Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Rasulullah S.A.W: Bila Kenal Bertambah Kasih


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Rasulullah S.A.W: Bila Kenal Bertambah Kasih

Please Mendaftar To Post


Oleh Rasulullah S.A.W: Bila Kenal Bertambah Kasih

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-01-08 13:49


Rasulullah S.A.W: Bila Kenal Bertambah Kasih        
Written by al-Ustaz Mohd Shauqi Othman al-Yarmouki    
Monday, 26 June 2006

Semua umat Islam mengetahui bahawa Rasulullah saw merupakan insan yang mulia dan dimuliakan oleh Allah swt. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menceritakan tentang Rasulullah saw, seperti dalam ayat 128 Surah al-Taubah, ayat 164 surah Ali 'Imran, Surah al-Jumu'ah ayat 2, Surah al-Baqarah ayat 151, Surah al-Nisa' ayat 80, Surah al-Anbiya' ayat 107 dan banyak lagi.



Apabila al-Quran banyak menyentuh tentang Rasulullah, ini menggambarkan betapa hebatnya insan yang mulia ini. Namun, berapa ramaikah umat Islam dalam masyarakat kita yang benar-benar mengenali Rasulullah? Saban tahun majlis sambutan maulidurrasul biasanya akan disambut dengan begitu meriah dengan selawat ke atas nabi secara beramai-ramai, majlis berzanji, mengadakan jamuan makan dan sebagainya. Namun, secara sedar atau pun tidak, di sebalik kehangatan sambutan tersebut, berapa ramaikah yang benar-benar mengenali Rasulullah? Berapa ramaikah juga yang memahami isi kandungan berzanji yang dialunkan dengan begitu merdu yang menceritakan tentang kehidupan nabi itu? Sedangkan umat Islam mengetahui bahawa dengan kelahiran Rasulullah ke atas dunia ini, ia membawa sejuta rahmat kepada umat manusia keseluruhannya. Allah s.w.t sendiri telah menyatakan dalam al-Quran Surah al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud: ‘Tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam’.



Sesuatu yang tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah s.a.w. telah diutus untuk memimpin ummah. Baginda merupakan contoh terbaik yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Junjungan dapat dijadikan ikutan dan contoh di sepanjang zaman. Dalam hal ini, Allah s.w.t telah menyatakan dalam al-Quran, Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud : ‘Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu’. Rasulullah s.a.w. adalah merupakan pemimpin ummah yang boleh diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan; peribadi yang luhur dan murni, seorang manusia yang sentiasa menyeru kepada jalan Allah dengan penuh hikmah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap, seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya, dan lain-lain lagi. Jelasnya, kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.





Di samping memiliki akhlak dan keperibadian yang tinggi, Rasulullah saw juga merupakan seorang insan yang mempunyai perawakan yang menarik dan cantik. Walaupun rupa paras bukanlah menjadi suatu tuntutan untuk diikuti dan diteladani kerana ia merupakan anugerah Allah swt secara khusus kepada setiap makhlukNya, namun apabila dapat mengenali perawakan seseorang, maka akan bertambah rasa kasih dan dekat padanya. Justeru, pepatah Melayu telah menyatakan 'Tak kenal, maka tak cinta'.



Mengenali perawakan Rasulullah juga akan menghindarkan diri daripada tertipu dengan mainan dan tipu daya syaitan. Pernahkah kita mendengar ada orang berkata bahawa dia bermimpi bertemu Rasulullah? Memang bermimpi bertemu dengan Rasulullah merupakan sesuatu yang istimewa. Menurut para ulama', terdapat tiga kategori bagi mimpi iaitu:


(a)    Mimpi baik daripada Allah


(b) Mimpi buruk daripada syaitan


(c)    Mimpi yang terjadi hasil fikiran yang menghantui diri mengenai sesuatu perkara.




Bermimpi bertemu Rasulullah termasuk dalam kategori yang pertama iaitu mimpi baik daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sesungguhnya benarlah dia melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku'.




