Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

Please Mendaftar To Post


Oleh Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-02-08 18:14


cuba cari topik lama yang membincangkan tentang skim pelaburan ini tapi tak jumpa. so, buka thread baru.

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa
03/02/2008 6:21pm


KUALA TERENGGANU 3 Feb — Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

“Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Dr Abdul Shukor berkata, dua isu penting lain yang dibincangkan dan diputuskan dalam muzakarah selama tiga hari itu adalah mengenai tanah wakaf dan penggunaan barangan atau lambang agama lain seperti salib oleh orang Islam.

Berhubung tanah wakaf, Dr Abdul Shukor berkata, setelah membincangkannya dan melihat situasi semasa, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa tanah-tanah wakaf yang ada boleh dibangunkan dengan syarat niat asal pewakaf dikekalkan.

Bagaimanapun, pembangunan berkenaan hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan pemerintah sementara hasil pembangunan itu dan sebagainya hendaklah dikembalikan kepada orang Islam, katanya.

Mengenai hukum orang Islam yang menggunakan barangan atau lambang agama lain seperti salib dan seumpamanya, Dr Abdul Shukor berkata Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa sekiranya lambang-lambang berkenaan dinyatakan secara zahir dan jelas, umat Islam adalah dilarang menggunakannya.

Muzakarah itu dihadiri semua mufti-mufti dan juga tokoh-tokoh yang dilantik oleh Majlis Raja-raja untuk memberikan pandangan.- Bernama


-----------------
I have my own id now.... :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-02-08 21:01


tak lama lagi 4 nombor ekor, toto, juga pun harus.
di negara islam hadhari memang pelik.

ana lebih percaya dengan fatwa arwah dato ishak baharum dan mufti perak.
banyak keraguan dalam portfolio pelaburan asn dan asb.

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

nailah_miz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-02-08 21:01


Salam..

Untuk pengetahuan semua..
DIVIDEN ASB TIDAK DIWAJIBKAN ZAKAT!!

Ni bukan ana yang cakap..
Ana baca daripada UTUSAN MALAYSIA pada 1 December 2006..
KEMUSYKILAN AGAMA bersama ustaz. MOHD FARID RAVI ABDULLAH..

Soalan ni datang daripada seorang pembaca yang mendapat emel yang mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.

Sila semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen dan Bonus ASB..

JAWAPAN bagi soalan pembaca berkenaan daripada ustaz Mohd Farid Ravi:

Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Selangor, jesteru keputusannya adalah seperti berikut;

1. Ahli Jawatankuasa Perundingan Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan berikut:

1.i. ZAKAT DARIPADA WANG BONUS DAN DIVIDEN ASB

Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.

1.ii. BOLEHKAH WANG DIGUNAKAN PERGI MENUNAIKAN HAJI KE TANAH SUCI MEKAH?

Keputusannya: Ahli JAwatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat2 tersebut.

Maka dapat disimpulkan di sini seperti berikut:

Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahuinya, tetapi masih terlibat dalam pelaburan ASB yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

ANA SEKARANG MENYIMPAN SAMBIL MELABUR DI CIMB Wealth Advisors melalui ISLAMIC FUNDS.. Pulangan pun lebih tinggi daripda ASB dan ASN.. Apa lagi kawan-kawan.. Jom cepat-cepat kita MENYIMPAN sambil MELABUR kat CIMB Wealth Advirsors..

Tapi berita yang atas ni memang betul-betul buat ana musykil + konfius!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailah_mizProfil   Hantar PM kepada nailah_miz   Quote dan BalasQuote

2manis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-02-08 21:07


apalak peliknya.... kan negara islam hadari.
majlis fatwa pernah menangguhkan sampai sekarang fatwa penggunaan botox untuk cantik. cumanya dia kata harus kalau untuk sakit sendi.
sebabnya ramai artis malaysia dan isteri2 orang besar cucuk botox

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2manisProfil   Hantar PM kepada 2manis   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 21:19


Pernah join ASB, tapi sebulan lebih saja..lepas tu keluar... lebih baik saya masuk saha atau pelaburan yang dijamin dan sesuai dengan syariat...
apapun jika majlis fatwa dah cakap harus... terima sajalah...mereka sudah pasti dah buat kajian yang mendalam sebelum mengeluarkan fatwa...
fatwa merokok bagaimana pula? harap dapat dikuatkuasakan dan diseragamkan di seluruh Malaysia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 04-02-08 22:39


HUKUM ASB dan ASN dalam Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan .

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

03/02/2008 6:21pm


KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber



--------------------------------------------------------------------------------


ULASAN UZAR

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, terpulang kepada masing-masing saja sekarang, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa nak ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Maslahat ini sepatutnya suatu tekanan yang kita sukar nak hindarinya kerana ia bukan keputusan kita atau di luar kuasa kita. Seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini.

Namun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, serta kita pandai-pandai buat sendiri diawal-awal dulu sebelum menyemak hal Shariahnya. Justeru itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah adalah boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubahnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Sekian

3 Feb 2008

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

lukluk_assyifa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11204
Posting: 190
Dari: perak kara johor he

Perak  


posticon Posting pada: 04-02-08 23:01


banyak kali dah isu pasal asb ni..erm kan bagus kalau asb ada penasihat syariah so orang Islam lebih yakin untuk melabur..kalau unit amanah yang berkongsepkan syariah boleh buat Kenapa tidak ASB? lagipun org melayu Islam banyak yang melabur dengan ASB dan ASN kerana kadar pelaburan awal yang murah.. tak rugi pun kalau PNB berbuat demikian..lagi ramai nanti org Islam melabur..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukluk_assyifaProfil   Hantar PM kepada lukluk_assyifa   Pergi ke lukluk_assyifa's Website   Quote dan BalasQuote

akmalnajwa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2008
Ahli No: 32188
Posting: 99

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 07:39


kalau ASW 2020..? 2 kali lima saja ke dengan asb & asn

Bookmark and Share

    


  Member Information For akmalnajwaProfil   Hantar PM kepada akmalnajwa   Pergi ke akmalnajwa's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 05-02-08 08:09


2x5 =10, 5x2=10 , 2+8=10 sama pandai sama bodoh..... teringat lagu ahli fikir... apapun nampak gayanya ada yang sudi "menanggung" bak kata Uzar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 08:17


Pada 04-02-08 22:39 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

HUKUM ASB dan ASN dalam Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan .


Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, terpulang kepada masing-masing saja sekarang, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa nak ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Maslahat ini sepatutnya suatu tekanan yang kita sukar nak hindarinya kerana ia bukan keputusan kita atau di luar kuasa kita. Seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini.

Namun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, serta kita pandai-pandai buat sendiri diawal-awal dulu sebelum menyemak hal Shariahnya. Justeru itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah adalah boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubahnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.


begitu ke? maknanya kalau org yang nak melabur boleh melabur walaupun pengendalian saham tu haram sebab dah ramai org melabur? kalau macam tu kita nak berpegang pada yang haram atau yang halal sebab kalau kita ragu ia tetap jadi haramkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 13-02-08 23:10


tu lah pasal isu ini banyak sangat, yang penting pandai2 lah tanggung...susah isu-isu ini...banyak sangat khilaf dan pandangan bab perniagaan ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 23:25


assalamualaikum
baru-baru ni kat darusyifa ada org mtak pandangan ustaz harun pasal ni.....
jawapan ustaz,waktu fatwa ni dikuarkan,ustaz tengah buat umrah....
boleh org mtak pandangan,ustaz jawab,setahu dia, ASN dan ASB ni mlabur dalam bank convensional,dimana bank convensional ni adalah bank2 yang mengamalkan riba.....
dan ustaz harun cerita juga ada org mtak pendapat almarhum ustaz ishak baharum,jawapan beliau, plaburan dalam asn dan asb ni setahu beliau,belum halal lagi......
sekian,wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 23:30


Salam, yang menjadikannya haram bukan setakat kerana keraguan ke mana wang itu dilaburkan sahaja.

