Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Calon isteri - Kecantikan bukan segalanya


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Calon isteri - Kecantikan bukan segalanya

Please Mendaftar To Post


Oleh Calon isteri - Kecantikan bukan segalanya

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-01-08 08:10


Oleh ROSLAH OTHMAN dan QAMARUL MUNIRAH SAID

SUKA kepada sesuatu yang cantik dan indah sememangnya menjadi sifat semula jadi manusia, malah bukan perkara menghairankan jika keadaan fizikal dan rupa paras seseorang wanita itu lebih menjadi tarikan utama kepada kaum lelaki dalam mencari pasangan hidup.

Jadi tidak hairanlah jika baru-baru ini timbul isu berhubung trend lelaki Malaysia yang semakin ramai memilih wanita Indonesia sebagai isteri kerana dikatakan rupa paras wanita di sana lebih menawan, cantik dan menggoda.

Trend tersebut seharusnya tidak harus menjadi penanda aras kepada kaum lelaki khususnya di negara ini dalam memilih calon isteri kerana sebuah rumah tangga dibina bukan bertiangkan kecantikan semata-mata, sebaliknya banyak aspek lain yang lebih penting dan menonjol untuk dijadikan sebagai inti kebahagiaan.

Ini persetujui sendiri oleh Mufti Negeri Perak, Datuk Harunsani Zakaria, yang menyifatkan kelemahan lelaki sememangnya mudah tunduk kepada sifat lemah lembut, gaya manja dan menawan kaum Hawa.

Memilih

Bagaimana pun kata beliau, cantik sahaja tidak mencukupi untuk seseorang itu melayari kemanisan berumah tangga dalam keadaan yang benar-benar diredai Allah Taala.

“Cantik tidak menjamin apa-apa kerana ia hanya bersifat sementara. Jika kaum lelaki meletakkan ciri tersebut sebagai perkara utama dalam memilih pasangan hidup sudah tentu pada akhirnya mereka akan diperbodohkan oleh pasangan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pensyarah Politik dan Polisi Awam Universiti Utara Malaysia(UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain, yang baru-baru ini menyatakan rupa paras menawan dan menggoda dikatakan punca wanita Indonesia menjadi pilihan lelaki Malaysia.

Bagi Harunsani, memilih wanita Indonesia atau tempatan sebagai pasangan hidup bukan merupakan isu besar, lebih penting bagi kaum lelaki adalah mencari calon isteri seperti yang disarankan dalam Islam.

“Islam sendiri menggariskan empat perkara yang perlu diambil kira ketika mencari calon isteri, iaitu, cantik, keturunan, harta dan agama. Jika memilih hanya mana-mana satu daripadanya sudah tentu rumah tangga tidak mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan seperti yang diharapkan,’’ ujarnya.

Menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan, Harunsani berpendapat, setiap orang dikurniakan cita rasa dan keinginan berbeza.

Nilai perseorangan atau dalam bahasa Arabnya, nisbi seseorang terhadap seseorang yang lain adalah berbeza-beza termasuk ketika membuat penilaian tentang cantik.

“Mungkin lelaki A menganggap wanita kurus lebih cantik dan seksi, berbeza pula lelaki B lebih melihat wanita bertubuh gempal itu lebih menawan,” ujarnya.

Menerangkan lebih lanjut mengenai keempat-empat ciri yang perlu ada pada diri calon isteri, Harunsani memberitahu sememangnya sesetengah orang menganggap untuk menemui seorang wanita yang mempunyai keempat-empat ciri tersebut adalah mustahil, tetapi jika berusaha ia boleh menjadi kenyataan.

“Memang tidak dinafikan bahawa cantik juga penting sebagai penenang kepada si suami, begitu juga keturunan kerana wanita yang baik dan patuh sudah tentu berupaya membina suasana rumah tangga yang diredai.

“Ini kerana merekalah yang bertanggungjawab melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

“Begitu jugalah jika memilih wanita berharta sekurang-kurangnya dapat meringankan beban si suami. Tetapi jika seseorang itu memilih wanita itu kerana agamanya, sudah tentu kehidupan lebih selamat dan menyempurnakan lagi kehidupan mereka sekeluarga,’’ ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Md. Nor berpendapat, cantik adalah perkara yang subjektif yang mana setiap orang mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam menafsir kecantikan.

