Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-05-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 17 hari yang lalu
izdham: 26 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 36 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: KANTA LEKAP? berapa harga?


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» KANTA LEKAP? berapa harga?

Please Mendaftar To Post


Oleh KANTA LEKAP? berapa harga?

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 21:17


assalamualaikum...
tak tahu lah nak taruh topik ni kat mana..kat kesihatan ok kut....
hehe....
nak tau sesiapa sahabat dalam ni..berapa harga kanta lekap d pasaran malaysia?? dan panduan memilih serta petua.....
dan apa-apa lah info..thank you


-----------------
http://www.stormreaders.net/putraborneo


Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 21:51


Assalamualaikum

ana sebenonya pakai cermin mata,
teringin jugak nak pakai contact lens,
tapi ada org syorkan jangan pakai contact lens
sebab dapat membahayakan mata,
sebab dijangkiti kuman, kerana ia terus melekap di mata.

tapi semuanya terpulang pada diri sendirila


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 22:08


saya pernah pakai untuk 3 bulan...harga dia RM50...kalau untuk sebulan RM20..
macam yang syah kata memang pakai kanta lekap bahaya kalau tak betul-betul jaga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

saffaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah

uganda   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 22:14


ad contact lens yang pakai buang..ad yang macam kekal sikit...
tapi tak tahu a berapa harga..
rasanya bukan org yang sesuai untuk pakai contact lens lagi..
ganaih ngat..japg terkoyak kang..habis duit..
pakai spek pun kena tukar cermin saja..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For saffaaProfil   Hantar PM kepada saffaa   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 00:18


yang jenis murah... boleh di beli di mana-mana kedai cermin mata. harga dalam lingkungan rm20 sepasang (for the first user) hingga mencecah ratusan untuk pakai buang.

tapi.. sebaiknya yang buat ikut bentuk mata. yang ni agak mahal.. dalam seratus lebih rasa saya. dan kelebihannya.. dia 'fit' pada mata kita sepenuhnya. rasa saya tak semua tempat juga yang buat sebegini.. ataupun buat atas permintaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 08:28


salam
kalau yang lens tak ada warna.. biasanya hrga dia dalam 30 ringgit sepasang
kalau ada warna dalam rm 50, rm 60, rm 90 ikut dia punya warna. biasanya sepasng boleh dipakai selama 3 bulan.
kawan saya dia beli 3 pasang RM 120..(lens yang ada warna). sepasang pakai 3 bulan. ni dia beli kat giant baru-baru ini ada promotion.
ok..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 00:47


sebenor nya nak pakai lens ni pasai nak pergi interiew saja..prepare kalau ada aktiviti yang melibatkan aktiviti luar .. polis of cos dan lelain....hehehehe... saja lah pakai lens nak bagi nampak konfident masa interview =D hahahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

zaneera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2007
Ahli No: 31755
Posting: 49

sudan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 08:28


Assalamualaikum..ANA pakai kanta lekap sejak umur 18 tahun.. biasanya sepasang rm20, sekotak biasa ikut jenama. harganya lebih kurang rm50 sekotak sama power dalam 3 pasang.. kalau kedua2 belah lain-lain power kena beli 2 kotak .. but beli sepsg pun boleh..ikut masing-masing..kanta lekap ni ada jenis yang agak keras bila kita pakai ada jenis yang lembut sangat bila kit pakai bergantung pada kesesuaian dan keselesaan masing-masing.... pilih jenama kanta lekap yang anda rasa boleh sesuai dengan anda..yang ana cakap ni yang jenis normal dan natural.. kalau yang berwarna punya kanta lekap boleh cecah rm70 sepasang.. yang    natural ada yang mahal lagi bila kita tempah ikut silauan yang tinggi .. terpulang pada masing-masing buat pilihan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaneeraProfil   Hantar PM kepada zaneera   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 06:11


:: dari dulu pakai spec saja..takut nak pakai kanta lekap :-P


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 07:18


Pada 19-12-07 06:11 , dziaulhaq posting:

!!! QUOTE !!!

:: dari dulu pakai spec saja..takut nak pakai kanta lekap :-P



samalah,
dulu teringin juga nak pakai kanta lekap..
tapi sekarang dah tak minat pula..
rasanya lebih selesa pakai spek mata walaupun kadang-kadang susah juga kalau tersilap letak :D


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 19-12-07 10:17


hmmm bila agaknya dapat pakai ye..takut sebenarnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 10:19


.. harga mengikut jenama sesebuah kanta lekap.. ada yang mahal dan ada yang murah.. tapi penjagaan kena rapi lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 11:04


Kanta lekap boleh datangkan komplikasi
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


GEJALA mata merah, pedih dan berair adalah masalah biasa dihadapi pengguna kanta lekap, khususnya yang memakainya bagi tempoh lama dan kurang memberi tumpuan terhadap penjagaan mahupun kebersihannya.

