Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 18 hari yang lalu
izdham: 28 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 37 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PM arah laksana 3 langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PM arah laksana 3 langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM

Please Mendaftar To Post


Oleh PM arah laksana 3 langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 00:54


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pelaksanaan tiga langkah penting bagi membanteras jenayah dan memantapkan pasukan Polis Diraja Malaysia termasuk mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis yang dikenal pasti oleh polis sebagai berisiko.

Menurut Perdana Menteri, langkah kedua ialah dengan menyambung perkhidmatan pegawai dan anggota polis yang bakal bersara secara kontrak dan menawarkan semula tugas kepada mereka yang telah bersara di samping penempatan kakitangan awam bagi mengisi jawatan-jawatan tertentu dalam PDRM yang sebelum dijalankan oleh anggota polis seperti tugas-tugas perkeranian.

Katanya, langkah ketiga pula ialah mengenal pasti premis-premis termasuk bangunan kedai di dalam bandar yang boleh disewa untuk dijadikan balai polis.


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 01:00


Kenapa lah tak contohi arab saudi ek.....
kadar jenayah negara mereka antara yang terendah kat dunia ni....
semua sebab jalankan hukum Allah...
contoh dah ada,tapi tak amalkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-01-08 02:48


takut pada bayang2 sendiri....takut diri sendiri yang kena rejam sampai mati, takut diri sendiri kena potong tangan and kaki, takut diri sendiri kena sebat kerana fitnah orang berzina and liwat (remember 1998) and etc.

itu yang takut nak laksanakan hukum Allah SWT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

syababmuslim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2007
Ahli No: 32142
Posting: 57
Dari: Cairo,Egypt

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 04:42


Pada 09-01-08 01:00 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa lah tak contohi arab saudi ek.....
kadar jenayah negara mereka antara yang terendah kat dunia ni....
semua sebab jalankan hukum Allah...
contoh dah ada,tapi tak amalkan


Aa,memang itu perlu dilaksanakan.

Masyarakat juga perlu disemai nilai2 keimanan.Supaya hati mereka takut Allah dan siksaanNya.

Apabila baik hati maka baikla seluruh anggota manusia.

Bukan jenayah besar saja dapat dihindari seperti rompak,bunuh dan curi,masalah yang melibatkan integriti pun dapat di atasi seperti pecah amanah dan rasuah 8-)


-----------------
Ad-dunnia mazroatul akhiroh


Bookmark and Share

    


  Member Information For syababmuslimProfil   Hantar PM kepada syababmuslim   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 06:27


Pada 09-01-08 01:00 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa lah tak contohi arab saudi ek.....
kadar jenayah negara mereka antara yang terendah kat dunia ni....
semua sebab jalankan hukum Allah...
contoh dah ada,tapi tak amalkan


:: tapi kat sna,hudud hanya dikenakn kepada 'bilis' saja,'jerung' tak kena..:jangan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 08:12


maksudnya kat sana orang-orang bawahan saja yang kena hukuman Kalau melakukan kesalahan?Kalau orang-orang besar,terlepas dengan rasuah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 09:03


boleh percaya ke paklah ni....lepas tu kejap kejap dah tarik balik tak jadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 09:24


betul kata Tuan Guru abdul Hadi Awang... Malaysia ni ingin menuju negara polis... Pak Lah sebenarnya takut dengan kebangkitan suara rakyat yang inginkan haq dan menentang yang batil... itu sebab polis jadi mangsanya... jangan kita biarkan perkara ini berterusan... Ingatlah... kuasa ada di tangan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 10:13


Pada 09-01-08 01:00 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa lah tak contohi arab saudi ek.....
kadar jenayah negara mereka antara yang terendah kat dunia ni....
semua sebab jalankan hukum Allah...
contoh dah ada,tapi tak amalkan


Islamik ke Saudi tu ? hanya cara hukuman saja islamik..cara perbicaraan , penangkapan , bukti dan saksi serta hak-hak tertuduh semasa perbicaraan amat meragukan.layanan kelas 3 untuk orang asing...siapa kata jenayah di saudi yang terendah didunia ? perhatikan perangai pelancong-pelancong dari saudi dan negara arab , bermula dari airport negara mereka semasa dibalai berlepas , diatas flight dan semasa sampai di Malaysia. saya pernah kenal dengan seorang Saudi yang memiliki Muassasah haji dan umrah datang ke malaysia menginap di Hotel Nikko , melanggang 2 ekor betina selama 7 hari dia menginap dihotel tersebut. bila saya masuk kebiliknya tin2 arak bersepah atas meja , dengan selamba dia kata tin2 arak itu kepunyaan pelanggang yang datang berjumpanya...Di Madinah bukan main lagi lebainya.bini ada 3 semua tak nampak bijik mata.tangan sentiasa pegang tasbih ..mulut sentiasa kumat-kumit..berzikir agaknya

huhh..aku tak respect langsung dengan orang arab ni..semasa aku belajar dulu. Aku lebih suka berkawan dengan jews daripada orang arab..orang jews boleh terima fact walaupun mereka tak ikut..tetapi arab susah terima fact dan pembaharuan dan kita pula dipersendakan ...aku tak hairan bila ada tenaga pengajar kolej mengusulkan supaya mengharamkan kemasukan orang2 arab ke kolej tersebut.

