Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 218
Ahli: 0
Jumlah: 218




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 49 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Macam mana nak handle bila Lecturer seorang


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Macam mana nak handle bila Lecturer seorang

Please Mendaftar To Post


Oleh Macam mana nak handle bila Lecturer seorang

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 14:40


Salam...

Ana tak pasti ini adalah satu masalah yang besar atau remeh..tapi ana rasa tak tahan kalau masuk kelas lecturer ana ini..ana da pernah dengar dia ini seorang 'Freethinker'...tapi tak berapa pasti..iyalah kita mesti selidik dulu..betul ke tak kan...?

Nak dipendekkan cerita..ditakdirkan semester ini ana dapat kelas lecturer ini..mula-mula masuk kelas beliau ana excited juga nak belajar..yelah azam awal semester nak skor yang terbaik..tapi bila memandangkan sikap lecturer ini yang slalo meng'confusekan' student dari segi agama...sangat berbahaya..macam-macam dia suruh kita fikir..ada jugalah sampai disebut yang bangsa melayu ini tak maju dalam bisnes sebab tak pandai maen judi..dan juga dia katakan kalau org perempuan, takkan maju..contoh:kalau tak nak bersalam dengan lelaki..kita yang perempuan ini takkan maju ke mana-mana pun...apa kaitan??paham tak apa ana cerita ni..??

ana taktaula..ada sekali hari itu..dia aim ana dalam kelas..lepas itu dia tanya.."awak percaya dengan syaitan?" ana sekadar mengangguk...tapi balasannya..dia kata..syaitan itu tak wujud...katanya buat apa panggil ustaz2 kalau org kena rasuk??itu semua masalah diri sendiri sebab kes2 frust atau stress..tak ada syaitan2 ini..

bagaimana nak handle lecturer macam ini ek..ana rasa nak marah saja time klaz itu..tapi sebabnya lecturer ni antara org tertinggi kat kampus ni..dari cerita2 senior..lecturer ini tak ada siapa lagi berani nak buat aduan..kalau ada pun..mybe takkan diambil apa-apa tindakan..lagipun..dia seorang saja mengajar subjek ana ini...huhu..kalau ana fight dengan dia, silap-silap; mahu nya dia terus failkan ana...

ana risau lah..ana takut..kawan-kawan ana dan ana sendiri terpengaruh dengan kata-kata dia...Ya Allah..Nauzubillah lah..Tapi nampak gayala macam dia itu nak berdakwah dengan klaz kami pasal freethinker itu..terlalu open sangat...

adakah patot ana berdiam diri ek?
ada ke lecturer macam ini kat IPTA/IPTS lain ek?


-----------------
"Amanah bukan HAKMILIK tapi...
adalah ANUGERAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 16:23


Assalamualaikum wr wbt

Freethinker??Bahaya ni...dah tu pulak cuba nak hasut2 pelajar Islam...syaitan tak wujud??ish2....memang dah tahap kritikal..
Rasanya lebih baik kalau nadeeya ceritakan hal lecturer tu pada yang lebih arif...supaya tindakan selanjutnya boleh dibincangkan dan diambil...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 16:47


huhu.. lecturer ni, Melayu ke..? atau cina atau apa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

NazRie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15491
Posting: 53

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 18:13


isy3... bahaya ini. kena ambil tindakan segera . even aduan yang lepas tak dilayan, jangan putus asa k.report kat mana-mana insan yang boleh bantu. tak pun, mana-mana persatuan2 islam kat malaysia ini.manalah tau, usaha kali ini berhasil... besar sumbangan tu. gd luck k!hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazRieProfil   Hantar PM kepada NazRie   Quote dan BalasQuote

salmanfarees
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 19:12


Orang macam ni pun ada. Beliau kena menjalani program pemurnian akidah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For salmanfareesProfil   Hantar PM kepada salmanfarees   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 02-02-08 21:39