Sebagai contoh, lelaki A mungkin menyatakan wanita yang langsing, cerah dan menawan itu adalah cantik tetapi tidak bagi lelaki B, yang mungkin menganggap cantik itu lahir dari hati yang bersih maka akan menzahirkan ciri-ciri kecantikan pada diri wanita itu.

Justeru katanya, pendapat yang menyatakan wanita tempatan tidak cantik, menawan dan tidak pandai menggoda, berbanding wanita Indonesia menyebabkan ramai memilih wanita dari negara jiran itu sebagai calon isteri, hanya pandangan peribadi dan bukan mewakili pendapat keseluruhan lelaki di negara ini.

“Kebanyakan lelaki memang menyukai wanita yang cantik, tetapi setiap lelaki itu mempunyai pandangan yang berbeza tentang pengertian cantik itu sendiri,” ujarnya yang juga seorang penceramah bebas.

Baginya, jika wanita luar dikatakan mempunyai kelebihan dari segi kecantikan, apa kurangnya bagi wanita tempatan bahkan mereka mempunyai banyak lagi sifat-sifat terpuji untuk dijadikan calon isteri termasuk bijak, lebih berdikari dan menghormati orang tua.

“Sejak kecil lagi, ibu bapa telah menerapkan ciri-ciri ketimuran dalam diri anak-anak mereka.

“Anak-anak ini dididik dan diasuh supaya apabila mereka berkahwin nanti, mereka boleh menjadi suri rumah tangga yang pandai memasak dan menguruskan hal ehwal rumah tangga,‘’ katanya.

Menurut Dr. Mariani, selain cantik dan menawan, saya percaya lelaki juga sukakan wanita yang bijak membawa diri, tidak terlalu bergantung pada orang lain, tidak suka merajuk dan tahu menghormati orang tua.

Beliau juga berpendapat, tidak semua perkahwinan dengan wanita luar berjalan lancar, bahkan mungkin lebih banyak halangan dan kesukarannya kerana faktor perbezaan budaya dan cara hidup.

“Di banding wanita luar seperti dari Indonesia, wanita kita juga tidak ada kurangnya. Mereka juga pandai mencantikkan diri dan menawan, tetapi lebih penting apa yang mereka lakukan untuk kepuasan diri dan bukan bertujuan untuk menggoda sesiapa,” katanya.

Begitupun, memang lumrah manusia cenderung lebih suka melihat yang jauh daripada yang ada di depan mata, kalau tidak masakan muncul peribahasa-peribahasa seperti ‘kuman di seberang laut nampak, tapi gajah di depan mata tak nampak’ atau ‘kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.’


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 12:43


jadi yang mana jadi pilihan?

yang utama adalah agamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-01-08 12:55


Jika agama bagus, cantik pulak tu, alangkah bertuahnya si suami... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-01-08 15:04


Salam..
bagi saya yang utama adalah agamanya..kcntikan,kekayaan dan keturunan tu adalah bonus :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

ukhwatul
Warga Rasmi
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28579
Posting: 6
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 15:15


Assalamualaikum :-)

     Ana setuju benar dengan pendapat anta, broshahir. Kebanyakan lelaki zaman sekarang memang gemar mencari perempuan yang memiliki rupa paras menarik untuk dijadikan isteri. Aspek yang lebih utama dalam mencari pasangan hidup adalah yang beriman dan baik peribadinya. Jika itu dipandang cantik, rupa paras sudah tidak menjadi ukuran. Jadi, lelaki yang menjadikan perempuan yang sederhana perwatakannya tetapi baik budi pekertinya sebagai isteri adalah lelaki yang betul-betul ikhlas dan mengikut sunah Rasulullah s.a.w.. Moga ramai lelaki akan membuka pintu hati mereka untuk perkara ini. Insya4JJ1.. :

:sopan:


-----------------
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam, itulah yang menentukan kemajuan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwatulProfil   Hantar PM kepada ukhwatul   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 15:20