tak payah contohi sesiapa ..islam adalah penyelsian



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Khairul_Azzam
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2008
Ahli No: 32260
Posting: 20
Dari: Medan Ilmu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 11:06


Laksanakanlah apa saja cara dan kaedah, jikanya ia tak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, masalah manusia tak akan selesai...

Allah SWT turunkan Al-Quran sebagai panduan dan penyelamat, telah cipta satu sistem keselamatan yang ingin mengawal jenayah yaqni Hukum Hudud, Qisas, Kenapa 1001 alasan diberikan untuk tidak melaksanakannya.

Sudah lah menolak pelaksanaannya, pihak yang mengemukakan cadangan, kritikan dan teguran untuk melaksanakan hukum Allah dianggap penentang kerajaan, dianggap bughah dan lebih teruk dicop sebagai khawarij moden kerana menentang Kerajaan.

Hari ini menyaksikan kroniknya permasalahan jenayah, rogol dan bunuh di mana-mana, dan penyelesaiannya ????

Masing-masing mengemukakan pandangan bersumberkan akal yang lemah dan nafsu. Hukum Allah tetap tidak diambil, bahkan di kalangan Ustaz Kerajaan dan Forum-forum Agama kelolaan Kerajaan juga takut nak menyebut perkataan Hudud, Qisas dan sebagainya kerana takut dicop anti kerajaan.

ANTI TUHAN TAK TAKUT, TAPI ANTIKERAJAAN TAKUT......anti hukum Hudud dan anti pelaksanaan sistem jinayah Islam bermakna Anti kepada Islam dan Anti kepada Tuhan. Anda Bagaimana ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Khairul_AzzamProfil   Hantar PM kepada Khairul_Azzam   Pergi ke Khairul_Azzam's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 02:40


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan enam pendekatan, termasuk mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai tindakan segera untuk menangani peningkatan kes jenayah.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyuarakan kebimbangan dengan peningkatan indeks jenayah, berkata tumpuan akan diberi di kawasan yang menunjukkan perangkaan jenayah tinggi, iaitu ibu negara, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Perdana Menteri berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai lima pegawai tertinggi kerajaan turut ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan semua pendekatan itu.

Mereka ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam. Taklimat itu disampaikan Musa. Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom dan Sidek serta pengarang media.

Dalam taklimat itu, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dimaklumkan bahawa Jenayah Indeks meningkat sebanyak 14,910 atau 7.12 peratus kepada 224,298 tahun lalu, berbanding 209,388 pada 2006.

Perdana Menteri bagaimanapun menjelaskan Jenayah Indeks meningkat kerana polis menambah lima kategori pada 2006, menjadikannya 19. Lima indeks baru itu ialah ugutan jenayah, menjatuhkan maruah, pemerasan, menyebabkan kecederaan dan merusuh dalam kumpulan lebih lima orang.

Kelima-lima kategori yang ditambah itu mencatat angka tinggi, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keseluruhan indeks berkenaan.

"Ini membimbangkan... bukan polis dah hilang kawalan atau tidak ada upaya, keupayaan tetap ada, tetapi situasi perlu difahami daripada segi perangkaan," katanya.

Mengenai pemasangan CCTV, Abdullah berkata, Kabinet pada mesyuaratnya hari ini akan menimbang cadangan memberi polis kuasa menentukan kawasan atau bangunan yang perlu dipasang CCTV.

Pada 2004, Kabinet memutuskan bidang kuasa itu terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Apabila polis sudah menentukannya, menjadi kewajipan pemilik bangunan memasang CCTV... dia tak boleh berhujah (memberi alasan). Apa yang polis cadangkan dia kena ikut, ini satu langkah memerangi jenayah dan dengan itu kerjasama daripada mereka diharapkan," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemilik atau penyewa bangunan terbabit akan menanggung kos memasang CCTV itu serta melantik pekerja mengawasi sistem berkenaan.

"Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang enggan mematuhi arahan pemasangan CCTV itu. Sebenarnya kita membantu mereka, mereka buat banyak wang... apa salahnya mereka belanja sedikit daripada wang itu untuk keselamatan di bangunan.

"Jika kita nak perangi jenayah, kita kena buat, pemilik kena pastikan bangunan mereka selamat supaya orang datang dan meletakkan kenderaan tanpa rasa bimbang," katanya.

Mengenai pengambilan pegawai dan anggota polis yang akan bersara dan yang sudah bersara untuk berkhidmat secara kontrak, beliau berkata, kategori jawatan dan bilangan yang akan diambil akan ditentukan Ketua Polis Negara.

"Polis dibenarkan mengambil 60,000 anggota tambahan dalam tempoh lima tahun sehingga 2011. Kerajaan hendak meramaikan bilangan anggota polis yang akan mempercepatkan tindakan dan keberkesanan menangani jenayah," katanya.

Beliau juga berkata, 85 peratus daripada cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia sudah dilaksanakan, manakala 15 peratus lagi berkaitan pembangunan infrastruktur termasuk membina pusat latihan akan mengambil masa.

Abdullah menjelaskan kerajaan memerlukan kerjasama pemaju untuk menyediakan balai polis kerana tanah kosong bagi membina kemudahan berkenaan biasanya terletak jauh dari kawasan pekan.

"Ini menyukarkan polis memberi perkhidmatan yang pantas. Sebab itu saya minta kerjasama pemaju yang hendak membesarkan kawasan perumahan, kalau dapat bantu boleh membina atau menyediakan beberapa unit kedai untuk dijadikan balai polis," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

syababmuslim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2007
Ahli No: 32142
Posting: 57
Dari: Cairo,Egypt

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 04:01


"Manusia itu di atas agama pemimpin mereka"

Kalau pemimpin beriman maka rakyat juga akan beriman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syababmuslimProfil   Hantar PM kepada syababmuslim   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 10-01-08 07:39


...jenayah pemimpin macam mana pulak?? :-? :-?



Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 12:58


Pada 10-01-08 07:39 , aemanpsycho posting:

!!! QUOTE !!!

...jenayah pemimpin macam mana pulak?? :-? :-?




haa,macam mana nak jawab soalan ni ya?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-01-08 15:36


Pada 10-01-08 07:39 , aemanpsycho posting:

!!! QUOTE !!!

...jenayah pemimpin macam mana pulak?? :-? :-?



nielah salah satu sebab mereka tak mahu laksanakan hukum Allah SWT....mereka takut....sekarang mereka berselindung disebalik kuasa, kedudukan dan hukum jenayah yang diubah suai dari british....mereka lantik orang-orang yang terpilih, yang sebulu dengan mereka memegang jawatan peguam negara, hakim2 and so on...tak percaya, tanyelah peguam vk lingam (kes lingam tape - perlantikan & penempatan hakim2 terpilih)


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Khairul_Azzam
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2008
Ahli No: 32260
Posting: 20
Dari: Medan Ilmu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 17:01


Apabila baik dua golongan yaqni Ulamak dan Umara, maka baiklah rakyat

Apabila jahat dua golongan ini, ini yang rosak masyarakat ni...

Bukan PDRM yang dapat mengamankan Malaysia, AGAMA kita yang dapat menyelamat dan mengamankan malaysia....

UMNO perjuang agama ke ?

Bukan politik ni, tapi berkata benar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Khairul_AzzamProfil   Hantar PM kepada Khairul_Azzam   Pergi ke Khairul_Azzam's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-01-08 10:49


PM arah laksana 3 langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM? :-?

3 cara saja ke? patutlah tak pernah selesai... dalam Al-Quran dah ada penyelesaiannya, tapi 3 cara saja yang digunakan, itu pun dari logik akal sendiri...

sepatutnya macam ni: "PM arah laksana syariat Islam secara kaffah sebagai langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM", baru betul...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-01-08 14:25


assalamualaikum.
sya pun tak tau lah kenapa malaysia tak nak jlan kan hukum hudud.
sedngkn hukum hudud sesuai u sepanjg zaman.
kalau hukum hudud di jlnkan, pasti semua penjenayah akan insaf.
tapi kalau penjenayah berpangkat, sya tak tau lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 11-01-08 14:41


Pada 11-01-08 10:49 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

PM arah laksana 3 langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM? :-?



sepatutnya macam ni: "PM arah laksana syariat Islam secara kaffah sebagai langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM", baru betul...

wassalam.



setuju dengan pendapat ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-08 15:36


Pada 10-01-08 17:01 , Khairul_Azzam posting:

!!! QUOTE !!!

