Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-08-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: NurLiyanaNajwa
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43095

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
budakbesar: 1 hari, 18 jam, 25 minit yang lalu
azemi: 5 hari yang lalu
Firdaus15: 12 hari yang lalu
NurLiyanaNajwa: 15 hari yang lalu
secureofficemovers: 16 hari yang lalu
Naqiu: 22 hari yang lalu
nawfaa79: 23 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 25 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Jangan Lupa Bapa Anda


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Jangan Lupa Bapa Anda

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan Lupa Bapa Anda

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 16-01-08 13:41


Salam kepada semua,

System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik. Aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis.

Semalam. Aku stay back macam biasa untuk habiskan kerja. tengah duduk lepak-lepak berhenti rehat sekejap, datang seorang pak gad ini. Indian age dalam 50+ tapi still kuat sebab dia dulu secret service untuk kerajaan Sarawak. Body guard aa kira. Dia pun maybe tengah boring sebab kami mereka saja yang ada kat floor ini. Dia datang borak - and aku layan lah macam biasa. Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. Kenapa pula ini?) Then aku cakap lah, adalah sikit-sikit lepas untuk diri sendiri and family. (takut juga dia nak pow ke or minta duit ke...)

Then dia tanya, ada bagi kat mak aku budak.. aku kata lah
ada... bapak? (aku diam kejap sebab aku memang tak beri kat bapak aku - aku only beri kat mak aku and assuming dia sebagai finance minister akan distribute lah duit-duit tu ke mana-mana channel yang sepatutnya). Then dia tanya lagi. Aku pun slowwwww saja jawab... tak. Dia pun cakap Kenapa tak and aku pun explain lah why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u beri sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sebagai bapak aaa, bila
anak beri saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain." aku pun dengar saja lah... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia beri duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pun aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam lah..." Aku pun teros tingat kat bapak aku.

Though dia masih ada and still makan duit pencen. Aku terpikir yang aku tak pernah beri duit direk kat dia. Dan tiba-tiba aku pun sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu beri duit kat aku masa aku belajar. sekarang aku dah kerja dan dia tak, Kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yang aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tengok kat mata aku and cakap "u beri u punya mak, lain cerita. tapi kalau u beri u punya bapak wang aaa.. dia mesti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tidur. U ada wang, u beri lah sama u punya bapak
direk. Nanti u tengok apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 sudah cukup."

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sebab tingat kan kesilapan aku dan gembira sebab aku dapat dua pengajaran dekat sinih. yang pertama, walau siapa pun kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita. Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak,
sedikit pun tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.

Bookmark and Share

  


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

arebie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 13:46


mm cuba jadi anak yang tak berat sebelah.. maybe da ada income sdiri selepas ini nak pastikan kedua-duanya nya dapat bahagian..insyaAllah    :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

  


  Member Information For arebieProfil   Hantar PM kepada arebie   Quote dan BalasQuote

nur_namia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 13:47


betul lah..most of us bagi mak saja kan...tak pernah nak direct bagi ayah kita kan...oleh itu mula dr sekarang bagi lah juga kat ayah k...dan jangan pulak lupa kat mak kita k...

Bookmark and Share

  


  Member Information For nur_namiaProfil   Hantar PM kepada nur_namia   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-01-08 14:26


Alhamdulillah, setiap bulan saya akan bagi sama rata pada mak abah. kadang-kadang saya bagi abah lebih sebab saya tahu, dia banyak belanja untuk keperluan rumah. nak beli lauk pauk lagi, bayar duit rumah lagi, kereta,... so, tak salah saya nak ringankan beban dia dengan bagi lebih sikit pada dia

Bookmark and Share

  


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 14:36


sedih pula bila terbaca cerita hafeezul ni...
Baguih...
Teringat pula kat abah wlp dah 10 tahun xjumpe....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

  


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

alawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24416
Posting: 122
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 16-01-08 14:41


sedih lah...
kenapa yekh...ayah mesti di lupakan....