to nadeeya...yang pentingnya awak nak kena ada asas agama yang kuat dan tak mudah di bolak balik kan apa pun yang lecturer awak nak cakap...sebab awak tkleh nak buat apa-apa kan sebab dia lecturer awak, jadi dengar saja lah apa yang dia cakap...TAPI jangan terikut-ikut....jadi awak nak kena ada asas agama yang KUKUH...kuat kan iman...dan jangan banyak piker apa yang dia cakap k.....gd luck....personally pernah juga jumpa dengan org macam ni...tapi saya buat tak ambil endah pun apa yang dia cakap....cos i noe wer i stand...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 21:49


hm.. jarang jumpa orang-orang yang bertaraf professor boleh cakap sampah macam ni..
hehe geram juga.. ya lah, dah dapat taraf professor, sesorang yang sepatutnya menajdi bahan rujukan, tapi akalnya macam lembu, malah, mungkin lembu lebih pandai darinya..
maaf cakap, tak percaya, sila rujuk surah al-baqarah(tak silap saya)..
bagi saya, untuk mengatasi masalah lecturer macam ni, mungkin sebaiknya, kita persiapkan diri sendiri dengan asas keyakinan yang kuat dan mantap dalam agama kita sendiri. bukan keyakinan yang hanya berasaskan dalil a'qli semata-mata.. dan selepas kelas tu, pakat2 lah ramai-ramai buat usrah ke, buat tazkirah sikit ke, nak cuci balik dari benda-benda pelik yang dia cakap..
wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-02-08 06:29


salam

syoknya kalau dapat lecturer macam tu.cuba tanya balik kat dia.kamu ada otak tak?tak nampak pun otak kamu.jadi tak logik lah kamu ada otak.pakai logik balik bila nak bangkang cakap dia.tanya pula dari segi penciptaan.kereta manusia cipta,mustahil alam ni tiada pencipta.

toksah dok takut-takut lah.ia mengajakkan kita berfikir.betul cakap farishah tu.kita kena ada asas yang kuat jadi tadehal lah.ni kut kang sat lagi kena sergah dengan pemburupokok pula pasal senang terpengaruh,tak kuat pegangan diri kita... :sopan:

lawan saja.jangan takut dia failed kan orang.bukannya dia yang bagi rezeki.seorang sahabat ana pernah lawan cakap dengan lecturer.tapi alhamdulillah dia still lagi dapat cemerlang.kalau tiada keizinan Allah,maka seluruh makhluk pun tak akan mampu memudaratkan kita,insyaAllah...;-)


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

khairani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.01.2008
Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-08 10:33


Assalamualaikum

ana berpendapat masalah ni perlu dihadapi dengan tenang dan berhikmah sebab kita oarng yang terpelajar.semestinya kita sendiri mesti kuat pegangan akidah barulah tak turut tergelincir ke jalan yang salah.ana rasa gejala freethinking ni dah mula menular.sebagai muslim kita bertanggungjawab untuk mencegahnya daripada terus merebak.berbincanglah dengan mereka yang sepatunya.kalau nak lawan pun ukur dulu ilmu kita.jangan pula menjawab denagn jawapan yang tidak betul atau kita sendiri pl yang keliru.buruk pula padahnya..

:welcome:


-----------------
Vote For Hizbul Islam
PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK




Bookmark and Share

    


  Member Information For khairaniProfil   Hantar PM kepada khairani   Pergi ke khairani's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-08 11:05


ERRMM.. Topic menarik untuk dibincangkan tanpa perdebatan.
Okay2.. I dont know whether she/he is a Malay / Muslim or not but..
Kalau dahh bukan Islam, apa yang dia fikirkan or dalam palaotakk dia
adalah terpulang padanya sendiri (let say chinese the kafirin, takkanlaahh
saudari nak pakksa dia-HHAAAA!!! Malaikat tu wujud, Syaitan tu
menyesatkannn!! OOHH... Qadha dan qadar tu kena percaya..!!!)
Adakah dia terima umpama seekor ayam disuap pizza berinti cacing??
Surely NNOOTT!!! Right???