Pada 14-01-08 15:15 , ukhwatul posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum :-)

     Ana setuju benar dengan pendapat anta, broshahir. Kebanyakan lelaki zaman sekarang memang gemar mencari perempuan yang memiliki rupa paras menarik untuk dijadikan isteri. Aspek yang lebih utama dalam mencari pasangan hidup adalah yang beriman dan baik peribadinya. Jika itu dipandang cantik, rupa paras sudah tidak menjadi ukuran. Jadi, lelaki yang menjadikan perempuan yang sederhana perwatakannya tetapi baik budi pekertinya sebagai isteri adalah lelaki yang betul-betul ikhlas dan mengikut sunah Rasulullah s.a.w.. Moga ramai lelaki akan membuka pintu hati mereka untuk perkara ini. Insya4JJ1.. :

:sopan:




benorlah tu....


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 14-01-08 15:21


susah jugak nak cari calon isteri sekarang ini agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ukhwatul
Warga Rasmi
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28579
Posting: 6
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 15:26


Hmm... betul tu saudara hafeezul.
memang sukar nak cari calon isteri yang baik sekarang. lebih-lebih lagi zaman sekarang ni banyak dugaan. Tapi kalau niat kita ikhlas berdoa untuk dapatkan isteri solehah insya4JJ1 di makbulkan 4JJ1.. :-)


-----------------
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam, itulah yang menentukan kemajuan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwatulProfil   Hantar PM kepada ukhwatul   Quote dan BalasQuote

ukhwatul
Warga Rasmi
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28579
Posting: 6
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 15:31


Salam saudari sakinahazzahra,
Betul yang utama adalah agama.. jadi sama-sama kita pelihara agama kita supaya sentiasa tetap di hati dan jauh dr segala godaan. Moga 4JJ1 permudakan niat baik kita.. Insya4JJ1...


-----------------
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam, itulah yang menentukan kemajuan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwatulProfil   Hantar PM kepada ukhwatul   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 14-01-08 15:31


wanita-wanita di Malaysia ramai juga yang masih cantik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

syukbah
Warga Rasmi
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32192
Posting: 1

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 16:14


wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah

Bookmark and Share

    


  Member Information For syukbahProfil   Hantar PM kepada syukbah   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-01-08 17:12


Pada 14-01-08 15:04 , setanggi_syurga83 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..
bagi saya yang utama adalah agamanya..kcntikan,kekayaan dan keturunan tu adalah bonus :-)



benorlah kata-kata cik setanggi_syurga ni..benor2 bebenor lah..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Faris_Ahlamiyy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.11.2004
Ahli No: 12439
Posting: 45
Dari: Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-01-08 17:28


"Tatkala jiwa merudum usia dimamah, Mencari sa'adah merindui sakeenah,
Tuhan melempar Ibrah, Diriku menerima pasrah.

Dalam meniti hari dan waktu, Penuh menanti dan keliru.
Bila hikmah ditanzil, Mendung berarak sinar memuncak,
Pancaran sa'adah dan sakeenah menyalai jiwa.

Oh Tuhan-ku,
Terimalah sujud-ku yang kerdil ini demi tasyakkur tanzil hikmah-Mu,
Mengubat sepi hati yang bertahun sunyi."
Faris_Ahlamiyy


Telah tersurat di alam baqa', telah tersirat di alam fana. Janji Tuhan itu benar.

----------------------
http://www.walimah.net


-----------------
Man 'arafa nafsah, faqad 'arafa Robbah
(Barangsiapa yang kenal dirinya maka dia kenal Tuhan-Nya



Bookmark and Share

    


  Member Information For Faris_AhlamiyyProfil   Hantar PM kepada Faris_Ahlamiyy   Pergi ke Faris_Ahlamiyy's Website   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 07:04


Moga Allah memudahkan urusan hamba-hambaNya dalam menjalani kehidupan di dunia ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 13:59


spe yang tak suka benda yang cantik... betul tak??? apa-apa jelh... tplgkn kat dari masing-masing nak nilai...yang penting setiap org cntik kan.. hya masing-masing yang tahu psng masing-masing kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

daLL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15609
Posting: 148
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 14:07


cari..cari...carilah...pasangan hidup betul-betul oh kawan..bahagia berseri rumah tangga aman harmoni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For daLLProfil   Hantar PM kepada daLL   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 14:14


Pada 13-01-08 08:10 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!


Menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan, Harunsani berpendapat, setiap orang dikurniakan cita rasa dan keinginan berbeza.



Betul tu...Cantik pada pandangan saya tak semestinya cantik pada pandangan orang lain...(^^,)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

hilyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28324
Posting: 30
Dari: bumi AL-KHALIQ

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 14:32


kecantikan yang kekal abadi apabila seseorang itu mengamalkan sifat-sifat mahmudah dengan berakhlak mulia.
hmmm, cakap memang senang tapi tidak mustahil untuk melakukannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hilyahProfil   Hantar PM kepada hilyah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 14:42


orang itu cakap dia letakkan muka saya di tempat ke3 :kelip:
betulkah orang :-P
apa ya 1 dan 2 nya? tak tanya pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

fAraH_exaPIuM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.12.2007
Ahli No: 32096
Posting: 56
Dari: wilayah darul makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-02-08 14:46


tapi kebiasaan nya lelaki akan memandang paras rupa daripada memandang yang lain.. ni berdasarkan apa yang saya lihat dan pengalaman sendiri agaknya..heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For fAraH_exaPIuMProfil   Hantar PM kepada fAraH_exaPIuM   Quote dan BalasQuote

nams
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10550
Posting: 21
Dari: Kuala Kangsar, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-03-08 16:21


plh lah yang beragama,nescaya senang lah kedua-dua tangan..em,dapat yang cantik 2 bonus kan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For namsProfil   Hantar PM kepada nams   Quote dan BalasQuote

Abbasy
Warga Rasmi
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32852
Posting: 6
Dari: Nilai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-03-08 17:24


Cantik?Ayu?Lawa?Menawan?Cun? Memang sudah lumrah manusia untuk memilih kecantikan. Tapi kecantikan itu hanyalah sementara. Sukakan yang cantik biasanya adalah dorongan nafsu & sukakan yang beragama adalah dorongan iman. Ana sekarang tengah cari calon yang cantik dan baik pegangan agamanya. tapi nak cari yang ada kedua2 ciri ini sukar sekali. Yang penting sekarang kita haruslah tidak putus-putus berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik oleh Allah SWT. Dan jangan pulak sibuk mencari yang terbaik tapi diri sendiri tidak berada pada landasan yang baik.

Tepuk dada tanya iman.

Abbasy (Rajin Berusaha)
Salam Ukhwah, Salam Kecantikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbbasyProfil   Hantar PM kepada Abbasy   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 13:41


"bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 14:13


tapi kalau cantik,budi bahasa kurang cantik pun tak guna juga..
kalau cantik,kurang ilmu agama dan pergaulan tak terbatas,tak ada guna juga..
kalau cantik,ada budi bahasa,ada ilmu agama lagi dipandang cantik..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 15:37


Seorang muslimah itu dipandang dari akhlaknya..
Seorang mukminah itu dinilai dari imannya..
Seorang srikandi itu diukur dari perjuangannya..
Seorang ibu itu dihargai dari sifat malunya..
Seorang wanita itu dihormati dari ketinggian maruahnya..
Oleh itu..
Duhai muslimah sejati..
Bersihkan hatimu..
Kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan..
Jannah bukan mimpi tapi realiti..
Dunia hanya persinggahan..
Akhirat itu kekal abadi..

Oh 'aisha'... mampukah aku memilikimu... :-D :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

lading21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32849
Posting: 125

blank  


posticon Posting pada: 21-03-08 16:19


Pada 21-03-08 15:37 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Seorang muslimah itu dipandang dari akhlaknya..
Seorang mukminah itu dinilai dari imannya..
Seorang srikandi itu diukur dari perjuangannya..
Seorang ibu itu dihargai dari sifat malunya..
Seorang wanita itu dihormati dari ketinggian maruahnya..
Oleh itu..
Duhai muslimah sejati..
Bersihkan hatimu..
Kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan..
Jannah bukan mimpi tapi realiti..
Dunia hanya persinggahan..
Akhirat itu kekal abadi..

