Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: kerja kat kedai yang menjual arak


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kerja kat kedai yang menjual arak

Please Mendaftar To Post


Oleh kerja kat kedai yang menjual arak

zierajoe
Warga Rasmi
Menyertai: 20.12.2007
Ahli No: 32053
Posting: 8
Dari: bumi tuhan..

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 09:19


assalamualaikum...
saya nak tanya..
agak musykil juga ni..
bolehkah kita kerja kat kedai yang jual arak..
macam giant, tesco, 7eleven itu...
mereka ada jual benda lain juga..
tapi ada jual arak juga kan..
boleh tak kita kerja kat situ..
walaupun kita tak pegang or layan customer yang nak beli arak itu..
kita cuma layan yang beli barang-barang keperluan biasa saja..
halal ke haram eh?
saya teringin juga nak cari part time kat tempat-tempat begitu..
tapi..tu lah..takut tak boleh pula..
wassalam..
:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For zierajoeProfil   Hantar PM kepada zierajoe   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 20-12-07 10:51


haram....sebab mereka tergolong dengan 10 golongan yang berdosa dengan arak....sila rujuk buku teks syariah islamiah tingkatan 5...tajuk arak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 11:42


HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN



SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.



Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-


عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له



“Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )”



Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu sama ada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)



Dan juga sebuah lagi hadith



عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir .a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)



Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.



Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu’alam.


Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.



Sekian



ustaz Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Jun 2007

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 11:43


BERIKUT SATU RESPOND DARI BEKAS PEKERJA 7 ELEVEN BY EMAIL



Sent By :

Assalamu Warahmatullah a’alikum…

Berdasarkan dalil dr hadis Nabi Muhammad S.A.W yang UZAR utarakan,
jelas menunjukkan bahawa bergelumang dengan ARAK itu haram (jelas dan
nyata), sekali pun hanya menyusun…

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca
sekalian. saya pernah bekerja di 7-eleven (7E)penghujung tahun 2005
dulu, dek kerana rasa dah tak tau nak buat apa, dengar pula kawan pun
ada kerja kat 7E ni, so saya apply, dapat, then terus kerja esoknya…
Setelah bekerja, baru saya sedar, yang 7E ni ada jual ARAK, tapi saya terpaksa
jugak kerja dulu sebab masa interview dah janji nak kerja, lagipun memang tak ada kerja
selain tu masa tu. kemdian saya ketahui antara tugas saya adalah berkaitan
dengan ARAK. Menjadi pekerja di 7E semua kerja perlu dibuat, no excuses,
kalau kerja tak siap, store tak kemas ke, barang tak susun ke,barang habis tak tambh
ke memang kena marah dengan store manager, so, nak tak hendak memang kena buat.
tapi saya sedaya upaya mengelak dr membuat kerja berkaitan dengannya, susun
ke, kira stok ke, lebih-lebih lagi jualkan. Malangnye, saya jadi serba salah nak
bagi kerja tu kat teman sekerja kerana mereka pun Islam jugak, (memang
diakui hampir semua store 7E dijaga oleh org melayu muslim)tapi mereka
buat tanpa disuruh (mereka rasa itu tenggungjawab sebagai pekerja), so saya
selamat…


tapi yang buat saya betul-betul tertekan bila kerja kat 7E ni, bila budak (remaja
melayu Muslim) datang nak BELI ARAK!! (masa tu dhla bula RAMADHAN,
RAMADHAN!!!!!) bila tanya, dia kata india minta belikan, saya pun malas
nak bertengkar, tengok keadaan budak tupun lain macam saja…(kesilapan saya yang
amat saya kesalkan)…
sejak pada tu, saya bertekad nak berenti kerja 7E, akhirnya tak lama saya dapat
peluang (kalau anda bertanya Kenapa perlu tunggu peluang baru nak
bernti, saya beranggapan kononnya saya klua/resing dengan care baik lah,
maaf, ni pnadangan peribadi). dan kerana merasakan was2 dengan gaji yang
saya perolehi, saya tulis setiap perbelanjaan makan minum saya yang saya
gunakan duit hasil kerja 7E ni.
Moralnya; kepada yang nak kerja @ yang masih bekerja di 7E (dengan arak ni),
fikirlah dengan sewajarnya hukum islam mengenainya kerana melibatkan
keberkatan hidup anda juga didunia ini & akhirat kelak… Wallahu
a’lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 11:49


.. Nabi Muhammad SAW ada menyebut dalam sebuah hadis bermaksud: “Termasuk yang berdosa ialah yang memerah anggur untuk arak, yang menjual anggur untuk arak, yang minum, menyediakan dan yang membeli.” Dalam erti kata lain, apa saja yang berkaitan dan bersubahat dengan arak adalah haram.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 20-12-07 20:32


:: xkerja pun xape.Kalau terpaksa bersubahat dengan arak,tak nak..:kelip:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109762 saat. Lajunya....