Semua sudah maklum, ERR.. para rasul juga tidak terkecuali dari
tahuu benda-benda ghaib nniihh.. "Sesungguhnya aku tidaklah pula mengetahui perkara ghaib dan bukan pula aku ini seorang malaikat. Dan tidaklah aku mengikuti sesuatu melainkan apa yang telah diwahyukan kepadaku”.(Surah Al-An’am : 50).
Means sedangkan Nabi, Rasul pun ada LIMIT, inikan kitaa plaakk
yang sengal-sengal ayamm niihh?? Yes, maybe kalaau saudari
berniat seperti apa yang saudari postkan, "Macam mana nak handle"
makhluk pelik lecturer ttuuhh, saya sanjung, saya julang dan sokong
cita-cita saudari tuuhh.. Tabligh katt dia? Lagilaaahhh saya respect
saudari..Hebaattt saudari nadeeya!!!

Based from our suraaatt Al-A'raf ayat 146 means:
"Aku akan mmalingkn (hati / fikiran) orang2 yang sombog takbur dimuka bumi dngan tiada alasan yang bnar dari(memahami) ayat-ayatKu(yang menunjukkan kekuasaanku) dan mereka(yang bersifat dmikian) jika melihat sebarag keterangan(bukti) mereka tidak beriman kepadanya,dan jika mereka melihat jalan (yang mmbwa kepada ptunjuk), mereka tidak mengambil sebagai jalan yang dilalui,sebaliknya jika melihat jalan kesesatan,mereka terus mengambil sebagai jalan untuk dilalui. Yang dmikian itu kerana mereka mendustakan ayat2 kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."

p/s: Kalau dah degilll, degil jugaakkk makhluk cammtuhh... Tapi kalau saudari kata nak handle, saya alu-alukan dan sokong.. Sekian.. Goodluck for your effort.. Berusahaa!! OOHH, one more thing. Kalau nak gather ilmu dunia dari dia, pun berusaha sungguh-sungguh;.. Jangan sebab dia sengal, niat kita
nak belajar dengan dia pun dahh luntur or malas.. Yang seperti saya
selalu ulas, kalau ada yang baik dari dia, amikklaahh. Kalau buruk,
takyaahh amiikk.. Ianya sama seperti kita mahu belajar berniaga dengan
orang Cina yang kafir. Adakah kita benci dengan ilmunya kerana orangnya kafir?? No need right???? Come on.. you know the answer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-02-08 16:22


salam
sya rasa lah
lebih baik lah saudari tegur lah secara berhikmak cs apa-apa
dia tetp lec saudari.
jadi suadri jangan malukan lec saudari.
cari lah org yang sesuai u tegur lec macam ustaz lah kmpus saudri. mesti ada kan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 00:18


Pada 02-02-08 16:47 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

huhu.. lecturer ni, Melayu ke..? atau cina atau apa?


lecturer itu melayu singaporean


-----------------
"Amanah bukan HAKMILIK tapi...
adalah ANUGERAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 00:22


alhmdulillah..syuqran berbanyak atas pandangan kalian..hmm...ana pun tak pasti sampai mana ana boleh bertahan nak kelas dengan dia ini..
bagi ana, betul kata-kata antum.persiapan diri penting untuk pastikan tak terpengaruh..
walaubagaimanapun ana tak sure mcamane keadaan kawan-kawan ana yang lain..pandangan sinis daripada yang bukan muslim pun ada jugak..disebabkan kenyataan yang dibuat oleh lecturer ana itu.semua pakat dok tanya ana..ini betul ke...ini betul tak...hmmm...

pandangan tentang untuk forward ke persatuan islam bagus juga ya...

