Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 271
Ahli: 0
Jumlah: 271




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: -KeMandULAn mINDa-


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» -KeMandULAn mINDa-

Please Mendaftar To Post


Oleh -KeMandULAn mINDa-

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-11-07 22:52


Huh.. melihatkan title pun sudah membangkitkan amarah…
Terdengar perbahasan parlimen..
pabila menonton bulletin 1.30 tv3.
Kok lama & jarang bangat dengar berita noon ni..

Ahli perlimen mana entah.. malas nak ingat.. menyatakan…
KEManduLAn minDA … ayat… power rangersss tu..

Salah SIAPA dalam hal ni..?
DBP 100% dihentamnya… boleh terima ke…??

lah ni.. dah banyak bahasa yang DIRoJAKkan…
Dari bahasa baku.. terus jadi KAKU rasanya…
MElayu… bahasa ibunda kita..
seakan diANAK tirikan.. oleh bahasa PENjajAH…..


Ironissnnye… memang tak ada jalan lain.. atau bahasa lain untuk diolah menjadi bahasa
Yang benar-benar dapat memberikan makna yang tepat..
atau boleh diidentifikasikan sesuatu maksud tu…
….erm..

Ana dah boleh jadi penkaji bahasa ni…hihhihi.. ye lah.. ambil kursus yang famous di UUm.. dipanggil BIBM
ehehhee… belajaq b.omputih + b.Melayu..
dalam konteks yang sebenar-benar lagi sOHIhnye..
terjemahan bagi BIBM tu..
tak ada kaitan pun dengan lughah..
Makna yang dimaksudkan.. bachelor international business management.. ( mempROMOte my course…..)

Apa kata anda…??!!
agaknya.. apa langkah DBP lepas ni..
Setelah DIHEntam dengan ayat yang
memang bunyinye agak over the LIMit…
Tapi.. agak wajar juga digunapakai kosa kata tu..hihi…
but.. not so nice to hear lah.. =)

:berfikir: :berfikir:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

nur_abyatina
Warga Rasmi
Menyertai: 05.11.2007
Ahli No: 31608
Posting: 15
Dari: bumi Allah (^^,)

Perak  


posticon Posting pada: 27-11-07 23:07


!!! QUOTE !!!

( mempROMOte my course…..)


!!! QUOTE !!!

lah ni.. dah banyak bahasa yang DIRoJAKkan…
Dari bahasa baku.. terus jadi KAKU rasanya…
MElayu… bahasa ibunda kita..
seakan diANAK tirikan.. oleh bahasa PENjajAH…..


salam saudari simple_shida..

menarik topik yang diutarakan....tanpa kita sedari @ perasan, memang sudah banyak perkataan yang berakarkan dari inggeris...adakah kerana tidak ada keperluannya untuk ditakrifkan @pun bahasa takrifannya kurang enak disebut @ ditulis...hehehe

bahasa ibunda kita ---> bahasa malaysia diInggeriskan--->adakah 100% ksalahannya pada DBP sahaja???penggunaan yang kerap oleh pengguna itu sendiri juga mungkin buley menjadi sebab musababnya...sering diucapkan shinga menjadi perkataan bahasa yang penting malah tersenarai dalam kamus2 di dunia(yang ada malay-english / english-malay saja ek)
--->contoh:konklusi--->Inggerisnya-->conclusion @ penutup @ kesimpulan..(kalau salah tolong betul kan nya)

bukankah banyak pakar bahasa di malaysia ini, alangkah baiknya mereka berdiskusi(discussion;debat) mencari kesimpulan @ penyelesaiannya....

adakah ana menyimpang dari tajuk????? :berfikir:

--->mempromote-->tiada dalam senarai kamus dewan...(^^,)


-----------------
PrOud 2 bE MuslIm(^^,)

AllAhu aKBar!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_abyatinaProfil   Hantar PM kepada nur_abyatina   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 06:58


Pada 27-11-07 23:07 , nur_abyatina posting:

!!! QUOTE !!!



--->mempromote-->tiada dalam senarai kamus dewan...(^^,)



kiranya saya kena betulkan bahasa saya sebelum memberi pandangan dalam tajuk ini ya? :-P

saya ingin memetik sumber dari akhbar. Isu ini timbul bila ahli parlimen merujuk kamus dewan yang diterbitkan DBP. Baginya apa yang tersenarai dalam kamus tersebut merupakan pengiktirafan DBP terhadap perkataan yang akarnya dari bahasa asing. Tapi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Firdaus Abdullah mengatakan "DBP mempunyai tanggungjawab memasukkan perkataan yang digunakan masyarakat secara meluas ke dalam kamus sebagai perbendaharaan kata."