Walaupun ada banyak jenis kanta lekap di pasaran, kanta lekap lembut lebih popular kerana ia bersifat fleksibel, menyerap lebih banyak air (bagi mengekalkan kelembapan mata) dan mengikut bentuk mata pemakainya.

Kanta lekap lembut juga ada beberapa jenis, sama ada untuk pemakaian harian, jangka panjang, pakai buang atau berjadual. Kanta lekap jangka masa panjang direka untuk pemakaian bagi tempoh tertentu (biasanya beberapa hari) sebelum ia ditanggalkan.

Manakala kanta lekap pakai buang pula tertakluk kepada jenisnya, sama ada dipakai satu atau dua hari saja atau dua minggu sebelum dibuang.

Kanta lekap berjadual pula biasanya digunakan dalam tempoh lebih panjang (biasanya sebulan) tetapi ia memerlukan penjagaan harian sebagaimana kanta lekap harian. Selepas sebulan, kanta lekap ini perlu ditukar dengan yang baru.

Ada yang berpendapat, memakai kanta lekap perkara leceh kerana ia perlu dibersihkan setiap hari berbanding kaca mata.

Bagaimanapun bagi individu yang aktif sukan lasak, termasuk bermain bola sepak, ragbi, mendaki mahupun berenang, kanta lekap adalah pilihan terbaik kerana ia memudahkan pergerakan.

Oleh kerana kanta lekap lembut mengandungi banyak kelembapan, ia mudah dicemari bakteria dan fungus (kulat).

Justeru, kanta lekap perlu diberikan ‘rawatan’ nyah-pencemaran, tetapi ramai pengguna memandang remeh perkara ini, walaupun ia sebenarnya mengundang bahaya kepada diri.

Kanta lekap juga perlu dielakkan daripada terdedah kepada bahan kimia, termasuk bahan kosmetik dan alat solek serta pencemaran alam sekitar, kerana ia boleh membentuk satu ikatan baru dengan kanta lekap yang boleh merengsakan mata.

Walaupun berjuta orang memakai kanta lekap, komplikasi masih tetap berlaku dan biasanya disebabkan sikap pengguna yang kurang mementingkan kebersihan atau penggunaan melebihi waktu disarankan.

Antara masalah yang kerap dihadapi ialah konjuktivitis papilari dan ulser kornea (jangkitan bakteria) menyebabkan mata merah, sakit, berair dan mengehadkan penglihatan.

Ada juga yang mengalami masalah sensitif, menyebabkan mata menjadi merah, rengsa dan mengalami kesukaran membuka mata setiap kali memakai kanta lekap.

Ramai juga mengalami masalah kehadiran protein pada kanta lekap. Akibatnya mata pengguna akan berasa tidak selesa dan gatal apabila memakai kanta lekap. Jika masalah ini berlaku, bermakna tiba masa anda menukar kanta lekap yang baru.

Namun masalah paling ditakuti ialah jangkitan bakteria keratitis. Pesakit yang mengalami jangkitan biasanya mengadu mata menjadi sakit, sensitif terhadap cahaya, berair, bernanah dan pandangan kabur sejurus selepas dijangkiti.

Jangkitan ini dilaporkan berlaku di Singapura dan Hong Kong baru-baru ini. Bagaimanapun, Pengarah Urusan Asia Tenggara Baush & Lomb, Foo Eng Chuan, berkata ia disifatkan masalah terpencil dan boleh dielakkan dengan amalan penjagaan kanta mata yang baik.

Katanya pada sidang media menjelaskan masalah berkenaan, setiap pengguna kanta lekap sebenarnya bertanggungjawab terhadap kesihatan mata mereka. Ia boleh dicapai dengan mematuhi amalan penjagaan seperti tertera pada label larutan kanta lekap dan membasuh tangan hingga bersih sebelum mengendalikannya (memakai atau menanggalkan).

Walaupun kanta yang anda gunakan adalah untuk pemakaian jangka masa panjang, ada baiknya jika ia turut dibersihkan setiap hari. Kanta lekap perlu dicuci dan dibilas dengan larutan isotonik steril untuk menyingkirkan bahan yang terkumpul seperti deposit lemak pada permukaan kanta.