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 04:39


Pada 02-02-08 14:40 , nadeeya posting:

!!! QUOTE !!!

Salam...

Ana tak pasti ini adalah satu masalah yang besar atau remeh..tapi ana rasa tak tahan kalau masuk kelas lecturer ana ini..ana da pernah dengar dia ini seorang 'Freethinker'...tapi tak berapa pasti..iyalah kita mesti selidik dulu..betul ke tak kan...?

Nak dipendekkan cerita..ditakdirkan semester ini ana dapat kelas lecturer ini..mula-mula masuk kelas beliau ana excited juga nak belajar..yelah azam awal semester nak skor yang terbaik..tapi bila memandangkan sikap lecturer ini yang slalo meng'confusekan' student dari segi agama...sangat berbahaya..macam-macam dia suruh kita fikir..ada jugalah sampai disebut yang bangsa melayu ini tak maju dalam bisnes sebab tak pandai maen judi..dan juga dia katakan kalau org perempuan, takkan maju..contoh:kalau tak nak bersalam dengan lelaki..kita yang perempuan ini takkan maju ke mana-mana pun...apa kaitan??paham tak apa ana cerita ni..??

ana taktaula..ada sekali hari itu..dia aim ana dalam kelas..lepas itu dia tanya.."awak percaya dengan syaitan?" ana sekadar mengangguk...tapi balasannya..dia kata..syaitan itu tak wujud...katanya buat apa panggil ustaz2 kalau org kena rasuk??itu semua masalah diri sendiri sebab kes2 frust atau stress..tak ada syaitan2 ini..

bagaimana nak handle lecturer macam ini ek..ana rasa nak marah saja time klaz itu..tapi sebabnya lecturer ni antara org tertinggi kat kampus ni..dari cerita2 senior..lecturer ini tak ada siapa lagi berani nak buat aduan..kalau ada pun..mybe takkan diambil apa-apa tindakan..lagipun..dia seorang saja mengajar subjek ana ini...huhu..kalau ana fight dengan dia, silap-silap; mahu nya dia terus failkan ana...

ana risau lah..ana takut..kawan-kawan ana dan ana sendiri terpengaruh dengan kata-kata dia...Ya Allah..Nauzubillah lah..Tapi nampak gayala macam dia itu nak berdakwah dengan klaz kami pasal freethinker itu..terlalu open sangat...

adakah patot ana berdiam diri ek?
ada ke lecturer macam ini kat IPTA/IPTS lain ek?



Saya pernah bedepan dengn orangs ebegini, dan dia adalah mulsim. Bezanya, dia bbukan seorang lecturer, tetapi seorang DOKTOR PAKAR.

Baginya tiada jin dan syaitan atau rasuk merasuk, itu semua hanya masalah psikologi yang tiada akhirannya.

Baik, persoalan pembuka thread ialah mengenai bagaimana nak menghandle lecturer tersebut. dan saya rasa dah banyak pendapat sahabat-sahabat lain bagi bagaiman anak handle dia melalui diri kita sendiri.

Cuma saya tertarik kepada beberapa persoalan dia.

(a) Syaitan itu tidak wujud
next time, tanya dia balik kalau dia tanya dan kata syiatan tak wujud. Apakah bukti syaitan tidak wujud. mungkin dia akan bertanya kembali kepada kita semula, apakah bukti syaitan itu wujud? dan pada masa itu boleh bertanya kembali kepadanya: apakah bukti angin itu wujud?

(b) Orang kena rasuk tak payah panggil ustaz (mugkin dia kata mustahil dapat halau syaitan?)
Tanya kat dia balik...apakah bukti mata encik (lecturer itu) dapat melihat dan lidah encik dapat merasa? mungkin apa yang encik lihat dan rasa tak sama dengan saya. Orang cantik bagi saya, encik kata tak cantik dan hodoh. Kenapa jadi macam tu? macam tu jugak manusia, ada yang orang lain dapat rasa dan dia tak dapat rasa.