Namun, sesuatu yang harus diberi perhatian ialah walaupun syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah, tetapi ia boleh menyerupai manusia lain seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya, dan mendakwa sebagai Rasulullah. Justeru, untuk mengatasi masalah ditipu dan diperdaya oleh syaitan, maka umat Islam perlu mengenali perawakan dan rupa bentuk Rasulullah saw.




Imam Abu 'Isa Muhammad Ibn Isa al-Tirmidhi telah menyatakan bahawa adalah di luar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk Rasulullah saw. Namun begitu, para sahabat yang amat kasih dan cinta kepada Rasulullah telah sedaya upaya menggambarkan kepada kita tentang perawakan Rasulullah saw ini. Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa keseluruhan kekacakan Rasulullah tidaklah dizahirkan, sekiranya dizahirkan manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun ke arah baginda.




Telah dinyatakan dalam kitab al-Syifa Bita'rif Huquq al-Mustafa oleh al-Qadi 'Iyad al-Andalusi bahawa terdapat hadis-hadis dan athar-athar sahih yang banyak didatangkan oleh para sahabat tentang perawakan nabi saw. Antara sahabat yang menceritakan tentang rupa bentuk Rasulullah ialah Ali Bin Abu Talib, Anas Bin Malik, Abu Hurairah, al-Barra' Bin 'Azib, Aisyah Ummul mukminin, Ibnu Abbas, Abu Tufail dan lain-lain lagi. Antara gambaran Rasulullah yang telah dinyatakan oleh para sahabat ialah kulitnya yang putih, mata yang cantik, rambut yang lebat, wajah yang bersinar, bulu kening halus memanjang hingga ke penghujung mata, hidung yang mancung, janggut yang tebal hingga ke dada, dada yang bidang, sederhana tinggi iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, apabila bercakap seolah-olah cahaya keluar dari gigi baginda dan lain-lain lagi (Sila rujuk kitab al-Syifa oleh al-Qadi 'Iyad, 1986, cetakan Dar al-Faiha', Amman, juzuk 1 halaman 147-149).




Al-Barra' Bin 'Azib berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang terlebih tampan daripada Rasulullah saw. Jabir pula telah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika semasa malam bulan purnama terang-benderang, beliau melihat kepada wajah Rasulullah dan juga melihat ke arah bulan, dan mengikut pandangannya wajah Rasulullah terlebih cantik dan berseri daripada bulan dan cahayanya.




Anas pernah berkata bahawa: 'Rasulullah saw tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah, dan warna wajah Rasulullah tidaklah terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar (warna kulit putih kemerahan), rambut Rasulullah tidaklah terlalu lurus dan tidak pula terlalu kerinting (rambut ikal mayang)
.dan uban yang ada pada rambut dan janggutnya tidak melebihi dua puluh helai'.




Manakala Saidina Ali pula ketika menceritakan perawakan Rasulullah saw, beliau berkata: 'Rasulullah tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh badan sederhana, rambut baginda tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi berkeadaan berombak (ikal). Badannya tidak gemuk. Wajahnya tidak bulat tetapi bujur. Warna wajah Rasulullah putih dengan sedikit kemerah-merahan. Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang. Tulang-tulang sendi di badannya tebal (besar)- (pergelangan tangan, siku, lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging (berisi). Badan Rasulullah tidak berbulu di seluruh tubuh badan, walau bagaimanapun terdapat suatu garisan bulu daripada dada terus ke pusat. Tangannya yang mulia penuh dengan isi-isi daging. Apabila Rasulullah berjalan, baginda akan melangkah ke hadapan dengan kukuhnya, seoalah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam, iaitu menuruni dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Apabila baginda menumpukan perhatian kepada seseorang, baginda melakukannya dengan seluruh jasadnya (memusingkan seluruh tubuh dan menoleh mukanya). Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir padanya. Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia. Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia'. (Sila rujuk kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Mufti Ahmed Ibrahim Bemat, 1996, cetakan Dar al-Nu'man, halaman 10-11).




Kitab-kitab sirah juga menggambarkan Rasulullah sebagai insan yang paras mukanya manis dan indah, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara keriting dan lurus. Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam, dengan bulu-mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Jambangnya lebar sekali, berleher panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal. Bila berjalan badannya agak condong ke depan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.