Bookmark and Share

  


  Member Information For alawiyahProfil   Hantar PM kepada alawiyah   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 14:45


betul lah..saya insaf..
saya pun tak pernah bagi duit kat abah
tiap-tiap bulan bagi kat mak saja..
terima kasih en hafeezzul

Bookmark and Share

  


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 15:23


salam.....

hm...dulu-dulu...cita-cita saya besar...dapat gaji 1st nak bagi ayah rasa duit itu..nak tengok dia senyum.... :-) ...nak belikan barang-barang yang dia suka..& teringin nak dapat tapi tak pernah dapat...( sebab saya anak ayah...:-) )

tapi sekarang.......tak boleh nak buat...

3tahun lepas ayah meninggal..& saya xsempat nak beri semua itu..
:-(

so.....untuk semua yang still ada ayah itu...bahagiakan lah dia selagi ada kesempatan....

al-fatihah buat allahyarham ayahanda tersayang.. Abdullah b. Abd.Hamid..


-----------------
'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'


Bookmark and Share

  


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 16-01-08 15:26


Assalamualaikum
saya masih ada ayah....hmm...terasa jugak..kengkadang rasa macam tak menghargai..... :cry:



Bookmark and Share

  


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

simple_NAH
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 15:36


saya pun bagi kat mak saja tiap-tiap bulan dengan anggapan yang sama seperti hafeezul...bila baca topik ni timbul rasa ragu pula, andai kata perasaan ayah saya same macam uncle tu...

?????????????

Bookmark and Share

  


  Member Information For simple_NAHProfil   Hantar PM kepada simple_NAH   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 16:17


Pada 16-01-08 15:36 , simple_NAH posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun bagi kat mak saja tiap-tiap bulan dengan anggapan yang sama seperti hafeezul...bila baca topik ni timbul rasa ragu pula, andai kata perasaan ayah saya same macam uncle tu...

?????????????


tak banyak..sikit pasti sama..sebab abang saya dulu pun pernah pesan begitu..kisahnya lebih kurang sama..dulu dia sebagai anak, sekarang dia da jadi ayah kepada seorang anak kecil..dia kata da jadi ayah ni baru tau bagaimana prasaan seorang ayah..nko nanti da kerja jangan lupa bagi duit kat bapa juga..mesti dia rasa gembira..

so saya branggapan, sedikitr sbnyk perasan mereka yang bgelar ayah ni sama..macam ibu juga..cuma saya pula tak sempat nak berbakti pada ayah...dia da pergi mgadap Ilahi bbrapa tahun sebelum saya bekerja..doakan saja lah


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

  


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

sofya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.06.2007
Ahli No: 30381
Posting: 156
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 20:42


rindunya dengan arwah ayah...
kami adik beradik rasa terkilan sebab arwah
ayah tak sempat nak merasa sedikit hasil daripada pengorbanannya terhadap kami...terlalu banyak pengorbanannya untuk kehidupan anak2..

Bookmark and Share

  


  Member Information For sofyaProfil   Hantar PM kepada sofya   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 16-01-08 21:31


Pada 16-01-08 15:36 , simple_NAH posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun bagi kat mak saja tiap-tiap bulan dengan anggapan yang sama seperti hafeezul...bila baca topik ni timbul rasa ragu pula, andai kata perasaan ayah saya same macam uncle tu...

?????????????


Pls take noticed that this topic is 'copy and paste'. So definately i'm not the author. It is belong to someone whom I didn't know. For those who have the sensitivity,feel free to absorb this articel into your heart.

----------------------------------------
Sharing is Caring

Bookmark and Share

  


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 17-01-08 06:14


insya allah..akan dtang kalau dah ada income sendiri...mesti beri kat abah dulu...

Bookmark and Share

  


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

simple_NAH
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 08:44


Posting pada: 16-01-08 21:31

Pls take noticed that this topic is 'copy and paste'. So definately i'm not the author. It is belong to someone whom I didn't know. For those who have the sensitivity,feel free to absorb this articel into your heart.

----------------------------------------
Sharing is Caring


actually...thankz 4 that valuable article

Bookmark and Share

  


  Member Information For simple_NAHProfil   Hantar PM kepada simple_NAH   Quote dan BalasQuote

Nadiena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 08:47


Teringat masa first time dapat gaji pertama,saya bagi duit kat mak dan juga ayah,saya rasa seronak dapat bagi kepada mereka walaupun sedikit...