(c) Menenai orang islam tidak maju sebab main judi
Yang ni paling lawak...cuba beri senarai orang yang berjaya sebab judi? saya rasa kita boleh bagi 1000x ganda nama orang yang sengsara sebab judi.


Pengalaman peribadi:

Saya pernah juga hampir fail dalam satu subject saya. Lecturer saya pernah duduk di singapore hampir sepuluh tahu, dan dia adalah chinese yang kuat pegangan kristiannya. Dalam dua subjek gabungan yang saya ambil, untuk 9 jam kredit, dia memberikan saya gred C. Dan merundumlah pointer saya turun. Kenapa alasannya? just because, katanya 'YOU ARE A MUSLIM'.

So, anda boleh pikirlah kalau anda fail subjek dia macam mana, tetapi kalau sahabat2 anda fail agama dan akidah mereka? mana lebih aula?

Boleh berhujjah dengan dia, tetapi dengan cara dan kaedahtertentu. kalau tak mampu, cari orang yang mampu.


Allahu'alam

ps: 9 hour kredit tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 06:38


Salam,

Hmm, kalau terdesak dan tak ada ke'ADIL'an..
Aku cadangkan hang buat memorandum bantahan.
Lepas tu minta sain ramai-ramai.. hantar ke Dekan terus..
Nak power lagi hantar ke Naib Canselor..

Tapi risiko kena berani tanggung lah.

Dulu pun aku pernah buat dengan beberapa sokongan kawan.
Memang kena warning dengan jabatan sampai dengar BPR nak masuk kalau ada memorandum kali kedua..
Hehehheehe..

Ceritanya begini,
Dulu ada seorang Prof killer.. Kuliah aku cuma 4 org saja lulus, 2 org C dan 2 org lagi D. Prof ini saja satu-satunya subjek mengajar di Universiti dan dengar2 dia pernah dapat gelaran pelajar Melayu Genius di Oxford zaman dia belajar sana.. Wallahua'lam.

Masalahnya student tak mampu dan tak semua genius.. termasuk lah aku yang failed subjek ni. Daripada cerita senior2 pun dah tau kisah Prof Killer ini... jangan harap nak lulus. Selalunya failed, bila repeat kali kedua baru ada harapan lulus.. Stailnya begitu.

Alhamdulillah. Aku dapat kumpul 68 tandatangan termasuk Melayu, Cina dan India.. Alhamdulillah, hampir satu kuliah walaupun ada yang tak setuju.
Kemudian tandatangan dan surat rasmi tu dibawa oleh kawan aku yang failed juga tapi pointer masih maintain 3.5.. bawa ke Dekan.

Alhamdulillah, kali kedua repeat bukan dengan lecturer tersebut..

Alhamdulillah.

Begitulah pengalamanku dulu-dulu..

Terdesak buat memorandum.. hehehhehe..

Alhamdulillah berkesan tapi berisiko.. ;-)




Wallahua'lam.


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

mrbr_2001
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22604
Posting: 169
Dari: Subang Jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 10:41


kasi report kat pihak U saja... tak pun kat jakim

Bookmark and Share

    


  Member Information For mrbr_2001Profil   Hantar PM kepada mrbr_2001   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 15:37


syuqran antum2 semua...

mengenai tak percyakn kewujudan syaitan itu..ana rasa Allah dah pun berfirman dalam Quran. yang ilmu manusia pasal hal-hal ghaib ini hanya sedikit yang kita tahu...tapi ilmu Allah...Masya Allah...sangat meluas..tiada tandingnye...hanya Allah yang tahu...

