Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 43 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: kasih sayang atau kerja?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» kasih sayang atau kerja?

Please Mendaftar To Post


Oleh kasih sayang atau kerja?

zahrawani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.09.2007
Ahli No: 30970
Posting: 41
Dari: gombak @KEDAH

Kedah  


posticon Posting pada: 12-02-08 10:20


Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil
mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya
satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah...
Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak
tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin
pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan
berkata,"Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak
buat apa dengan duit tu?
minta sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-
penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah,
pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa ini...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan
dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil
memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir
kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di
sekolah kerana anaknya tak pernah
meminta wang sebegitu banyak sebelum
ini.

Dengan perasaan bersalah,si ayah
melangkah menuju ke bilik
anaknya. Didapati anaknya masih belum
tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni "
Si ayah mengeluarkan sekeping
duit warna merah. Si anak itu segera
bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan
mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit
oleh bantal.
Bila ternampak duit itu,si ayah
kembali berang."Kenapa kamu minta
duit lagi sedangkan kamu dah ada duit
sebanyak itu?? Dan dari mana kamu
dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung
ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan. ... ."Duit ni Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah
bagi hari-hari. Amin minta lagi 10
ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup
duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20
ringgit..
Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa ayah di
pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja
awal esok. Amin rindu nak makan malam
dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah
ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerita ni dengan sesiapa saja yang
anda suka tapi.. yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20
ringgit itu bersama2 dengan insan
yang anda sayangi. Ini hanyalah
setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..
yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu
sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka-mereka yang begitu rapat
dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti...
kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang-senang cari orang lain..
gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan-rakan yang kita
tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan sepanjang
hidup mereka... Fikirlah... selama
ni... apa yang kita dah buat untuk
keluarga kita?.. untuk insan yang kita
sayang??

Moral:
jangan gila kerja sangat...
berpada pada lah....
__._,_.___
:berfikir:


-----------------
Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah
kamu akan hidup selamanya,
&
Beribadahlah kamu seolah-olah kamu
akan mati esok hari....


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrawaniProfil   Hantar PM kepada zahrawani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086064 saat. Lajunya....