Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 271
Ahli: 0
Jumlah: 271




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Teknologi
Topik: Internet dengan elektik


Carian Forum

Moderator: Administrator, Martyr
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Teknologi
    »» Internet dengan elektik

Please Mendaftar To Post


Oleh Internet dengan elektik

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-12-07 22:01


tahun 2003 dahulu......

10 jurutera kita cipta alat layari internet guna litar elektrik

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 10 jurutera tempatan mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan teknologi Komunikasi Melalui Litar Elektrik (PLC) yang membolehkan internet dilayari menerusi litar elektrik tanpa menggunakan talian telefon.

Teknologi itu yang mampu mengalirkan data menerusi transformer dalam litar elektrik, sebelum ini cuba dihasilkan saintis di beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) tetapi semuanya gagal.

Setakat ini, PLC yang dicipta kumpulan jurutera dari Afzid Research Sdn Bhd (ARS yang diketuai Ketua Eksekutifnya, Mohammad Abdul Zahib Mohd Zaid, sudah dipasarkan di beberapa negara termasuk AS, Hungary dan Sweden menerusi kerjasama ARSB dan sebuah syarikat dari Washington, Satius Inc.

Minggu lalu, ARSB dan Satius Inc turut mengadakan demonstrasi di China bagi memperkenalkan teknologi berkenaan di satu kawasan di negara itu.

Mohammad Abdul Zahib berkata, di Malaysia ujian penggunaan teknologi itu sudah dijalankan di Pusat Beli-belah Amcorp, Petaling Jaya.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TN untuk memperluaskan teknologi itu ke seluruh negara.

ā€œSatu ujian juga akan dijalankan bulan ini di sebuah pencawang TNB,ā€ katanya kepada Berita Harian di sini.

Mohammad Abdul Zahib yakin PLC mampu dikomers_alkan berikutan kemampuannya menggunakan sistem rangkaian meluas (WAN) yang membolehkan pengguna melayari internet tanpa menggunakan talian telefon dengan kelajuan lebih tiga Gigabait sesaat (Gbps).

ā€œIni bermakna jika ia digunakan di negara ini, teknologi PLC mampu mengembangkan industri telekomunikasi dengan liputan yang lebih besar.

ā€œIni kerana ketika ini lebih 90 peratus penduduk sudah menikmati bekalan elektrik berbanding hanya kira-kira 40 peratus yang mempunyai talian telefon.

ā€œMalah, PLC tidak memerlukan perbelanjaan yang besar seperti teknologi komunikasi lain kerana infrastruktur litar elektrik sudah pun wujud,ā€ katanya.

PLC ialah sistem penghantaran data, audio dan video melalui rangkaian litar elektrik yang mengalirkan bekalan cas elektrik ke setiap rumah.

Kajian mengenainya sudah dibuat sejak awal abad ke-19 oleh makmal Bell di AS, Siemens (Jerman) dan NTT (Jepun).

Bagaimanapun, Mohammad Abdul Zahib berkata, banyak kajian mengenai teknologi itu yang dilakukan saintis dunia, tidak dapat dikomersialkan kerana menghadapi beberapa masalah tertentu.

Antara masalah yang dihadapi ialah tidak mampu merentasi komponen dalam litar elektrik seperti transformer dan bank kapasitor, hanya menggunakan sistem rangkaian setempat (LAN) dengan kelajuan yang tidak memuaskan, jarak penghantaran yang rendah, maklumat yang dihantar mempunyai kerosakan, mengeluarkan pancaran yang membahayakan serta gangguan oleh peralatan elektrik yang terdapat di rumah.

Beliau berkata, kumpulan jurutera ARSB yang diketuainya memulakan kajian bagi menyempurnakan teknologi sejak lima tahun lalu dan menerima sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Diambil dari Berita Harian 05 April 2003

-----
Surat Pilihan: Pencipta teknologi hanya dapat ā€˜sokongan air liurā€™
Berita Harian 30 April 2004

SAYA antara pelopor pembangunan teknologi Komunikasi Melalui Litar Elektrik (KMLE) di Malaysia yang mendapat liputan meluas awal bulan ini.

Sepatutnya saya gembira dengan ciptaan dan penemuan itu serta menanti ganjaran berbentuk kontrak bagi menjelmakan teknologi itu sebagai peralatan untuk dikomersialkan.

Tetapi perkara yang berlaku amat menyedihkan membuat saya terkilan mengenangkan nasib pakar teknologi Melayu di tanah air sendiri. Pada mulanya saya yakin dan bangga kerana ingin menjadikan Malaysia negara contoh yang menerajui dunia dalam penggunaan teknologi PLC.

Tidak mungkin teknologi yang mampu menjadikan seluruh negara sebagai MSC di samping menjimatkan wang dengan begitu banyak tidak mendapat perhatian kerajaan ataupun sektor swasta.

Selepas menjaja ciptaan baru kami kepada pihak yang dianggap berpotensi membantu mengkomersialkannya, sambutan diterima sungguh sedih dan dingin.