Oh 'aisha'... mampukah aku memilikimu... :-D :-)


aisey.....lentok lah Bro kita ini huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For lading21Profil   Hantar PM kepada lading21   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 21-03-08 16:25


hMm, tipula kalau lelaki tak nak yang cantik kan :kelip:

memang lah akan d katakan..memilih agamanya..tapi main ponintnya yang cantik rupa parasnya..huhu



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 21-03-08 16:26


Assalamualaikum...kalau lelaki yang mendambakan seorang peempuan yang bagus agamanya dan akhlakny begitu jglah pilihan permpuan..kadang-kadang tu dah dapat yang baik tapi tinggalkan macam tu...konon nak cari yang lagi baik...lastnya nak patah balik dengan yang pertama..hancur prasaan seorang perempuan setelah kesetiaannya dibalas macam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

carrotsusu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 14:59


Pada 14-01-08 12:55 , nafisah posting:

!!! QUOTE !!!

Jika agama bagus, cantik pulak tu, alangkah bertuahnya si suami... :)


a'ah,betul-betul..bertuahanya lelaki itu...tapi kena lah pandai hargai ye kalau dapat isteri yang agama bagus dan cantik pula..hehe..
:-D :-D :-D


-----------------
Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrotsusuProfil   Hantar PM kepada carrotsusu   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 15:55


Pada 14-01-08 15:21 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

susah jugak nak cari calon isteri sekarang ini agaknya


nak cari calon suami pun susah juga... :-D


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

carrotsusu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 15:58


Pada 01-04-08 15:55 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-01-08 15:21 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

susah jugak nak cari calon isteri sekarang ini agaknya


nak cari calon suami pun susah juga... :-D



a'ah...betul 2 mas ayu...susah sangat nak cari lelaki acuan Al-Quran...
banyak lelaki yang berpura2...hihi...ku katakan yang benar..jangan marah ye wahai kaum adam...same saja kaum hawa pun... :-P :-P :-P


-----------------
Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrotsusuProfil   Hantar PM kepada carrotsusu   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 16:40


xpercayala org lelaki tak tengok pada paras rupa yang cntik...kalau ada pun jarang2 sangat..yang xcantik ni nak tengok lambat lagi lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Khalis_83
Warga Rasmi
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33292
Posting: 2
Dari: di muka bumi

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-04-08 11:51


dah tau macam tu si perempuan yang baik tu pulak kena lah buat-buat cantik. jangan lah duduk dengan fesyentu saja , sekarang ni banyak cari nak jadi cantik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Khalis_83Profil   Hantar PM kepada Khalis_83   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 12:21


paling utama agamanye lah..tapi kalau dapat yang cantik,,kira pakej lah tu,,,,heheheheh.....dapat yang pnyejuk dimata pnenang di hati pun da kira bagus,,,tapi apa yang kat harapkan belum tentu dapat....so kalau nak pasangan yang pnyejuk dmata pnenang di hati kat,,kat kan dulu jadi pnyejuk dimata org dan pnenang di hati org yang melihat dulu..hehhehehehe..suka sangat mlalut umar ni.huhuhuhuhu.....saja saja meriahkan majlis.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

nilam3_6
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.04.2007
Ahli No: 29649
Posting: 53

blank  


posticon Posting pada: 23-04-08 13:57


assalamua'laikum...
cantik tu kan bergantung pada mata yang memandang...subjektif sifatnya...yang penting serasi:)...sejuk mata memandang, tenang rasa dihati...
kalaulah dikatakan cantik rupa dijadikan alasan untuk lelaki kahwin,nampaknya org macam saya ni xkawenler..hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nilam3_6Profil   Hantar PM kepada nilam3_6   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 14:14


nanti baca buku satu rasa dua hati.... insya'ALLAH... kita akan faham, cinta dan kasih tak semata-mata hadir daripd paras rupa pasangan...
setiap ciptaan Allah, sudah sempurna.. http://buku2008.wordpress.com/2008/04/21/tempahan-satu-rasa-dua-hati/