Apa yang saya faham, DBP dah buat apa yang patut, tapi disebabkan kamus tersebut menyenaraikan sekali perkataan 'rojak' yang digunakan oleh masyarakat yang dimaksudkan tadi, maka ahli parlimen menuduh DBP mandul minda.

Perkataan 'mandul' tu kurang manis. Sekarang ni, penggunaan perkataan itu dalam bidang perubatan sekalipun, kebanyakkan orang lebih cenderung menggunakan perkataan 'masalah kesuburan'.

Wallahua'lam.

Bacalah di bawah ni ya.


--------------------------------------------------------------

Mandul minda tuduhan melulu: DBP

Mandul minda tuduhan melulu: DBP
Oleh Farid Noh

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Firdaus Abdullah, menafikan dakwaan kononnya DBP mengalami sindrom ‘kemandulan minda’ kerana gagal membuat penyelidikan untuk mencari istilah baru bahasa Melayu.

Beliau menegaskan, tuduhan itu bukan saja tidak berasas, malah tidak adil dan melulu kerana dibuat tanpa penyelidikan terlebih dulu mengenai kaedah yang digunakan DBP dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan.

“Saya bukan saja kecewa malah terperanjat kerana tuduhan itu dibuat bekas ahli akademik yang dihormati. Berfikirlah dulu sebelum bercakap, jangan segala yang terfikir dicakapkan seperti bidalan bercakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

“Sekali imbas tuduhan itu mungkin dianggap memalukan DBP, tetapi sebenarnya ia berbalik kepada mereka dan menunjukkan betapa sesetengah pihak tidak pernah membuat penyelidikan atau sekurang-kurangnya bertanya kepada DBP mengenai kaedah yang digunakan dalam mencari istilah baru bahasa Melayu,†katanya ketika ditemui di DBP, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Grik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, bahawa Jawatankuasa Istilah DBP mengalami ‘kemandulan minda’ kerana gagal membuat penyelidikan seperti sarjana dan ilmuwan silam untuk mencari istilah baru bahasa Melayu.

Pada sidang Dewan Rakyat kelmarin, Dr Wan Hashim berkata, kegagalan jawatankuasa itu menyebabkan DBP cenderung meminjam perkataan Inggeris dan menjadikannya istilah Melayu sehingga Kamus Dewan kini seolah-olah gedung bahasa rojak.

Firdaus berkata, DBP sentiasa membuat penyelidikan dalam mencari istilah baru bahasa Melayu, terutama jika istilah itu diambil dari sumber asal seperti bahasa Inggeris.



“Ia akan dibincangkan secara menyeluruh dengan pakar bahasa dan ahli akademik dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Malah, apabila kita cipta istilah baru, DBP akan bandingkan dengan organisasi bahasa di negara jiran termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.

“DBP tidak menggubal istilah sewenang-wenangnya kerana mempunyai kaedah sistematik termasuk dalam proses menyusun kamus. Kaedah ini bukan sesuatu yang sengaja direka tetapi hasil perbincangan di kalangan pakar bahasa serta ahli akademik dan sudah diamalkan sebelum DBP wujud lagi,†katanya.

Beliau berkata, tiga kaedah utama yang diguna pakai ialah menterjemah istilah secara langsung, kaedah penyerapan dengan mengubah ejaan dan gabungan kedua-dua kaedah itu.

Katanya, DBP sendiri mengalami kesulitan untuk meminta masyarakat mengguna pakai istilah baru yang sudah dicipta kerana ada yang menggunakannya dan menganggap susah untuk disebut seperti berlaku pada istilah tetikus (mouse), sesawang (web) serta belanjawan (bajet).

Mengenai dakwaan bahawa Kamus Dewan menjadi gedung bahasa rojak, Firdaus berkata, DBP mempunyai tanggungjawab memasukkan perkataan yang digunakan masyarakat secara meluas ke dalam kamus sebagai perbendaharaan kata.

“DBP tidak boleh mengabaikan perkataan yang sering diguna masyarakat. Ini kerana selain menambah perbendaharaan kata bahasa Melayu, ia juga akan menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk pelajar dan pihak yang berminat mendalami bahasa kita.

