Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 169
Ahli: 0
Jumlah: 169




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Ibnu Sina, Menyelamatkan Perut Raja


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Ibnu Sina, Menyelamatkan Perut Raja

Please Mendaftar To Post


Oleh Ibnu Sina, Menyelamatkan Perut Raja

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 14:09


/

Ibnu Sina adalah seorang ilmuwan Islam di abad pertengahan yang mempunyai banyak kepakaran. Di Barat, beliau dikenal sebagai Avicenna dan karya-karyanya sangat digemari di sana.

Ibnu Sina dilahirkan di Isfahan pada bulan safar tahun 370 Hijrah/980 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abu Ali Al-Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Ketika berusia sepuluh tahun, Ibnu Sina telah hafal ayat-ayat suci Al-Quran dan menguasai ilmu Al-Quran beserta berbagai ilmu lainnya ketika berusia belum sampai tujuh belas tahun.

Belajar Sendiri

Ibnu Sina sudah menguasai ilmu tafsir dan usuludin ketika berusia sepuluh tahun lagi. Kemudian beliau mentelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Kecerdasannya semakin tampak apabila beliau sering kali menyelesaikan persoalan yang tidak dapat diselesaikan oleh gurunya. Setelah berusia 16 tahun, beliau mula belajar sendiri. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik.

Gurunya yang pertama adalah bapanya sendiri, seorang alim, Abdullah Natalia. Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada seorang kristian yang bernama Isa bin Yahya. Sebelum usianya mencecah 17 tahun nama beliau telah terkenal sebagai seorang tabib.

Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang pengembara. Setelah kematian ayahnya ia mulai berkelana, menyebarkan ilmu dan mencari ilmu yang baru. Tempat pertama yang menjadi tujuannya setelah hari duka itu adalah Jurjan, sebuah kota di Timur Tengah. Di sinilah ia bertemu dengan seorang sasterawan dan ulama besar Abu Raihan Al-Biruni. Al-Biruni adalah guru baru dengan ilmu yang baru pula bagi Ibnu Sina.

Setelah Jurjan dan Al Biruni, tidak lama Ibnu Sina melanjutkan lagi pengembaraannya. Rayy dan Hamadan adalah kota selanjutnya, sebuah kota dimana karyanya yang terkenal Al-Qanun Fi Al-Tibb mulai dituliskan. Di tempat ini pula Ibnu Sina banyak berjasa, terutama pada raja Hamadan. Seakan tak pernah lelah, ia melanjutkan lagi pengembaraannya, kali ini daerah Iran menjadi tujuannya. Di sepanjang jalan yang dilaluinya itu, banyak lahir karya-karya besar yang memberikan manfaat besar pada dunia ilmu kedoktoran khususnya.

Ketua Segala Doktor

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau menyembuhkan Raja Nuh bin Mansur, pemerintah kerajaan Samaniyah. Sejak itu, beliau dilantik menjadi doktor istana. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Suktan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya.

Oleh sebab keahliannya, Ibnu Sina digelar 'al-Syeikh al-ra'is' (guru para raja). Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar 'pengeran para doktor' dan 'raja ubat'. Dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran.

Menyelamatkan Perut Raja

Otak Ibnu Sina sangat luar biasa, setiap ilmu yang dipelajarinya lekat dalam fikirannya. Dalam usia yang masih remaja, dia telah menguasai ilmu tafsir, perubatan, falsafah, logika, matematik, astronomi, muzik dan lain-lain.

Diceritakan bahawa pada suatu ketika Raja Nuh bin Mansur dari Bukhara dtimpa sakit perut yang sangat parah. Berbagai doktor telah datang mengubatinya, tapi tak seorang pun yang dapat mengurangkan kesakitan sang raja. Baginda semakin meraung dan penyakitnya semakin teruk. Akhirnya si raja yang sudah berada dalam keadaan sangat kritis itu hanya dapat berbaring saja sambil menunggu saat-saat kedatangan malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya.