Cuba refer Surah Al Isra' ayat 85 (17:85)
-Dan mereka bertanya kpdmu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah,"Ruh itu termsuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit."-

hmm..tentang nak bawa ke peringkat atasan itu memang banyak risiko..hmm..kena jugak bercakap kalau lecturer itu keterlaluan..

syuqran atas pandangan semua..

p/s:perbetulkan kalau ada silap..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 15:45


buat tak tahu saja,kalau dia melampau dr segi soal agama baru lah kita lawan tapi lawan yang sboleh2nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 16:00


Assalamualaikum... sukar juga kalau ana ada dalam situasi begitu. Alhamdulillah lecturer ana yang beragama Islam kuat pegangan agama. Kalau kelas start time solat, mereka akan extendkan hingga 15 min atau 30 min baru mula kelas. Menjawab soalan ukhti nadeeya tadi, ana rasa memang kita tak boleh buat apa-apa pada lecturer 2. kita bakal difailkan kalau menentang dia keras2 atau menyinggung dia. Tapi apa yang boleh kita lakukan semestinya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Kuatkan dalaman kita. Teguhkan iman kita. Kita doakan mudah2han lecturer 2 dapat hidayah daripada Allah. Supaya dia tak ragu2 lagi dengan kekuasaan Allah dan perintah Allah serta perkara2 yang telah tersurat dalam Al-Quran.

:-).

:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 01:00


Pada 08-02-08 16:00 , maestra_dila posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum... sukar juga kalau ana ada dalam situasi begitu. Alhamdulillah lecturer ana yang beragama Islam kuat pegangan agama. Kalau kelas start time solat, mereka akan extendkan hingga 15 min atau 30 min baru mula kelas. Menjawab soalan ukhti nadeeya tadi, ana rasa memang kita tak boleh buat apa-apa pada lecturer 2. kita bakal difailkan kalau menentang dia keras2 atau menyinggung dia. Tapi apa yang boleh kita lakukan semestinya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Kuatkan dalaman kita. Teguhkan iman kita. Kita doakan mudah2han lecturer 2 dapat hidayah daripada Allah. Supaya dia tak ragu2 lagi dengan kekuasaan Allah dan perintah Allah serta perkara2 yang telah tersurat dalam Al-Quran.

:-).

:bunga:


syuqran atas pandangan ukhti...ana baru rujuk pada lecturer2 di sini..doakan mudahan ada perubahan


-----------------
"Amanah bukan HAKMILIK tapi...
adalah ANUGERAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 05:21


Hati-hati kalau Melayu Singaporean kerana di Singapore ada Persatuan Melayu Kristian.

Dan syaiton pula menurut Al Quran ada lah musuh utama manusia yang beriman.

Harap anakanda nadeeya buat complain tanpa letak nama sebenar kepada Bahagian Hal Ehwal Agama Islam IPT tempat anakanda. Sekiranya boleh 'tapekan' apa yang pensyarah tu cakap dalam kelas dan kirimkan kepada pihak berkenaan sebagai bukti.

Cepat bertindak akan menyelamatkan aqidah rakan-rakan Islam yang lain terutama yang masih lemah imannya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 14-02-08 17:52


Pada 14-02-08 05:21 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Hati-hati kalau Melayu Singaporean kerana di Singapore ada Persatuan Melayu Kristian.

Dan syaiton pula menurut Al Quran ada lah musuh utama manusia yang beriman.

Harap anakanda nadeeya buat complain tanpa letak nama sebenar kepada Bahagian Hal Ehwal Agama Islam IPT tempat anakanda. Sekiranya boleh 'tapekan' apa yang pensyarah tu cakap dalam kelas dan kirimkan kepada pihak berkenaan sebagai bukti.

Cepat bertindak akan menyelamatkan aqidah rakan-rakan Islam yang lain terutama yang masih lemah imannya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


iyakah ummimq kat spore ada persatuan melayu kristian...tak pernah dengar pun...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 21:04


Ada. Tanyalah dengan sedara mara dari Singapore ataupun anak ukhwah dari Singapore.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.316105 saat. Lajunya....