“Perlu diingat, bahasa bersifat dinamik dan sentiasa berkembang. Kita tidak dapat lari dari mengikuti perkembangan semasa. Dalam kamus, akan dijelaskan konteks penggunaan perkataan itu sendiri seperti kata mencarut kita jelaskan ia tidak wajar digunakan,†katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata dakwaan Dr Wan Hashim bukan bersifat kritikan, tetapi tuduhan yang tidak benar.

“Setahu saya, DBP banyak memasukkan perkataan dan istilah asli bahasa Melayu yang diberi makna saintifik atau makna khusus dalam kamus Dewan. Cubalah kaji kamus itu dengan teliti,†katanya.


Sumber: --> Berita Harian



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 07:58


Biasala ahli parlimen ... kadang-2 tu mereka saja saja suka-2 nak belasah org sebab dah tak ada modal ... macam kes ahli parlimen Jasin yang bergaduh dengan kastam dulu lah ..

kalau dalam kes DBP ni mungkin ianya sekadar luahan perasaan ahli parlimen tersebut yang terlalu ikutkan emosi tanpa terlebih dahulu mengkaji dan berbincang secara profesional ...

kalau dah jadi ahli parlimen mulut pun dah tak ada insuran .. kecuali mereka yang beriman dan tau batas-2 penjagaan lidah ...

p/s : teringat kes ayat "MP Batu Gajah pun tiap-2 bulan 'bocor' ... " yang pernah dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 09:14


Pada 28-11-07 07:58 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Biasala ahli parlimen ... kadang-2 tu mereka saja saja suka-2 nak belasah org sebab dah tak ada modal ... macam kes ahli parlimen Jasin yang bergaduh dengan kastam dulu lah ..

kalau dalam kes DBP ni mungkin ianya sekadar luahan perasaan ahli parlimen tersebut yang terlalu ikutkan emosi tanpa terlebih dahulu mengkaji dan berbincang secara profesional ...

kalau dah jadi ahli parlimen mulut pun dah tak ada insuran .. kecuali mereka yang beriman dan tau batas-2 penjagaan lidah ...

p/s : teringat kes ayat "MP Batu Gajah pun tiap-2 bulan 'bocor' ... " yang pernah dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen ...



hmm ada betulnya ni..dah tak ada modal sangat nak cakap.kadang-kadang macam cakap tak bpandukn akal dan pengetahuan.tkjut juga saya dengar isu ni dibangkitkan semalam..dengan pkataan 'mandul'..agak kasar..

"budi bahasa budaya kita" - suruh rakyat amalkn..agknya sebab tu menteri boleh cakap ikut emosi tanpa budi bahasa pada butir bicara mereka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-07 09:23


Kemandulan Minda.. :jangan:
Sebagai cikgu B.Melayu..ana rasa perkataan ni tak tepat..
bukan DBP kemandulan minda..tapi cuba kaji balik asal usul bahasa atau lebih tepat asal usul bahasa melayu..
Dalam sejarah bahasa melayu itu sendiri dah termaktub bahwa bahasa Melayu terdiri dari peringkat B.Melayu Kuno, B.Melayu Klasik dan B.Melayu Moden (yang kita gunapakai sekarang)..Semua ketiga-tiga peringkat bahasa itu melalui proses peminjaman.
Dalam menghasilkan B,Melayu moden inilah kita mengalami proses peminjaman (dahdisebatikan dengan sebutan masyarakat kita). Dari asasnye DBP telah mempunyai perancangan untuk memartabatkan lagi B.Melayu melalui 3 peringkat iaitu:

1) Keputusan dasar tentang bahasa (B.Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan)
2) Pelaksanaan rancangan
    Berlakunya proses pengekodan atau kodofikasi dan pemupukan iaitu saling terjemah dengan bahasa moden lain melalui pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya dalam bidang proefesional dan teknikal.
3) Penilaian
    HAsil dan kesan aktiviti perancangan disamping memperbaiki kelemahan yang ada..

maksudnya setiap apa yang di DBP buat adalah melalui perancangan yang betul, pelaksanaan dan dilihat dari kesesuaian masyarakat Bahasa dan melalui proses2 penilaian sehingga terbentuklah bahasa yang kita gunapakai sekarang tak kira bahasa pinjaman ke apa sebab dah dikaji dari sudut penggunaannya jika dilihat dari masyarakat kita sendiri..