Tiba-tiba seorang pemuda dalam lingkungan usia 17 tahun yang sedang merayau-rayau di sekitar istana dibawa masuk oleh para pengawal dan terus dimasukkan ke dalam bilik raja yang sedang nyawa-nyawa ikan. Semua yang hadir terdiri para pembesar Negara, bangsawan, orang-orang berpangkat, doctor-doktor pakar, cendikiawan dan ulama merasa hairan melihat seorang pemuda terburu-buru dibawa masuk ke tempat ekslusif dan mewah itu. Ternyata pemuda itu dapat menyembuhkan perut raja yang sudah tidak dapat diubat oleh para doktor pakar lainnya dalam masa yang tidak lama. Semua yang hadir menjadi hairan. Pemuda itu adalah Ibnu SIna yang berpraktik sebagai doktor.

Raja telah menawarkan wang seberapa banyak yang diminta kepada Ibnu Sina sebagai imbalan perkhidmatannya itu, tapi beliau hanya minta diberi kebenaran untuk menggunakan perpustakaan istana raja saja. Raja pun memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada doctor muda itu. Di sanalah Ibnu Sina berenang di lautan ilmu yang tiada bertepi, berbagai buku telah dibacanya. Beliau berkata:

“Saya pergi ke sana (ke perpustakaan) dan menemukan beberapa bilik yang penuh dengan buku yang dikemas di dalam peti. Kemudian saya membaca catalog para pengarang purba itu dan saya mendapatkan semua yang saya inginkan. Saya banyak menemukan tajuk buku yang tidak diketahui oleh orang, juga buku-buku yang belum pernah saya lihat sebelumnya.”

Ibnu Khallikan menulis bahawa apabila Ibnu Sina telah menguasai ilmu dari kitab-kitab purba itu, khazanah raja yang sangat berharga itu pun terbakar. Mak hanya Ibnu Sinalah satu-satunya orang pada zamannya yang menguasai ilmu-ilmu tersebut. Ada pula yang mengatakan bahawa Ibnu Sina sengaja membiarkan perpustakaan itu terbakar dengan tujuan agar hanya beliau seoranglah yang mengetahui ilmu-ilmu di dalam kitab-kitab lama itu, yang kemudian dinisbatkan kepada dirinya sendiri dalam kitab-kitab karangannya. Wallahua’lam.

Walaubagaimanapun, Ibnu Sina yang memang berotak cemerlang itu menjadi seorang ilmuwan agung yang tiada tolok bandingnya pada zamannya. Beliau menjadi doktor pakar dan mulai menulis berbagai buku ketika berusia dua puluh satu tahun.

Menemukan Teori Peredaran Darah

Beliau adalah orang yang pertama yang berjaya melakukan pengubatan terhadap beberapa penyakit seperti miningitis (radang selaput otak). Beliau juga merupakan orang yang pertama yang menemukan teori peredaran darah manusia, 600 tahun lebih awal daripada penemuan Willian Harvey.

Di dalam bidang falsafah, beliau juga dianggap sebagai seorang yang agung. Sebagai seorang muslim, falsafah-falsafah beliau berlainan sekali dengan falsafah-falsafah golongan yang telah rosak akhlaknya. Adalah diriwayatkan jikalau beliau berhadapan dengan masalah yang berat untuk difikirkan dan diselesaikan, beliau akan mengambil wudhuk sembahyang dan berdoa kepada Allah.

Karya-Karyanya

Setiap hari beliau menulis tidak kurang dari lima puluh muka surat dan selama hidupnya telah menghasilkan buku sebanyak 238 buku dan risalah. Sebahagian di antaranya terdiri dari beberapa jilid dan besar-besar. Karyanya bertajuk Al-Qanun Fi Al-Tibb (Undang-Undang Perubatan) merupakan karya raksasa yang abadi, terdiri dalam lima jilid dan membahaskan 760 jenis ubat. Di Barat, buku ini disebut Canon of Medicine dan menjadi rujukan utama dibeberapa fakulti perubatan di Eropah dan juga di China. Karya abadi lainnya adalah Al-Isyarah wa Al-Tanbihat dalam bidang falsafah mengenai ketuhanan dan kemurnian hidup.

Antara karyanya yang lain:

1. Shifa' - Sebuah ensiklopedia dalam ilmu falsafah yang terdiri daripada 18 jilid. Tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair. Beliau mengambil masa 20 bulan untuk mengarang buku ini.
2. Nafat - Buku ini adalah ringkasan buku Shifa'.
3. Sadidiyya - Berkaitan dengan ilmu kedoktoran dan mengandungi lima jilid.
4. Al-rasa'il - Tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi
5. Risalah Al-'Isyqa - Tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan.
6. Al-Musiqa - Berhubung dengan ilmu muzik.
7. Al-Mantiq.
8. Qamus al-'Arabi.

