Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 175
Ahli: 0
Jumlah: 175




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cadangan Aktiviti
Topik: Perdana Menteri Datang!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cadangan Aktiviti
    »» Perdana Menteri Datang!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Perdana Menteri Datang!!!

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 07:27


:kelip: Assalamualaikum :kelip:
Kepada semua rakyat Malaysia tak kira di mana pun lah.. :kelip:
Perdana Menteri Malaysia nak datang mesir ini... sapa yang mampu datang lah sini ye :-)
Di samping itu juga ada kursus kerjaya...
Dan Hampir 40 syarikat gergasi di Malaysia turut menjayakan... :bye: Waalaikumsalam :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 08:08


ooooo..dia nak datang mesir ke....?
cakap kat dia suruh undur.belambak lambak demonstrasi,kuat apemendenya.orang lain pakat naik tocang.cakap kat dia,kalau nak tidur saja , letak jawatan tu,balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane tu


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 08:52


!!! QUOTE !!!

ooooo..dia nak datang mesir ke....?
cakap kat dia suruh undur.belambak lambak demonstrasi,kuat apemendenya.orang lain pakat naik tocang.cakap kat dia,kalau nak tidur saja , letak jawatan tu,balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane tu


wwaaahhh trouver_99!!! hhoohhooeee....
siap suruh dia balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane lagi tu!!!
marah dia saudara cakap macam tu nanti..
hihi!!!

p/s: apa nickname Pak Lah dalam ukhwah.com ni haa??


hhiuiieehhhiihhooee!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 09:01


Pada 24-11-07 07:27 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

:kelip: Assalamualaikum :kelip:
Kepada semua rakyat Malaysia tak kira di mana pun lah.. :kelip:
Perdana Menteri Malaysia nak datang mesir ini... sapa yang mampu datang lah sini ye :-)
Di samping itu juga ada kursus kerjaya...
Dan Hampir 40 syarikat gergasi di Malaysia turut menjayakan... :bye: Waalaikumsalam :kelip:


erm, menarik ye? saya ni erm, mudah bosan lah bila Pak Lah berucap... ngantuk sangat dah. pernah attend function.

saya rasa, kursus kerjaya tu yang menarik... hehe


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 09:52


ada peluang lah graduan agama nak dapat peluang pekerjaan sebab ada walk in interview...jangan lah nak marah2 tak tentu pasai..huhuh... bagi peluang kat graduan agama sebab masa ni mereka di pandang........kata nak memartabatkan ISlam.... bagi can lah kat depa kat mesir tu....apa-apa pun graduan timur tengah the great..haha

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 10:52


!!! QUOTE !!!

ada peluang lah graduan agama nak dapat peluang pekerjaan sebab ada walk in interview...jangan lah nak marah2 tak tentu pasai..huhuh... bagi peluang kat graduan agama sebab masa ni mereka di pandang........kata nak memartabatkan ISlam.... bagi can lah kat depa kat mesir tu....apa-apa pun graduan timur tengah the great..haha


oooo...ok lah kita bagi depa peluang.tidak ada lah nak marah tak tentu pasai.suruh depa tanya macam tu saja.tapi awat para ustat ni dok bergelek-gelek pula time majlis yang dianjurkan oleh NUMRAM.....camnenye nak bagi peluang ni?Imam dedulu tak pernah pula ada tulih dalam sejarah yang depa pun bergelek-gelek..:sopan:

tetambah kalau keperibadian Imam Hasan Al Basri.jom baca cerita beliau.moga kita semua mendapat manfaatnya insyaAllah....

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid


Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri


Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri. Aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini. Aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.

*bagi kat paklah surat yang ditulis oleh Hassan Al Basri tu.tukar edit sikit.....:-D


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 24-11-07 10:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-11-07 12:32


Assalamualaikum
mantaplah cerita Hasan al-Basri.... :welcome:
bagus trouver....bagus... ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 13:31


Pada 24-11-07 08:52 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

ooooo..dia nak datang mesir ke....?
cakap kat dia suruh undur.belambak lambak demonstrasi,kuat apemendenya.orang lain pakat naik tocang.cakap kat dia,kalau nak tidur saja , letak jawatan tu,balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane tu


wwaaahhh trouver_99!!! hhoohhooeee....
siap suruh dia balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane lagi tu!!!
marah dia saudara cakap macam tu nanti..
hihi!!!

p/s: apa nickname Pak Lah dalam ukhwah.com ni haa??


hhiuiieehhhiihhooee!!!!!

ada ke pak lah dalam portal ini.... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 13:38


Pada 24-11-07 13:31 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-11-07 08:52 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

ooooo..dia nak datang mesir ke....?
cakap kat dia suruh undur.belambak lambak demonstrasi,kuat apemendenya.orang lain pakat naik tocang.cakap kat dia,kalau nak tidur saja , letak jawatan tu,balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane tu


wwaaahhh trouver_99!!! hhoohhooeee....
siap suruh dia balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane lagi tu!!!
marah dia saudara cakap macam tu nanti..
hihi!!!

p/s: apa nickname Pak Lah dalam ukhwah.com ni haa??


hhiuiieehhhiihhooee!!!!!

ada ke pak lah dalam portal ini.... :-D



ish...tak baik lah...
kalau ye pun tak suka...bincanglah secara berhikmah..
bukannya lepas prsaan kat portal ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-11-07 21:39


Pada 24-11-07 13:38 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-11-07 13:31 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-11-07 08:52 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

ooooo..dia nak datang mesir ke....?
cakap kat dia suruh undur.belambak lambak demonstrasi,kuat apemendenya.orang lain pakat naik tocang.cakap kat dia,kalau nak tidur saja , letak jawatan tu,balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane tu


wwaaahhh trouver_99!!! hhoohhooeee....
siap suruh dia balik rumah tidur pepuas dengan kak jeane lagi tu!!!
marah dia saudara cakap macam tu nanti..
hihi!!!

p/s: apa nickname Pak Lah dalam ukhwah.com ni haa??


hhiuiieehhhiihhooee!!!!!

ada ke pak lah dalam portal ini.... :-D



ish...tak baik lah...
kalau ye pun tak suka...bincanglah secara berhikmah..
bukannya lepas prsaan kat portal ni..