Itu pendapat ana..kalau tak setuju..nak buat bagaimana:-P


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 10:02


Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو;) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

http://masa.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

_________________________________________________________________
sekadar berkongsi..ramai yang gunakn bm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 28-11-07 10:58


apa -apa susah ini...ambil perkataan arab dan dimelayukan ataupun dibiasakan macam biasalah..sekurang-kurangnye masyarakat kita terbiasa menyebut perkataan arab...seperti perkataan "Syumul", "Kaffah". kalau dulu kita nak sebutnye pun susah, sekarang ini dah ok dah...pasal kita dah terbiasa..Kan bahasa arab itu kaya dengan fosa kata...

sekadar cadangan untuk masa depan yang cemerlang

Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-07 12:09


Pada 28-11-07 10:58 , gooku posting:

!!! QUOTE !!!

apa -apa susah ini...ambil perkataan arab dan dimelayukan ataupun dibiasakan macam biasalah..sekurang-kurangnye masyarakat kita terbiasa menyebut perkataan arab...seperti perkataan "Syumul", "Kaffah". kalau dulu kita nak sebutnye pun susah, sekarang ini dah ok dah...pasal kita dah terbiasa..Kan bahasa arab itu kaya dengan fosa kata...

sekadar cadangan untuk masa depan yang cemerlang


betolla tu gooku..
sebab tu kita blajr proses pinjaman..
ana cikgu BM..mengajar kat kolej..memamg kena ajar istilah2 pinjaman ni..memang dari dulu kita mengamalkan konsep pinjaman bahasa asing. mana boleh main hentam pihak DBP begitu..memang tak setuju :sopan:


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 12:26


Ini pandangan saya

Kemandulan minda mula berlaku pada semua aspek kehidupan, ia juga sesuai ditakrifkan dengan budaya malas berfikir..


fenomena ini memang berlaku disemua peringkat ,

contoh kalau di sekolah...dengan mengamalkan menghafal sekadar untuk exam...selepas exam tak tau dan lupa apa yang dibaca .

Sama didalam universiti..
saya juga hasil keluaran sistem ini....tak tau lah apa yang ditulis masa exam , tapi lulus juga...malas nak fikir juga berlaku didalam kehidupan...semuanya nak ambil mudah.


kalau program belia pulak..kalau program bentuk hiburan , sukan, rekreasi ramailah nak ikut serta, tapi kalau program berbentuk ilmu nak dapat peserta bukan main payah.Sebabnya malas nak fikir...


Video games dan Ps2 jadi teman rapat,walkman dan seangkatannya tak lekang dari telinga.. buku dan majalah yang sarat dengan maklumat tak ramai peminat..layari internat bukan nak cari ilmu tapi nak main online games dan nak tengok gambar XXX, sebabnya malas nak fikir..tu sebab kebanyakan kita lebih kenal penyayi, watak kartun , pelakon berbanding para saintis, para ilmuan yang lain ...sebabnya malas nak fikir...otak pun kalau tak kena gaya boleh jadi otak kartun..


lagi satu, ramai yang penuh maklumat dan info tentang politik . cakap macam Adun tapi bila tanya tentang perkara lain yang lebih afdal dan lebih penting contohnya perkembangan sains , bidang engineering..agama, pembangunan manusia..perundangan ,.....kosong , sebabnya malas nak fikir(politik senang saja nak fikir)...emm kalau semua nak jadi ahli politik sapa nak jadi saintis....

Ahli politik pulak bercakap main sedap mulut...tak fikir panjang...nak menangkan puak sendiri

Dan ada banyak lagi perkara yang merupakan simptom-simpton minda yang mandul....










8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 13:13


Istilah "Kemandulan Minda" ni menarik juga .. walaupun nampak agak kasar tapi kena lah faham tu lah istilah Sastera ... banyak contoh-2 istilah yang nampak "kasar" yang sering digunakan oleh "orang-2 sastera" ni ... kalau selalu buka blog dan baca artikel-2 atau temuramah dengan golongan sasterawan memang akan kedapatan beberapa istilah yang mereka gunakan yang jarang-2 didengar dan kadangkala kita tak terfikir pun ...

kadang-2 kala kekasaran itu untuk meluahkan ketidakpuasan hati ... contohnya seperti ayat berikut yang saya jumpa dalam sebuah blog ...

