Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 184
Ahli: 0
Jumlah: 184




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

Please Mendaftar To Post


Oleh Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 06:44


Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 26-12-07 09:43


errmmm, memang menarik dan dah ramai yang dah berjaya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 26-12-07 11:39


bagaimana nak kontak dia,...saya berminat lah...dia kata sedia m'bntu kan..

...tapi kan..kat kedah melambak sawah org melayu...tapi tak semua kaya2....
las2 masuk ke kilang org cina nak diproses...besar2 pula kilang2 orang-orang cina ni...
bila lagi nak d org begini?i mean Muslim kat malaysia ni sendiri..

tgk2 ramai nak jadi artis2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 13:53


bestnya... emm.. teringin nak jadikan keusahawanan sebagai bidang kerjaya...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 14:30


tanam cendawan????
erm.....
macam best saja....
eden pun dah lama tanam anggur saja.....hakhak

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 14:54


em...sya minat dalam bidang usahawan macani...
pertanian atau penternakan...
tapi sekarang tengah belajar lagi...
em...ingat lagi 2tahun lepas habis keluar uia dalam bidang biotech nak ikut jejak abang yang berjaya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 17:32


Pada 26-12-07 06:44 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.




wow!!
sungguh memberansangkan...
trimekasih bro for this info...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 17:34


kalau bro tahu macam mana nak contact cik snausi mahmud ni, gitau lah eh... trimekasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 17:51


wahh bagusnya...
kalau buat sungguh-sungguh; apa yang diusahakan pasti dapat hasilnya...


dulu ada juga keluarga usahakan cendawan
buat kat luar rumah
cendawan apa ya... cendawan bulat warna coklat..
mahallah juga harga...tapi dah lama berhenti
itu yang koperasi pembangunan desa punya...
seronoknya kerja jaga cendawan..
hehe kena bangun malam2 petik cendawan supaya tak kembang sangat.. kalau kembang sangat nanti turun gred..
ramai-ramai buat 1 keluarga..seronoknya....
kalau ada yang kena reject buat cendawan bakar makan dengan kicap sedapnya


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 18:53


Hmmm...

Cendawan apa itu cik Sakinah???

Cendawan Lingzhi kee??

Kulat sisir, cendawan tiram, cendawan butang.. biasa juga dengar..


Hmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-12-07 21:05


Pada 26-12-07 17:34 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

kalau bro tahu macam mana nak contact cik snausi mahmud ni, gitau lah eh... trimekasih..


maaf, saya tak kenal en. sanusi ni..
saya just copy paste berita ni dari akhbar utusan.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 15:47


Pada 26-12-07 13:53 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

bestnya... emm.. teringin nak jadikan keusahawanan sebagai bidang kerjaya...



emmm....sekarang ini pun saya macam nak kearah itu sebab sekarang keluarga sebelah mak saya tengah usahakan kolam ternakan ikan kat kg....srnk juga hjg2 minggu balik kg bagi makan kat ikan...juga pengairan air...hu2...macam nak terjebak saja ini...hu2...kalau pkck saya lntk saya sebagai shareholder,dengan berbsr hati saya akan bertukar arah agaknya...hik3...cik shye bagaimana?


-----------------
Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 17:03


Pada 27-12-07 15:47 , ctnurbebo posting:

!!! QUOTE !!!



emmm....sekarang ini pun saya macam nak kearah itu sebab sekarang keluarga sebelah mak saya tengah usahakan kolam ternakan ikan kat kg....srnk juga hjg2 minggu balik kg bagi makan kat ikan...juga pengairan air...hu2...macam nak terjebak saja ini...hu2...kalau pkck saya lntk saya sebagai shareholder,dengan berbsr hati saya akan bertukar arah agaknya...hik3...cik shye bagaimana?



wah. saya tak kisah pun apa-apa... mengusahakan apa pun saya sanggup :-D

ikan? cendawan? pokok cili? ulam-ulaman? huhu.. saya sanggup turun...

malas cakap banyak. ada peluang saya turun saja.. :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 17:11


Pada 27-12-07 17:03 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-07 15:47 , ctnurbebo posting:

!!! QUOTE !!!



emmm....sekarang ini pun saya macam nak kearah itu sebab sekarang keluarga sebelah mak saya tengah usahakan kolam ternakan ikan kat kg....srnk juga hjg2 minggu balik kg bagi makan kat ikan...juga pengairan air...hu2...macam nak terjebak saja ini...hu2...kalau pkck saya lntk saya sebagai shareholder,dengan berbsr hati saya akan bertukar arah agaknya...hik3...cik shye bagaimana?



wah. saya tak kisah pun apa-apa... mengusahakan apa pun saya sanggup :-D

ikan? cendawan? pokok cili? ulam-ulaman? huhu.. saya sanggup turun...

malas cakap banyak. ada peluang saya turun saja.. :-D


apa-apa saja pun tak kesah? :berfikir:

dah cuba ke industri penternakan semut, tak ada yang start lagi tu, kalau berjaya fuhhh mesti jadi jutawan ni :welcome: :sopan:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 17:19


hmmm... orang ternak cacing saya dah dengar dan baca lah. tapi kalau menternak semut ni... musykil lah saya. nak buat apa? huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 17:28


err..habis tu kita yang tengah cakap-cakap ini nak tanam apa??
hurrm.. papa cakap kalau nak buat apa-apa dulu mesti abiskan ijazah dulu...
kalau tak papa dengan ibu marah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 19:55


kepada sesiapa yang bebetui berminat, awal januari nanti ada kursus berkaitan kegiatan penanaman cendawan:

/

boleh lawat website mereka di url ini:
http://projekcendawan.blogspot.com/

nak kongsi jugak kejayaan kenalan masa zaman sekolah. memasing dah berjawatan/established tapi masih buat usaha menambah pendapatan:

http://boervilla.blogspot.com/


-----------------
I have my own id now.... :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 20:04


yang ini kat kajang:

http://siswazah-tani.blogspot.com/

Nama sebenar Rusila Yusof. Lahir pada 21 Jun 1981. Berasal dari Terengganu. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kimia (UKM) dan Sarjana Sains Kimia (UKM). PhD mungkin akan ambil nanti. Tapi bukan kimia lagi. Mungkin berkaitan dengan cendawan pastinya. Berhasrat untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dalam bidang cendawan. Bukan hanya setakat menjadi penanam cendawan, tetapi meluaskan skop dengan meneroka pelbagai bidang yang berkaitan dengannya. Akan terus berusaha untuk terus maju, gemilang dan terbilang di dalam bidang ini.

Tapak Projek:
Fatisha Agro Farm
Lot 6029 Jalan Masjid
Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang
Selangor.


Perkhidmatan :
Menjual cendawan tiram kelabu dan peralatan menanam cendawan (habuk kayu getah, dedak, kapur, penutup, plastik), menyediakan kursus penanaman cendawan.


Ym:
Fathiah_amsyar
emel:
[email protected]
hp:
0126221149/0136241412

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-12-07 20:30


terima kasih saudara shinfay_de kerana berkongsi sesuatu yang bermanfaat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119151 saat. Lajunya....