Betul itu.. ana setuju dengan pendapat Nurizmi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

nak_jadi_baik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.10.2007
Ahli No: 31409
Posting: 112
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-11-07 23:22


ana xsempat nak pergi cairo lah.. pm tak datang pun alex :( sempat jumpa menteri mecd juga tadi..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nak_jadi_baikProfil   Hantar PM kepada nak_jadi_baik   Quote dan BalasQuote

emarn_boy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.08.2007
Ahli No: 30618
Posting: 53
Dari: egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-11-07 23:35


Assalamualaikum..

biar lah paklah nak datang pun. jangan kita fikir seseorang itu tak boleh berubah. sapa tahu kalau tiba-tiba ALLAH nak ubah sikap paklah kat sini. setiap aturan tuhan itu ada hikmahnya. baca surah albaqarah ayat 216 ' dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan ingatlah ALLAH jua mengetahui setiap sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahuinya'

Bookmark and Share

    


  Member Information For emarn_boyProfil   Hantar PM kepada emarn_boy   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 21:12


Pada 25-11-07 23:22 , nak_jadi_baik posting:

!!! QUOTE !!!

ana xsempat nak pergi cairo lah.. pm tak datang pun alex :( sempat jumpa menteri mecd juga tadi..huhu

ye ke.. sian nya dia... :-)
sabar ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

salatoh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.11.2007
Ahli No: 31648
Posting: 49
Dari: TIMUR TENGAH

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 21:31


hemm saya yang duduk mesir pun malas pergi...

dari ponteng kuliah baik ponteng karnivall :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For salatohProfil   Hantar PM kepada salatoh   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 22:22


Pada 26-11-07 21:31 , salatoh posting:

!!! QUOTE !!!

hemm saya yang duduk mesir pun malas pergi...

dari ponteng kuliah baik ponteng karnivall :-D

Betul itu salatoh..
tapi Pemimpin kita datang sini kena ikram duyuf kan???
tapi tak kisah pun.. ikut lah mana yang lebih afdal... :oops:
bagi ana tak kisah pun pergi karnival itu... ada manafaat juga..
dari org yang tak pergi mana-mana kan.. duduk rumah tidur kan??? lagi-lagi musim sejuk ini kan... :-D
kalau pergi kuliah bagus lah... Tafadhol... dipersilakan... :bye:

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

salatoh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.11.2007
Ahli No: 31648
Posting: 49
Dari: TIMUR TENGAH

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 16:44


Pada 26-11-07 22:22 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-11-07 21:31 , salatoh posting:

!!! QUOTE !!!

hemm saya yang duduk mesir pun malas pergi...

dari ponteng kuliah baik ponteng karnivall :-D

Betul itu salatoh..
tapi Pemimpin kita datang sini kena ikram duyuf kan???
tapi tak kisah pun.. ikut lah mana yang lebih afdal... :oops:
bagi ana tak kisah pun pergi karnival itu... ada manafaat juga..
dari org yang tak pergi mana-mana kan.. duduk rumah tidur kan??? lagi-lagi musim sejuk ini kan... :-D
kalau pergi kuliah bagus lah... Tafadhol... dipersilakan... :bye:


toyyib..syukran..rabbuna yukhallik :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For salatohProfil   Hantar PM kepada salatoh   Quote dan BalasQuote

fidzislah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.08.2003
Ahli No: 2906
Posting: 91
Dari: ipoh:skudai:gombak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 20:06


tersentuhnya baca cerita Hassan AL Basri dan Harun AL Rasyid...

kita memang memerlukan ulama' yang outspoken macam ni saat-saat ni dan amat-amat memerlukan pemimpin yang terbuka menerima teguran dan kritikan.. tidak mudah melatah, malah mengambil yang baik sebagai ingatan dan panduan..

moga dalam marah-marah kita semua atas kelemahan mereka dan ketidakpuasan hati kita, doa kita tak kan putus supaya lahirnya semula orang-orang seperti Hassan AL Basri dan Harun AL Rasyid dan tertegaknya kembali syariat ALLAH swt di bumi yang kita cintai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fidzislahProfil   Hantar PM kepada fidzislah   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 21:25


kalau pak lah boleh jadi wara' macam harun al-rasyid tu, makmur lah malaysia ek.. siapa nak jadi hasan al-basri nya?kasi lah surat kat pak lah begitu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

salatoh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.11.2007
Ahli No: 31648
Posting: 49
Dari: TIMUR TENGAH

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 20:55


Pada 29-11-07 21:25 , kahfi8 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau pak lah boleh jadi wara' macam harun al-rasyid tu, makmur lah malaysia ek.. siapa nak jadi hasan al-basri nya?kasi lah surat kat pak lah begitu..

kita lah yang jadi hasan al basri...dah 2 siapa lagi :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For salatohProfil   Hantar PM kepada salatoh   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100352 saat. Lajunya....