"Kita merasa cukup khuatir pembangunan Wilayah Iskandar di Johor sudah begitu lama terkangkang untuk dilacurkan kepada Singapura"

kasar bukan ?

p/s : teringat novel "S.H.I.T" ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 13:47


kenapa menggunakan istilah keMANDULan?
istilah tu Kalau difikirkan memang tak boleh digunapakai?
mandul? knper tak guna KEBEKUAN minda?walaupun beku boleh 'dipanaskan'lagi... dan akhirnya mendapat hasil...
istilah kemandulan macam tak boleh digunapakai lagi maybe menyinggung banyak pihak...
waAllahu'alam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 14:23


saya setuju pendapat sutera kasih, istilah itu difahami tapi agak kasar. kita kena berhati-hati mengguna perkataan

p/s; belajar dari pengalaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 17:33


!!! QUOTE !!!

--->mempromote-->tiada dalam senarai kamus dewan...(^^,)

hiihi..maaf.. tertokok tambah ayat bm+bi :-D :-D

!!! QUOTE !!!

Perkataan 'mandul' tu kurang manis. Sekarang ni, penggunaan perkataan itu dalam bidang perubatan sekalipun, kebanyakkan orang lebih cenderung menggunakan perkataan 'masalah kesuburan'.


naam ya ukhtie.. ana sokong pendapat ukhtie.. :-?
mandul tu.. biasa kita guna bagi istilah sains..


!!! QUOTE !!!

KEBEKUAN minda

aiwah.. sokong 101% untuk sutera_kasih..hihi..
wah.. boleh pembantu khas ungku aziz.. hihi..
betuii tu.. bila beku boleh jadi cair.. bilamana ia dipanaskan..

ana rasa mumkin boleh juga guna ayat MANdum / mandom rasanya huruf u digunakan.. kak sue-Iman_hayati.. betulkan ana..(mandum) lebih kurang maksudnya pasif..

minda yang Mandum
:roll: :roll: :berfikir: :berfikir:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 17:36


!!! QUOTE !!!

"Kita merasa cukup khuatir pembangunan Wilayah Iskandar di Johor sudah begitu lama terkangkang untuk dilacurkan kepada Singapura


itulah bahasa sastera yang ana rasa disalut dengan ayat yang kurang sesuai.. begitu juga istilah dulu-dulu.. orang lama..
tanah sekangkang kera..hihi.. tulisan cakar ayam..
dan sebagainya..

apa lagi ye bahasa melayu diRojakkan pada BI...?? :berfikir: :berfikir:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 18:01


bahasa melayu bahasa unik, sebab bahasa melayu amat serasi dengan bahasa arab.
cuba tengok Tilawah Al-Quran Peringkat Antarebangse,
sameade urang Arab atopun urang Melayu yang menang. sebabnya lidah urang melalui serasi dengan bahasa Arab. malah tulisan urang melayu juga asainye dari Arab.
Itu lah keunikan Bani Jawi ni...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 18:06


salam

dulu ingatkan kelahiran manusia saja yang ada istilah mandul
zaman moden ni ada plaks minda jadi mandul
nanti bila tahun 2020, tak tahulah istilah apa pula yang dipakainya

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 18:10


ni contoh ulama' yang hebat dalam sastera melayu:

Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Sustanul Salatin)
Shamsuddin Al-Sumaterani (Sirat Al-Mukmin)
Abdul Rauf Singkel (Sirat Al-Tullab)
Hamzah Fansuri (Syair Perahu)
Abdul Samad Al-Falambani (Hikayat Al-Salakin)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-11-07 01:53


semakin serius..saya terbaca ni..
sumber:utusan online

Peranan DBP dipersoalkan
Oleh AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN)

KEPADA kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka kritikan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh terhadap Jawatankuasa Istilah badan pembina bahasa itu cukup memedihkan hati.

Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia itu mempunyai alasan untuk mengatakan Jawatankuasa Istilah DBP mengalami kemandulan minda kerana gagal mewujudkan istilah-istilah baru bagi memperkasa bahasa Melayu.

Sebenarnya peranan DBP sudah lama dikritik. DBP dilihat gagal dalam usaha untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak jika jawatankuasa itu hanya menyeduk istilah bahasa Inggeris menjadi istilah baru dalam bahasa Melayu.

Minggu lepas Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar mengatakan agensi bahasa itu berdepan dengan peranan yang semakin mencabar. Katanya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak difahami termasuk ada pihak mempertikai fungsi dan peranan DBP.