Dari segi akadnya pun mengelirukan. Akadnya batil, sebab tu ia tertolak...

Sebelum orang nak pertikaikan saya, lebih baik saya cadangkan supaya kalian rujuk kepada yang arif...

Melabur ASN dan ASB ni paling kurang pun syubahah...

Pelik juga, Kenapa dalam isu ni boleh saja kalian nak mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Malah dikatakan "apa peliknya, negara Islam hadhari kan...? Siap perlekeh lagi, katanya "tak lama lagi 4 nombor ekor, toto, juga pun harus."

Tapi bila dibawakan hujah tentang rukyatul hilal, Kenapa ada yang ikut sahaja majlis fatwa kebangsaan tanpa menilai terlebih dahulu hujah yang dibawa. Bahkan siap dakwa saya ni "hebat sangat ke berbanding mufti-mufti kerana nak mempertikaikan fatwa mereka?"

Kenapa ada sikap double standard..?

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 13:05


mengenai soal halal dan haram ini memang susah...
kalau nak bincang, dari mana datang nya sumber-sumber yang kita dapat dengan makan hari pun susah...
semua da bercampur...
dari pagi kita bincang, sampai ke malam tak habis...
Hanya golongan yang tertentu boleh menentukannya, soal penerimaannya Allah sahaja yang tahu

Soal hukum melabur adalah harus atas kemaslahatan yang tersendiri... Contoh, ptptn..
kalau ikutkan terang-terangan ada riba kat citu... tetapi kebanyakkan pelajar mengambil untuk tujuan menuntut ilmu...
macam mana pula????

senang kalau masih ragu2, jangan ambik...
sebab kebanyakkan bank convesional pun dah mengeluarkan produk Islamic???? berhati-hati... modal bercampur...

contoh bank yang merger BSN dengan BIMB, jadi CIMB....
jadi, bersihkan harta-harta dengan zakat...
dividen jangan ambik, kalau ragu2... zakatkan dulu simpanan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 13:53


sehinggah sekarang...saya masih dalam keraguan bab melabur ini.....
simpan saja dalam tabung haji...


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 13:56


Pada 29-09-09 13:53 , muslimah83 posting:

!!! QUOTE !!!

sehinggah sekarang...saya masih dalam keraguan bab melabur ini.....
simpan saja dalam tabung haji...



betul tu, bila timbul keraguan elok lah di elakkan....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 13:59


Pada 29-09-09 13:05 , ziyah posting:

!!! QUOTE !!!


contoh bank yang merger BSN dengan BIMB, jadi CIMB....
jadi, bersihkan harta-harta dengan zakat...
dividen jangan ambik, kalau ragu2... zakatkan dulu simpanan...


isk isk..bab ni aku tak paham lah pula... masa bila BSN merge dengan BIMB ??

CIMB - gabungan dari BOC + BBMB + Southern Bank
hehehe... betulkah bank yang kuarkan produk islamic tu benar-benar ikut Islamic.. tak percaya tanya wuzaraa


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 13:59


Pada 29-09-09 13:05 , ziyah posting:

!!! QUOTE !!!


contoh bank yang merger BSN dengan BIMB, jadi CIMB....
jadi, bersihkan harta-harta dengan zakat...
dividen jangan ambik, kalau ragu2... zakatkan dulu simpanan...


isk isk..bab ni aku tak paham lah pula... masa bila BSN merge dengan BIMB ??

CIMB - gabungan dari BOC + BBMB + sebab

hehehe... betulkah bank yang kuarkan produk islamic tu benar-benar ikut Islamic.. tak percaya tanya wuzaraa


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 14:36


dan trend sekarang ini,ramai yang buat personel loan sehingga berpuluh2 ribu untuk melabur dalam ASB...alasan nya dividen yang dapat lebih banyak...jangan tersilap faham...majlis fatwa mengharuskan pelaburan ASB..tetapi pelaburan ASB yang menggunakan personel loan adalah haram kerana ada unsur riba.....dulu saya pun ada join...tapi sekarang dah kuarkan semua duit kat ASB tu...


