Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 241
Ahli: 0
Jumlah: 241




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 38 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peralatan
Topik: Model penerus Siri K Sony Ericsson


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Model penerus Siri K Sony Ericsson

Please Mendaftar To Post


Oleh Model penerus Siri K Sony Ericsson

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:27


/
BIARPUN bersaiz agak kecil, model SE K530 ini sangat selesa digenggam.

MODEL telefon bimbit terbaru yang penulis uji daripada Sony Ericsson ini bukanlah model terkini sebaliknya ia merupakan model yang dipertingkatkan daripada siri sebelumnya.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan telefon bimbit Sony Ericsson, pastinya dengan mudah menyedari model K530 ini secara fizikalnya sangat mirip kepada model K550 dan K510.

Telahan itu sememangnya sangat tepat, dan ia diakui sendiri oleh Sony Ericsson sewaktu melancarkan model K530 ini yang didakwa sebagai penerus kepada dua model terdahulu berkenaan.

Lalu, apa lagi kelebihan model ini yang membolehkannya dianggap sebagai model yang boleh berdiri sendiri seterusnya menarik perhatian pengguna?

Penat juga penulis cuba meneroka setiap inci aplikasi yang dibangunkan untuk model K530 ini dan sudahnya penulis perlu akui, tidak banyak kelebihan model ini untuk dijadikan telefon bimbit generasi terbaru biarpun dalam kelasnya tersendiri.

Melainkan pilihan warna coklat gelap material besi tahan lasak yang digunakan serta sedikit pembaharuan pada reka bentuk bahagian hadapan model ini yang kelihatan agak unik, selebihnya tidak banyak perbezaan.

Apa pun pujian berhak diberikan kepada model K530 ini yang walaupun hadir dengan saiz yang kecil dan ringan iaitu hanya 92 gram namun, masih berkemampuan bergerak pada jaringan mobiliti yang sangat baik.

Menawarkan akses penuh dan pantas kepada laman web sesuai dengan jaringan 3G dan GSM triple band yang disokongnya, model ini juga merupakan telefon bimbit pertama yang disesuaikan dengan teknologi penentuan lokasi satelit (GPS) model HE-100.

Aplikasi GPS He-100 itu merupakan salah satu aplikasi unik Sony Ericsson yang berperanan menentukan arah lokasi dan peta berasaskan carian satelit bagi hampir keseluruhan bandar-bandar utama di dunia.

Ia kebiasaannya dilengkapkan kepada gajet kelas tinggi Sony Ericsson seperti pembantu digital peribadi (PDA) dan boleh dimuat turun mengikut kesesuaian lokasi negara telefon bimbit ini digunakan.

Teknologi RSS yang turut dibangunkan kepada K530 pula paling menarik perhatian penulis yang dengan mudah dapat memuat naik sebarang bentuk fail ke laman blog peribadi atau membaca berita terkini di laman web.

Selain mempunyai fungsi e-mel, ia juga dilengkapi dengan versi capaian ramalan cuaca sebagai persediaan bagi mereka yang sering mengembara ke seluruh dunia.

Beralih kepada fungsi multimedia pula, model K530 ini boleh dikatakan sangat sederhana dalam menawarkan kepuasan hiburan seperti video.

Bagaimanapun, kelebihan yang rasanya tidak boleh penulis pertikaikan pastinya kualiti audio model ini memandangkan gajet Sony Ericsson sememangnya cukup sinonim dengan muzik yang mengagumkan.

Namun, kamera dengan resolusi hanya 2.0 megapiksel pada telefon bimbit ini sebenarnya terlalu biasa ditambah layar skrinnya pula bersaiz agak kecil iaitu hanya 2.0 inci.

Paling menyedihkan, memori telefon bimbit ini hanya 16MB iaitu satu kapasiti yang sebenarnya tidak memadai pun untuk mengisi senarai nombor telefon bimbit penulis apatah lagi foto atau video peribadi. Meskipun didatangkan dengan sokongan memori luar jenis kad Stick Micro sehingga 2GB namun, ia bukanlah pilihan bijak untuk sebuah telefon bimbit yang sangat biasa dengan fungsi asas lain ini.

Bagaimanapun bagi anda yang mementingkan gaya, telefon bimbit K530 ini masih berbaloi untuk dimiliki dan boleh didapati di pasaran dengan harga RM949.

Spesifikasi:

Rangkaian: UMTS / GSM 900 / GSM 1800 / GSM 1900

Paparan: TFT, 256,000 warna

Saiz paparan: 176 tak 220 piksel

Nada Dering: Polyphonic (40 saluran), MP3

GPRS: Class 10 (slot 4+1/3+2)

Keupayaan Mesej: SMS, EMS, MMS, E-mel

Infrared: Tiada

Bluetooth: Ada - 3G: 384 kbps

Kamera: 2MP, 1600 tak 1200 piksel

Rakaman Video: Ada

Rakaman Suara: Ada

Multimedia: Radio FM, Pemain muzik MP3/MP4

Bateri: Li-Ion

Masa Berbual: 9 jam

Masa Bersedia: 400 jam

Sambungan PC: USB

Dimension (Lebar, Tinggi, Tebal):

102 tak 46 tak 14 milimeter

Berat: 92 gram

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:52


boleh tahan juga... berminat lah.... hehe... ada rezeki nak beli lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 20:36


berapa sen ni mas ayu? hehe.. beli lah kat saya sekali....nak warna oren

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 22:09


hehe..handset den ni. dah 3-4 bulan pakai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 22:13


err...accuweather dalam k530i tu tak tempat lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.276145 saat. Lajunya....