Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 17 hari yang lalu
izdham: 26 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 36 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya

Please Mendaftar To Post


Oleh RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 21:46


Petikan Utusan Malaysia (21/12/2007)

RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya
Oleh Irman Hashim

KUALA TERENGGANU 20 Dis. – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi mengadakan majlis sambutan sempena pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya dan Tahun Melawat Terengganu (TMT) pada 1 Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelbagai acara termasuk pertunjukan bunga api di empat lokasi iaitu di Taman Shahbandar, Gong Badak, Manir dan Bukit Besar akan diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.

Katanya, majlis bersejarah itu akan dimulakan dengan pemasyhuran Kuala Terengganu sebagai bandar raya oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

“Pelantikan Datuk Bandar Kuala Terengganu juga akan dilakukan pada majlis yang sama di Istana Maziah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Menurut Menteri Besar, majlis pelancaran TMT 2008 juga akan dilakukan bersama sempena pengisytiharan Bandar Raya Kuala Terengganu.

“Pada malam pengisytiharan (1 Januari) Kuala Terengganu sebagai bandar raya itu, orang ramai boleh menyaksikan kemeriahan pertunjukan bunga api di empat lokasi utama di bandar ini,” jelas beliau.

Selain itu, tambahnya, perarakan kereta berhias dan pertunjukan kebudayaan turut diadakan di taman berkenaan.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 22:13


apa yang jadikan k terang bandaraya?

sebab ada arak?

ada cabaret?

boleh pegang orang sesuka hati mahram depan khalayak ramai?

boleh tubuh kumpulan punk?

so, let's define 'bandaraya'

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 22:18


Assalamualaikum


entah lah
hebatnye MB Terengganu memerintah
lebih kurang 3 @ 4 tahun memerintah
sudah dapat pengiktirafan bandaraya
mengalahkan menteri besar lain-lain negeri

itulah motto

"ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI"


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 22:28


hehehehehe,hadiah kepada rakyat kerana bagi bn menang di ganu agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 23:36


:: taraf bandaraya,lepas ni cukai yang dkenakn akan semakin tinggi..Georgetown yang lebih maju pun tak nak dinaikn taraf sebagai bandaraya.Sebab KM P.Pinang tak nak rkyatnya(yang majoriti bangsa cina) kena byar cukai tinggi... :berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

saffaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah

uganda   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 03:05


islam tak perlu dihadharikan

tapi tamadun itu yang perlu diISLAMkan

sedih melihat negeri sendiri makin jauh dari ajaran sebenar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For saffaaProfil   Hantar PM kepada saffaa   Quote dan BalasQuote

aesyah86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31801
Posting: 109
Dari: chendering, tGanu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-12-07 18:54


masyaAllah..4juta?monsun cup baru ni pun dah habis berjuta2...
rupa-rupanya macam ni lah islam hadhari terengganu bestari..tapi buat maksiat hari2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aesyah86Profil   Hantar PM kepada aesyah86   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 21:02


Salam,

Pembangunan fizikal semata-mata bukanlah satu perkembangan yang menyihatkan.

Pelbagai masalah yang akan timbul seiring dengan proses urbanisasi. Perubahan status, kenaikan kos hidup, harga barang, cukai dan sebagainya. boleh membawa kesan negatif, lebih-lebih lagi jika tak disertakan dengan pembangunan peribadi Islam dalam diri setiap individu Muslim.

Peruntukan yang ada tidak disalurkan ke tempat yang sepatutnya. Status bandaraya bukanlah suatu yang boleh dibanggakan sekiranya dalam masa yang sama masalah pengangguran masih berleluasa. Bukan niat saya nak memburuk-burukkan penduduk Terengganu, sebaliknya saya nak menunjukkan betapa pengagihan sumber kekayaan itu tak kena pada tempatnya...

Jutaan ringgit dibelanjakan untuk keraian, namun kemiskinan masih berleluasa. Kemahiran ada, namun tak dimanfaatkan untuk pembangunan. tenaga kerja pun kebanyakannya profesional, namun 'tak dihargai'.

Saya pernah ke Terengganu beberapa bulan yang lepas. Dalam perbualan saya dengan seorang pakcik warga tempatan, beliau ada menyatakan, "kat sini, budak universiti pun menganggur jugak. Yelah, tak ada kerja nak buat macam mana."

"Kalau dulu, tinggalkan rumah sebulan pun tak hilang apa-apa. Sekarang ni keluar sehari saja, habis barang-barang hilang. Dulu tak kisah pun nak tinggalkan kuali ke, barang-barang kat laman. Sekarang ni tak boleh leka sikit pun. Ye lah, orang nak kerja, tak ada peluang. Akhirnya ada yang 'terpaksa' mencuri untuk cari makan."

Demikianlah lebih kurang. Saya tak ingat secara detail, namun inilah sedikit-sebanyak luahan daripada seorang warga Terengganu...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-12-07 23:48


Pada 21-12-07 22:28 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

hehehehehe,hadiah kepada rakyat kerana bagi bn menang di ganu agaknya


bagi menang? atau "dimenangkn"? wallahua'lam..tapi tak best rasanya bila saudara kata "hadiah kepada rakyat". rasanya hanya "sebahagian" rakyat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-12-07 01:38


itu cuma pandangan saya saja.tak semsetinya betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-12-07 01:52


Pada 22-12-07 03:05 , saffaa posting:

!!! QUOTE !!!

islam tak perlu dihadharikan

tapi tamadun itu yang perlu diISLAMkan

sedih melihat negeri sendiri makin jauh dari ajaran sebenar..


Salam, i beg to differ. Peranan kita sekarang bukanlah untuk mengIslamkan tamadun, kerana Islam telahpun mempunyai tamadunnya sendiri.

Sebaliknya peranan kita sekarang ialah mengembalikan umat Islam kepada pengamalan dan kehidupan dalam tamadun Islam yang hakiki...

Tentu kita dapat tangkap perbezaan antara mengIslamkan tamadun dengan kembali mengamalkan tamadun Islam...

Wallahu'alam... Maaf kalau sedikit off-topic.


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 23-12-07 11:15


Assalamualaikum...

wahh...

4 juta tu.
bukannya 4 posen.... 4 kupang...

ada apa dengan bandar??....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-12-07 14:43


:-) Assalamualaikum


     Hebatnya Terengganu...lagi hebat dengan motto"ISLAM hadhari TERENGGANU BESTARI" dan ditambah pulak dengan "Generasi Ulul Albab" nya....tapi peliknya..baru-baru ni balik...remaja2nya makin hebat bertatu..dulu susah nak jumpa...makin ramai yang buat maksiat tepi pantai secara terang-terang..dulu tak berani nak buat macam tu...ish2..hebat2..

Kan bagus kalau 4 juta diagih2kan kat penduduk Terengganu yang masih ramai yang susah...atau bagi kat pelajar2 Terengganu..kami warga Terengganu di bumi Mesir ni pun ramai tak dapat bantuan...pulak tu baru-baru ni terpaksa hadapi kenaikan harga barang yang agak mendadak di Mesir ni......

     apa yang membuatkan Terengganu boleh jadi bandaraya?masjid kristal ke? :berfikir: :berfikir:

:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11525 saat. Lajunya....