan bukannya kuantiti. Walaupun dua hari cuti tetapi dimanfaatkan dengan relaks sepenuhnya, ia sudah memadai untuk memulakan tugas di hari ketiga.


!!! QUOTE !!!



Darah tinggi, lelah, masalah kulit yang semakin teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema, serangan jantung, sinus atau resdung, hilang fungsi seksual dan pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, migrain, gangguan kebimbangan, ulser perut, sakit kepala, kemurungan.


adakah gangguan kebimbangan sama dengan nebes...??
migrain dan gangguan tdur juga adalah kesannya..? hmmm :berfikir:

!!! QUOTE !!!



Menangani stres

* Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.

* Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.

* Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.

* Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.

* Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.

* Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.

* Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.

* Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.

* Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.

* Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.

* Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.


mudah saja cara-cara nak menangani stress ni...
tapi Kenapa ek agaknya, bilangan pesakitnya terus meningkat saban hari... uhuk uhuk uhuk..

p/s: hadam.. hadam... bahaya ni...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 07:24


makin lama cuti makin banyak duit habis, memang pun stress kut? hehehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 07:44


Pada 13-02-08 07:24 , akasia posting:

!!! QUOTE !!!

makin lama cuti makin banyak duit habis, memang pun stress kut? hehehehehe


betul tu..hilang stress pejabat,stress wallet pula yang datang..baru-baru ni ana baru pergi bercuti ke Port Dickson,percutian pertama ana sepanjang ana mula bekerja selama 4 tahun,hati ana asyik teringatkan ofis dan segala permasalahannya..bila ana balik saja memang banyak masalah tengah berbaris menunggu kepulangan ana,dan masa tulah ana rasa menyesal sangat pergi bercuti dan apa yang ana perlu hadapi lebih berat daripada apa yang ana dapat masa bercuti......


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091665 saat. Lajunya....