Penyakit Seorang Doktor Pakar & Wafatnya

Walaupun Ibnu Sina seorang doktor pakar khususnya dalam masalah penyakit perut, namun beliau selalu mengabaikan kesihatannya sendiri kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya. Setiap hari beliau melengkapi karya-karyanya yang belum selesai, pergi ke sana sini untuk mengadakan pengkajian dan mengubat pesakit, di samping keasyikannya pada politik. Memang beliau juga seorang penasihat politik yang ulung.

Akibat terlalu letih dan memaksa diri, kesihatan Ibnu Sina menurun dari sehari ke sehari. Namun demikian beliau masih tetap meneruskan penulisannya yang belum selesai walau dalam keadaan uzur. Sampai masanya, beliau sendiri dilanda sakit perut dan berusaha untuk mengubatinya, tapi mungkin dengan cara yang berlebihan sehingga penyakitnya bertambah parah.

Diceritakan pula bahawa beliau terlalu banyak minum dan jimak sehingga mengakibatkan tubuhnya menjadi lemah.Teman-temannya menasihatinya tentang kesihatannya, tapi beliau tidak mengindahkannya. Dalam keadaan sakit, beliau telah memasukkan ubat ke dalam dirinya sendiri sehingga lapan kali sehari. Akibatnya, kulitnya terluka dan perutnya sakit. Ditambah lagi kerana pembantunya sengaja memasukkan candu yang banyak ke dalam uabtnya agar beliau binasa. Ini kerana si pembantu tersebut telah mengkhianatinya, jadi takut kalau Ibnu Sina sembuh dari penyakitnya, beliau akan menghukumnya.

Apabila menyedari penyakitnya sudah tidak boleh disembuhkan lagi, Ibnu Sina menyerah dan bertawakal kepada Allah, bersedia untuk bertemu Tuhannya. Beliau membersihkan dirinya, bertaubat dan menumpukan perhatiannya kepada Allah sepenuhnya.

Semua harta kekayaannya disedekahkannya kepada fakir miskin dan yang berhak menerimanya. Beliau memohon maaf kepada semua orang yang merasa pernah tersakiti olehnya. Pada saat terakhir dari kehidupannya, beliau hanya mengerjakan solat, bertaubat dan terus-menerus membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali sehingga malaikat Izrail datang mengambil nyawanya. Beliau wafat pada hari Jumaat bulan Ramadan tahun 428 Hijrah/1037 Masihi di Hamadan dalam usia 57 tahun.

Kata-Kata Ibnu Sina

- Orang yang arif itu berani, bagaimana ia tidak berani, kerana cintanya akan kebenaran telah menyebabkan diri tidak takut mati.

- Aku pulang ke rumah dan meletakkan lampu di hadapanku, lalu terus membaca dan mengarang. Bila rasa mengantuk itu sangat mendesak, atau badanku terasa letih sekali, maka akupun minum secangkir hingga timbul kembali kesegaranku dan aku teruskan membaca lagi. Tetapi jika mengantuk tak tertahankan. Aku lalu tidur dan biasanya aku bermimpi tentang soal-soal yang belum selesai dalam fikiranku. Di dalam mimpi itu, kebanyakan soal-soal itu biasanya menjadi terang masalahnya.

Rujukan:
- Ensiklopedia Para Wali Jilid 7 susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar
- Mengenali Tokoh-Tokoh Islam terbitan PKPIM
- Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar terbitan Era Visi dan Yadim

Dari:
http://tamanulama.blogspot.com/2008/01/ibnu-sina-menyelamatkan-perut-raja.html


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 03:21


http://puskat.psikologi.ui.edu/index.php/Tokoh-Dunia/Ibnu-Sina-avicenna-Bapak-Kedokteran-Modern.html


Hebat benar beliau yaa... tawadhu, fotonya terlihat ekspresi manusia yang murah hati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-08 09:21


:-) Setuju ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 07-11-08 14:30


ini lah kehebatan manusia bernama islam...sangat berilmu dan berpengetahuan.terima kasih untuk info berguna ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108065 saat. Lajunya....