Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: 2008 Aliran pilihan raya global


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» 2008 Aliran pilihan raya global

Please Mendaftar To Post


Oleh 2008 Aliran pilihan raya global

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 16:47


Sememangnya rakyat Malaysia begitu ternanti-nanti bilakah pilihan raya umum akan diadakan kerana desasdesus bertiup kencang bahawa peristiwa tersebut akan berlangsung dalam jangka masa terdekat.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tempoh hari yang menekankan kewibawaan calon sebagai salah satu faktor utama mengenai pemilihan calon boleh ditafsirkan sebagai pilihan raya sememangnya sudah dekat. Apatah lagi aktiviti parti politik dan media terutama sekali sudah jelas menunjukkan bahawa pilihan raya umum ke-12 sememangnya sudah semakin menjelang.

Tahun 2008 boleh dianggap sebagai tahun pilihan raya bukan kerana rakyat Malaysia sahaja yang besar kemungkinan akan melalui proses tersebut pada tahun ini, tetapi terdapat juga beberapa negara yang bakal melalui proses yang sama. Rakyat Amerika Syarikat umpamanya akan melalui pilihan raya Presiden pada 4 November akan datang.

Walaupun tarikh tersebut masih jauh lagi, tetapi masyarakat antarabangsa menanti dengan penuh minat siapakah bakal menjadi calon Parti Demokrat dan Republikan yang besar kemungkinan akan diketahui beberapa hari lagi iaitu pada 5 Februari.

Minatnya dunia kepada bakal Presiden AS adalah kerana sesiapa sahaja yang mendiami White House mampu mewarnai keadaan geopolitik dunia.

Kremlin juga bakal menerima tetamu baru kerana tempoh jawatan Presiden Vladimir Putin sudah hampir tamat. Walaupun pilihan raya Presiden Rusia hanya akan diadakan pada 2 Mac depan, tetapi sudah bukan menjadi rahsia lagi Timbalan Perdana Menteri Dmitri Medvedev bakal menjadi Presiden kerana tidak ada calon dari parti lain yang mampu menyaingi orang kuat Putin tersebut.

Tetapi apa yang paling menarik mengenai pilihan raya ini adalah bukan kepada bakal Presiden, tetapi apakah Putin yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Ramai yang membuat andaian bahawa jika ini menjadi kenyataan, maka Kremlin akan dikuasai oleh Putin dan bukannya Medvedev.

Beberapa negara lain yang lebih kecil juga bakal melalui proses pilihan raya tetapi mampu membawa implikasi yang besar. Taiwan umpamanya yang akan melangsungkan pilihan raya Presiden pada 22 Mac akan datang ditafsirkan akan memberi kesan yang besar terhadap kestabilan di Selat Taiwan.


Konfrantasi

Kemenangan kepada calon Parti Progresif Demokrat (DPP) iaitu Frank Hsieh dilihat boleh merumitkan lagi hubungan Taiwan-China-AS kerana ideologi DPP lebih menjerumus kepada berkonfrantasi dengan China. Strategi konfrontasi ini bakal membawa masalah kerana Beijing masih menganggap Taiwan adalah sebahagian dari wilayah China.

Tidak lupa juga dengan pilihan raya Parlimen Pakistan yang besar kemungkinan akan dilaksanakan pada 18 Februari ini juga bukan sahaja menjadi pengukur geopolitik Asia Selatan malah seluruh dunia kerana Washington telah meletakkan pelaburan yang besar untuk menentukan bakal Perdana Menteri boleh bekerjasama dengan Presiden Pervez Musharraf.

Di rantau Asia Barat pula, pilihan raya perwakilan Iran pada 14 Mac akan datang menarik minat yang besar kerana pemilihan perwakilan yang dianggap tidak sehaluan dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dianggap sebagai idaman kepada Washington yang sedang berhadapan dengan isu pembangunan nuklear Iran.

Ini adalah kerana Washington menghadapi kesukaran berunding dengan Teheran selagi republik Islam itu di bawah Ahmadinejad.

Tetapi lain pula halnya dengan rejim Israel yang mana kerajaan di bawah pimpinan Ehud Olmert yang baru mendapat mandat selepas pilihan raya pada tahun 2006, dinilai sebagai begitu rapuh kerana perkongsian kuasa yang tidak serasi.

Ramai yang mengharapkan diadakan pilihan raya secepat mungkin kerana Israel di bawah Olmert dilihat sebagai tidak mampu menyelesaikan konflik dengan Palestin walaupun Washington memberi jaminan segala-galanya akan tercapai hujung tahun ini.

Tewasnya tentera Israel yang dianggap sabagai organisasi tentera paling hebat di Asia Barat di tangan kumpulan pejuang Hizbullah ketika menceroboh Lebanon dua bulan selepas pilihan raya dilihat sebagai petanda akan berakhirnya kepimpinan Olmert.

Laporan awal Suruhanjaya Winograd yang menilai punca kegagalan pencerobohan Lebanon yang dikeluarkan pada bulan Mei lepas, masih gagal menjatuhkan Olmert walaupun ahli parti beliau sendiri Kadima mengecam hebat kegagalan kepimpinan Olmert.

Dua minggu lepas Olmert hampir tumbang apabila parti Yisrael Beitenu bertindak keluar dari kerajaan campuran gara-gara tidak puas hati dengan proses rundingan damai dengan Palestin. Kerajaan campuran Olmert menjadi goyah kerana beliau ketika ini hanya mempunyai kelebihan tujuh kerusi dalam Knesset.

Hari Rabu lepas kerajaan Olmert sepatutnya tumbang apabila Suruhanjaya Winograd sekali lagi mengeluarkan laporan siri terakhir mengenai pencerobohan Lebanon. Ramai mengharapkan peristiwa 1973 berulang kembali apabila Perdana Menteri Israel ketika itu Golda Meir terpaksa berundur akibat tekanan yang terbit daripada laporan Agranat mengenai peperangan dengan Mesir dan Syria.

Terselamatnya Olmert kali ini kerana Parti Buruh yang turut berada dalam kerajaan campuran tidak mengotakan janji untuk keluar dari kerajaan campuran sebaik sahaja laporan Winograd mengeluarkan laporan akhir.

Ini adalah kerana pemimpin parti tersebut Ehud Barak percaya jika pilihan raya diadakan, Parti Likud di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu akan meraih kemenangan besar.

Bagi masyarakat antarabangsa yang mahu melihat kemelut Palestin diselesaikan akan merasa pesimis kerana George W. Bush tidak nampak kemungkinan dapat menghuraikan masalah tersebut sebelum beliau meninggalkan White House.

Begitu juga sama ada Hillary Clinton, Barack Obama atau John McCain yang menerajui Washington bermula tahun 2009, perubahan yang diharapkan berlaku juga amat sukar dicapai.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Israel besar kemungkinan tidak akan merubah apa yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin. Jika Olmert masih bertahan sehingga hujung tahun, amat sukar sekali masalah sempadan negara Palestin yang merdeka dapat diselesaikan dengan persetujuan semua pihak.

Jika Barak atau Netanyahu yang mengambil alih pucuk pimpinan rejim Israel, penyelesaian yang adil kepada rakyat Palestin sememangnya akan menjadi lebih sukar. Tetapi apa yang pasti adalah pilihan raya sama ada di AS atau Israel tidak akan mengubah nasib rakyat Palestin kepada keadaan yang lebih adil dan saksama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.184575 saat. Lajunya....