Ringkasnya perawakan Rasulullah adalah seperti yang berikut:




Seorang yang kacak.

Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan, Rasulullah saw juga seumpama matahari yang bersinar.

Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama . Kali pertama memandangnya, sudah tentu akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya.
Hidungnya agak mancung
Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak yang sangat indah.

Kepalanya besar tapi elok bentuknya

Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal sehingga kadang-kala menyentuh pangkal telinga dan kadang-kala mencecah bahu, namun ia disisir rapi. Rambutnya juga terbelah di tengah

Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan bulu menganjur dari dada ke pusat

Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa. Kedudukan kedua-dua bahunya adalah seimbang.

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik. Tapak tangan Rasulullah saw amat lembut

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

Kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
Badannya tidak gemuk. Perutnya tidak buncit

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Namun begitu, badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

najwa_mnor
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-01-08 15:45


kalau kita tengok artikel yang baik dan berguna untuk santapan rohani selalu cepat saja hilang dr page depan ukhwah....cuba kalian chek sendiri bil. org yang baca artikel2 tu..kalau nak yang bagi respon lagi lah payah

memang tak salah cerita2 yang lain tu..bagus untuk berhibur..dan hilangkan tekanan..
tapi kalau banding dengan tahun 2003,2004 jauh dah ukhwah dulu dan sekarang..

sama-sama kita renungkan..sebab saya pun suka saja buka posting2 cerita tu..
tapi saya takut lagi 2,3 tahun lagi 100% new posting cerita2 untuk hilangkan tekanan tu..sama-sama kita usaha k

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_mnorProfil   Hantar PM kepada najwa_mnor   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 04-03-08 22:11


rindunya untuk bertemu dengan baginda rasulullah..betapa bertuahnya manusia masa zaman baginda,dapat bersua dan menjadi sahabat baginda..tiada yang lebih indah dari dapat menatap wajah baginda..rinduku semakin membara padamu ya rasulullah...teringat lirik nasyid rasulullah............

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

jannahnobel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31060
Posting: 80
Dari: Bumi Allah_mencari ilmu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-03-08 23:09


rindunya kat Rasulullah saw...kadang-kadang kat hati ini sampai timbul perasaan cmburu kat Aisyah dan Khadijah. mereka sngat bertuah...dapat berada di sisi Rasullullah saw dan menjadi org kesyangan Rasullullah saw...dapat menjadi teman hidup Rasulullah saw.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahnobelProfil   Hantar PM kepada jannahnobel   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 08:07


Nabi teladan paling unggul seluruh manusia
Oleh Zulzaidi Mahmod


“SECAWAN kopi, kalau kita tidak bubuh gula tentu rasanya pahit, gula yang diletak dan dikacau akan hilang, dan yang ada hanya manisnya.” Inilah kata-kata saudara baru, Muhammad Amin Leong Abdullah dalam buku Islam Pilihanku.

Kata-kata beliau menggambarkan betapa nikmatnya Islam kerana tidak dapat dizahirkan. Islam agama universal, bersesuaian dengan masa, tempat dan siapa saja tanpa mengira bangsa, budaya atau warna kulit.

Agama Islam adalah hasil perjuangan manusia pilihan, Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan di kota Makkah pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Nabi Muhammad SAW dilahirkan daripada keturunan yang mulia di Makkah iaitu kaum Quraisy.

Justeru, umat Islam haruslah memperingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW untuk menambahkan lagi ketakwaan dan mengenang kembali perjuangan dakwah Baginda sehingga tersebarnya Islam pada hari ini.

Seluruh cendekiawan, ahli agama, pemikir, ahli falsafah mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai penyelamat manusia sejagat. Seorang penulis Barat, Michael Hart dalam buku bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History menempatkan Nabi Muhammad SAW di tangga pertama.

Beliau turut memperakui Nabi Muhammad SAW, satu-satunya individu dalam sejarah dunia yang amat berjaya dalam dua bidang, iaitu agama dan dunia. Saiyid Sulaiman an-Nadwi dalam buku Muhammad The Ideal Prophet menyatakan Nabi Muhammad SAW adalah model paling ideal bagi seluruh manusia.