Apa yang saya rasa terharu sangat ialah, apabila ayah saya telah pergi untuk selamanya april last year..then one day saya dan mak kemas2 barang arwah ayah..saya jumpa satu kertas yang telah terlipas cantik dalam brifcase ayah, saya buka kertas itu rupanya ayah saya potostet duit not 100 , saya tanya mak, Kenapa ayah fotestet duit ini...mak kata duit yang ayah potostet itulah duit pertama yang saya beri kat ayah dari first gaji saya dulu (lebih kurang 10 tahun yang lalu)..ayah saya simpan untuk kenangan dia..

Tapi sekarang..duit kertas potostet ayah itu jadi kenangan saya yang paling mengharukan sampai sekarang...YA Allah, Tabah hatiku..sesungguhnya aku terlalu sayangkan ayah...



Bookmark and Share

  


  Member Information For NadienaProfil   Hantar PM kepada Nadiena   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-01-08 09:12


memang selalu bagi kat mak tiap-tiap bulan..sebab mak yang akan beli keperluan kat rumah.
bagi kat abah masa raya saja rsnye..
tapi kalau balik kg, memang akan kuarkan duit beli barang untuk abah..tak pun kalau suruh abah beli barang dan duit tu banyak lebih, memang tak minta..akan bagi terus kat abah.Terpikir pulak bila hafeezel kata begitu, InsyaAllah akan bagi kat abah jugak lepas-lepas ni.

Bookmark and Share

  


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-08 09:01


ditujukan khas untuk ayah atikah dan sesiapa yang bergelar ayah atau bakal menjadi ayah... untuk anak ayah pun boleh juga...


Sentuhanmu

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera


Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


-----------------



Bookmark and Share

  


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 20:33


dua-dua berharga buat kita..tak ada mak,tak ada ayah maknanya tak ada lah kita kat dunia ni..
mak melahirkan,jaga kita..ayah keluar cari rezeki bagi kita makan,bagi kita sekolah,duet belanja dan sebagainya..
so hargailah kedua duanya selagi downg ada..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

  


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 21:07


Assalamualaikum
hmm sedihnya bila baca topik ini.teringat pada arwah ayah ana yang mnggal sebab kemalangan pada tahun 2005.ana bakal grad tahun ini tapi arwah ayah tak ada untuk saksikan kejayaan ana.huhu.apa-apa pun ana akan truskn berjuang dalam bidang yang ana minati sebab arwah ayah yang bagi sokongan selama ini.bagi yang masih punya ayah hargailah masa2 yang anda ada bersamanya kerana kita tak tahu bila lagi waktu yang kita ada untuk bersama dgnnnya lagi... :cry:

Bookmark and Share

  


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 01:39


insyaallah yang mana dah pergi tu akan bersua kembali selamanya di akhirat KELAK.. doa-doalah...

saya pun tak sempat beri gaji pertama pada arwah ayah..sebab dia meninggal waktu saya pmr..

jadi sedekah lah sesuatu JARIAH bagi dia dari kita.... sebagai tanda kasih kita tu..

dan ibu yang masih ada..jangan lupakan... =)

Bookmark and Share

  


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom

uk  


posticon Posting pada: 31-03-08 05:03


salam..

huhu..menitis air mata ana baca topic ni..ana belum kerja..xbr pula rasanya nak grad dan bagi gaji pertama ana pada umi dan ayah..rindunya pada mereka (sebab study jauh..huhu)..pada yang jumpa mak ayah selalu tu, hargai peluang anda bersama mereka sebab ajal maut kita tak tahu bila masanya..terima kasih pada akh yang post article ni..jazakallahu khayran~

Bookmark and Share

  


  Member Information For srikandi_86Profil   Hantar PM kepada srikandi_86   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 09:05


sedih, sangat cerita hafeezul ni...
tapi saya tak ada ayah.... :cry:

Bookmark and Share

  


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 31-03-08 09:10


salam..sedihnya :( i just have my father now..everything he did 4 me, deep in my heart, i really appreciate it..tapi sayang,saya jenis kurang mesra dengan ayah..yerla, adik beradik semua perempuan, dengan ayah sendiri pun segan..dahlah tak sempat nak berbakti kat mak.ni tinggal ayah saja..tapi memang selalu dalam hati ni, nak bahagiakan ayah..dah puas dia bersusah payah selama ni..i love u ayah

Bookmark and Share

  


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

hudahaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2008
Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia

south_korea  


posticon Posting pada: 31-03-08 09:31


cerita yang bagus..insya allah saya ingat..tak sabar rasa nya nak ada duit sendiri..bukan apa..Sekadar nak tlg2 ringan kan beban ayah yang kerja seorang-seorang...

