Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 210
Ahli: 0
Jumlah: 210




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Nasyid
Topik: memperkenalkan AL'AN...TWBrecs


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Nasyid
    »» memperkenalkan AL'AN...TWBrecs

Please Mendaftar To Post


Oleh memperkenalkan AL'AN...TWBrecs

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-10-03 17:16


Benign menulis untuk ThoseWhoBelieveRECORDS. Kali ini buat tatapan sahabat sahabat sekelian, kami di TWBRecs ingin memperkenalkan sebuah kumpulan baru yang menggelarkan diri mereka sebagai AL'an. Kumpulan yang tertubuh dari serpihan kumpulan acapella ONE FAITH (ketika itu mereka belum muncul dengan konsep seperti yang ada sekarang), dan INSPIRASI ini, mula mengorak langkah dibawah nama AL'an, bermula disekitar awal tahun 2003. Kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang anak muda, Kamal : Azmi : Adul : Toy : Nizam, yang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini menerapkan pendekatan nasyid kontemporari dengan sedikit eksperimentasi irama irama elektronik dan techno, music yang catchy, upbeat tempo dan rancak.

Jika meneliti sejarah kumpulan ini, sebenarnya AL'an adalah hasil dari amalgamasi anggota anggota dari dua kumpulan nasyid yang pernah gah dipersada seni nasyid Underground semenjak di Pusat Matrikulasi UIAM lagi. Disekitar tahun 2000-01, kumpulan yang menggelarkan diri mereka dengan nama INSPIRASI mula mencari ruang dan membina tapak di persada nasyidUG dituruti pada tahun seterusnya oleh kumpulan yang bernama HIZBI. Nama dua kumpulan ini sering meniti dibibir peminat peminat nasyid di sekitar MCIIUM, dan seringkali menjadi pilihan utama jemputan jemputan untuk mengadakan persembahan didalam dan luar kampus.

Setelah berjaya melanjutkan pelajaran ke kampus utama Gombak, HIZBI menukar moniker kepada ONE FAITH (lama) dan mula bereksperimen dengan acapella dan dalam pada masa yang sama mula mencipta lagu mereka sendiri. INSPIRASI pula tidak aktif kerana anggotanya sibuk dengan pelajaran dan student activities.

Namun pada awal tahun 2003, dua ahli kumpulan ONE FAITH (lama) telah menarik diri atas alasan musical differences, hasilnya ONE FAITH (lama) dibubarkan. Salah seorang anggotanya yang menarik diri, Radzlan, telah menubuhkan grup baru dengan mengekalkan nama ONE FAITH manakala NurHafeez pula menganggotai kumpulan MARJAAN. Seorang lagi bekas ahli kumpulan ini iaitu Azhar kini menganggotai kumpulan ZAUQAN. Dalam kem INSPIRASI pula, kesibukan menjadi punca yang menghalang mereka dari terus aktif. Salah seorang ahlinya iaitu Mas kini menganggotai kumpulan SABAHI, Hanafi pula menganggotai kumpulan IDEAL dan Mior dengan sebuah kumpulan barunya, RAST, yang masih dalam peringkat penyesuaian vokal. Namun oleh kerana minat yang mendalam terhadap seni nasyid, tiga ahli yang masih tinggal iaitu Kamal, Azmi, dan Adul telah mengajak ahli yang masih tinggal dalam kem INSPIRASI iaitu Nizam dan Toy untuk bersama mereka dalam sebuah kumpulan baru. Nama yang menjadi pilihan adalah AL'an hasil dari idea sumbangan Imad dari kumpulan ONE FAITH.

Nama AL'an ini diambil dari perkataan bahasa arab yang bermaksud masa kini ataupun kontemporari, namun ia juga adalah akronim kepada Almost An Angel, yang dipercayai akan menjadi tajuk demo cd-r mereka yang, Insya ALLAH, akan mula menjalani proses rakaman sekitar akhir tahun ini. Anggota kumpulan ini sekarang adalah Kamal sebagai bassist/ tenor, Toy sebagai second voice/ falsetto, Adul sebagai third voice barritone/ bassist, Azmi sebagai lead/ unison dan Nizam sebagai first lead solo/unison/falsetto.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-10-03 02:20


OOO BEGITU KERR

-----------------
SaBArLAh DaLAM mUjAHaDAH kERana SaBAR iTU tERLaLU iNdah


Bookmark and Share

    


  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085039 saat. Lajunya....