Apabila baik dua golongan yaqni Ulamak dan Umara, maka baiklah rakyat

Apabila jahat dua golongan ini, ini yang rosak masyarakat ni...

Bukan PDRM yang dapat mengamankan Malaysia, AGAMA kita yang dapat menyelamat dan mengamankan malaysia....

UMNO perjuang agama ke ?

Bukan politik ni, tapi berkata benar....


hmm... sangat setuju... kalau balik kepada perjuangan agama Allah... semua akan selamat... Yakinlah dengan hati dan sanubari...


-----------------
moga hidupmu bersinar dengan keimanan, matamu bersinar dengan ketaqwaan, menggunung dengan keikhlasan, hatimu terhibur dengan kalimah Tuhan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-01-08 13:51


Pada 11-01-08 15:36 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-01-08 17:01 , Khairul_Azzam posting:

!!! QUOTE !!!

Apabila baik dua golongan yaqni Ulamak dan Umara, maka baiklah rakyat

Apabila jahat dua golongan ini, ini yang rosak masyarakat ni...

Bukan PDRM yang dapat mengamankan Malaysia, AGAMA kita yang dapat menyelamat dan mengamankan malaysia....

UMNO perjuang agama ke ?

Bukan politik ni, tapi berkata benar....


hmm... sangat setuju... kalau balik kepada perjuangan agama Allah... semua akan selamat... Yakinlah dengan hati dan sanubari...



BERSAMA MEMPERJUANGKAN DAULAH KHILAFAH
:-D


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-01-08 13:54


Pada 11-01-08 10:49 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

PM arah laksana 3 langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM? :-?

3 cara saja ke? patutlah tak pernah selesai... dalam Al-Quran dah ada penyelesaiannya, tapi 3 cara saja yang digunakan, itu pun dari logik akal sendiri...

sepatutnya macam ni: "PM arah laksana syariat Islam secara kaffah sebagai langkah cegah jenayah, mantapkan PDRM", baru betul...

wassalam.



HANYA DENGAN TERTEGAKKNYA DAULAH KHILFAH...
SYARIAT ISLAM AKAN DAPAT DILAKSANAKAN SECARA KAFFAH...

SEPATUTNYA HANG PUN MEMPERJUANGKAN KHILAFAH IBNU MUSA..
BUKANNYA MEMPERJUANGKAN PERDANA MENTERI!!!!


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-01-08 23:25


jangan risau, Pas dah sebut pasal khilafah ni sebelum pemburu pokok lahir lagi :sopan:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-01-08 09:17


rasa macam tak selamat saja dok kat melesia ni kan kan kan...malam2 ken kunci betul-betul kena chek 2-3 kali kereta pintu pagar pintu tingkap..budak-budak tak boleh jalan jauh2..apolah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 16:03


Pada 10-01-08 17:01 , Khairul_Azzam posting:

!!! QUOTE !!!

Apabila baik dua golongan yaqni Ulamak dan Umara, maka baiklah rakyat

Apabila jahat dua golongan ini, ini yang rosak masyarakat ni...

Bukan PDRM yang dapat mengamankan Malaysia, AGAMA kita yang dapat menyelamat dan mengamankan malaysia....

UMNO perjuang agama ke ?

Bukan politik ni, tapi berkata benar....




setuju juga.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-01-08 23:51


Pada 15-01-08 23:25 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

jangan risau, Pas dah sebut pasal khilafah ni sebelum pemburu pokok lahir lagi :sopan:



Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik. :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 17-01-08 07:29


memang kena dilaksanakan...lagi-lagi pun jenayah kat negara ni makin meruncing....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 11:01


Pada 17-01-08 07:29 , wardiah_alwani posting:

!!! QUOTE !!!

memang kena dilaksanakan...lagi-lagi pun jenayah kat negara ni makin meruncing....



asalkan bebas dari rasuah dan lain-lain campurtangan.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Khairul_Azzam
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2008
Ahli No: 32260
Posting: 20
Dari: Medan Ilmu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 11:44


!!! QUOTE !!!

Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik


Ya...Hizbut Tahrir sajalah yang memperjuangkan Islam yang bersumberkan Nabi SAW....orang lain semua tak betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Khairul_AzzamProfil   Hantar PM kepada Khairul_Azzam   Pergi ke Khairul_Azzam's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 11:46


Pada 17-01-08 11:44 , Khairul_Azzam posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik


Ya...Hizbut Tahrir sajalah yang memperjuangkan Islam yang bersumberkan Nabi SAW....orang lain semua tak betul.