Bookmark and Share

  


  Member Information For hudahaidaProfil   Hantar PM kepada hudahaida   Quote dan BalasQuote

nurussyifa
Warga Rasmi
Menyertai: 18.06.2006
Ahli No: 24866
Posting: 15
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 10:17


tak tahu lah student lagi.... tapi kalau beli hadiah sama saja.... dan insyaAllah kalau dah kerja pun sama.... tapi tengok kepada keperluan parent.... mungkin lebih mungkin kurang.... :bunga: :bunga: :bunga: :-)


-----------------
www.bio-asli.com/?id=annsyifa


Bookmark and Share

  


  Member Information For nurussyifaProfil   Hantar PM kepada nurussyifa   Pergi ke nurussyifa's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 31-03-08 10:32


ummu terkesan dengan cerita nadiena

!!! QUOTE !!!

saya jumpa satu kertas yang telah terlipas cantik dalam brifcase ayah, saya buka kertas itu rupanya ayah saya potostet duit not 100 , saya tanya mak, Kenapa ayah fotestet duit ini...mak kata duit yang ayah potostet itulah duit pertama yang saya beri kat ayah dari first gaji saya dulu (lebih kurang 10 tahun yang lalu)..ayah saya simpan untuk kenangan dia..


terharunya..rasa nak menitik airmata ni..



Bookmark and Share

  


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 31-03-08 10:43


teringat last week ayah ana merajuk dengan ana. waduhh...pening jadinya. orang-orang tua memang cepat sensitif. kena jaga hati mereka sebaik yang mungkin...



Bookmark and Share

  


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

az-zahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-04-08 17:51


assalamualaikum...

since saya belajar kat u, saya selalu belikan sesuatu untuk ayah dan untuk mak... sejak kerja 2004 saya beri duit asing2 untuk mak dan ayah.. lebih kat ayah sebab dia yang belanja duit rumah.. happy sangat dapat bagi kat mak dan ayah...

tapi sekarang ayah dah tak ada... masa tu syawal 1426 H (2005).. saya tak sempat kasi duit raya kat ayah... saya ingat bagi anak2 sedara dulu dan bagi ayah sebelum balik ke jb... takdir Allah, ayah pergi tinggakan kami pada pagi 3 syawal... memang saya terkilan...

sekarang saya bagi amount yang sama saya bagi pada ayah dulu dekat mak plus duit untuk dia.. tapi mak tak guna duit saya tu... mak simpan ... guna buat kenduri arwah sesekala dan bayarkan fidyah untuk ayah...

dulu masa ayah ada, kalau kakak kasi duit, dia tak guna semua, ayah pergi bayarkan pinjaman jpa kakak... duit saya bagi pula dia simpan sebahagian dan bayar duit muka kereta saya...

kami anak2 tak pernah minta dia buat begitu... sepertimana dia pun tak minta kami bagi dia duit...

sekarang saya hanya mampu hadiahkan bacaan Quran buat ayah... semoga rohnya dicucuri rahmat...

Bookmark and Share

  


  Member Information For az-zahraProfil   Hantar PM kepada az-zahra   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 10-04-08 11:47


thanq 4 sharing..emmm benda yang selalu kita terlepas pandang..terharu pulak rasa...memang Kalau hadiah pun selalu bagi sama rata saja kat abah and omi...dan duit pot sama,insyaAllah..:-)

Bookmark and Share

  


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

sabrina_umaira85
Warga Rasmi
Menyertai: 10.04.2008
Ahli No: 33168
Posting: 10
Dari: KB-selangor

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-04-08 14:59


bagaimana jika seorang ayah yang terlalu melebihkan kasihnya hanya terhadap anak perempuan..benarkah seorang ayah lebih mengasihi anak perempuan berbanding anak lelaki?selalu dipuji,sehinggakan si anak lelaki terasa dengan perbuatan itu?

Bookmark and Share

  


  Member Information For sabrina_umaira85Profil   Hantar PM kepada sabrina_umaira85   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133964 saat. Lajunya....