Kaedah penyah-pencemaran ini juga berbeza mengikut jenis larutan yang anda beli. Tidak kira apa jenama digunakan, yang penting ialah mematuhi arahan seperti tertulis pada label, terutama waktu minimum untuk merendam dalam larutan penyah-pencemaran.

Bagaimanapun kini kebanyakan pengeluar kini menghasilkan larutan pelbagai guna — yang boleh digunakan untuk semua proses bermula daripada mencuci, membilas dan menyah-pencemaran bakteria.

Larutan ini juga boleh membantu mengelakkan pengumpulan deposit protein pada permukaan kanta.

Secara umumnya beberapa langkah perlu diamalkan pengguna kanta lekap, iaitu:



Mematuhi arahan dan kaedah pembersihan kanta lekap seperti disarankan doktor mata atau pengamal perubatan mata.


Pastikan kanta lekap direndam dalam larutan penyah pencemaran sekurang-kurangnya empat jam. Ingat, larutan isotonik steril atau titis mata tidak bertindak mencegah jangkitan bakteria atau fungus.


Buang larutan yang digunakan. Larutan ini (walaupun ia larutan pelbagai guna) hanya boleh digunakan sekali. Jangan gunakan semula larutan yang sudah dipakai.


Pilih jenama yang boleh dipercayai.


Walaupun anda menggunakan larutan yang mendakwa tidak memerlukan kanta lekap digosok, pengguna disaran menggosok dan membersihkan kanta lekap dengan larutan penyah-pencemaran beberapa minit sebelum disimpan. Ia sebagai langkah berjaga-jaga.


Tutup botol larutan setiap kali selepas digunakan.


Bersihkan bekas penyimpan kanta lekap setiap hari dan keringkan sebelum digunakan semula.

Namun paling penting ialah, jika masalah mata berlarutan walaupun semua langkah penjagaan dipatuhi, segera jalani pemeriksaan supaya penglihatan tidak terganggu.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 11:09


Pada 12-12-07 22:08 , insyirah_hr posting:

!!! QUOTE !!!

saya pernah pakai untuk 3 bulan...harga dia RM50...kalau untuk sebulan RM20..
macam yang syah kata memang pakai kanta lekap bahaya kalau tak betul-betul jaga..


Assalamualaikum
sedang pakai yang untuk 3 bulan rm 50..mmmg susah sikit nak jaga..
tapi so far,alhamdulillah..ok lagi..
cuma time siang saja pakai contact lens..
lagi-lagi spek makin longgar..so pakai spek malam saja..
byknye sekarang ni kat kedai cermin mata jual 3 pasang rm 50..:D
wassalam



Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 19-12-07 11:11


wah... :welcome: along da menunjukan kepakarannya...
posting jadi lebih matang...
tabikkkkkk :welcome: :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 11:25


Pada 19-12-07 11:11 , ummusafiah posting:

!!! QUOTE !!!

wah... :welcome: along da menunjukan kepakarannya...
posting jadi lebih matang...
tabikkkkkk :welcome: :-)



.. biasalah lalang bergantung arah kepada angin:-D..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 11:39


saya dah 4 bulan pakai kanta lekap..
alhamdulillah tak ada masalah pun..
cuma... baru-baru ni sebab tertidur dengannya,
mata kiri bengkak..sekarang pun masih ada bengkak sikit..

saya beli harga rm23.. selesa saja pakai...


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 11:46


Pada 19-12-07 11:39 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

saya dah 4 bulan pakai kanta lekap..
alhamdulillah tak ada masalah pun..
cuma... baru-baru ni sebab tertidur dengannya,
mata kiri bengkak..sekarang pun masih ada bengkak sikit..

saya beli harga rm23.. selesa saja pakai...


ish...ish...ish...

patut lah mata jadi bengkak...
hhmm...."cuai" lah tu.

:berfikir:

----------------------------------------------------------------------------------------
hhmmm.....tak BEST lah pakai kanta lekap ni..
"leceh".....
pakai "Spek" lagi senang...

walaupun "selalu" "tukar spek baru" = patah... :-(


:-D :-D :-D


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 11:52


saya terpakai kanta sebab spek patah lah...
rupa-rupanya lebih selesa pakai kanta...
lalalalalala... :welcome:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-12-07 12:29