Keunggulan Baginda tidak dapat disangkal mana-mana manusia di dunia. Kehadiran Islam yang dibawa Rasulullah SAW menjadi sinar kebenaran yang menyuluh alam. Firman Allah yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” - (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Baginda bisa mengubah masyarakat yang hina kepada masyarakat mulia di sisi Allah. Sewaktu zaman jahiliah, umat manusia menyembah berhala seperti al-Lata, al-Uzza, Manat, Wadda Suwaa dan Yauq.

Selain itu, sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup seperti dilakukan suku Bani Tamim. Khalifah kedua, Saidina Umar Al-Khattab juga sewaktu zaman jahiliah melakukan perbuatan terkutuk ini.

Martabat wanita juga dihina dan dijadikan hamba abdi. Namun, selepas kedatangan sinar Islam, segala-galanya berubah dengan Islam mengangkat darjat wanita, penyembahan berhala dihapuskan dan kepada Allah saja Tuhan layak untuk disembah.

Kemuliaan sikap Rasulullah SAW haruslah dipuji, diikuti serta dicontohi seluruh umat manusia. Baginda pernah dilayan buruk tetapi disebabkan keunggulan peribadinya, Baginda tidak membalas layan itu dengan keburukan juga.

Itulah yang terjadi antara Baginda dengan seorang wanita yang sangat membencinya dan akan memukul dengan penyapu setiap kali terlihat Rasulullah SAW. Walaupun begitu, Baginda sentiasa memberi salam kepadanya sekalipun salamnya itu tidak pernah dibalas.

Suatu hari, Rasulullah SAW hairan kerana wanita itu tidak kelihatan, jiran menyatakan pada Baginda bahawa wanita itu sakit dan tidak kuat untuk bangun. Sebaik saja mendengar, Baginda terus masuk ke dalam rumah wanita itu.

Tanpa membuang masa Baginda tolong mengemaskan rumah, memasak serta menimba air menyebabkan wanita itu hairan melihat perangai Rasulullah SAW yang sudi membantunya walaupun dia sangat benci kepada Baginda.

Selepas peristiwa, hati wanita berkenaan tertawan dengan keperibadian Rasulullah SAW lantas memeluk Islam. Peristiwa ini memperlihatkan ketinggian budi Rasulullah SAW dalam menakluki hati manusia biarpun dihina dimaki tetapi kesannya amat luar biasa.

Dalam gurauan sekalipun, Baginda tetap dipuji dan diagungkan kerana gurauan Baginda adalah gurauan yang benar. Rasulullah SAW pernah bergurau dengan seorang nenek tua yang datang dan berkata: “Doakan aku kepada Allah supaya Allah memasukkan aku ke dalam syurga.”

Baginda berkata kepadanya: “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua.” Wanita tua itu menangis kerana ia memahami kata-kata Baginda daripada segi zahirnya saja. Maka Rasulullah SAW berkata, dia tidak akan masuk syurga sebagai orang tua tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik. Kisah gurauan ini dinukil Prof Dr Yusuf Al-Qardahawi dalam ‘Al-Islam Wal Fann’.

Kehadiran Rasulullah tiada tandingan dan tiada ganti. Keperibadian yang unggul mencerminkan bahawa Islam yang dibawa juga unggul dan tidak goyah. Menerusi Maulidur Rasul, mudah-mudahan umat Islam dapat menyoroti sirah perjuangan Baginda untuk merasai kemanisan Islam yang kita anuti hari ini.

Diharapkan umat Islam dapat mengamalkan sunnah Baginda untuk menunjukkan kepada dunia walaupun Rasulullah SAW sudah wafat tetapi jiwa Rasulullah SAW sentiasa menjadi keperibadian umatnya.

