Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
sarashanee: 2 hari yang lalu
CikIzzah1992: 4 hari yang lalu
Qiamulail: 20 hari yang lalu


Pantun
Topik: tolong sambung


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pantun
    »» tolong sambung

Please Mendaftar To Post


Oleh tolong sambung

ndb
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27051
Posting: 61
Dari: KUALA TERENGGANU

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-11-07 11:24


pulau pandan jauh ke tengah,

sambung tapi buat perubahan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ndbProfil   Hantar PM kepada ndb   Pergi ke ndb's Website   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-11-07 12:18


pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga..
kalau kita sayangkan ukhwah
apa kata sediakan topik yang geliga:-P :-)


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 12:40


pulau pandan jauh ke tengah
pulau bum-bum di negeri sabah
sayang tak semestinya topik geliga
kerana ukhwah kita ada bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

ndb
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27051
Posting: 61
Dari: KUALA TERENGGANU

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-11-07 21:48


boleh tahan lagi ada sesiapa nak cuba??

Bookmark and Share

    


  Member Information For ndbProfil   Hantar PM kepada ndb   Pergi ke ndb's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 22:59


pulau pandan jauh ke tengah,
hendak ke sana seribu daya,
ukhwah medium diskusi ilmiah,
gurau senda berpada-pada.

pulau pandan jauh ke tengah,
jauh lagi kampung halaman saya,
jauh dan dekat bertemu di ukhwah,
moga silaturahim kekal selamanya.

pulau pandan jauh ke tengah,
di situ tumbuh pohon rambutan,
dalam hidup kita berdakwah,
dalam ukhwah saling mengingatkan.

pulau pandan jauh ke tengah,
kenangan di sana dalam ingatan,
ingatkan diri sentiasa muhasabah,
andai silap terimalah teguran.

pulau pandan jauh ke tengah,
lautnya jernih tembus cahaya,
menegur dengan cara berhemah,
andai pernah terkasar maafkan saya.

pulau pandan jauh ke tengah,
di sana terbentang panorama indah,
jangan ada benci dalam hati,
kelak resah menguasai hati.

pulau pandan jauh ke tengah,
pulau sipadan megah di sabah,
dalam ukhwah kita berkongsi,
maafkan saya jika menghiris hati.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-11-07 01:14


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Pulau Kapas dekat sahaja,
mentari sudah tinggi menggalah,
janganlah asyik bermuram durja.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Pulau Pinang pulau mutiara,
jangan mudah tunduk mengalah,
kalau enggan hidup sengsara.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Pulau Besar di Melaka,
ibubapa selalulah dijengah,
jangan dilupa jasa mereka.

:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-07 07:17


wahh pandainya hudahasnan berpantun
pandai cari hujung2 yang sama

saya bagi 4 bunga :bunga: :bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 14:51


Kenapa semua ada 'pulau pandan jauh ke tengah"? memang kena bubuh ye.. :berfikir:

pulau pandan jauh ke tengah,
pulau kapas di terengganu,
jangan hidup bermegah-megah,
nanti tiada orang berkawan denganmu.

pulau pandan jauh ke tengah,
sejarah jerejak tempat si kusta,
perbuatan jahat wajib ditegah,
masyarakat aman,makmur,tiada sengketa.

pulau pandan jauh ke tengah,
tidak ke tepi juga ke belakang,
cari idea termengah-mengah,
janji kena huruf di belakang..


:-D :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

puteri211079
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2008
Ahli No: 36050
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 15:37


Pulau pandan jauh ketengah,
Medan Ukhwah termpat bersua,
Hidup mesti saling mengalah,
Agar Ukhwah aman bahagia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri211079Profil   Hantar PM kepada puteri211079   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 16:11


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Jauh lagi pulau Sipadan,
Menyemai kasih, memupuk ukhwah,
Raikan persaudaraan sesama insan.

Gunung Daik bercabang tiga,
Pulau Lingga tempat sebenarnya,
Andai ilmu tidak diguna,
Hidup jadi sia-sia.

Pelik betul gunung itu,
Sampai boleh bercabang tiga,
Tiada amal melainkan dengan ilmu,
Dengan ilmu manusia jadi mulia...