-----------------
khalifah Allah di muka bumi......


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-09-09 14:39


Pada 29-09-09 13:59 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-09-09 13:05 , ziyah posting:

!!! QUOTE !!!


contoh bank yang merger BSN dengan BIMB, jadi CIMB....
jadi, bersihkan harta-harta dengan zakat...
dividen jangan ambik, kalau ragu2... zakatkan dulu simpanan...


isk isk..bab ni aku tak paham lah pula... masa bila BSN merge dengan BIMB ??

CIMB - gabungan dari BOC + BBMB + sebab

hehehe... betulkah bank yang kuarkan produk islamic tu benar-benar ikut Islamic.. tak percaya tanya wuzaraa



aik... tiba-tiba keluar nama saya?

saya cuma nak lontarkan satu persoalan, untuk sama-sama renungkan.

Dunia hari ini yang menggunakan 'sistem kewangan bersandarkan hutang' (debt based monetary system). Bank adalah centre utama sebagai pemiutang dan penggerak cycle hutang yang hasilnya adalah faedah/riba'. Jika aktiviti ini terganggu serta merta boleh menyebabkan krisis ekonomi malah sistem kapitalisme juga boleh lumpuh. Produk2 Islamic banking hari ini pun berada dalam kitaran sistem ini.

Sedangkan, dalam sistem Islam sistem matawang dan kitaran ekonominya sama sekali berlainan. Riba' adalah haram sama sekali. Maka institusi yang berfungsi seperti bank untuk memberi hutang dan menggerak kitaran matawang dengan mekanisme tersebut sememangnya tidak adalah dalam ekonomi Islam.

Pernah bayangkan bagaimana kitaran ekonomi dan matawang dalam sistem Islam?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 16:53


Pada 29-09-09 14:36 , khalifah posting:

!!! QUOTE !!!

dan trend sekarang ini,ramai yang buat personel loan sehingga berpuluh2 ribu untuk melabur dalam ASB...alasan nya dividen yang dapat lebih banyak...jangan tersilap faham...majlis fatwa mengharuskan pelaburan ASB..tetapi pelaburan ASB yang menggunakan personel loan adalah haram kerana ada unsur riba.....dulu saya pun ada join...tapi sekarang dah kuarkan semua duit kat ASB tu...



itulah yang saya bimbang....dulu hampir juga buat loan..tapi fikir punya fikir...tak jadi..ASB dah ON tapi tak isi lagi c0z...risau sumber pelaburannya masih meragukan lagi..


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 01-10-09 10:05


ASB & ASN adalah bentuk perkongsian perniagaan.
Ada tak syirkah Islam yang berbentuk demikian?


Berfikir dengan neraca Islam,
wuzara

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 15-10-09 18:30


Sokonglah perbankan Islam...Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 15-10-09 21:20


sebut cimb ni pun aku confius juga.. nama ada islamik tapi staff perempuan dia pakai tshirt cimb lengan pendek.. baru-baru ni lancar produk baru pun staff dia pakai skirt pendek saja.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 12:09


Pada 15-10-09 21:20 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

sebut cimb ni pun aku confius juga.. nama ada islamik tapi staff perempuan dia pakai tshirt cimb lengan pendek.. baru-baru ni lancar produk baru pun staff dia pakai skirt pendek saja.....


Salam...Kalau tak silap saya Ustaz Zaharuddin ada terangkan pasal isu ni dalam buku beliau yang bertajuk Wang, Anda & Islam...

http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/128/24/urus-wang/panduan/tw-wang,-anda-dan-islam.html


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 12:33


Mungkin kawan-kawan boleh bagi altenatif kepada ASB dan ASN...Mengikut apa yang saya baca, kalau kita tak laburkan duit kita, nilainya akan susut disebabkan inflasi...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134265 saat. Lajunya....