Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 41
Ahli: 0
Jumlah: 41




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 16 hari yang lalu
Daeng_Jati: 36 hari yang lalu
Kang: 40 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bila Sikecil lebih Sedar dari Dewasa


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bila Sikecil lebih Sedar dari Dewasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Bila Sikecil lebih Sedar dari Dewasa

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 09:39


Saya melihat perkembangan bagaimana kanak-kanak di Indonesia dilatih menjadi pendakwah sejak tahun 80 an lagi. Bermula dengan nama Ahmad Ginanjar yang pernah memberikan ceramah pada sambutan maulid ar Rosul di tempat saya (Surau Kampung Aman, Larkin Jaya) ketika itu ditemani oleh bapanya.

Saya ingatkan usaha itu berakhir setelah lama tidak mendengar ceramah dari anak-anak kecil dari Indonesia yang nampaknya lebih ke depan dari negara kita. Tetapi jangkaan saya silap, malahan sudah semakin popular pula dengan adanya program realiti yang menjemput anak-anak kecil melatih cara berkomunikasi, dan berceramah di atas pentas.

Sila rujuk di link ini : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=4720 - sumber asalnya di sini : http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacific/7107049.stm

SubhanaLlah, tentu inilah amal jariah yang besar kepada ibu dan ayah yang menghantar anak-anaknya untuk mengikuti program yang baik seperti itu. Tentunya dengan penuh kesedaran untuk melihat anak mereka bukan sahaja petah berbicara, tetapi juga untuk melontarkan apa yang terkandung di dalam hati mereka yang masih bersih bagi menyebarkan syiar Islam ke seluruh alam.

Sabda rasuluLlah yang bermaksud : Ajarlah anak-anakmu tiga perkara mencintai Nabimu, mencintai keluarganya, serta membaca al Quran kerana pembaca Al quran berada di sisi arasy ALlah bersama para anbiya' dan orang-orang sucinya pada hari tiada naungan melainkan naungan ALlah. Riwayat Tabrani dari Ali bin Abi talib.

Kebanyakan ibu dan ayah kita di Malaysia ke mana pula menghantar anak-anak mereka? Zikir apa yang selalu didendangkan oleh anak-anak kita selama ini? Gerakan apa yang dipersembahkan kepada tontonan ramai?

Saya tidak melihat melainkan kebanyakan ibu dan ayah kita di Malaysia ingin melentur anaknya dengan budaya hedonisme. Mengharap agar rezeki yang melimpah ruah datang dari sumber nyanyian yang ditegah. Lalu dibenak ini memikirkan, apakah yang dibanggakan melalui setiap kilatan kamera menerjah mengambil gambar anak-anak mereka yang tidak diajar mengenal mana yang baik dan buruk, halal atau haram, apatah lagi mengenal Tuhan?

Krisis pemikiran yang melanda akal kebanyakan ibu ayah di Malaysia amat membimbangkan. Antara pertumbuhan ruhaniyah yang sihat dan pertumbuhan sosial yang mementingkan kebendaan. Dimanakah keutamaannya...

Sumber : http://jarumemas.blogspot.com/


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 09:58


bagus juga kalau buat rancangan realiti penceramah cilik di Malaysia..
tak adalah nanti semua budak-budak nak jadi penyanyi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 10:00


hoh, itu lah... semoga ada lah suatu hari nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 10:07


tapi sekarang rancangan realiti tv banyak nak jadikan kanak-kanak sebagai penyanyi...sebagai pelapis kononnya... :-( mujur jugak lah ada rancangan mari mengaji...tapi berapa banyak rancangan seumpama tu?hem....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 10:57


kasihan budak-budak zaman sekarang ni... kat Malaysia khususnya..


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 12:12


wahh menariknya isu ni..

kalau tengok kat Malaysia sekarang memang menyedihkan..
dari kecil2 diasah bakat menyanyi..
huhu sangat menyedihkan ibubapa yang dengan bangga melihat anak2 mereka beraksi di pentas..selain tu ibubapa juga sibuk menghantar anak2 mengikuti kelas macam renang dan belajar muzik..sibuk membekalkan anak2 dengan dunia tapi lupa pula menegaskan didikan agama pada anak2..
sedih kan.. :cry:

saya pernah nampak rancangan indonesia yang mengasah budak-budak jadi dai..baguslah rancangan tu..cuma yalah tiada yang sempurna, yang kurangnya sebab ada pula peserta perempuan tu yang menyanyi dan menari dan pakaian mereka pun kurang sikit..sebab kalau buat rancangan macam tu apa salahnya terus buat dengan cara betul kan..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

xyamani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding

yemen  


posticon Posting pada: 02-12-07 13:15


di terengganu ada ura-ura nak buat jelajah mencari bakat-bakat muda di dalam berkhutbah..katanya nak dibuat di setiap kampung..tak ada berita terbaru..

mari mengaji,akademi alQuran..baru dua..

akademi fantasia,one in a million,malaysian idol,bintang kecil,bintang remaja,bintang klasik..banyak tuuu

bezakan lah sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For xyamaniProfil   Hantar PM kepada xyamani   Pergi ke xyamani's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 17:12


Perlahan-lahanlah mentarbiyah anak-anak, sebab mereka sedang belajar. mereka memerhati, dan jika istiqomah dalam menta'dib diri mereka. Insya ALlah mereka akan jadi 'manusia'.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 17:15


.. mungkin pihak "sponser" kurang kut:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 20:06


Assalamualaikum

Ish..ish..kasihan budak-budak itu ye. rasa nak marah pun ada apabila melihat rancangan-rancangan hiburan yang mengeksploitasi kanak-kanak ni. Ish..ish lagi.

:cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 20:26


budaya masyarakat malaysia yang suka berhibur memang payah dikikis. ini adalah punca utama budaya hedonism berkembang biak dengan subur di malaysia. budaya inilah yang membawa generasi muda malaysia ke arah keruntuhan dan kebejatan moral. pemimpin-pemimpin pula tidak serius menangani masalah ini. program2 yang dicanang oleh kerajaan seperti rakan muda, gagal membentuk sahsiah generasi muda malaysia. natijahnya dapat kita lihat sekarang ini...rempit, skin head, pengkid, rogol , liwat, dan macam-macam lagi menghantui rakyat kita. kajilah punca dari akar umbi, dan cegahlah ia sebelum berkembang biak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 21:35


sampai bila nak dibawa berhibur sahaja?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

najwa_mnor
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5313
Posting: 148
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-07 01:58


Kata hikmat anak.
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).

Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tumpuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_mnorProfil   Hantar PM kepada najwa_mnor   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111168 saat. Lajunya....