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

Violet-8
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36178
Posting: 74

malaysia  


posticon Posting pada: 15-12-08 18:55


Pulau Pandan jauh ke tengah
Jauh di tengah tinggi dakinya
Forum Ukhwah baru disinggah
Menjadi ahli rasmi rupanya

Pulau Pandan jauh ke tengah
Tinggi dakinya membelah awan
Pelbagai idea dan beragam karenah
Jangan beraksi menjadi lawan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Membelah awan tegak berdiri
Kekalkan silaturrahim jangan dilengah
Jadikan Forum Ukhwah landasan diri

Pulau Pandan jauh ke tengah
Tegak berdiri ciptaan Ilahi
Forum Ukhwah jangan diterjah
Berpada-pada menilai diri

Pulau Pandan jauh ke tengah
Ciptaan Ilahi kuasa sejati
Mencari ukhwah bukan disergah
Biar berbudi sehingga mati


-----------------------------

he..he..he....saya ni ahli baru .....selamat berkenalan semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Violet-8Profil   Hantar PM kepada Violet-8   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 14:15


sumernye pulau pandan saja..theheehee :sopan: :sopan: :berfikir: :berfikir:


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

puteri211079
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2008
Ahli No: 36050
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 14:27


Apa lagi sambung lah Maricella:P

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri211079Profil   Hantar PM kepada puteri211079   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 14:32


Pada 16-12-08 14:27 , puteri211079 posting:

!!! QUOTE !!!

Apa lagi sambung lah Maricella:P


nak cari ides dulu baru boleh sambung..sebenarnya tak pandai pun berpantun...theheee


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

ainanursafiya
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2008
Ahli No: 35917
Posting: 18
Dari: sh alam

Johor  


posticon Posting pada: 16-12-08 14:55


pulau pandan jauh ketengah
pulau serai jauh ketepi
kekallah kita dalam ukhwah
tiada syak wasangka benci membenci

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainanursafiyaProfil   Hantar PM kepada ainanursafiya   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 14:56


Pulau pandan jauh ke tengah
Pulau Manukan ada di Sabah
Jue temui sahabat di portal ukhwah
Semuanya mukmin soleh dan solehah

Kalau anda nak datang ke Sabah
Ajak lah rakan, famili dan semua
Banyak perkara dibincang kat ukhwah
Buat panduan rakan-rakan semua

Gunung Kinabalu tertinggi di Malaysia
Gunung apa pula yang ada kat kedah
Ku layari portal ukhwah tak sia-sia
Kerana banyak memberi jue faedah

Kang pengasas portal ukhwah
Kak Hanan pula presidennya
Ilhamku kini habislah sudah
Ada siapa nak menyambungnya..... :-D :-D


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-12-08 15:17


pulau pandan jauh ke timur,
gunung daik bercabang lapan,
portal ukwah memang power,
tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 06:53


palinglah enak si roti pandan
hijau wangi untuk sarapan
bila letih rasanya badan
mandi dan tidur nikmat sekalee... :P


-----------------
http://www.inminds.com/boycott-israel.html


Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 13:46


.. pulau pandan jauh ke tengah,
Kenapa tidak pulau pandan jauh ke tepi,
kalau pulau pandan tengah2,
pulau apa yang ada ditepi..

(wah.. tak sangka.. berbakat juga aku dalam pantun2 ni :lol:.. ahaks)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-09 08:24


Assalamualaikum

Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Jauh lagi diriku kini,
Di sini termetrai indahnya ukhwah,
Menjadi asas kekuatan diri.

Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Pulau jerjak jauh ketepi,
di forum ukhwah segalanya indah,
bersama akhi dan juga ukhti.

Pulau pandan jauh ketengah,
Pulau serai pula kembarnya,
sahabat bertemu jua berpisah,
namun ukhwah kekal selamanya.

Pulau pandan jauh ketengah,
duduk sebelah si pualu keri.
diamku bukan erti kukalah,
diam diamku ubi berisi.

pulau pandan jauh ketengah,
tempat bertemu akhi dan ukhti,
kini bergelar isteri yang sah,
nak jadi ibu belum ada rezeki.

Pulau pandan jauh ketengah,
Pohon kelapa tegak berdiri.
menjual sudah, membeli pun sudah,
tibalah masa mengundurkan diri.


maasalama wa ilalliqa'


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110474 saat. Lajunya....