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-04-08 15:29


handsome ke cantik ke..tak laku pun kat kedai :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-08 16:25


Pada 14-01-08 16:14 , syukbah posting:

!!! QUOTE !!!

wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah


Saya suka perempuan cantik... Serius... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 17:19


Pada 23-04-08 16:25 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-01-08 16:14 , syukbah posting:

!!! QUOTE !!!

wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah


Saya suka perempuan cantik... Serius... :-)

kalau suka perempuan cantik tapi perempuan tu gila pun encik mizie_hafiz80 suka jugak ke?......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Din
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2008
Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-04-08 18:19


salam..tak tahu apa kehendak seorang lelaki sebenarnya..macam dalam paper hari ni, bekas tunang seorang pekerja jabatan agama menyaman bekas tunangnya sebab malu akibat tindakan bekas tungnya yang tidak mengahwininya, sebaliknya kahwin dengan jiran sebelah rumahnya...gadis tu cantik, dan merupakan guru fardu ain..tak cukup lagi ke????

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DinProfil   Hantar PM kepada Nur_Din   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-08 20:18


Pada 23-04-08 18:19 , Nur_Din posting:

!!! QUOTE !!!

salam..tak tahu apa kehendak seorang lelaki sebenarnya..macam dalam paper hari ni, bekas tunang seorang pekerja jabatan agama menyaman bekas tunangnya sebab malu akibat tindakan bekas tungnya yang tidak mengahwininya, sebaliknya kahwin dengan jiran sebelah rumahnya...gadis tu cantik, dan merupakan guru fardu ain..tak cukup lagi ke????

tak ada jodoh lah tu... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  


posticon Posting pada: 23-04-08 20:24


Pada 14-01-08 15:04 , setanggi_syurga83 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..
bagi saya yang utama adalah agamanya..kcntikan,kekayaan dan keturunan tu adalah bonus :-)




setuju bangat!! :-D


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

pu3_nicx
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2008
Ahli No: 33276
Posting: 14
Dari: Kelantan-KL-Kuantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 21:32


Kecantikan itu adalah subjektif.Kalau akhlaknya baik dengan sendiriNya terserlah seri kecantikan seorang wanita muslim tapi saya rasa kalau org yang seperti saya tak berapa suka dipilih untuk menjadi seorang isteri kerana krupa paras yang dimiliki.saya lebih suka dipilih kerana akhlak dan peribadi.Tapimungkin juga berbeza2 bagi sesetengah org.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3_nicxProfil   Hantar PM kepada pu3_nicx   Quote dan BalasQuote

kucing_siam
Warga Rasmi
Menyertai: 23.04.2008
Ahli No: 33312
Posting: 6
Dari: Johor Darul Hikmah

thailand  


posticon Posting pada: 24-04-08 07:48


bagi aku lah kan....kecantikan tu mesti ada juga. kalau boleh aku nak ada pakej semuanya....agama, cantik, harta dan keterunan baik-baik ( kalau diizinkan tuhan lah )..doa tiap-tiap hari..insyaallah,, tuhan akan makbulkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For kucing_siamProfil   Hantar PM kepada kucing_siam   Pergi ke kucing_siam's Website   Quote dan BalasQuote

paku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8497
Posting: 179
Dari: Bumi, Bima Sakti

Johor  


posticon Posting pada: 24-04-08 09:36


Pada 23-04-08 20:18 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-04-08 18:19 , Nur_Din posting:

!!! QUOTE !!!

salam..tak tahu apa kehendak seorang lelaki sebenarnya..macam dalam paper hari ni, bekas tunang seorang pekerja jabatan agama menyaman bekas tunangnya sebab malu akibat tindakan bekas tungnya yang tidak mengahwininya, sebaliknya kahwin dengan jiran sebelah rumahnya...gadis tu cantik, dan merupakan guru fardu ain..tak cukup lagi ke????

tak ada jodoh lah tu... :-)


iyakah ada kes begini? kalau macam itu bagi saja kat saya hehehe tak payah saman-saman


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For pakuProfil   Hantar PM kepada paku   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.160093 saat. Lajunya....