Kenapa banyak sangat cerita HT disini ye?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-01-08 12:27


Pada 17-01-08 11:46 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-01-08 11:44 , Khairul_Azzam posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik


Ya...Hizbut Tahrir sajalah yang memperjuangkan Islam yang bersumberkan Nabi SAW....orang lain semua tak betul.



Kenapa banyak sangat cerita HT disini ye?.



Benarkah demikian En Rashidin?

Saya rasa cerita HT ni tak sampai 1% dari jumlah posting di sini.

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 02:35


Pada 17-01-08 11:44 , Khairul_Azzam posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik


Ya...Hizbut Tahrir sajalah yang memperjuangkan Islam yang bersumberkan Nabi SAW....orang lain semua tak betul.



boleh saudara terangkan lagi?
saya tak berapa faham...
apa itu hizbut tahrir...


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 21:42


Pada 16-01-08 23:51 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-01-08 23:25 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

jangan risau, Pas dah sebut pasal khilafah ni sebelum pemburu pokok lahir lagi :sopan:



Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik. :kelip:

Pas perjuangkan syariat Islam dan khilafah melalui saluran demokrasi, anda ada masalah ke dengan kenyataan ini?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-01-08 00:43


Pada 22-01-08 21:42 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-01-08 23:51 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-01-08 23:25 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

jangan risau, Pas dah sebut pasal khilafah ni sebelum pemburu pokok lahir lagi :sopan:



Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik. :kelip:

Pas perjuangkan syariat Islam dan khilafah melalui saluran demokrasi, anda ada masalah ke dengan kenyataan ini?



Bukankah dalam pilihanraya yang lalu perkataan Negara Islam telah digugurkan dari manifesto PAS?

Bagaimana mungkin tuan mendakwa PAS ingin menegakkan Khilafah melalui proses demokrasi sedangkan perkara itu (Negara Islam) bukanlah menjadi salah-satu dari janji parti tuan kepada rakyat dalam pilihanraya yang lepas.

Maaf bukan cuba mempertikaikan tapi hanya ingin bukti yang boleh dipertanggung jawabkan, bukan sekadar cakap-cakap kosong di alam siber.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-01-08 19:07


Pada 23-01-08 00:43 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-01-08 21:42 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-01-08 23:51 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-01-08 23:25 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

jangan risau, Pas dah sebut pasal khilafah ni sebelum pemburu pokok lahir lagi :sopan:



Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik. :kelip:

Pas perjuangkan syariat Islam dan khilafah melalui saluran demokrasi, anda ada masalah ke dengan kenyataan ini?



Bukankah dalam pilihanraya yang lalu perkataan Negara Islam telah digugurkan dari manifesto PAS?

Bagaimana mungkin tuan mendakwa PAS ingin menegakkan Khilafah melalui proses demokrasi sedangkan perkara itu (Negara Islam) bukanlah menjadi salah-satu dari janji parti tuan kepada rakyat dalam pilihanraya yang lepas.

Maaf bukan cuba mempertikaikan tapi hanya ingin bukti yang boleh dipertanggung jawabkan, bukan sekadar cakap-cakap kosong di alam siber.

nak tegakkan negara Islam kena sebut dalam manifesto ke? tu undang-undang HT ke? kalau tak ada dalam manifesto kita tak boleh buat lah ek?

saya tak baca lagi pun manifesto tu, tapi kenyataan anda tu pelik, macam lah Nabi dulu masa berdakwah di Makkah baginda sebut satu-satu, nak tegak negara Islam di Madinah, nak perang dengan kafir, nak laksana hudud and so on...

al-kitab dan al-sunnah dah ada, itu yang kita wajib kena ikut, bukan apa yang ada dalam manifesto.

dalam SN setiap minggu, kena sebut ke yang HT nak tegakkan negara Islam? kalau tak sebut bermakna kiranya HT dah cancel ke nak tegakkan khilafah?

mana-mana topik mesti ada orang2 HT buat kacau, ni topik pasal PDRM lah, tup2 timbul pasal khilafah lah HT lah demokrasi lah bla bla bla...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 12:19


Pada 17-01-08 12:27 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-01-08 11:46 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-01-08 11:44 , Khairul_Azzam posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Salah tu...PAS memperjuangkan Malaysia yang lebih demokratik


Ya...Hizbut Tahrir sajalah yang memperjuangkan Islam yang bersumberkan Nabi SAW....orang lain semua tak betul.



Kenapa banyak sangat cerita HT disini ye?.



Benarkah demikian En Rashidin?

Saya rasa cerita HT ni tak sampai 1% dari jumlah posting di sini.

:-)




ye ke?maaflah tak tahu pula hehehehe.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148085 saat. Lajunya....