Pengisytiharan cuti umum oleh kerajaan Malaysia pada 12 Rabiulawal memberi peluang seluruh rakyat negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan memperingati Baginda seperti dinyatakan Mohd Azhar Abdullah dalam buku Keajaiban Maulidur Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul perlulah secara sederhana dan yang penting perbanyakkan selawat serta memperingati perjuangan Baginda. Diharapkan juga setiap rakyat Malaysia mampu mengambil iktibar supaya kehidupan menjadi berkat dengan mengamalkan sunnah Baginda.


Penulis ialah pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 21:01


Muhammad..The Teacher of teachers

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we've shamed ourselves
We've strayed from Al-Mu'allim,
Surely we've wronged ourselves
What will we say in front of him?
O Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.

Abal Qasim
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah's creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina (O Chosen One, O intercessor of the worlds)

He prayed while others slept
While others ate he'd fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu'allim..

(Chorus)

He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

(Chorus)

Lyrics and Composition: Sami Yusuf
Producer: Sami Yusuf
Album : Al-Mu'allim

http://www.youtube.com/watch?v=dbIaetu85OM

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 21:03


Dakwah Rasulullah secara terang-terangan (Siri 79)

NABI Muhammad diwahyukan agar agama Islam secara terang-terangan. Pada mulanya baginda risau dengan penerimaan orang-orang di Mekah. Allah berfirman kepada Nabi Muhammad supaya tidak gentar.

Allah memberi jaminan akan memelihara baginda.

Nabi Muhammad pun mengumpulkan anggota keluarganya, iaitu dari suku Bani Hasyim. Selepas selesai makan, Nabi Muhammad pun berkata: “Wahai semua yang berada di sini. Hendaklah kamu menyembah Allah, berimanlah dengan ajaran Islam dan meninggalkan penyembahan berhala. Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah”.

Abu Talib segera bangun dan berkata, “Hentikan wahai Muhammad. Aku risaukan keselamatanmu. Kalau kau terus bercakap. Aku khuatir jika kaum keluarga ini tidak menyenanginya dan akan mencederakanmu”.

Nabi Muhammad akur. Baginda berdiam diri. Keesokan harinya, sekali lagi majlis itu diadakan. Kali ini Nabi Muhammad masih terus menyeru kepada anggota keluarganya.

“Percayalah. Aku membawa kebaikan yang tiada sesiapapun di kalangan kamu yang pernah membawanya. Ia akan membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Allah telah mengutuskan aku kepada kamu untuk mengajak kamu beriman kepada-Nya. Siapakah di antara kamu yang menyahut seruanku?”

Semua yang ada di situ tidak menyahut seruan Nabi Muhammad. Mereka mengejek dan mencemuh Baginda. Waktu itu, bangun seorang kanak-kanak lelaki. Beliau ialah Ali bin Abi Talib.

“Ya Rasulullah. Aku akan membantumu. Aku akan melindungimu. Sesiapa saja yang menghalangmu, pasti akan aku lawan,” kata Ali.

Para hadirin ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Ali itu. Mereka mengejek dan menghina Ali dan bapanya, Abu Talib. Akhirnya, Abu Talib meninggalkan tempat itu.

Suatu hari, Nabi Muhammad telah berdiri di Bukit Safa dan menyuruh semua orang berkumpul di situ. Semua orang pergi ke Bukit Safa. Malah ada yang menghantar wakil.

“Apakah kamu percaya jika aku katakan di belakang bukit ini ada sekumpulan tentera yang ganas?” tanya Nabi Muhammad.

“Ya. Kami tidak pernah mendengar kamu berbohong,” jawab mereka.

“Aku meminta kamu beriman kepada Allah. Jika tidak kamu akan ditimpa azab yang berat,” kata Nabi Muhammad.

“Adakah kerana ini kau kumpulkan kami? Celakalah kau, wahai Muhammad,” herdik Abu Lahab yang turut hadir di situ.

Sejak itu, Nabi Muhammad terus dimusuhi. Musuh ketat Baginda adalah Abu Lahab. Nabi Muhammad selalu dihina dan dikeji. Namun Baginda tetap sabar dan tabah dalam menyebarkan dakwah.