Inilah nasib yang diterima ramai lagi jurutera dan pencipta lain. Contohnya, ada yang mempunyai teknologi membuat roket dan melancarkan satelit tetapi akhirnya ia ā€˜basi dan berkaratā€™ dalam stor kilang mereka.

Sedang Malaysia tergila-gila mengejar gelaran dan nama di mata dunia dengan terbinanya bangunan dan menara tertinggi, bendera terbesar, kek terbesar, tepuk tangan paling lama, popiah terpanjang di samping berlumba-lumba mencipta rekod lumba basikal, mendaki gunung dan berenang tetapi sebenarnya semua itu tidak tidak membawa erti kepada kemajuan negara.

Namun, kejayaan itu mendapat banyak sokongan kewangan dan moral walaupun ia umpama ā€˜ribut dalam secawan kopiā€™, kocaknya hebat tetapi hanya dalam bekas yang sempit.

Untuk makluman semua, bantuan permulaan yang kami perlukan bagi memajukan dan mengkomersialkan ciptaan KMLE itu kurang 10 peratus daripada perbelanjaan Datuk Azhar Mansor berlayar mengelilingi dunia ataupun mungkin 15 peratus daripada gaji jurulatih Datuk Malik Maidin apatah lagi dibandingkan perbelanjaan lah Tour ada Langkawi.

Tetapi, ingin saya tekankan penerokaan bidang sains dan teknologi jauh lebih berfaedah kerana ia tonggak kemajuan tamadun manusia, lebih-lebih lagi bagi orang Melayu yang sering diperkotak-katikkan, malah dilabelkan sebagai pemalas dan tidak berdaya saing.

Selepas lebih empat tahun teknologi KMLE ciptaan kami terumbang-ambing di Malaysia, tempat kami berjumpa, membuat perbincangan dan demonstrasi dengan beberapa badan korporat dan kementerian kerajaan antaranya Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Malaysian Capital Venture Management Berhad, Malaysia Debt Venture Berhad dan Kementerian Tenaga Telekomunikasi termasuk Jabatan Perdana Menteri sendiri dan beberapa badan lain, mereka mengakui dan kagum kehebatan serta mengakui pentingnya teknologi ini kepada negara.

Namun, tiada langsung sokongan dan bantuan kewangan untuk membantu usahawan Melayu merealisasikan teknologi ini. Hanya yang mampu mereka berikan adalah ucapan tahniah dan ā€˜sokongan air liurā€™ tanpa satu sen pun dikeluarkan.

Hanya Pengerusi TNB, Datuk Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Pian Sukro berani mengeluarkan surat sokongan untuk membantu kami mendapat pembiayaan daripada agensi kewangan kerajaan seperti Mavcap yang melaungkan kononnya dana mereka tidak gunakan sepenuhnya kerana tidak banyak permohonan untuk membangunkan teknologi.

Yang peliknya walaupun kami mengemukakan permohonan dan demonstrasi berserta sokongan daripada TNB, Mavcap mengklasifikasikan teknologi ini sebagai No business case.

Pada masa yang sama mereka bersetuju membiayai pemohon lain yang tidak tahu pun hujung pangkal teknologi ini tetapi meniru sedikit kemampuan teknologi kami dalam rancangan menghasilkan produknya.

Sedangkan kami pengasas teknologi LC di Malaysia ditolak mentah-mentah oleh Mavcap. Adakah teknologi yang dikatakan sebagai ada kepentingan nasional oleh beberapa badan kerajaan dan korporat diklasifikasikan sebagai No business case?

Saya juga ingin menyentuh beberapa badan korporat yang menjadi tunjang pembangunan negara begitu mudah mengeluarkan sumbangan untuk aktiviti dan pesta hiburan seperti anugerah hiburan, pertandingan nyanyian dan lumba basikal tetapi begitu payah menghulur sumbangan kepada pembangunan hasil daripada penyelidikan sains dan teknologi sebegini.

Ingin saya maklumkan tajaan pesta hiburan yang dikeluarkan tidak membina langsung dari segi pembentukan nilai murni dan jati diri masyarakat, malah lebih cenderung kepada pembentukan masyarakat yang lemah dan bermasalah seperti terbabit dengan masalah rokok, dadah, perbuatan sumbang dan pelbagai keburukan lain.

Inikah generasi yang ingin dibentuk untuk menjaga negara? Ataupun kepada generasi yang berkarisma, kreatif, cintakan ilmu, mempraktikkan ajaran agama, berminat dalam penciptaan dan penerokaan sains dan teknologi?

Oleh kerana tiadanya minat yang ditunjukkan oleh negara kita, rakan teknologi saya mencadangkan saya berpindah ke negaranya seterusnya memulakan pembangunan teknologi ini di sana dan mungkin juga di China.

Saya ingin memetik pendapat Datuk Arif Nun yang menekankan bahan teknologi ciptaan kami mampu menjadikan seluruh Malaysia termasuk kawasan pedalaman sebagai MSC.