Pada 19-12-07 11:52 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


lebih selesa pakai kanta...
lalalalalala... :welcome:



saya berpendapat yang sama.rasanya lebih bebas..
tentang harga,depens pada kita sebenarnya.maksud saya dr segi power,nak colour or colourless etc. saya guna yang biasa dan rasanya tak terlalu mahal. +-rm50 untuk 3psg/3bln.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-12-07 22:11


teringin tapi tak mahu... nampak selesa berkaca mata saja buat masa ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:07


teringin nak pakai tapi takut jangkitan..
ada kawan dok momok kalau ada jangkitan buta mata kau..
isk2.. :cry:


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:13


Pada 24-03-08 13:07 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

teringin nak pakai tapi takut jangkitan..
ada kawan dok momok kalau ada jangkitan buta mata kau..
isk2.. :cry:



saya dulu takut juga..
orang pun kata susah susah jaga..

sekarang dah beberapa bulan dah pakai..
taklah susah pun jaga..

cuma basuh sebelum simpan dan pastikan tangan bersih..
macam tu saja..

saya tak ada masalah pun..

saya pakai soft lense :sopan:
harga rm25.. pakai untuk sebulan tapi pakai dah nak 2 bulan pun tak ada apa2pun perkara buruk berlaku..

pernahlah terbawa tidur.. esoknya mata bengkak sebelah bengkak..
janganlah bawa tidur ya..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:51


siapa yang rasa nak pakai lens tapi wisau apa-apa belaku adalah lebih baik jumpa doktor dulu
saya pakai lens dah4 tahun
alhamdulillah ok saja
power tak naik sangat
tapi masa pakai spek power naik mendadak
maybe selalu ngadap pc
saya pakai banyak brand
soft lens(paling kerap pakai)
lepas itu lama-lama saya jumpa pkar dia suggest guna lens biomedics
try lah
heheheh
tapi ingat tau
juga kebersihan :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:56


Pada 24-03-08 13:51 , afina010587 posting:

!!! QUOTE !!!

siapa yang rasa nak pakai lens tapi wisau apa-apa belaku adalah lebih baik jumpa doktor dulu
saya pakai lens dah4 tahun
alhamdulillah ok saja
power tak naik sangat
tapi masa pakai spek power naik mendadak
maybe selalu ngadap pc
saya pakai banyak brand
soft lens(paling kerap pakai)
lepas itu lama-lama saya jumpa pkar dia suggest guna lens biomedics
try lah
heheheh
tapi ingat tau
juga kebersihan :kelip:


ok juga tu..
nak try pakai lah bulan depan..
nak warna kontek lens warna merah macam mata pontianak.. :-P


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 14:32


hehe kalau hijau jadi macam kucing :-D

ada kawan non muslim pakai warna kelabu.. adui takutnya tengok..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 15:28


Pada 24-03-08 13:13 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!



saya pakai soft lense :sopan:
harga rm25.. pakai untuk sebulan tapi pakai dah nak 2 bulan pun



ismi guna softener saja.. adess... ;-) :malu:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-03-08 15:46


yang penting bila pakai kanta lekap ni, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkn.contohnya kalau nak handle lense kenalah cuci tangan bersih2,gunakan cecair pencuci khas untuk bersihkan lense(bukan air paip),dan pemakaiannya tak boleh lebih dari 12 jam atau sampai terlelap pun masih pakai lense...tak sesuai untuk mereka yang kurang prihatin dalam aspek penjagaan kebersihan,dan ala2 ganas begitu..hehe..

mula-mula tu takut jugak..rasa tak confident nak pakai..masa mula-mula belajar pakai dulu tak berjaya pun masukkn lense dalam mata..tapi dengan sedikit kesabaran dan ketelitian(hehe)..akhirnya berjaya jugak..rasanya pakai lense ni ada jugak kelebihannya..terutama vision kita tak terhad banding spek ada limitation..bila spek tu jauh sikit..mula lah tak nampak..hehe..tak adalah insiden terlupa letak spek kat mana..


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 21:09


Pada 24-03-08 15:46 , setanggi_syurga83 posting:

!!! QUOTE !!!

hehe..tak adalah insiden terlupa letak spek kat mana..



hehehe..aspek lupa letak mana bekas kontek lens juga boleh berlaku.. :-D


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 21:48


saya dah dua kali sebelah kontek lens jatuh..
gosok2 mata.. tiba-tiba dah jatuh...
dahlah yang satu tu baru 2 minggu pakai..
ada yang jatuh masa jalan.. :-D
huhu bersyukur 2 biji mata boleh melihat..
jalan dengan sebelah mata kabur dah susah..
kalau sebelah mata saja nampak mesti lagi susah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 23:08


saya ada seorang kawan pakai kontek lense berwarna..
tak tahu macamana nak tegur :-(


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mas_kara
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.12.2007
Ahli No: 32112
Posting: 85
Dari: Bumi ISLAM

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-03-08 18:48


power rabun ana tinggi.sebelah saja power dah 900++.ada ke contact lens yang sesuai?harga dia sama ke?


