Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 24 hari yang lalu
izdham: 33 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 43 hari yang lalu


Bantuan dan Simpati
Topik: maklumat baru


Carian Forum

Moderator: Administrator, sadiqah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bantuan dan Simpati
    »» maklumat baru

Please Mendaftar To Post


Oleh maklumat baru

islam-me
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24095
Posting: 110
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 11:33


Tahukah anda Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang unik?Bahasa Malaysia merupakan salah satu bahasa yang mudah untuk dipelajari oleh semua orang.Kebanyakan perkataan yang kita guna dalam BM banyak berasal daripada perkataan sanskrit(selatan India),Bahasa Arab,Bahasa Cina,Tamil,Portugisdan Belanda.BM berasal daripada filum Austris iaitu berusia 5000 tahun ke atas.

Pada asalnya perkataan Melayu bukan merujuk kepada bangsa tetapi merujuk kepada negara yang disebut Mo-lo-you iaitu perkataan yang ditemui oleh pengembara Cina ke sebuah tempat.

Imbuhan seperti -an,maha,eka,swa,tata,bi- dan sebagainya mempunyai makna yang tersendiri.
Contoh:
1)maha=agung-berasal daripada perkataan sanskrit
         =maharaja
2)eka=satu-berasal daripada perkataan sanskrit
        =ekabahasa
3)swa=sendiri-berasal daripada bahasa sanskrit
         = syarikat swasta
4)tata=elok-berasal daripda perkataan sanskrit
         =tatabahasa,tatasusila
5)bi =tiada-berasal daripada perkataan parsi(Iran)
         =biadab
6)-an =banyak/hasil
         =rambutan,durian(banyak rambut,duri)
         =lukisan(hasil daripada perbuatan melukis)

Contoh-contoh bahasa sanskrit:
dosa,pahala,syurga,neraka,mahasiswa,pancaindera
Contoh-contoh bahasa Arab:
duniawi,hadirin,ukhwah,doa,wajah
Contoh-contoh bahasa Cina:
camca,pinggan,tauhu(lebih banyak kepada makanan)

Selain itu,BM bukan sahaja merujuk kepada bidang tatabahasa tetapi turut merujuk kepada 3 perkara utama:
1)morfologi:kajian tentang perkataan
2)sintaksis:kajian tentang ayat
3)fonologi:kajian tentang bunyi(kita akan tahu kedudukan lidah dan lelangit ketika menyebut salah satu huruf,cuba sebut 'F',di manakah kedudukan lidah kita?

banyak lagi yang menarik tentang BM.Seronok sebenarnya belajar tentang bahasa.Kalau tentang Bahasa Arab tentu lebih menarik kerana bahasa al-Quran.Ada satu teka-teki tentang BM:
1)Kedai makan Jamil(BETUL/SALAH)
2)Penghawa dingin/Pendingin hawa?
3)naib canselor(BETUL/SALAH)

Sekadar perkongsian.Kalau ada sebarang pertambahan bolehlah dikongsi bersama.Kenali bahasa lahirkan rasa cinta dan menjadikannya lebih bermakna.Jadi jangan malu untuk berbahasa Melayu.(bahasa Malaysia)


-----------------
we make history or we become history


Bookmark and Share

    


  Member Information For islam-meProfil   Hantar PM kepada islam-me   Pergi ke islam-me's Website   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-12-07 11:47


Ni mesti ambik dalam buku tingkatan enam kan..
akak tau sebab akak mengajar ni kat kolej:-P

Tmbahan untuk asal usul BM:-P

ASAL-USUL BAHASA MELAYU
Bukti sejarah mengaitkan asal-usul Bahasa Melayu seperti berikut:
1) Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah Kerajaan Mo-lo-yeu telah mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644-645 Masihi.
2) Ada yang mengaitkan dengan nama sungai yang terdapat di daerah Jambi, Sumatera iaitu Sungai Melayu.
3) Dikaitkan juga dengan catatan orang China iaitu I-Tsing yang menggunakan kata mo-lo-yu untuk melambangkan dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4) Ada juga dikaitkan dengan Bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” yang bermaksud berlari atau mengembara (Melayu Indonesia yang datang dari Yunan).

sekadar menambah ilmu yang diketahui..copy paste dari nota yang akak mengajar:-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 11:52


Lecturer TITAS ana kata Bahasa Melayu yang benar-benar asalnya memang perkataan Melayu yang masih wujud yang tidak diambil dari mana-mana perkataan bahasa lain cuma ada tiga sahaja- Bab*, Batu, Api

Betul ke? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 15:44


Pada 08-12-07 11:33 , islam-me posting:

!!! QUOTE !!!

Tahukah anda Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang unik?Bahasa Malaysia merupakan salah satu bahasa yang mudah untuk dipelajari oleh semua orang.



ini saya setuju, saya pernah berbual dengan seorang american semasa kursus di sana , say tak tahulah dia ikhlas atau tidak tapi pandangannya sama seprti posting diatas , sebabnya kata american tu antara lain bahasa melayu hampir keseluruhan sebutan membawa bunyi vowel yang betul ..


contohnya

"kayu" bunyinya "Ka" dan "yu"

tapi kalau bahasa inggeris

"the" bunyinya lain dari perkataannya

kalau "carik" bunyinya "ca" dan "rik"

tapi kalau inggeris

"carik" jadinya "key" dan "rik"

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 15:58


indahnya bahasaku..... ;)

ada seorang guru BM di sekolah menengah dahulu.. orang thailand.

dia kata.. untuk dia expert dalam BM, dia ikut kuliah dr org putih. pensyarah omputih ni akan sebut satu-satu perkataan BM secara jelas. & memang dia juga kata bahasa ini adalah bahasa yang betul berbanding BI yang dianggap 'crazy language' ;)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 16:04


terime kasih atas info ilmu kat atas tu. Timekasih bebanyak ye...

Teman pun nak berkungsi ilmulah,
kalau nak kenal bahasa melayu, kenalilah bangse penutur bahasa berkenaan.
Bak kata urang tua bahasa Simbol Bangse

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

scenario
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..

Perak  


posticon Posting pada: 08-12-07 16:35


setuju Daeng_Jati..Malaysia ini bukan sahaja sekadar unik dalam berbahasa..Bahkan ditambahkan pula dengan loraght orang2 tempatan..menambahkan keunikannya lagi..

Tapi nak tanya kak Iman_Hayati lah sikit..macam mana pulak datangnya loraght2 tempatan yang banyaknya menggunakan perkataan asalnya bahasa melayu ye...???

p/s sekadar menambah pengetahuan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For scenarioProfil   Hantar PM kepada scenario   Pergi ke scenario's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096126 saat. Lajunya....