DBP perlu berhati-hati dalam memilih istilah. Kita bimbang istilah bahasa Inggeris yang seolah-olah sudah menjadi ‘bahasa ibunda’ dan lingua franca globalisasi akan mengetepikan istilah bahasa Melayu seperti mana bahasa rasmi negara kita ini mengetepikan bahasa suku tertentu seperti bahasa Banjar, Rawa dan Minang.


Istilah

Jika kita tidak berhati-hati istilah bahasa Melayu juga boleh mengalami kepupusan. Maknanya kewujudannya tidak dihargai dan dirasai.

Sejak ditubuhkan setahun sebelum merdeka, fungsi utama DBP ialah merealisasikan dua rancangan besar iaitu melalui pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa.

Ketika menyambut ulang tahun ke-50 DBP tahun lalu, Ketua Pengarahnya yang berdarah Minang, Datuk Dr. Firdaus Abdullah mengumumkan akan menstrukturkan semula DBP agar lebih berwibawa dan kembali dihormati oleh masyarakat.

Hakikatnya, usaha beliau itu belum mencapai tahap yang dijanjikannya. DBP kini berdepan dengan sedemikian hebat cabaran, yang bukan sahaja menimbulkan keraguan tetapi juga masyarakat mulai menanyakan makna peranan badan berkanun yang ditugaskan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Secara jujur, DBP berada dalam dilema yang luar biasa. Semangat DBP yang dibina pada 1956 lahir di tengah-tengah kesedaran kebangsaan dan era nasionalisme linguistik perlu dihidupkan kembali.

Jika orang bijak pandai bahasa dan pakar-pakar bidang ilmu gagal mencipta istilah baru dalam bahasa Melayu, kita tentulah khuatir sekiranya orang mulai mengabaikan penggunaan bahasa rasmi negara.

Elok kita bertanya kepada warga pimpinan DBP, apa yang telah mereka lakukan untuk memastikan bahasa kebangsaan berada pada tahap yang kita mahukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 06:14


Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan Arab dalam bahasa melayu ... ? contohnya seperti muktamar, musabaqah, iftar, qiyamullail, tarbiyah, usrah, halaqah .... ada juga perkataan-2 Arab ni yang dah jadi kata dasar seperti pentarbiyahan yang berakar dari perkataan tarbiyah ...

walaupun perkataan-2 ini ada maksudnya dalam Bahasa Melayu tetapi penggunaanya agak meluas tertutama di kalangan student ... barangkali nak "menambahkan penghayatan" ... contohnya seperti qiyamullail yang bermaksud bangun malam .. bandingkan dua ayat berikut :

"Malam ni ada qiyamullail..."

"Malam ni ada bangun untuk solat malam ..."

antara keduanya mana yang lebih memberi kesan .. atau barangkali DBP patut mencari perkataan baru untuk merujuk kepada qiyamullail ?

p/s : mana lagi sedap dan sesuai untuk sebut tajuk sebuah kitah karangan Prof Dr Yusof Qardhawi ni ? Fiqh-Aulawiyat, Fiqh-Prioritas atau Fiqh-Keutamaan ?



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-11-07 07:39


Pada 28-11-07 17:33 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

--->mempromote-->tiada dalam senarai kamus dewan...(^^,)

hiihi..maaf.. tertokok tambah ayat bm+bi :-D :-D

!!! QUOTE !!!

Perkataan 'mandul' tu kurang manis. Sekarang ni, penggunaan perkataan itu dalam bidang perubatan sekalipun, kebanyakkan orang lebih cenderung menggunakan perkataan 'masalah kesuburan'.


naam ya ukhtie.. ana sokong pendapat ukhtie.. :-?
mandul tu.. biasa kita guna bagi istilah sains..


!!! QUOTE !!!

KEBEKUAN minda

aiwah.. sokong 101% untuk sutera_kasih..hihi..
wah.. boleh pembantu khas ungku aziz.. hihi..
betuii tu.. bila beku boleh jadi cair.. bilamana ia dipanaskan..

ana rasa mumkin boleh juga guna ayat MANdum / mandom rasanya huruf u digunakan.. kak sue-Iman_hayati.. betulkan ana..(mandum) lebih kurang maksudnya pasif..

minda yang Mandum
:roll: :roll: :berfikir: :berfikir:



Mai sini k.su tolong..bukan mandum tapi mandom maksudnya lebih kepada lembap, tidak cergas atau bodoh..lebih kurang yang shida cakap iaitu pasif..pandai betul shida ni :welcome:


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-11-07 12:33


!!! QUOTE !!!

Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan Arab dalam bahasa melayu ... ? contohnya seperti muktamar, musabaqah, iftar, qiyamullail, tarbiyah, usrah, halaqah .... ada juga perkataan-2 Arab ni yang dah jadi kata dasar seperti pentarbiyahan yang berakar dari perkataan tarbiyah ...

walaupun perkataan-2 ini ada maksudnya dalam Bahasa Melayu tetapi penggunaanya agak meluas tertutama di kalangan student ... barangkali nak "menambahkan penghayatan" ... contohnya seperti qiyamullail yang bermaksud bangun malam .. bandingkan dua ayat berikut :

"Malam ni ada qiyamullail..."

"Malam ni ada bangun untuk solat malam ..."


aiwah ya transs..
ana suka lagi kalau bm+b.a
hihi..

kita pun sebenarnya banyak guna bahasa arab dalam kita tak perasan..
contoh dalam b.arab radio- same juga bm
kerusi- kursiiun.. bunyi nak dekat sama..

ni contoh b.arab+bi - mirror.. lughah arab nya..hampir sama bunyinye..

banyak lagi kalau nak listkan..

muktamar, musabaqah, iftar, qiyamullail, tarbiyah, usrah, halaqah

mengImarahkan.... - menghidupkan..
taqarrub... etc... :berfikir: :berfikir: :berfikir:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 21:59


salam semua....
erm,ana rasa ahli paelimen pun dah menghadapi kemandulan minda sebab mereka pun dah tak tau nak bagi istilah baru....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 22:00


bahasa Melayu tak boleh lari dari Bahasa Arab kerene ada kaitan dan hubungan yang utuh satu same lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 22:03


lagipun,yang menjadi rojak dan rosak bahsa sekarang ni adalah disebabkan contoh yang telah di tunjukkan oleh pemimpin kita sendiri...
kalau mereka bercakap dalam bahsa yang baik,tidak akan timbul isu begini..

jika bi-bm, kita tengok dalam dok cakap bahsa melayu ada juga campur bi seperti 'so,then'dan pelbagai lagi...

kalau nak cakap bm,fully in bm dan begitu lah sebaliknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 22:05


erm,lagi satu,jawi pun kita dah hampir lupa kan..
apa kata lepas ni uikhwah buat pula pgram berbentuk pertandingan seprt mengarang dalam jawi ke,penulisan khat ke..mana tau dengan itu dapat mengembalikan zamn kegemilangan islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 22:10


betul tu mujahid007, teman sependapat dengan meke, kita kena janekan kembali bahasa melayu (bahasa Jawi) ni,
Teman ada juga buat kajian tentang bahasa Melayu ni. Nanti teman geladah Perpustakaan Ilmu teman kejap....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 22:12


Ni petikan Surat Raja Aceh (Sultan Alauddin Shah) kepada Harry Middleton ditulis kira-kira pada tahun 1601 M. masa tu kapai belio berlabuh ke Perlabuhan Aceh. Surat ni dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi:

Dengan anugerah Tuhan sarwa'alam sekalian, sabda yang maha mulia datang kepada segala panglima negeri dan pertuha segala negeri yang ta'aluk ke Aceh. Ada pun barang tahu kamu sekalian, bahawa kapal orang Inglitir ini, kapitannya bernama Harry Middleton, asalnya kapal ini berlabuh di labuhan negeri Aceh; beberapa lamanya ia di sana, maka mohon dirinya ia berlayar ke Jawa. Jika ia memeli lada atau barang sesuatu, diberinya akan kamu dirham atau barang sesuatu. Yang orang Inglitir ini suhbat kita Raja Inglitir, maka kapitannya dan segala saudagarnya itu hamba pada Raja Inglitir. Yang hamba Raja Inglitir itu serasa orang kitalah; jika ia meli berjual dengan kamu yang dalam teluk rantau Aceh itu, dengan sebenar-benarnya jua. Maka surat simi yang kita karuniai akan dia ini, dengan dipohonkannya daripada kita, supaya ia jangan dicabuli segala orang teluk rantau kita. Maka jika ditunjukkannya kepada kamu sekalian simi ini, hendaklah kamu permulia; dan janganlah seseorang daripada kamu mencabuli dia. Inilah sabda kita kepada kamu sekalian. Wassalam.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13867 saat. Lajunya....