Leo Moggie berkata: ā€œWalaupun teknologi ini belum lagi dijalankan secara meluas sejajar kemampuannya, usaha ke arah itu mesti diteruskan demi masa depan kitaā€. Tetapi apakah ciptaan yang tidak diberikan sokongan dan tajaan sebagaimana pesta hiburan mampu dimajukan demi kepentingan pengguna.

fibrecomm

*hairan dengan pemikiran orang atasan yang tak reti berfikir.ruginya......... :oops:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 10-12-07 22:08


wahh!bestnya kalau dapat d relisasikan
senang sikit :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-12-07 22:12


Pada 10-12-07 22:08 , ummusafiah posting:

!!! QUOTE !!!

wahh!bestnya kalau dapat d relisasikan
senang sikit :berfikir:



memang best,tapi apa nak buat.semuanya banyak sangat kekangan politik.takut company maxis , celcom semua jatuh teruk..........lalu jadilah kita masyarakat yang tak terdedah kepada maklumat pantas supaya orang atas boleh tipu orang kampung dan kembung perut lagi....


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-12-07 22:19


kalau tak silap... benda ini dah dicuba di beberapa negara luar...teknologi ini dikenali sebagai power line communication (plc)....ada beberapa nama lain lagi....(plt/plt)

percubaan di autralia oleh aurora energy bermula september 2005 telah ditamatkan sekitar november 2007


-----------------
I have my own id now.... :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 07:21


PLC ni dah lama jugak saya dengar .. tapi tak nampak kegunaan dia secara meluas .. atau tak pernah digunakan langsung ?? biasa lah .. benda yang baru direka mesti ada kelemahan tertentu .. tu lah gunanya pembangunan dan penyelidikan untuk memajukan sesuatu teknologi ...

macam alexander graham bell dulu masa mula-2 buat telefon pun ramai jugak syarikat-2 yang kurang yakin dengan teknologi tersebut terutama bila dapat tahu yang wayar yang panjang diperlukan untuk disambung ke setiap telefon yang sudah pasti memerlukan kos yang tinggi ...

p/s : kalau PLC digunakan secara meluas silap-2 boleh lingkup TMNet ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 08:04


biasala jaga kroni...sekarang ni teknologi ni dah nak apply kat indon...thats really good..Alhamdulillah dan tahniah pada ahli fikir tempatan kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 09:30


!!! QUOTE !!!

p/s : kalau PLC digunakan secara meluas silap-2 boleh lingkup TMNet ...


a'ah...tapi dalam masa yang sama boleh menguntungkan TNB :D


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 09:52


ekstrak daripada kertas putih berkaitan eksperimen plc di lombok, indonesia.... versi penuh boleh download dari website http://techrepublic.com.com/

Wireless LAN and Power Line Communication platform for
e-Learning multimedia system in underdeveloped area in Lombok Island
Achmad Rully*, Agung Untoro*, Tetsuo Fujisaki*, Hidehiro Kanemitsu*, Ye Kyaw Thu*,
Dr. Yoshiyori Urano*, Waseda University.
Yuki Umezawa+, Yosuke Uchiyama+, KDDI.

/


-----------------
I have my own id now.... :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 09:55


Pada 11-12-07 09:30 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

p/s : kalau PLC digunakan secara meluas silap-2 boleh lingkup TMNet ...


a'ah...tapi dalam masa yang sama boleh menguntungkan TNB :D



kalau ada PLC sudah tentu kedua-2 TNB dan TMNet dan bersaing untuk perbaiki perkhidmatan masing-2 .. dari situlah akan wujud persaingan teknologi dan akhirnya akan membawa kepada kemajuan secara berperingkat dalam pembangunan internet ...

itulah dia hikmah adanya persaingan dan tiada monopoli oleh pihak tertentu ... pada masa sama pengguna ada peluang untuk memilih mana yang difikirkan sesuai ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 17:13


Pada 11-12-07 09:55 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!


kalau ada PLC sudah tentu kedua-2 TNB dan TMNet dan bersaing untuk perbaiki perkhidmatan masing-2 .. dari situlah akan wujud persaingan teknologi dan akhirnya akan membawa kepada kemajuan secara berperingkat dalam pembangunan internet ...

itulah dia hikmah adanya persaingan dan tiada monopoli oleh pihak tertentu ... pada masa sama pengguna ada peluang untuk memilih mana yang difikirkan sesuai ...



Betul tu...Mungkin broadband kat malaysia akan lebih murah dan berkualiti...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 11-12-07 17:47


Dah pernah try di Bahagian Teknologi Pendidikan dulu, bukan sahaja guna power line bahkan guna ada yang guna cable TV pun ada tapi tak ingat apa di panggil.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 17-12-07 02:37


Pada 11-12-07 08:04 , gsrturbo posting:

!!! QUOTE !!!

biasala jaga kroni...sekarang ni teknologi ni dah nak apply kat indon...thats really good..Alhamdulillah dan tahniah pada ahli fikir tempatan kita.


hujan emas di negeri orang..huhu :-? :-?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10137 saat. Lajunya....