Mulai daripada itu, Ali menemani Nabi Muhammad pergi ke mana sahaja. Baginda pun mula menyebarkan agama Islam secara terang-terangan. Walaupun berlainan agama, Abu Talib terus memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad.

* Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: . com.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 21:09


hmm masih dalam proses memasukkan dalam hati.. :-(
belum ada lagi perasaan seperti yang dulu yang telah berlalu itu..
kadang-kadang saja rasa terharu


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 00:25


bagus...artikel yang mantap.
ya Allah.......rindunya pada kekasihmu ya Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 01:13


Assalamualaikum....
semoga kdtgn maulidur rasul kali ini mengukuhkan lagi perasaam cinta dan sayang kita kepada Rasulullah SaAllahualaihiwassalam...
namun, seharusnya xplu tunggu hari maulid rasul baru nak ingat, perlu setiap detik mengingati Rasullah SaAllahualaihiwassalam...
Jika kita sukar nak lupakan kekasih hati, mengapa kita mudah lupa pada kekasih Allah????
sunnat dan ajarannya perlukita teruskan dan pelihara walaupun baginda telah lama pergi...huhuhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-03-08 02:19


bersama2lah kita meraikan Maulid Rasulullah s.a.w. dengan sambutan2,ceramah,selawat dan yang paling penting beramal dengan ajaran baginda s.a.w. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-08 21:44


Alhamdulillah. artikel yang menarik...


Terima kasih kerana berkongsi..


Allahumma Solli A'lah Muhammad

Sama-sama kita perbanyakkan selawat kepada junjungan Rasulullah SAW..

Insya-ALLAH.


Peringatan buat diriku yang lupa,

-- Muddathsir

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 15:48


Alhamdulillah syukur.articel yang baik.ingatan juga pada saya.

wajahnya teramat indah,cahayanya sungguh sempurna..
timbulnya mentari terhapus cahayanya oleh Cahaya wajahmu..
Rasulullah..

jikalau aku di lahirkan perempuan nescaya tiada lagi cinta pada lelaki selain mu Rasulullah..


-----------------
http://farizfansuri.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 20:08


ya ALLAH rindunya ku pada rasullullah..
alangkah indah nya..keperibadiannya..
YA ALLAH..ku harap AKU TERMASUK dalam GOLONGAN yang dapat bertemu rasullullah Kelak..AAAMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

solehen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2006
Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-12-08 12:06


salam ukhwah..
ana paling kagum pada semua rasul allah,
dengan keperitan melalui cebaran di dunia untuk mencapai kejayaan di akhirat.. :-( :-(


-----------------
For Things to Change, I mUst Change First.
There is no FAILURE, Only Wrong Result,
So I Change My STRATEGY.


Bookmark and Share

    


  Member Information For solehenProfil   Hantar PM kepada solehen   Pergi ke solehen's Website   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 12:53


salam...

teringt kat satu cerita.. sepupu saya, masa tu kami tidor sekatil.. masa kecil-kecil lah.. masa tu dia drjah 5 kalau tak silap.. satu pagi tu dia cerita dia jumpa Rasullullah dalam mimpi.. wallahualam.. dia cuma cakap masa dia nampak Nabi Muhammad tengah duduk kat sebuah kerusi,,, dia cuma nampak dari kaki sampai ke leher.. wajah cuma kabur2 saja dia nampak.. gambaran wajah2 sedara mara yang berwajah berseri2 pun ada dalam mimpi tu... wallahualam.. tapi malam sebelum tidur tu dia baca ayat Qursi sbnyk 170 kali.. wallahualam.. kalau mimpi tu betul-betul dr Allah, Alhamdullillah.. bertuah dia

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

Balada_95
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.12.2008
Ahli No: 36448
Posting: 27
Dari: Bandaraya Bersejarah

Melaka  


posticon Posting pada: 27-12-08 23:21


Sma2 lah kita mengamalkan sunnah2 nya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Balada_95Profil   Hantar PM kepada Balada_95   Pergi ke Balada_95's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 00:36


itu sudah pasti.tapi cubalah amalkan apa yang ditinggalkan baginda walaupun sikit-sikit.pesanan untuk diriku jua.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.256493 saat. Lajunya....