-----------------
Hidup merana tanpa IMAN,Hidup bahagia dengan ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_karaProfil   Hantar PM kepada mas_kara   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 18:56


Pada 28-03-08 18:48 , mas_kara posting:

!!! QUOTE !!!

power rabun ana tinggi.sebelah saja power dah 900++.ada ke contact lens yang sesuai?harga dia sama ke?



kak,kawan saya cakap kalau power dah lebih dari 600,boleh buat pembedahan lasic..
apa-apa pun akak tanya lah doktor dulu macam mana..saya dah tanya dr kat ukhwah ni,dia kata ok saja tak ada risiko buat lasik ni..

p/s:nak buat tapi mak bangkang.. :-D dah boring pakai spek ni..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 18:58


Pada 24-03-08 23:08 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

saya ada seorang kawan pakai kontek lense berwarna..
tak tahu macamana nak tegur :-(



tak tau macam mana nak tegur?Kenapa cik kinah oii..ngeri sangat ke dia pakai kontek lens berwarna? :-D


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 28-03-08 20:46


brand lense yang saya pernah pakai, bosch dan lomb (rasanya spell dia macam ni agaknya), johhson and johnson, dengan biomedic, and freshkon
so far yang paling selese dan saya pakai sampai sekarang brand biomedic, sekotak ada 3 pasang jadi kirekan untuk 3 bulan ah. harga dia kat sini sekotak dalam 70 ringgit agaknya. memang sangat selesa dia tak kering sangat dan lense dia besar jadi tak mengangu mata saya..saya da kai lense da lama since zaman sekolah dulu, kadang-kadang saja kai spec

tapi brand biomedic susah nak jumpa kat sini sebab mahal, so kat certain kedai saja ada jual...tapi akasia boleh cuba..

dan saya pakai solution solo care, tak payah cuci just tukar air dia everytime nak simpan dalam bekas tu..dinasehat kan try avoid solution renu k...saya kai mata gatal2...

untuk akasia yang baru nak kai lense sebab nak pergi interview, makesure practice and selesa kan diri kai lense dulu, jangan besok pergi interview baru nak kai lense nanti tkot bukan makin confident tapi makin tak selesa pula, sebab org yang tak biasa kai lense tkot tak biasa mata tu...

dan bila kai lense mata gatal terus buka dan cuci kai solution, jangan sesekali pakai air biasa k...gd luck wif your interview...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 20:59


Pada 28-03-08 18:58 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-03-08 23:08 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

saya ada seorang kawan pakai kontek lense berwarna..
tak tahu macamana nak tegur :-(



tak tau macam mana nak tegur?Kenapa cik kinah oii..ngeri sangat ke dia pakai kontek lens berwarna? :-D



taklah ngeri masih kelihatan macam kita.. :-D

tapi dalam Islam kan tak boleh pakai kontek lens berwarna :berfikir:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 21:37


Pada 28-03-08 18:48 , mas_kara posting:

!!! QUOTE !!!

power rabun ana tinggi.sebelah saja power dah 900++.ada ke contact lens yang sesuai?harga dia sama ke?



tinggi power tu
try lah buat laser

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 17:02


selesa pakai bausch & lomb..biomedic tak selesa pakai sebab besar walaupun ada rabun silau..
oklah pakai contact lens ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

sejadah_usang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2006
Ahli No: 26842
Posting: 97

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 13:00


Pada 12-12-07 21:17 , akasia posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...
tak tahu lah nak taruh topik ni kat mana..kat kesihatan ok kut....
hehe....
nak tau sesiapa sahabat dalam ni..berapa harga kanta lekap d pasaran malaysia?? dan panduan memilih serta petua.....
dan apa-apa lah info..thank you



Salam

ana pakai kanta lekap dah hampir 3 tahun. dulu pakai spek, pakai spek dah 10 tahun tapi mata makin teruk, cermin makin tebal. terpaksa pakai lens, sejak pakai lens mata dah ok sikit cuma leceh nak kena betul-betul jaga dan tak boleh pakai lama. biasanya sebulan RM20 atau RM30, tengok brand juga lah. tapi ingat nak pakai spek balik, takut kesan jangka panjang.



Bookmark and Share

    


  Member Information For sejadah_usangProfil   Hantar PM kepada sejadah_usang   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.144071 saat. Lajunya....